Assalamualaikum..dan selamat datang

Saturday, January 22, 2011

Kuih Seri Muka

Petang semalam duk belek-belek resipi kat koleksi resipi dari internet..terjumpa kuih seri muka.Mak masa saya kecil2 dulu suka buat kuih ni..Tapi saya macam biasalah..tak pernah nak menengok atau menolong mak.. Dah tu bila dah kawin,suami nak makan apa2 mula lah semua nak tengok resipi dulu..huhu.


Jadinya inilah percubaan pertama..buatnya malam tadi lepas isyak,,,bolehlah buat sarapan pagi ni..seb baik tak basikan.Tapikan tengok tekstur bahagian atas tu nampak cam pelik skitkan..tak nampak mulus..nape ye?

 biasanya yang saya tgk mak buat atas tu hijau pekat skit..sbb guna daun pandan kot.saya dah memalam hari malas nak amik daun pandan..just guna pewarna hijau n perisa pandan je.tu yang kalernya pucat skit..


Boleh agaknya kot sayacopi balik  resipi kuih ni dari blog koleksi resipi dari internet.terima kasih ye

Bahan-bahan:

Lapisan bawah:

1) 3 cawan beras pulut
2) 3 cawan santan cair
3) ½ sudu teh garam

Lapisan atas:

1) 3 cawan santan pekat
2) 4 helai daun pandan (jadikan jus pandan)*yang ni saya takde,
3) ½ sudu teh pewarna hijau
4) ½ cawan gula
5) ½ cawan tepung gandum
6) ½ cawan tepung jagung atau kastad
7) 1 biji telur
8) 1 sudu teh garam


Cara Penyediaan:

Lapisan bawah:

1) Gaul rata semua bahan .
2) Masukkan pulut ke dalam loyang dan kukus sehingga masak.
3) Tekan padat pulut yang telah masak tadi.

Lapisan atas:

1) Kisar semua bahan dan tapis.
2) Tuangkan perlahanlahan atas pulut tadi.
3) Kukuskan lebih kurang ½ jam.
4) Sejukkan dahulu baru potong.
Sedia untuk dihidangkan.


Tapi masa saya buat saya just guna separuh dari ressipi ni sbb takut banyak sangat untuk kami yang masih tak ramai sangat org nak makan nya..jadi ada kawan-kawan yang nak buat makan petang,,bolehlah cuba pulak ye..

8 comments:

Chef Hussin said...

Pagi2 pekena kuih seri muka ni memang best. Favourite kuaih ni...

Norhafiza said...

sedapnye kak..

a a..org dlu2 guna dn pandan. Pastu kan akak kenal tak daun cengkor manis..dn tu kita wat sayo kuning.

No guna dun cengkor manis tu diblend bersama dn.pandan. Hasilnya warna hijau lagi nampak pekat.

kakcik said...

Kakcik suka makan, tapi tak suka buat! ;-)

Cik Ina minat Do do Cheng said...

Suri, lain kali kalau nak nampak kilat guna tepung ubi + tepung gandum. Tepung kena kurangkan.Jangan guna tepung jagung ngan kastard. Tapi dah okeylah tu, percubaan yang menjadi.rajinlah suri ni.

sekamar rindu said...

salam..

bestnya kuih seri muka ni....

nak beli kat pasar malam hari ni laaaa

suri solehah said...

chef>>hehe malulah chef tengok..rupa tak menariklah chef..tapi rasa ok la


no>>ye ke no?terima kasih perkongsian tu..akak pun panggil cekur manis.


kak cik>>hehe..ni suami yg suka..sy pun manis2 tak berapa sngat..


K.Ina>>tqvm kak..seronok jadi org tahu masakkan n leh kongsi ilmu..thanks kak..


sekamar rindu>>hehe..kalau stakat nk mkn skit beli je kan..

~ yus ~ said...

saya pun suka makan. dan selalu buat yg express punya je, serimuka microwave...huhu

suri solehah said...

yus>>ok je tu..akak saje je dah cuti tak tahu nak buat pe..godeklah mcm hehe