Assalamualaikum..dan selamat datang

Tuesday, December 13, 2011

hero baru

Assalamualaikum....
Alhamdulillah...setelah lama berehat
malam ni berkesempatan untuk menyapu sawang
^_^...rasa dah lebih sebulan
tak berkesempatan nak menulis.
Sebenarnya..bukan sibuk sgt...
Tapi dek kerana tertinggal modem
kat umah masa nk balik kg hari tu
menjadikan aktiviti mengadap lappy terhenti...
Jadinya dengan hanya on9 mggunakan henset
..rasa tak larat nk jegil mata..


Tp mlm ni,kerana boring yg amat
saya cuba juga meluaskan bukaan mata
untuk menyapu sawang
Disamping tu jugak nk berkongsi rasa syukur
kerana sy telah dianugerahkan seorang lg hero
alhamdulillah sudah sebulan lebih usianya...
Hero baru...selamat dilahirkan pada
3/11 baru2 ini...iaitu dua hari sblm eid adha
yang seronoknya tarikh
sama dengan abangnya Adam... ^_^...
Moga menjadi anak soleh....

P/s~terima kasih kpd kawan2 yg sudi kesini
semasa ketiadaan saya...insya allah
bila bkesempatan sy akan ketempat kawan2

Wednesday, October 26, 2011

macam2..

Terima kasih pada sahabat2 yang doakan Solehah semalam..
maknya pulak yang terharu..,,
harap dia akan jadi anak yang solehah
begitu jugak abang2nya..
amin...

Tajuk kat atas tu macam2...
macam2 tu sebenarnya cerita pasal selera saya
kalau jalan2 kat tempat sahabat2 maya
yang menayang menu..mulalah terliur
kalau dah teringin sangat tu
mesti kerahkan hubby pergi cari jugak...
macam semalam,
jenguk dapur K.Rose(mykuali) 
ternampak brokoli bawang putih..
apa lg terasa kat mulut je...
hari ni masak,makan tengah hari tadi
itu je yang lalu nak makannya
walaupun masak macam2..
teruk betulkan..perangai gitu...

makan tengah hari tadi gara2 terliur jenguk dapur kak rose

sahabat2 ada tak macam2 gitu?...
lauk lain dah tak mahu dah..bila nak sesuatu benda tu sangat2?
alahai....

mood-menunggu hari dengan penuh debar...biasanya
anak yang lain masuk 37 minggu je...

Tuesday, October 25, 2011

Amirah Solehah-2tahun

Hari ni dah 25/10...sedar tak sedar tu..
disebabkan kesihatan yang tak berapa baik
saya diserang asma lagi...
terlupa yang 25/10 bermakna Solehah dah berusia 2tahun
....dah besarpun anak dara yang seorang ini...
dah masuk belah petang ni baru teringat
...eh hari ni hari lahir Solehah...
kesiannya..kalau lah Solehah reti..
mesti dia merajuk sebab mak ayahnya terlupa
hari lahirnya...

Solehah masa babypun ada

bila dah makin besar skit...yang pasti gambar terbaru takde....
Duk tengok gambar2 lamanya
rasa macam semalam baru dilahirkan
semacam teringat ...
melahirkan Solehah dengan berat 3.5kg
agak sukar sedikit berbanding abangnya
yang hanya 2.6kg....

dan sekarang sudah berusia 2tahun dia
moga terus membesar menjadi anak yang solehah....
....insya Allah...tidak lama lagi
Solehah pulak bakal mendapat adik....

Thursday, October 20, 2011

alhamdulillah...

alhamdulillah....
semalam mak telefon dari tanah suci
dengan suara yang ceria..mengkhabarkan kesihatanya
alhamdulillah dalam keadaan yang baik..

saya rasa syukur sangat...
moga mak dan ayah dapat menjalani ibadat dengan sempurna...

bukan apa..sebelum mendapat berita
mendapat tempat ke tanah suci
..mak sudah tiga bulan tak dapat berjalan
mengikut doktor..ada sedikit masalah saraf
setelah mak terjatuh di dalam kebunya...
dan setiap kali balik kampung ..hati kecil sering menangis
melihat keadaan mak yang hanya mampu mengesot sahaja didalam rumah
sedangkan sebelum tu mak sangat cergas orangnya
biarpun usia dah mencecah 70-an

namun...kuasa Allah..tiada siapa boleh menduga...
ketika dipanggil untuk kursus haji perdana
mak sudah boleh berjalan sedikit

lebih kuat kalau dengan bantuan tongkat...
dan bila mak mendapat tawaran tempat untuk mengerjakan haji
semangat mak makin kuat...cuba untuk sembahyang berdiri...
dan berjalan setiap hari...
alhamdulillah seminggu sebelum bertolak
ke tanah suci..mak nampak semakin kuat
walaupun sesekali kakinya perlu diurut...

Subhanallah...semunya atas keizinan dan kekuasaanNya..
dan kelmarin mak telefon..kesihatannya cukup memuaskan
dan moga kekal dalam kesihatan begitu...
hilang kerisauan didalam hati
yang selama ini sering bimbangkan keadaan kaki mak
dan impiannya untuk mengerjakan haji itu....

moga mak dan ayah dapat menunaikan rukun islam ke5 itu dgn sempurna
dan mendapat haji mabrur
amin....

Thursday, October 6, 2011

nasi ayam n no(mutiara nolan)

Assalamualaikum....

sepanjang minggu ni rasa teruk sangat...
kesihatan on n of...mabuk tak habis2 lagi..
biasanya kalau duk dengar cerita kawan2
dalm tempoh tiga bulan pertama tu je yang duk m**tah2
tapi rezeki kita biasanya sampai nak masuk bilik bersalinlah...

Tapi alhamdulillah..dalam duk mabuk tu
Allah masih beri kekuatan untuk masuk dapur
sediakan apa yang patut untuk keluarga
lepas beberapa kali..berehat baru siap huhu

semalam ni pun sama...
balik kerja rasa letih sangat
apa lagi pikiran mula cari menu yang paling ringkas
...
apa lagi teringat nasi ayam....buat sup n ayam je kan...
ringkas huhu.

Nasi ayam ringkas...buat ayam bakar je sebab anak2 suka ayam bakar gini..huhu makan dgn sup habis ceritakan
Oleh sebab keadaan kesihatan tak stabil jugak
terlepas banyak cerita kawan2...
memang terasa rindu nak tahu cerita kawan2
tapi keupayaan nak mengadap komputer tu yang kurang huhu
namun..semalam juga saya rasa seronok sangat ..
 bukan apa...dapat cendera hati dari No.(mutiara Nolan)
keychain labuan..terima kasih No...
moga persahabatn di maya ni akan terus berkekalankan....

Friday, September 23, 2011

bingka labu

Mood raya masih lagi terasakan
walaupun 1 syawal dah berlalu 20 hari lebih..
masih ada lagi rumah terbuka dan sambutan raya...
sama lah kat tempat kerja saya
hari Selasa lepas baru buat jamuan hari raya..
jadinya setiap orang mesti bawa sedikit makananan
saya mulalah pening kepala pikir nak masak
bukan apa takut tak sedapkan..
tiba2 teringat labu yang dibawa dari kampung
masih belum digunakan lagi...
terus google resipi bingka labu
dapat resipi bingka labu cinderella...
dari myR...
apa lagi terus saya mencubanya.......

hasilnya...walaupun gambar tak elok..tapi rasanya sedap...hubby yang tak berapa suka benda manis2 pun cakap sedap...terima kasih empunya resipi....
masa bakar puding ni..harum semerbak rumah
dahlah bakar memalam hari..
pasti tergoda jiran2 saya hehe syok sendiri

jadi untuk memudahkan...
kalau kawan2 yang berziarah kesini
nak mencuba saya pastekan resipinya...
kat sini beserta link di myR..terima kasih

 Bingka labu Cinderella

Bahan-bahan ( 10 org mkn... )

  • 600gm labu (berat slps drebus) - dlecek sedikit kasar
  • *2 cawan tepung gandum
  • *2 sudu besar(mumbung) tepung kastad
  • *200ml santan kotak + air = 2 cawan santan
  • *1 cawan gula
  • *2 sudu besar butter @ marjerin - dcairkn
  • *1/2 cawan susu pekat manis/krimer manis
  • *1/2 sudu teh garam halus
  • *5 biji telur (B) - cuci dulu
  • bahan brtanda dblend hingga sebati
  • 2 @ 3 sudu besar kelapa kering
  •  bahan tabur di atas bingka:
  • kelapa kering & bijan

Cara-cara

  1. Oven dpanas trlebih dulu, 180'
  2. Bahan2 yg dblend tadi dmasukkn kedlm labu yg dlecek...gaul mesra & tambahkn kelapa kering
  3. Masukkn 1 sudu besar butter/majerin kedlm loyang & panaskn sebentar dgn api yg kecil...
  4. Tuangkn adunan tadi kedlm loyang...tabur kelapa kering, dikuti bijan...
  5. Bakar >< 1 jam @ sehingga masak/ biar garing ckit kt atas baru sedap...
  6. Selamat mncuba...dh tinggal 1/2 loyang ;) 
Sesuai untuk minum petang....resipi ni dapat dua loyang sederhana

Monday, September 12, 2011

betul ke macam tu???

Assalamualaikum...

betul ke macam tu???
persoalan yang bermain dibenak saya..
sejak semalam lagi...
sebenarnya bukan masalah apa sangat..
cuma sedikit rasa tertanya-tanya...



betul ke prosedur satu2 syarikat@kedai
bila kita hantar barang rosak yang masih dalam tempoh jaminan
kita dikenakan caj penghantaran...

pernah tak berlaku pada sahabat macam tu...
saya pernah beli kamera digital jenama fuji kat satu kedai ni...
masa beli,, penjual tu cakap waranti nya selama tiga tahun,,,
tapi tiba2 kamera tu ada sedikit masalah,,,
butangnya  jadi pening..

bila saya hantar balik ke kedai tersebut
penjual tu mintak caj RM35 ringgit untuk kos penghantaran
ke tempat baiki..
tiba2 saya rasa tak puas hati..sebab..saya rasa rosaknya sikit je
entah2 kos baiki tak sampai pun banyak tu...
ke memang prosedur nya macam tu cuma saya je yang tak tahu???

memang RM 35 tu tak banyak manakan
tapi kadang tu,,kita sebagai pengguna rasa tertipu dengan
benda2 camni..
betul tak????

Saturday, September 10, 2011

raya 2011 at kelantan

Assalamualaikum....

Mood raya masih lagi terasakan...
seronok ziarah kawan2 duk tengok gambar raya
saya sendiri pulak tak sempat nak amik gambar
dalam duk riuh rendah jumpa anak buah
sampai terlupa nak amik gambar..
seb baik anak buah ada snap dua tiga keping...
dapatlah ditatap....
jadinya nak masukkan asyik tertangguh je
jadi dikesempatan hujung minggu ni dapatlah saya
upload disenang untuk tatapan akan datangkan..
tahun ni kami pakai baju merah..bukan pa..pilihan Adam yang sukakan warna merah sbb dia suka power ranjer merah..kesian babah nya yang tann..tuu..tengelam dalam baju huhu



dan ini saja gambar yang sempat dirakam sempena raya hari tu

ceritanya..raya tahun ni kami dapat berkumpul ramai-ramai..
cuma abang yang ke lima sahaja beraya kat
kampung kakak ipar diperak...

yang lain.alhamdulillah..dapat makan nasi dalam dulang
n pinggan plastik kes malas nak basuh sama-sama...
dan maknanya juga..tahun depan rumah mak kat kel
akan sunyi sebab giliran rumah mertua masing2 pulak
huhu..apa-apa hal pun bertemu dan berkumpul ramai2 ramai
saat yang terindah.....

Saturday, September 3, 2011

kembali...

alhamdulillah...
setelah beraya di kel dan umah mertua di alor star...
pg ni saya n keluarga terpaksa kembali semula ke lsngkawi...
sedih rasa nk tinggalkan mak yg kurang sihat...namun dah terpaksa...
sampai di k.kedah,sikit punya panjang q...

nasib baik hubby dah kirim tiket dgn kawannya yg tiba lebih awal..kalau tak jenuh kena beratur...
sekarang tgh tgu feri bergerak...
moga allah permudahkan pjalanan ini.

Thursday, September 1, 2011

jem sempena raya

assalamualaikum
alhamdulillah dah masuk raya ketiga hari ni.
saya skeluarga dlm perjalanan pulang ke rumah mertua.
kami bertolak pagi tadi.
ingatkan boleh sampai awal,
rupanya dimana2 jalan
semua nya jem.subhanallah.
kesian dgn solehah yg demam n batuk,
terpaksa berpanas dlm kereta.
yang menyedihkan sikap pemandu kita,
sesuka hati je potong q,
mcm diaorg je yang nk kedepan
org ln nk ke belakang.

mkin ada kawan2,saat ni
sedang mgunakan jalan tanah merah-jeli,
dah berapa jam kami terperangkap ni.huhu

Friday, August 19, 2011

Nasi Tomato Ayam

Assalamualaikum

Alhamdulillah,sedar tak sedar kita dah masuk hari yg ke 19 puasa,dan insyallah kalau dipanjangkan usia esok kita akan memasuki fasa yang terakhir bulan ramadhan iaitu fasa yang disebut oleh Nabi Muhammad sebagai fasa keselamatan dari api neraka.Detik inilah yang merupakan intipati keseluruhan Ramadhan kerana pada akhirnya matlamat setiap kita sebagai Umat islam adalah untuk menyelamatkan diri dari dahsyatnya azab api neraka dan seterusnya memasuki syurga Allah melalui pintu Rayyan yang hanya dikhususkan untuk orang yang berpuasa.Moga2 kita semua dpt mempertingkatkan lagi amal soleh kita dan semoga dapat kita bertemu juga dengan malam yang penuh berkat  yang bernama lailatulqadar insyallah..

Panjang pulak intro,sebenarnya nak cerita pasal resipi nasi tomato ayam yang menjadi kegemaran saya sekeluarga..saya cukup suka resipi yang saya ambil kat MyR ni..sebab rasanya lain dari resipi nasi tomato yang lain..
Nasi tomato ayam yang saya maksudkan ialah resipi k.fida di MyR..saya selalu buat nasi ni..n anak-anak pun suka...

nasi tomato ayam..yang sedap
pada kawan-kawan yang nak mencuba nasi tomato kak Fida ni..bolehlah jenguk kat MyR..sungguh wangi dan sedap nasinya....selamat berpuasa...


Pesan ustaz kita banyakkan berdoa "allahummarzuqna lailatulqadri"....Ya Allah kurniakan kami bertemu malam qadar..

Friday, August 12, 2011

asam pedas

alhamdulillah hari ni dh masuk hari kedua belas kita berada dalam bulan yang mulia ini..dan bagi surirumah.selain dari melaksanakan ibadat khusus dalam bulan ramadan ni...perkara lain juga tak ketinggalan terutamanya dalam menyediakan makanan berbuka untuk sekeluargakan,,,,ibadat jugak tu...jadinya macam-macam menu juga yang telah dicuba..macam saya nampak kat dapur kawan2..mula lah terliur..macam semalam tengok kakcik makan asam pedas..dah tu pulak kat dapur k.Nor secubit garampun ada asam pedas,,,apa lagi meronta rasa nak makan asam pedas...

jadinya ikan geruk yang hubby beli suh masak lemak cili api saya korbankan jadi asam pedas...
alhamdulillah..berselera makan..termasukklah hubby yang pada mulanya mintak masak lemak cili padi..hehe.
sesekali ikut selera kita orat gak....

ini dia asam pedas semalam...sedapnya hirup kuah dia..untuk resipi boleh ke dapur kak nor

untuk menu hari ni tadi tengok kat dapur kak rosa duk tayang nasi ayam..insya allah..makanya menu hari ni nasi ayam jugaklah..tengah duk tunggu nak masak kat dapur.....

sahabat semua apa menu berbuka petang nu?apa2 menu sekalipun syukurlah kerana kita masih lagi menikmati nikmatnya makanan yang pelbagai..kalau nak dibandingkan saudara seagama di negara-negara lainkan...

selamat berbuka semua....:-)

Wednesday, August 10, 2011

macam-macam....

selera bulan ramadan ni macam-macamkan...
tambahan kalau macam saya..
time preggy gini lagilah merapunya...
boleh saya teringat nak makan macam2....
tapi yang satu ni memang duk dalam ingatan dari awal puasa lagi...
>>>
>>>>>
saya teringat sangat2 kesedapan nasi lemak
yang seperti saya makan zaman dulu-dulu
....ingat masa belajar dulu....
 nasi lemak dicafe kamsis Dato Onn
sungguh menyelerakan...
macam terasa kesedapannya kat mulut..

sudah saya cuba membeli nasi lemak
dibeberapa kedai makan kat sini...
tapi satupun tak macam nasi lemak idaman saya tu
huhu..nafsu oh nafsu...

>>
>>>
saya boleh dikatakan jarang mengidam nak makan apa-apa
time2 preggy...selalunya sekadar terliur sahaja
tapi nasi lemak tu boleh dikatakan sentiasa
dalam fikiran tiap kali saya teringat makanan..
susahnyakan...andailah Bangi itu dekat....
sahabat-sahabat pernah tak terkena penyakit macam ni?
penyakit merapu namanya.....

Monday, August 8, 2011

bungkusan...

alhamdulillah dah masuk hari ke 8
ramadan kita dan kita masih diberi
peluang mengerjakan ibadat puasa untuk tahun ini...
...
......
sesekali berpeluang buka blog
rasa macam2 nak berceritakan..
...sebenarnya hari ni rasa seronok dan juga terharu
bukan apa..balik dari kerja tadi duk baring2 berehat
tiba-tiba...terdengar ketukan dipintu...
ingatkan sapa yang datang
rupanya orang gdex......

 dapat bungkusan rupanya....



bukak... ada ini..buah salak...

sebesen

dan ini..ini yang saya teringin sangat,sare,,sangat popular dibuat kerabu time posa di kelantan...

.

...tak sangka..dua hari lepas
telefon mak kat kampung
cerita yang saya teringat nak makan kerabu sare tu
rupanya..semlam mak minta adik poskan
sedikit sare mentah huhu...
dan juga sedikit salak
munkin teringat yang anaknya tak merasa salak
kali ni..tersentuh n terharu rasanya..
teringat diri yang jarang menyempurnakan
keinginan mak...
terima kasih mak....

Tuesday, August 2, 2011

ramadan...

alhamdulillah...masih diberi kesempatan olehNya
sampai ke ramadhan kali ni...
masuk hari kedua dah hari ni...
dan baru kesempatan(lama cuti) nak mengucapkan
selamat berpuasa kepada sahabat2 semua
moga dengan kedatangan ramadhan ini
akan melatih diri kita menjadi hamba yang bertakwa kepadaNya
....
.....
saya pun seperti yang lain...berdoa sangat
agar dapat menjadi kan ramadhan ini
sebagai pusat latihan dalam beribadat kepadanya

terkenang ramadhan lepas..banyak yang tertinggal
kerana keguguran..saya tak dapat melaksanakan ibadah
puasa selama sebulan..begitu juga dengan ibadah2 lain
yang seharusnya dibulan ramadhan.

Alhamdulillah..insya allah dalam tahun ini saya
harap tidak akan terlepas semua itu..

>>
>>>>
sebut kata puasa juga pengalaman anak-anak
berpuasa hari pertama sungguh melucukan
teringat pengalaman sediri masa kecil2 dulukan
anak saya yang sulung jenis kuat makan
apa lagi bila belajar berpuasa
berulang kali dia minta makan sebab lapar
kadang kesian jugak kat dia
maklumlah hari-hari biasa kuat makan
nak bagi berbuka sayang pulak...
akhirnya semlam dapatlah along bertahan menghabiskan puasanya
...tapi hari ni dia mintak pelepas untk tak berpuasa
huhu..pening sungguh dengan anak2 ni
sahabat semua macam mana ye..
pengalaman nak didik anak berpuasa ni?
risau jugak saya along dah 6 tahun sekarang ni....
takut jugak kalau dia asyik nak mengelak puasa je...

Sunday, July 17, 2011

cuti...

assalamualaikum semua...
hari ni saya bercuti..
dapatlah bersantai2 sikit..
 ambil kesempatan sapu sawang kat sini...
sambil2 jenguk kawan2
copi2 resipi
walau tak tahu bila nak mencubanya....

time cuti ,,rasa nak pg jalan2 je
tapi sejak pindah ke langkawi ni
rasa macam kosong sangat
tak tahu nak ke mana..,,,
langkah dah jadi sempit..
asyik2 bercuti ke langkawi je...
boring kan..
penah tak sahabat2 rasa macam ni..
rasa sendiri,,rasa terasing,,rasa nak pergi jauh
tapi tak tahu ke mana arah .........

jiwa kosong ni,,sah malas baca quran tu...huhu.

Wednesday, July 6, 2011

pertemuan...memori

pertemuan semula selepas perpisahan yang lama memang mengujakan..
setuju tak?
itu yang saya rasai..bertemu semula dengan sahabat
setelah tak berjumpa hampir 12 tahun...
rasa sangat gembira...
sahabat saya,,sebenarnya senior semasa belajar dahulu
saya kenalinya semasa mendaftar dikolej kediaman Dato Onn
dia seorang senior yang baik..nama nya kak Jamilah
saya menyapanya dengan kak jaa sahaja..
ketika itu kak jaa di tahun 3...


sehinggalah saya di tahun akhir,dan kak jaa buat master
hubungan kami masih baik...
memori itu segar dalam ingatan..
saat saya tension menyiapkan Latihan Ilmiah
suka buat kerja last minute
kak jaa lah antara orang yang banyak memberi semangat
ketika itu kami tinggal menyewa di Sg Tangkas..berhampiran kampus..
..
..
dan setelah grad tahun 1999..kak jaa tidak lagi saya temui
sehinggalah bertemu semula di Facebook..
tahun 2009 lepas....namun dunia maya tak sama dengan realiti
kekangan masa..sekadar menyapa sesekali di FB..

minggu lepas kak jaa memaklumkan
dia akan berseminar di Langkawi..
itulah yang membuat saya teruja.....
.....Ahad lalu...setelah hampir 12 tahun..bertemu semula
...walaupun cuma di kedai makan,sempat juga bertukar cerita
cuma satu yg perkara yang pasti...
kakjaa tak pernah berubah tetap ceria spt dahulu...
semoga ukhuwwah ini berpanjangan..............


kakjaa berbaju merah n saya yg agak kepenatan kerana diserang penat....

Monday, July 4, 2011

nasi ketumbar

Sudah dua tiga hari simpan perasaan nak bercerita
tapi disebabkan kesihatan tidak mengzinkan
maka terpaksa ditangguhkan..
bukan apa..dek kerana makan rambutan
hingga lupa diri..saya diserang kepenatan...

memandangkan hari ni dah agak selesa sedikit
nak cerita pasal makan2 seperti biasa,, :-)
pasal nasi ketumbar...
nasi ketumbar ni saya buat hari khamislepas
kebetulan hari tu ada masalah nak upload gambar
campur tak sihat tu
jadinya tertunda sampai hari ni

sebenarnya pada saya, masa masak nasi ni
baunya  daun ketumbar kurang sesuai sedikit ngan deria bau saya sekarang ni...
tapi ayam masak rempah(1st time cuba) sungguh meggoda rasa..sedap
terima kasih k.nor utk kedua-dua respi yang dikongsi itu....



k.nor kata sesuai diganding ngan acar..


NASI KETUMBAR
resipi : Q'ein @ Myresipi
sumber : Ayu S'pore & K.Nor

Bahan:
500g beras
3 s/b mentega-(Ayu guankan minyak sapi)
sedikit minyak
1 biji bawang merah (dimayang halus)
3 batang daun ketumbar (blender halus)-(Ayu tapis)
sedikit garam
pewarna hijau
1 kiub ayam

Cara-cara
Basuh beras dan toskan
Cairkan mentega bersama sedikit minyak
Masukkan bawang goreng sehingga wangi dan masukkan kiub ayam
Kemudian masukkan beras, daun ketumbar yang telah blender tadi dan secubit garam
Masukkan air dan masak seperti nasi biasa
Bila nasi dah kering buat beberapa lubang dan titiskan pewarna hijau.
Tunggu sehingga nasi betul-betul masak dan gemburkan sebelum dihidang.

Thursday, June 30, 2011

takut

hari ni rasa risau pulak nak buat entri
bukan apa..saya semakin menyedari
lappy saya ni dah makin uzur...

pernah masukkan satu gambar...
tapi tak muncul2..tekan "add" lagi
tak muncul jugak...tekan lagi
last2 keluar satu gambar...
bila post..nampak kt tempat saya ok je,,,

tapi bila tengok komen kawan2 rasa lain macam
sekali try buka guna lappy hubby
baru tahu...3-4 keping gambo yang ada
dah tu dgn size gedabak..huhu

hari ni pun sama saya baru perasan
rupanya ada entri saya...apam kentang
terpaste sekali dengan gambar
dr dapur kak rose huhu
mintak maaf banyak2 kak rose ye
tak sengaja...seb baik ada saya link kan


kadang terpikir jugak..
kenape gambar sering tak klua tu..
adakah betul sebab lappy saya..
atau ada masalah teknikal lain yang saya tak tahu..
ada idea tak?

azam...

rasanya semua orang ada azam
sama lah gak cam saya ni...
masalah nya azam saya ni hanya tinggal azam
kurang keazaman nak menyelesaikan azam...


azam saya yang satu ni ialah
kalau time cuti nak iron baju tuk sebulan
bukan apa,supaya saya tak terkejar2 pepagi hari...
tapi bak kata tadi lah..azam tinggal azam
time cuti seronok duk saja je..huhu

ada tak sahabat2 yang jenis macam saya
cukup malas nak iron baju....
terpikir..sapa lah memandai cipta benda alah ni?kalau tak semua org takyah pakai baju iron huhu

Tuesday, June 28, 2011

apam coklat

memenuhi permintaan diri
nak makan kek coklat hari tu...
sedap ni tau..
resipi dari MyR..

Bahan-bahan 

  • 4 biji telur ayam
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan susu manis
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 cawan air mendidih
  • 2 cawan tepung kek
  • 4 sudu makan serbuk coklat
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1/2 sudu teh bikarbonat soda

Cara-cara

  1. ayak tepung bersama serbuk coklat, baking powder dan bikarbonat
  2. putar telur bersama gula hingga kembang
  3. masukkan susu manis dan kacau lagi
  4. masukkan minyak masak
  5. masukan bahan 1 dan kacau
  6. akhir sekali masukkan air panas mendidih dan kacau
  7. sapu loyang kukus dgn minyak supaya tak melekat*
  8. isikan adunan dalam bekas pengukus dan kukus
saya guna bekas kecil-kecil..senang nak makan..

Saturday, June 25, 2011

puding marble

assalamualaikum...


jam dah 8.40,,
munkin sahabat dah selesai bersarapankan
saya seperti biasalah,,belum jenguk dapur lagi..
bukan apa..time cuti orang dalam umah ni
ditembak jepun....


sebagai ibu yang baru belajar masak
mestilah nak cerita pasal masakan je kan
petang semalam sebab kek coklat tak masak
jadinya saya terpaksa buat menu lain tuk minum petang
 godek kat myR..jumpa puding marble

Sedap puding ni,,anak2 n hubby suka
dah keluar dari peties..sedap...

Abaikan rupa yang tak berapa cantik saya hasilkan itu
 masa duk masak tu tak perasan bawah dah hangus
biasalah tangan keras,,tergesa2 memarblekannya ,,,
hasilnya itu rupa pudingnya..
nak tengok yang cantik boleh ke sini 

untuk perkonsian seperti biasa saya letak resipinya
terima kasih kepada tuan punya di myR..ratnasari
mintak izin ye...

Bahan-bahan Puding Marble

  • 1 paket agar-agar
    6 cawan air
    2 cawan gula pasir
    2 sudu besar tepung kastard
    1 camca besar serbuk koko
    1 biji telur
    1 camca kecil esen vanila
    secubit garam
    1 tin susu cair

Cara-cara

  1. Didihkan air dan agar-agar hingga larut.
  2. Masukkan gula,susu cair, esen vanila, tepung kastard yang telah dibancuh dengan sedikit air,telur yang telah dipukul dan garam.
  3. Apabila mendidih, angkat dan tapiskan.
  4. Bahagikan dua. Satu bahagian dicampurkan dengan serbuk koko yang telah dibancuh. Bahagian kedua biarkan dengan warna asal.
  5. Tuangkan agar-agar kuning ke dalam acuan berselang-seli dengan warna coklat. Buat begini sehingga habis. Simpan di dalam peti sejuk.


Asyik duk layan blog,,dapur tak berasap lagi
mau makan pagi + tengah hari serentak ni ...
hehe..biasa tak sahabat2 buat gitu???

Friday, June 24, 2011

haruskah aku mengalir air mata...

Assalamualaikum..
sahabat yang dirahmati Allah..
Dah menjamu selera?
Alhamdulillah...saya dan keluargapun baru sudah..
::::
kat umah ni memang selalu makan lambat..
walaupun time cuti...
tunggu hubby balik sembahyang dulu baru kitaorang makan

sebenarnya nak kisahkan benda lain,,,
kisah pasal main masak2 yang tak masak..
sedihkan..kalau kita harap nak makan ngan sedap
tapi hasilnya..tak seperti yang diharapkan
...
....
ceritanya,,,,,
selepas buat sarapan n makan pg tadi
saya n hubby keluar untuk cari lauk kat pasar...
tapi sebelum keluar,,saya merajinkan diri untuk menambah gula
dalam badan ini..dengan membuat kek coklat
yang saya suka...eggless chocolat cake
yang saya ambil resipinya kat dapur DJ

bila dah masuk oven...
.saya pesan ngan pengasuh anak suruh tengok2kan...
 >>>>
>>>
>>
lupa nak pesan ngan dia suh test dulu
sebelum keluarkan dr oven...
bila saya balik...tengok kek dah sejuk nak ranap kat tengahnya...
hehe..gini rupanya...

haruskah saya mengalirkan air mata???
huhu.

ayam golek

Assalamualikum...

Selamat berehat bagi sahabat
di negeri yg hujung minggu hari ni
mcm saya lah...sahabat yang lain
kena tunggu habis kerja hari ni dulu huhu

Saya,mcm biasa kalau pagi cuti ni..pagi2
mengadap blog..bukan apa..leh jalan2 kat dapur sahabat2
cari ide tuk menu sarapan...hehe

asyik takde ide je nak masak apa...
kalau tanya org dalam rumah ni....
jawapan klise..."apa-apa jelah"...
geram jugak kadang tu
....
....
baik tak yah tanya...
itulah kita,,,ibu....tiap hari duk pikir menu apa yang nk masak..

tapikan semalam...teringin makan ayam golek...
mintak suami belikan ayam tak potong..
balik kerja terus perap....


ni dia..ayam golek..nampak cam kering saja kan...tapi sedap sih...sekali hadap..selesai...
Untuk resipi,,saya sendiri takde sukatannya
sebab semua main letak je....
utk nak sumbat dalam perutnya,,
saya tumbuk lada hitam,bawang putih n halia..
tumbuk lumat masukkan dalam perut...
baki sapu kat luar badan..

pastu untuk rempah luar,,,
saya guna serbuk lada+serbuk lada hitam
+serbuk jintan+sedikit garam
bancuh je dengan sedikit air
lumur kat ayam...perap 2-3 jam baru bakar
hasilnya memang sedap..
nampak cam kering
tapi rasanya sedap..

;;;;
;;;;.
itu cerita semalam..hari ni nak sarapan takdak ide lagi ni..huhu
sahabat2 masak apa ye pagi ni???

Thursday, June 23, 2011

kuih ketayap

Assalamualaikum...
>>
>>>
Tak tahu kenapa...
dalam semangat nak berblog tu kan....
tiba2 je dalam seminggu ni line teruk sangat
....bukan lagi tahap siput...
tapi dah tak tahu nak kelaskan tahap apa dah...
dua minit pertama je bband ni okey
pastu...pendek kata masak apapun dulu sempat.....

dan...tiba2 jugak hari ni line elok sikit...
jadinya dimalam haripun
teringin bercerita lagi...
cerita kuih untuk berbuka tadi....

dah lupa dah apa org kampung saya gelarkan
tapi kalau sesetengah orang panggil kuih ketayap,,,,

kuah ketayap versi tangan keras saya...apa2 halpun rasa manis intinya memang sedap.....

oleh kerana bersiaran tengah malam...
itu saja lah cerita untuk awal khamis ni ....
selamat malam....

Saturday, June 18, 2011

Makaroni Goreng Pedas Berempah

 Assalamualikum...
Sahabat yang dirahmati Allah
Pagi nikan rasa tak sabar-sabar nak bercerita
....
tapi bukan cerita sensasi apapun
cuma cerita pasal makan-makan je
...
Pagi ni hubby kena kerja pulak
jadinya saya bangun pagi sediakan sarapan
dah kita cutikan...jadi merajinlah diri
menunya, semalam dah amik resipi kat blog kak nor secubit garam
rasa teruja dari malam tadi lagi nak buatnya
sebab mengikut kak nor,resipi tu sedap sangat...
....
.....
terasa rempahnya...sedap....

 Hasilnya...memang betul kata kak nor.....
memang sedap sangat...
saya n hubby yg jarang sarapan pepagi pun
boleh habiskan dua pinggan...
>>>
>>
Jadi seperti biasa...manalah tahu ada sahabat yang belum ada idea pagi ni,,,,boleh try resipi ni...saya copi dari dapur Secubit Garam....terima kasih kak nor..

MAKARONI GORENG PEDAS BEREMPAH
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
2 cawan makaroni ~ k.nor guna jenis shell
1 kpg dada ayam ~ dipotong kecil
3 ulas bawang putih ~ diketuk dan dicincang
1 labu bawang besar *
1 biji tomato (besar) *
1/2 batang carrot *
1/3 biji capsicum merah *
1/3 biji capsicum hijau * (* dipotong dadu)
1/2 sudu besar serbuk lada hitam
1 sudu besar serbuk cili kasar
1/2 sudu besar cajun
2 sudu besar sos cili
1 cawan air rebusan makaroni
1 biji telur ~ dipukul sedikit
garam
sedikit gula
daun sup ~ dihiris
minyak

Cara:
Rebus makaroni sehingga lembut dan toskan. (Asingkan 1 cawan air rebusan)
Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih hingga wangi.
Masukkan ayam dan masak hingga isi ayam bertukar warna putih.
Masukkan tomato, carrot, capsicum merah dan hijau dan goreng seketika.
Masukkan pula serbuk lada hitam, serbuk cili kasar, cajun, sos cili, garam dan sedikit gula jika suka.
Masak hingga tumisan berbau wangi dan alihkan bahan2 ketepi kuali dan masukkan telur.
Biarkan telur masak sedikit lepas tu kacau hingga menjadi seperti scramble egg.
Masukkan makaroni dan juga air rebusan tadi (tujuan dimasukkan air adalah utk menghasilkan makaroni yg sedikit basah dan tidak terlalu kering.. boleh skip jika lebih suka makaroni yg kering)
Kacau goreng lagi sekejap dan bolehlah dihidangkan dlm pinggan.
Taburkan daun saderi sebelum dihidangkan.





Tapi,,kat dapur saya tak de cajun tu...jadi tak tahu wanginya camana...saya bantai letak origano..huhu...ala2 nk bau piza lah pulak..hehe...tapi yang pasti nya resipi kak nor ni memang sedap..kena dengan selera saya yang asyik terliur apa yang orang makan ni,,,,

Friday, June 17, 2011

Pulut Kuning.

Assalamualaikum....

Salam pagi jumaat buat sahabat yang dirahmati Allah
Sesekali dapat bersiaran,,,moga sahabat semua ceria selalu :-)

Saya sekarang ni sebenarnya masih dalam mood teringin semua benda :-(
Kelmarin ada kawan2 kat tempat kerja duk cerita pasal pulut kuning
...jadinya seperti biasa,,,
saya balik terus singgah kedai beli beras pulut...
dah mahal sekarang ye RM4.60 sekilo huhu...
dan terus rendam...
>>>
>>
>
dan dapatlah anak n suami makan walau dah dekat 6 petang...
kiranya makan tengahhari merangkap petang sekali gus.
kami sekeluarga boleh dikatakan penggemar pulut...makan ngan rendang, sedap..n telur dadar..anak2 suka kalau buat telur dadar kaler makan ngan pulut...

Kalau ada sahabat yang nak makan hujung minggu ni bolehlah cubanya,,,,tetapi jangan pikir pasal sakit urat...hehe..

Bahan

  • 1/2kg beras pulut
  • 2 gelas santan pekat
  • 1 sudu teh kunyit serbuk
  • sedikit garam & gula*masukkan dalam santan 

Cara-cara

  1. Cuci dan rendam pulut bersama serbuk kunyit lebih kurang 1-2 jam 
  2.  Toskan pulut dan kukus hingga 1/2 masak(biasanya sampai naik wap)
  3.  Keluarkan dari kukusan dan masukkan dlm bekas kacu hingga pulut berderai
  4. Kemudian tuangkan santan  ke dalam pulut tadi dan gaul hingga rata
  5. Masukkan semula ke dalam kukusan dan kukus hingga masak

Monday, June 13, 2011

aduan...

assalamualaikum...

Ingatkan dah boleh nak ziarah kawan2 tiap hari..rupanya mabuk ni ada lagi on off nya...jadi hari ni baru rasa kuat skit..bolehlah..nak bercerita skit...

Ceritanya pasal aduan...saya pernah berurusan di Tabung Haji caw daerah tempat tinggal saya pada bulan mac hari tu....namun layanan yang saya terima agak mengecewakan saya....munkin sebab saya ke sana nak bertanya status mengerjakan haji ibu bapa saya,,menyebabkan pegawai tersebut kurang berminat...jadinya dengan muka yang masam dan tidak memandang kita dia hanya bercakap sepatah dua sahaja...

Jadi saya yang agak kecewa dengan sikap orang yang bekerja di kaunter depan ni..telah buat aduan pada  bahagian khidmat pelanggan TH ........ingatkan mereka telah membakul sampahkan aduan kita...rupanya...selepas tiga bulan...hari ni saya mendapat panggilan telefon dari pihak TH..yang bertanyakan sama ada pegawai tersebut ada menelifon saya atau tidak...Biarpun pegawai tersebut tak pernah menelifon saya...tapi saya berbangga jugaklah dengan TH kerana tidak pandang enteng sahaja dengan aduan pelanggan...
 ......
.....
Kadang-kadang rasa pelik jugak dengan sesetengah yang bekerja di kaunter depan...kalau rasa rimas dengan orang ramai ...rasanya tak perlulah mintak kerja tukan...tapi ada yang ramah mesra dan sedia menolong pun ramai...cuma kadang rasa hati tu...kurang sabar skit...

Saturday, June 11, 2011

durian....teringin

Assalamualaikum

Selamat pagi buat sahabat yang dirahmati Allah

Sarapan apa kita pagi ni????

saya ni masih belum ada idea lagi nak masak pe
.....
disebabkan tak tahu nak buat apa..duk ngadap lappy dulu
sambil belek2 album gambar,,,terjumpa pulak gambar ini....

durian....
Teringat durian ni hubby belikan kat pasar malam sebelum cuti hari tu...
masa tu teringin sangat nak makan durian....
jadinya bila pasar malam hubby pergilah cari...
tapinya...musim kali ni harga durian cukup mahal
apa lagi di langkawi ni....
besar tu je..RM12.00....tapi disebabkan teringin ambik juga....
hasilnya..dapatlah banyak ni isinya..bolehlah merasa seulas sorang...alhamdulillah....



sebenarnya...teringat bila cuti nak balik kampung nak cari kt kampung sebab kata orang  murah lagi...terutamanya kat wakaf che yeh...tapi disebabkan keadaan kesihatan mak yg tidak mengizinkan..semuanya tak sempat nak cari...jadi bila datang langkawi balik..macam terigat2 pulak durian kampung,,,tak de rezeki....

Thursday, June 9, 2011

cuti...

assalamualaikum....
Oleh kerana masih dalam mood bercuti...
ceritapun mesti semua pasal cutikan...
sempena cuti baru berkesempatan balik kampung kat kel...
itupun 5 hari sahaja..
rasa tak puas nak bersama keluarga...

masa nak balik hari tu sedih sangat..
bukan apa,,,sebenarnya mak tengah sakit sekarang
selama ini tiap hari duk telefon dia hanya becerita biasa2 sahaj
rupanya masa balik baru dapat lihat keadaan sebenarnya...
mak dah tak larat nak berjalan..sakit bahagian betis
hanya mampu mengesot sahaja...
saya sedih sangat sebab mengikut ceritanya
...sudah sebulan lebih dala keadaan macam tu

lantas saya terus membawa ke hospital untuk x-ray
setelah 3 kali x-ray...dr tidak temui apa2 masalah pada tulangnya..
pelik jugak...
saya juga turut membawa berurut cara kg...
namum sehingga saat saya tinggalkan..keadaan mak masih begitu...

ralat rasa hati nak tinggalkannya...namun kerana kerja dtempat jauh
saya terpaksa tinggalkan pada adik bongsu lelaki untuk uruskan mak..
berdosakah saya kerana terpaksa meninggalkan mak dalam keadaan mcm tu...
maafkan daku ibu......


Show All

Wednesday, June 8, 2011

Assalamualaikum....terima kasih...

assalamualaikum...

Sebenarnya rasa malu-malu pulak ni...
bukan apa rasa dah lama sangat menyutikan diri
jadinya dah tak tahu nak cakap apa,,,
tapi bila lihat kat shoutbox..masih ada kawan2 yang sudi jengah sini
saya ingin menzahirkan rasa penghargaan disni..
terima kasih sesangat...

moga persahabatan dimaya ini bisa berkekalan....
selain nak ucapkan terima kasih kat sahabat2
bolehkan ambil kesempatan cuci sawang yang banyak ni :-)


.....hari ini alhamdulillah kami sekeluarga dah masuk langkawi
terpaksa masuk awal..sebab ada temu janji ngan klinik..
oleh kerana semangat berblog baru nak tumbuh..
tak sempat nak letak gamba...tak sabar nak posting  ... :-)

dan..harap2 lepas ni bolehlah singgah kat tempat kawan2...
tak sabar ni...tunggu ye... :-)

Friday, April 29, 2011

puding telur beroti@puding roti kremer

 Assalamualaikum...


Malam tadi badan rasa kuat sikit..
apa lagi saya mengambil kesempatan..masak puding karamel...
hari tu lagi nak try masak lagi sekali puding karamel..
sebelum ni yang saya cuba kat sini yg tak terbalikkan tu..tak guna roti..
resipi yang ni saya godek dapur kak rosaliza guna roti..
emmm.makan kejap tadi ni sungguh sedap..tq kak rosa


sejuk tekak selepas keluarkan dari peties pagi ni..huhu..



PUDING TELOR BEROTI @ PUDING ROTI KREMER

Bahan2nya

~ 3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus
~ 4 keping roti gardenia
~ 3 biji telur - di pukul manja dan di tapis
~ 2 cawan air suam
~ 1 Atau 3/4 cawan susu pekat manis
~esen vanilla

Cara- cara

Dengan menggunakan loyang, sediakan gula hangus........kemudian ketepikan. Panaskan pengukus..... Carik2kan roti kemudian blender  bersama air suam dan susu. Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis itu dan masukkan esen vanilla. Kemudian masukkan adunan tadi kedalam loyang  gula hangus dan kukus sehingga masak..


jadinya pada kawan2 yang nak makan petang ni leh buat sekarang..masuk petiais..petang nnti hidang..sedap..manis dimulut..





bila rasa badan kuat skit rasa nak buat macam2...
nak kemas rumah..nak basuh kain,,nak mop lantai.
last2 duk depan lappy je huhu

Wednesday, April 27, 2011

assalamualaikum

Assalamualaikum

Sahabat yang dirahmati Allah..
semoga semuanya berada dalam limpahan rahmat kesihatan

rasanya sudah lama tidak dapat membuka blog
betullah,,ingat lima perkara sebelum lima perkara
...antaranya sihat sebelum sakit....
bukan apa bila dah tak sihat semua bendapun tak boleh nak buat

itulah yang saya alami sekarang
sejak keadaan diri yang kurang sihat ni
banyak benda yang terpaksa dilupakan

hanyalah perkara2 yang memang tak boleh nak tinggal sahaja
gagahkan diri untuk menyelesaikannya
yang lain..terpaksalah tolak tepi...

tapi hari ni alhamdulillah..rasa ada sedikit kekuatan
dapatlah menjenguk kawan2.....rindunyaaa.
sambil bersihkan sawang..

terima kasih kepada kawan2 yang masih sudi
lagi datang,,walaupun saya off dah banyak hari..

moga lepas ni kita akan berjumpa lagi
walau hanya sekadar di maya...

moga jumpa lagi..




terima kasih

Friday, April 8, 2011

Kek Coklat Lembut Kukus Chef Zubaidah

 Assalamualikum....

Tadi pagi singgah kat umah nieza ternampak dia pamerkan kek coklat yang sungguh menyelerakan..
saya ni apa lagi..macam2 dah terasa kesedapan kek kat lidah saya..kuat betul penangan nak makan manis-manis...moga2 tak terkena perkara yg tak diingini berkaitan ngan manis ye..amin..

Memandangkan serbuk koko dah habis stok..saya meminta hubby ke kedai..kalau bukan kerana teringin..kalau barang takde dalam dapur..saya tangguhkan dulu..tapi ni rasa cam takleh tahan dah..dah terasa kat mulut...kesedapannya..huhu

Alhamdulillah..dapat jugak saya menikmati kek ini....
dan kepada nieza...terima kasih kerana sudi kongsi resipi..jadinya..akak mintak nak meriahkkan kat tempat akak pulak ye..

Resepi : Chef Zubaidah & along@myresepi


Bahan :
**100 gm serbuk koko
**1 tin susu cair
**200 gm minyak masak @ minyak sayuran @ pun butter cair
**250 gm susu pekat
250 gm gula kastor - aku kurangkan ke 180 gm saja
4 biji telur - pukul hingga berbuih
150 gm tepung gandum
1st soda bikarbonat
1 st baking powder

Cara membuatnya :
Campurkan kesemua bahan bertanda** dan masak dengan api perlahan sehingga licin. Tak payah sampai menggelegak
Satukan dengan telur yang di pukul tadi dengan mixer. Gaulkan bahan2 kering  dan campurkan sedikit2 sehingga sebati.
Masukkan ke dalam tin yang di lapik dan minyakkan. Kukus selama 1 jam dengan api sederhana. Pastikan air telah menggelegak sebelum di kukus.
Kalau tak nak kukus boleh juga bakar selama 40 - 45 minit dengan suhu 170c.
Sejukkan dahulu sebelum di hiaskan dengan icing @ ganache.
Bahan2 Simple Chocolate Ganache:
1 cawan susu pekat
1 cawan serbuk koko
1 sb butter/margerin/minyak masak
Caranya :
Kacau semua bahan atas api kecil hingga likat dan larut sepenuhnya.

Bila dah rasa..kek ni takde lah manis sangat,,,setakat bolehlah..tapi yang penting rasanya yg sedap...jomlah,,,kawan2 makan sama.sama...


ps:anak2 saya hari ni cipta sejarah pulak..semua pakat tidur jam 8.00 malam..susah nak jumpa tu...
bolehlah saya keluar makan2 berdua ngan hubby..ahaks..
jumpa lagi....

keropok lekor

Assalamualaikum..


Terima kasih kepada kawan2 yang sudi datang..dan terima kasih juga pada kawan-kawan yang sudi beri pandangan mengenai anak bujang saya semalam..saya amat hargai sangat..Rasanya kena pegi cari air penawar n bacakan surah yang diberikan adalah jalannya..harapan saya biarlah lepas ni..along mahu ke sekolah..InsyaAllah..


Pagi ni nak cerita pasal sekarang ni musim ikan kembung tengah banyak..tiap2 hari ada je hubby bawa balik ikan yang dibeli dari nelayan di Pulau Tuba. Hubby yg selalu duk beli tu bukan apa,,dia ni penggemar tegar laksa utara  ..tapi asyik duk buat laksa hari2 mau sakit badan huhu..

Teringat pulak masa kecik2 dulu  kat kampung,kalau ikan banyak mak selalu buat keropok lekor..jadinya tanpa berlengah saya menelefon bertanyakan resipi..masa dulu tak mau amik peduli time mak masak..Kata mak kena masukkan tepung sagu...huhu mana nak cari...tu..Kalau takde boleh ganti ngan kanji.seb baik kanji ada

Hasilnya...nampaklah isi ikan skitkan kalau buat sendiri..kalau tak..duk beli kopok kat sini..puteh n keras je.lebih tepung..

Yang ni sedia untuk dihabiskan..malas nak mengelenter..saya buat bulat2..
Dan seperti biasa..bagi meriahkan majlis..saya letaklah resipi cara saya kat bawah ni.

-2kilo  ikan*saya guna ikan kembung.
-2 caw tepung ubi
- sedikit garam

cara-cara

1. Siang iakn bersihkan..selinap amik isi
2. potong kecil isi ikan dan blend guna blender kering
3. bila dah lumat,mmasukkan ke dalam bekas n campur dgn tepung ubi n garam..uli sebati
4. Pastu bentuk seperti keropok kat kedai tu then rebus di dlm air mengelegak..bila keropok terapung.masuklah tu.
5.toskan,n goreng..
6.Hidang ngan sos
7.makan.

Tapikan rasanya,kalau buat guna ikan selayang lagi manis..
So sahabat yang tak tahu nak masak apa ngan ikan kecil bolehlah cuba buat keropok lekor ni..

Wednesday, April 6, 2011

mati akal

Assalamualaikum...sahabat yang dirahmati Allah


Hari ni seharian saya berfikir....
pasal anak saya yang sulung tu..
Si Along ni berusia 6 tahun..anak sulung baru 6 tahun huhu
along ni saya baru hantar sekolah(tadika) baru tahun ni



masalah yang saya hadapi sekarang..
baru masuk bulan 4 sekolah
Along buat hal macam2....
dalam seminggu ada 2-3 hari sahaja dia pergi sekolah
itupun selepas kena marah..

saya pun dah pening..tiap2 pagi along akan bangun dan menangis
sambil merayu-rayu tak mahu pergi sekolah

kadang tu sampai tahap meraung2...
masa saya dah penat,saya izinkan dia tak pergi sekolah
tapi kalau dah hari-hari???>>

Saya dah pernah jumpa gurunya
katanya dia tak pernah ada masalah kat sekolah
???????
ni je yang along suka...main game...

ada tak pernah kawan2 hadapi masalah macamni??
macamana lagi harus saya pujuknya untuk ke sekolah,,,

memang saya mati akal......

Tuesday, April 5, 2011

puding gula hangus

Assalamualaiku...


Sebelum apa2 tengok kat gambar kat bawah ni..apa yang tak kena erk...

hasil pertama...rupanya kena terbalikkan...huhu.kena buat lagi lepas ni bagi cantik.
Tak tahulah nape..akhir-akhir ini asyik rasa nak makan manis2 je
sampaikan air putih dah tak lalu nak makan asyik air sirap je 24 jam
apa yang tak kena tah..

semalam teringat kat puding gula hangus ni yang di lihat di pasar malam
rasa cam sedap je...

apa lagi..balik dari kerja,terus mengodeknyacari resipi kat myR
makanya terjumpa resipi dari Alia(terima kasih) dengan nama puding karamel.
yang bestnya semangat nak buat tak baca cara bagi jelas
rupanya puding ni kena terbalikkan baru nampak cantik
huhu itupun tak tahu...anyway nak kongsi gak kat sini
resipi n gambanya.gamba yang tak sepertinya tu

Bahan-bahan ( saiz:16 cm )

  • 400cc(400ml) susu segar/susu cair
  • 5 sudu besar gula halus
  • 3 biji telur- pada suhu bilik
  • 2 biji telur kuning-pada suhu bilik
  • 2-3 titik esen vanila
  • [ KARaMEL ]
  • 5 sudu besar gula
  • 2 sudu besar air

Cara-cara

  1. Sediakan karamel: Masukkan gula ke dalam periuk dengan 1 sudu besar air. Masak di atas api sederhana. Bila nampak sedikit perang, masukkan 1 sudu lagi air. Masaklah sehingga perang. Tuang ke dalam loyang. Ketepikan.
  2. Masukkan telur dan kuning telur ke dalam mangkuk. Sambil dikacau masukkan gula sedikit demi sedikit. Kacau dengan perlahan sehingga sebati. Jangan biarkan berbuih.
  3. Dalam periuk lain masukkan susu dan esen vanila. Panaskan sehingga 60 degree. Jangan sampai mendidih.
  4. Dengan susu yang masih panas lagi, masukkan sikit demi sedikit susu ke dalam telur tadi. Kacau sehingga sebati. Tuang ke dalam loyang yang ada karamel tadi.
  5. Tutupkan loyang dengan 2 lapis aluminium foil. Kukus dengan api sederhana selama 30 minit
  6. Atau boleh juga dibakar di dalam oven. Tapi perlulah diletakkkan air suam ke dalam dulang pembakar. Bakar selama 40-45 minit pada suhu 150 degree.
  7. Bila dah masak. Jangan buka aluminium foil. Biarkan 5 minit. Kemudian bolehlah dibuka.
  8. Bila sejuk bolehlah disimpan dalam peti ais 
Apa-apahalpun sedap jugak puding ni...
cuma nak tanya kawan kalau yang biasa masak puding ni..
macamana nak elakkan rasa karamel tu dari rasa cam nak pahit skit ye...


.

Sunday, April 3, 2011

marah..

Assalamualaikum...sahabat yang dirahmati..
terimakasih yang sentiasa sudi datang ke tempat saya ni..seminggu dua ni tak tahu kenapa,,,kesihatan kurang mengizinkan untuk duduk depan lappy lama2..walau rinduuuu pada kawan2 tapi terpaksa dipendamkan....




Daripada abu hurairah r.a,bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud; "bukanlah yang gagah perkasa itu seorang yang mampu merebahkan orang lain,tapi sebenarnya orang yang gagah perkasa itu ialah orang yang mampu mengawal dirinya ketika marah."


Hadis ni suami bacakan kepada saya ketika saya betul2 dalam keadaan marah hari tu...bukan tapenah marah huhu,,tp hari tu saya marah saat ada orang ramai..burukkan sifat marah ni..boleh mendatangkan malu sebenarnya..tu sebab nabi s.a.w mengibaratkan dgan org yang gagah itu org yang mampu mengawal marah..

ceritanya:khamis malam jumaat lepas saya telah membawa dua orang anak ke klinik kesihatan dipekan tempat tinggal saya ni(bukak sampai jam 9mlm)...sorang demam..on of dah seminggu dan yg sorang lagi si solehah tu tak tahulah kenapa asyik sem**lit je..kesian dia...tapinya bila sampai kat kelinik tersebut..dahlah menunggu untuk didaftarkan agak lama..apa lagi menunggu giliran..bila dah dapat turn..masuk jumpa doktor...alahai...doktor sekadar menghabiskan shif sahaja rasanya..dahlah bercakap ala tak fasih bahasa melayu..dah tu pulak..macam salahkan kita,,mcm saja-saja nak bawa anak ke klinik..dia bagi alasan biasalah budak2 demam on off tu n sama lah dengan solehah tu,,,katanya biasalah...kata nya u cuba bagi lebih fiber kat anak..u tahu tak apa tu fiber? huhu....maklumlah kita sekolah atap je...dengan tidak menyentuh sedikit pun dua2 anak saya..apa lagi saya mmg rasa bengang sangat....saya mintak maaf dengan dia sbb terbawa anak saya ke klinik...then saya keluar tanpa mengucapkan terima kasih..kat luar sementara menunggu nak ambil ubat..saya tak habis2 membebel..tu yang suami menegur tu,,,,huhu..rupanya mengikut cerita pkerja kat kaunter ubat yang terdengarbebelan saya menyatakan yg doktor tersebut mmg begitu gayanya....grrrrr...

pernah tak kawan2 terkena gitu?... ,,....rasanya doktor tu sorang je yang perangai camtu...

Friday, March 25, 2011

pajeri rebung

Assalamualaikum..

Alhamdulilah..makan tengah hari tadi..seperti hari2 biasa..
sentiasa selera sampai bertambah2..
sekarang ni istilah diet dah takde dalam kamus hidup huhu..

hari ni teringat nak makan rebung..ubat sakit urat  
sebenarnya..rebung dari rumah MIL..baru kesempatan nak buat hari ni..
pekena pulak dengan ikan talang masin..tu yang bertambah siap tu..

pajeri rebung cara saya..sedap,, sbb guna rebung madu

Jadinya merajinkan diri di sini umtuk menaip resipi mudah ini....

-beberapa kerat rebung
-1 peket rempah kari
-2 caw santan pekat
-seulas bawang putih**
-3ulas bawang merah**
-sedikit kulit kayu manis n bunga lawang
-1 sudu besar kerisik
-sedikit udang kering
-garam n gula secukup rasa.
-minyak untuk menumis.
**mayang.

cara-cara;
tumis semua bahan seperti nak buat kari..bila dah pecah minyak,masukkan rebung yang dipotong 2inci n kelar jgn putus.bila rebung dah sebati ngan rempah tumis,masukkan santan..kemudian masukkan kerisik n udang kering.last sekali masukkan garam n gula..saya suka manis2 skit pajeri ni..

kawan2 makan apa lunch tadi....apa2yang kita makan pun..syukurkan sebab kita masih diberi peluang untuk menikmati hidangan tengah hari disaat ada yang hanya makan sekali sehari sahaja...

Thursday, March 24, 2011

terkunci..

Assalamualaikum..sahabat yang dirahmati Allah


Terkunci lagi saya..tapi hari ni terkunci kat luar pulak(betul tak istilah tu?)
Kisahnya..hari Selasa lepas masa nak pergi kerja....tiba2 pintu takleh buka..tombol pintu loose..tak leh nak pusing..
Kemain gelabah lagi saya dibuatnya..seb baik masa tu hubby tak pergi kerja lagi..
puas buat macam2..duk pikir kalau duk kat luar hempas badan rasa dah boleh buka..masalahnya dari dalam...
gohead,gostan..akhirnya selepas sejam..hubby berjaya mencukil tombol nya..terpaksalah merah punchkad saya hari tersebut...
...balik dari tempat kerja hari tu...hubby terus menukar tombol baru...
;;;
;;;;
;;;;;
,,,petang ni anak2 ajak pergi taman..
jadinya pulang dah dekat pukul 7 malam...
nak jadi kisahnya...sekali lagi...kisah selasa lepas berulang...
;;;
sekali lagi tombol takleh nak pusing..huhu
makanya terpaksalah sekali lagi..pintu tersebut dipecahkan
jadinya terlewatlah hubby ke masjid..
waduh..apa ye yang tak kena..dah dua kali jadi macam tu dalam masa yang terdekat...
saya sebenarnya tinggal dikuartes....

...huhu..macam dugaanlah jugakkan..
apa taknya ..terjadi pulak saat kritikal...time nak pg kerja...dekat waktu sembahyang
pernah dak kes macam ni terjadi kat kawan2???

Wednesday, March 23, 2011

apam coklat

Assalamualaikum...

Macammana keadaan cuaca kat tempat kawan?
kat Langkawi dua tiga hari ni asyik hujan je..
alhamdulilah...taklah panas sangatkan..

jalan2 hari ni tengok ramai yang masak steamed custard tea cake
teringin jugak rasa nak mencubanya...tapi disebabkan hati nak buat apam coklat dulu
makanya balik kerja tadi,,sambil masak utk makan tgh bancuhlah sekali adunan apam ni...
sebenarnya..petang sabtu hari tu dah buat..tapi apam tu jadi naik senget sebelah..
tu yg tak puas hati..try buat lagi sekali..

alhamdulillah..yang petang ni dah ok...anak2 suka sebab coklat..


saya saja letak sos coklat..tapi tak canti mcm org lain..

Sayapun dah lupa..pernah masukkan entri apam ni atau belum lagi..yg pastinya...
resepi ni amik kat dapur kak nor secubit garam..macam biasalah .kak norpun katanya dari MyR..terima kasih..keduanya..daun keladi.

jadinya resipi seperti yang dibuat kak nor seperti berikut;

APAM COKLAT by Alma MyR

1cawan tepung gandum
1/2 cawan gula
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan minyak masak
1/2 cawan air
1bj telur
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1 atau 2 sudu besar serbuk koko

Panaskan pengukus yg berisi air hingga mendidih.
Mix semua bahan2 menggunakan mixer atau nak lebih mudah lg boleh gunakan blender.
Masukkan dlm acuan lompang** dan kukus hingga masak lebih kurang 10 - 15 minit.
Sedap dimakan panas2.

# Apam ni rasa dia cam kek coklat kukus. Padat dan moist.

**saya masuk dalam acuan seriayu

saya kongsikan pulak kat sini sebab resipi ni senang n ringkas...
bolehlah kawan2 yang takde idea nak minum petang besok cuba pulak...
tak gitu.. :-)

Tuesday, March 22, 2011

Reen's Diary Giveaway Lahh !..

Assalamualaikum

Jam menunjukkan pukul 10.13 malam.mata dah hampir mengantuk..tapi tiba2 teringat yang reen buat GA yang sampai hari ni,masih tak sempat nak menjoinkan diri lagi..jadinya memandangkan tarikh dah makin dekat,saya mengambil kesempatan untuk join sekali...reen,kita dah join ni...



sowi..tak teredit gambo ni rupanya...




Kata reen..untuk GA ni kena tag 3 atau 7 orang...alamak..nak tak sapa ye..bukan apa sebab tengok kawan2 semua dah join..tinggal lagi saya je yang terlambat sikit...

tapi dah itu permintaan reen..jadinya saya dengan ini ingin mengetagkan pada kawan2 kita kat baawah ni....
masih ada masa lagi nak meriahkan majlis kawan2kan...


saya tag;
cik pah,cik pah tak buat lagi kan?
cik chun,lehkan cik chun?
cik sunah..sunah baikkan.
dan semua kawan2 yang datang..terima kasih-terima kasih..
jadinya nak tengok lebih lanjut boleh ke tempat reen tu...

Selamat berGA ye kawan2..