Assalamualaikum..dan selamat datang

Thursday, July 26, 2012

Ramadhan dah 6 hari....

Assalamualaikum semua....Sedar tak sedar dah masuk 6 hari dah kita berpuasa....
.mudah-mudahan puasa kita tahun ini diterima oleh Allah.
Teringatkan  ustaz2 kita dulu pesan
bulan puasa ni bulan kita nak memohon doa,
Nabi selalu berdoa dengan doa yang ringkas
 yang selalu kita dengar semasa terawih tu kan...
اللهم انك عفو كريم تحب العفو فاعف عني-
Ya Allah,sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf dan Maha Mulia,
Engkau suka memaafkan,maka maafkanlah daku..
-Semoga ramadhan ini akan menjadi bulan kita memanjatkan doa,doa kepada diri sendiri,kepada ibubapa,saudara mara,sahabat handai,dan doa kepada seluruh umat islam terutamanya ummat islam yang tertindas di merata dunia.....p/s-Ingatan kepada diri sendiri yang sering malas .....

memandangkan ini entri pertama saya dalam bulan ini,
saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan
salam ramadan kepada sahabat2 semua,,
semoga kita semua dapat merebut peluang2 menarik
yang dijanjikan di dalam bulan yang mulia ini.....


p/s-tengah fikir nak masak apa untuk berbuka petang ni,,,,,?????
sahabat semua masak apa ye?....




Saturday, July 14, 2012

D.I.Y- cara tukar sceren laptop Acer mini


minggu lepas laptop mini saya pecah skreen
sebab kena pijak ngan Along...
mulanya bawa kat kedai sebab baru dekat 5 bulan guna
tapi ikut kedai tu waranty takleh guna sebab pecah....
bila tanya untuk baiki katanya rm390..alahai...
kat langkawi ni semuanya mahal...

ni kesan pecah hasil kreativiti Along..grrrr.

untuk tengok harga pasaran sebenar
suami cuba tengok kat Mudah.my..
rupanya paling murah harga skreen tu hanya RM190
ikut kata adik jual kat Mudah tu senang saja nak pasangnya


jadinya suami try google....
rupanya mmg sangat mudah cara pasang sendiri
jadi kalau ada sahabat yang menghadapi masalah yang sama
bolehlah try tengok kat link  sini
siap tunjuk step by step lagi
 mudah ajekan....

suami tengah gigih membuka skreen asal

gigih,,,ala-ala pro gitu.huhu
tu dia skreen asal..yg nampak kesan pecah...dan lappy yang sudah pulih kembali....alhamdulillah...jimat dekat RM200 gitu berbanding kalau hantar kat kedaikan....

Thursday, July 12, 2012

assalamualaikum

assalamualaikum....

dah tak tahu nak mulakan macamana...
harap kalau masih ada sahabat yang mengingati suri
moga semuanya dalam keadaan sejahtera.....

.....................tengok kat bloglist,,,baru tahu
dah 4 bulan tak jengok sini....
ini bukan lagi setakat sawang 
munkin kala jengking pun boleh hidup bebas ni
.....................
....................
nak buat macamana
dah ditakdirkan,tahun ni rasa macam sibuk
sangat...sibuk macam2 termasuklah 
sibuk duduk sahaja...

jadi hari ni rasanya rindu sangat
nak bersihkan tempat ni....
rindu nak bertandang ke tempat kawan2
rindu nak bertanya kabar.....
harap dapatlah berterusanlah lepas ni :-)
kawan2...
jangan lupakan suri di sini yeee....