Assalamualaikum..dan selamat datang

Tuesday, January 31, 2012

JJCM-Langkawi part 2

nak sambung cerita semalam
tunjukkan tempat makan kat Langkawi
''''''''''''''''''''
sebenarnya banyak tempat makan kat sini
apa yang nak saya cerita ialah tempat makan
dengan harga yang murah..seronok promosi kedai org huhu.
kan lebih baik dapat harga murah....berjimat
''''''''''''''''''''''''''''''''''''
''''''''''''''''''''''''
kat bawah ni ialah restoran dayang hotel grand continential
terletak di jalan  Klebang,
menu kat sini juga harganya agak murah
cuma rm 50 sahaja untuk makan-makan kat bawah tu


ada udang,ayam,sotong,sayur campur,dan juga gulai tenggiri.dalam set ni jugak ada buahan pencuci mulut dan agar-agar..berbaloikan..

yang ni tukang habiskan....semua tu.

kat bawah ni pulak bagi pengemar masakan barat
kedai makan ni terletak di Trimula,dekat  Kuah lg
di kenai dengan EE Burger,
kat sini juga harganya berbaloi untuk di makan
lamb chop dan chicken chop hanya RM9 shaja
burger dengan menu sampingan pun rm 3 sahaja
murahkan....



antara menu di EE Burger, jadi pada sahabat yang bakal ke sini boleh cuba..jimat belanja hehe..nanti saya cerita tempat2 lain pulak

Monday, January 30, 2012

al-fatihah....

petang tadi dibalut dengan sedikit rasa sedih
hubby balik dari kerja tadi,membawa perkabaran yang buat saya termenung seketika
""""""""""""""""""""""""""""""""
"""""""""
memang,tiap yang bernyawa akan menghadapi saat kematian
cuma saya terkilan sedikit kerana kami sudah lama tidak menghubunginya
''''''''''''''''''''''
'''''''kesibukan kerja kadang-kadang membuat tak sempat untuk bertelifon bertanya khabar alasan
patutlah dua tiga hari ni hati asyik teringat-ingat je...
sungguhpun kami mengenali allayarham tidak lama
namun ikatan hati dengan beliau sangat kuat....
munkin sikapnya yang lebih kepada kebapa-bapaan...


allahyarham merupakan imam tua di masjid pandamaran
yang kebetulan suami juga pernah menjadi imam kat situ
sebelum buat KPLI
"""""""""""""""""""""""""""""""""""""""
""""""""""""""""
al fatihah untuk Imam Pak Wan..semoga rohnya di tempatkan bersama orang-orang yang soleh....Amin

-kadang,ada orang yang kita sempat bersamanya seketika...tapi ingatan kita sentiasa segar terhadapnya...

JJCM-Langkawi-part 1

makan lagi dan lagi....kali ini kat langkawi
manalah tahu dapat di manafaatkan oleh sahabat2 yang nak ke sini....
dengar cerita sahabat kita ain-sekadar satu coretan nak datang langkawi ...
bolehlah ain tengok2 tempat nak jamu selera ni
'''''''''''''''''''''''''''''''''''''''
''''''''''''''''''''''
sebenarnya saya sendiri tak berapa arif sangat
kedai makan mana yang sedap...tapi saja-saja cuba
berdasarkan pendapat kawan2 kat sini...
yang ni restoran nelayan
tempatnya tak menarik sangat,'tepi jeti nelayan
dan kedainya,biasa2 sahaja.....
tapi rasanya boleh tahan dan yang paling penting
agak murah....huhu..kedekutkan
ikan tuka bakar..cicah air asam,hubby suka


ketam rebus..besar gedabakkan..

dan ikan masak stim..lupa org langkawi panggil apa tah ikan ni..kalau tak silap geruk kut...
dan..kailan ikan masin...

sebenarnya acara makan-makan dengan hubby ni dah lama
sebelum bersalin hari tu...
sekadar nak penuhkan permintaan adib fawwaz..

-harga makanan kat sini agak murah..sapa rasa boleh teka berapa RM semua tu????

Sunday, January 29, 2012

JJCM- Cafe Puncak mutiara.

petang-petang ni sambil duk tengok2 menu nak minum petang
tiba-tiba teringat aktiviti JJCM saya masa cuti CNY hari tu
kebetulan  masa CNY hari tu..adik beradik hubby semua berkumpul kat umah MIL
apa lagi,kami berpakat untuk makan-makan kat Cafe Puncak Mutiara ni
''''''''''
apa yang menarik di restoran ni,terdapat pelbagai jenis menu
daripada ayam,kambing,rusa hingga ostrich pun ada..
biasa menu paling popular ialah nasi briyani peha kambing
memang berbaloi order....



ni dia,nasi briyani paha kambing+dalca+air asam.....sebelah paha dalam pinggan tu..makan sampai tak habis lauknya..pilihan saya
along pilih,chicken chop...besar gedabak hehe


ni kat kawasan cafe tersebut..pemiliknya buat konsep cafe dalam taman..sila rotatekan kepala huhu
MIL..pilih steak rusa,,


up close n personal....huhu


pada sahabat yang nak merasa kesedapan briyani kambing bolehlah kesini,,,
lokasinya..di kg.pelek ,penanti,penang.

Saturday, January 28, 2012

Pau Suri

pau tetap lembut sangat2 walaupun dah sejuk..
 Pau antara kuih yang saya tak pernah cuba buat dari anak dara sampailah dah kawin
tapi di sebabkan masa balik kampung hari tu,suami beli pau yang sedap kat satu stesen minyak
menyebabkan saya tiba2 teringin nak cuba membuatnya
lantas selepas mengoogle,saya guna resipi yang di kongsi oleh CMG di DST
berbaloi buatnya sebab gebu sangat...sesuai sangat dengan tajuk yang cik mat tulis kat DST gebu,montok tembam,lembut hehe

sebagai perkongsian saya pastekan resipi dari CMG kat sini
BAHAN-BAHAN INTI :-)
2 biji kentang saiz sederhana, kupas dan dadu kecil, rebus hingga empuk dan toskan
1 cawan isi ayam yang dipotong kecil
1 camca besar penuh rempah kari daging
1/2 camca besar rempah kurma
1 biji bawang besar, didadu
2 ulas bawang putih*
1/2 inci halia*(*ditumbuk lumat)
Garam dan gula secukup rasa
1 tangkai daun kari
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1/2 cawan air
Hirisan daun bawang untuk hiasan

BAHAN DOH PAU :-)
500 gram tepung pau *saya guna tepung gandum yang diayak4 kali
1/2 cawan gula halus
1/4 cawan minyak jagung
1 1/4 cawan air
6 gram instant yeast

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK INTI :- Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar, daun kari, kayu manis, bungalawang, bawang putih + halia hingga harum. Masukkan rempah kari + rempah kurma, kacau dan tuang air. Masukkan ayam dan kacau. Tambah kentang, gaul rata. Biar mendidih dengan api kecil.Bila inti pekat, tambah gara, secukup rasa dan secubit gula. Kacau hingga rata dan kering, masukkan hirisan daun bawang, gaul rata. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Sejukkan.
  2. UNTUK DOH :- Satukan gula dengan air, kacau hingga gula larut. Masukkan yeast dalam tepung, gaul rata. Tuang minyak dan gaul hingga sebati. Tuang bancuhan air + gula tadi sedikit demi sedikit sambil digaul hingga mendapat doh yang tidak melekat dimangkuk. Keluarkan doh, tabur sedikit tepung dan uli 10 - 15 minit hingga mendapat doh yang kenyal. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan2 untuk doh dalam breadmaker, pilih setting untuk doh dan tekan ON. Selepas 30 minit, boleh keluarkan doh dari breadmaker.
  3. UNTUK PAU GEBU MONTOK TEMBAM :- Keluarkan doh, bagi doh pada beberapa bahagian yang setiap satu beratnya kurang lebih 65 gram, bulat2kan. Ambil ia bahagian, leperkan dan isi dengan 1 camca besar inti, tutup kemas dan bulat2kan. Letak atas kertas pau atau paper cup saiz besar. Buat kaedah sama pada baki adunan. Biar naik selama 30 - 40 minit. Kukus selama 10 - 15 minit dengan api besar. Sejukkan sebentar sebelum dihidangkan.
sebenarnya saya buat inti kacang merah sebab teringat pau yang saya makan tu inti kacang merah.
Dalam duk cerita pau ni,sebenarnya belum pun masak untuk lunch walau jam dah hampir 3.30 petang...
hehe...kena pergi masak dulu ni..malu kat hubby asik duk ngadap lappy je...

Thursday, January 26, 2012

apakah maknanya adib fawwaz 3 bulan?

alhamdulillah...
lagi seminggu,3-2-12 ni adib fawwaz akan mengenjak ke tiga bulan
cepatnya masa berlalu,,rasa baru semalam terasa kesakitan saat melahirkan
pejam celik-pejam celik,
rupanya lagi seminggu je lagi,adib dah tiga bulan,,,
dah besar pun dia,,,,
dan dia dah pandai memberi respon bila kita mengagahnya
'''''''''''''''
''''''
sebenarnya dengan usia adib tiga bulan ni
memberi makna yang besar pada saya huhu
adib fawwaz..dah pandai senyum bila di agah.....sekejap je dah besar
maknanya....saya akan kembali bekerja
setelah bercuti 3 bulan..
dan maknanya juga...kena buat persediaan mental
nak menghadapi kemungkinan hari-hari kalut,
yang kebetulan anak sulung juga mula bersekolah
sebelum ni sekadar menghantar dan mengambilnya  sahaja...
masih tak tahu lagi keadaan baru itu...



-apa perasaan sahabat dihari pertama masuk kerja selepas bercuti panjang?????

Eggless Fruit Cake / Kek Buah (Bakar)

Assalamualaikum
penat badan setelah balik dari bercuti kat kampung masih terasa,
biarpun hanya balik ke Alor Star sahaja
tapi  perjalanan dengan feri memang merimaskan

;;;;.
semalam kami kembali semula ke langkawi
sempena CNY, memang ramai betul orang yang datang ke sini,
sampai jem jalan nak ke jetti point tu...
seronok tengok masing2 berbondong2 memborong barang
terutama di Hj Ismail Group n Idaman Suri..
rumah saya dekat dengan idamam suri ni tau
kalau ada sahabat yang datang..singgahlah ye
ish..ish..memang banyak duit betulkan..
saya kalau keluar ke sana pun sekadar
cuci mata dengan pinggan mangkuk yang cantik2 tu
nak beli pun kena fikir-fikir dulu huhu


tapi kemarin tak da mood nak keluar
tambahan pengasuh anak-anakpun masih belum datang
jadinya saya melunaskan impian sendiri untuk buat kek kat bawah ni....
sedap sangat..walau rupanya tak berapa menarik



kek buah bakar..yang mudah dibuat.terima kasih kepada DJ yang sudi kongsi resipi..nak tengok versi cantik..boleh ke link dj kat bawah tu..

Eggless Fruit Cake / Kek Buah (Bakar)
Loyang 20-22 cm
Bahan A :
  • 360 g tepung gandum (ayak 3 kali)
  • 2 sudu kecil baking powder (diayak)
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat (diayak)
  • 1/4 sudu kecil serbuk kulit kayu manis - optional
  • 125 ml jus oren
Bahan B :
  • 250 g mentega 
  • 300 g mix fruits (dihiris halus atau dicincang)
  • 250 ml susu cair
  • 170 gula kastor (boleh juga guna brown sugar) 
  • 2 sudu besar susu pekat manis atau golden syrup
Bahan untuk taburan : 30 g badam cincang - optional
Cara-cara :
  1. Bahan B : Satukan semua bahan kecuali mix fruits ke dalam periuk dan masak hingga larut dan sebati. Tutupkan api dan terus masukkan mix fruit. Gaulkan. Selepas itu, sejuk/rendamkan selama 4 jam atau boleh juga disimpan semalaman.
  2. Bahan A : Ayakkan kesemua bahan kecuali jus oren ke dalam mangkuk pengadun. Kemudian dikacau rata. Barulah disatukan dengan Bahan B tadi. Sebatikan dengan senduk kayu atau spatula sahaja.
  3. Akhir sekali barulah dimasukkan jus oren. Kacau lagi hingga sebati.
  4. Tuangkan ke dalam loyang yang sudah disapukan dengan mentega dan ditaburkan dengan sedikit tepung (jika suka, guna loyang yang mempunyai lubang di tengahnya atau loyang chiffon supaya kek masak sempurna dan tidak mendap di bahagian tengahnya). 
  5. Kemudian taburkan badam cincang jika suka. 
  6. Bakarlah selama 50 minit atau 1 jam atau sehingga masak pada suhu 160-170C (kepanasan suhu bergantung pada jenis oven masing-masing).
  7. Setelah masak, keluarkan dari oven. Sejukkan terlebih dahulu sebelum dikeluarkan dari loyang dan dipotong.
-pada sahabat yang nak mencuba bolehlah,,senangkan..

Thursday, January 19, 2012

cara menjawab soalan anak-anak

assalamualaikum..
terlebih dahulu nak ucapkan terima kasih banyak-banyak
pada sahabat yang memberi cadangan nak hadapi
anak yang berkahak tu...saya hargai sangat2
...................
''''''''''''''''''''''
hari ni sebenarnya  ada rasa M nak bercerita..
tapi,,kunjungan ke tempat ainnoraini
buat saya terfikir.....
ain bercerita pasal soalan anaknya...
yang juga soalan yang sama anak saya kemukakan...


Anak-anak,kalau tak faham sesuatu mesti bertanya kita terus
kalau yang biasa-biasa..boleh lagi kita nak jawab...
misalnya kalau diaorang tanya macamana diaorang keluar dari perut mama
boleh saya tunjukkan parut cesarean..
tapi kalau dah perkataan yang ... skit,
pening jugak nak beri jawapannya..
misalnya hari tu kat drama ada sebut rogol
terus dia tanya saya...terpikir nak bagi jawapan tu
susah jugakkan
....''''

haruskah kita berterus terang dengan memberi jawapan sebenar atau boleh kita tipu-tipu sket sebab diaorang ni masih kecil lagi???apa natijahnya kalau kita tipu skit-skit ni....

Wednesday, January 18, 2012

petua menghilangkan kahak bayi

assalamualaikum.

seminggu dua ni si kecik Adib sering saja batuk-batuk
kesian dengan dia,,diburukkan lagi dengan cuaca kat sini yang tak menentu
menyebabkan batuknya lambat hilang
'''''''''''
'''
disebabkan batuk-batuk yang lama
saya perasan..di dalam dada adib 
semacam ada kahak..tiap kali dia bernafas
bunyinya semacam je,,
ini menyebabkan saya risau sangat,,,
tapi dalam masa yang sama
adib tidak pulak berhingus
saya rasa faktor kahak ni menyebabkan 
adib sering muntah susu tiap kali dia lepas menyusu
'''''''
tak tahu nak buat macamana....
saya cuba google cari petua nak atasi masalah ini
tapi kebanyakan petua yang diberi kurang sesuai
dengan usia adib yang baru 2 bulan lebih,,,
'''''''''''''''''''''
''''''''''''''''
cuma terjumpa satu satu artikel mengenai
teknik tepuk yang dipanggil percussion
 untuk bantu menyelesaikan masalah bayi berkahak
pada ibu-ibu yang ingin tahu teknik tu boleh lihat di sini 
tertarik jugak dengan teknik tersebut ,,tapi belum cuba lagi

ada tak sahabat berpengalaman dengan masalah kahak baby ni??? munkin ada petua yang sesuai boleh dikongsi bersama?

Monday, January 16, 2012

Jom minum petang

Alhamdulillah...

balik dari ambil along kat sekolah tadi,
dia merayu-rayu nak pergi ke perpustakaan,
jadi terpaksa masak untuk makan tengah hari
pada pukul 3 lebih. Makanya makan tengah hari
pun dah dekat pukul 4 dah ....:)

Habis makan tengah hari,
terus keluarkan BM yang dah menjadi tukun sejak sebelum bersalin lagi,
hajat di hati nak buat menu untuk minum petang terus...
roti manis
Nilah hasilnya..dah pukul 6 baru mula nak minum petang
Sedap tau.....makan roti panas+kopi panas hehe.....

Kepada sahabat yang nak cuba buat roti ni, boleh tengok resipi yang saya ambil kat sini .
Terima kasih mas yang kongsi resipi....................
 ''''''''''''''
'''''''''

Sahabat semua,apa menu minum petang,hari ni?

p/s-hidup kita nikan..makan-makan dan makan je kan huhu
tiba2 teringat kat rakyat somalia

Sunday, January 15, 2012

kenal tak?-gulai kawah ara-

assalamualaikum..
kenal tak buah apa tu?
buah ni kalau kat kampung saya
di panggil buah ara
tapi kalau kat tempat lain tak pasti pulak..
sebabnya masa saya google,
wikipidia tunjuk gambar buah ara tak sama dgn ini


kalau di tempat saya@kelantan,
buah ara ni biasanya dijadikan ulam...
rasanya agak kelat sedikit..
tapi kalau di cicah dengan budu,,
memang berbaloi..

selain tu jugak,,buah ara juga
boleh dicampurkan  di dalam gulai kawah...
rasanya seperti hati lembu,
bila dah dijadikan gulai
gulai kawah...gulai kambing bersama buah ara,,sempena akikah ahmad adib fawwaz dulu....

ada tak kawan2 yang pernah makan buah ni
sama ada jadikan ulam atau gulai
kalau tak lagi,,,jom kita ke kelantan
cuti sekolah nanti ... :-)

Saturday, January 14, 2012

pakai buang...

pakai buang..bukan sahaja lampin rupanya
TV pun ada yang jenis pakai buang..
"""""""""""
"""""""



guna webcam..kamera tak dak huhu
inilah dia TV pakai buang yang saya maksudkan
kenapa kata pakai buang?
skreen dalam TV jenis ni sangat sensitif
...bila rosak skreen dalamnya.
.kos nak baiki/tukar hampir sama dengan harga TV baru
lebih baik beli yang baru
.harga TV ni dah murah dah sekarang ni..

itulah jawapan yang diberikan....
bila saya bertanyakan kedai baiki TV
''''

'''''''''''''
itulah yang terjadi pada TV saya....
mengikut cerita pengasuh anak
Solehah telah mengetuk TV ni masa dia dalam bilik air..huhu
benda ni sebenarnya sebelum cuti sekolah  bulan sebelas tahun lepas




memandangkan TV tu hanya dua tahun sahaja jaminannya
terpaksalah saya jadikannya tukun dalam rumah
nak buang tak sampai hati pulak
inilah orang yang mengetuk tv tersebut...hehe
p.s:hubby selalu cakap..ayat saya lintangpukang...
terukkan hehe,,takpalah,,janji paham

Friday, January 13, 2012

kurangnya ilmu kepenggunaan

assalamualaikum..
kadang-kadang saya terfikir sendiri
kurangnya ilmu kita mengenai hak kita sebagai pengguna
.....
""""""
macam apa yang terjadi pada saya
saya pernah membeli sebuah kamera Fuji
dengan jaminan selama tiga tahun
namun begitu,,setelah gunanya setahun
kamera tersebut telah rosak
saya pernah ceritakan di sini
masa tu saya terus hantar ke kedai tempat saya beli
yang jadi geramnya...
daripada bulan 9 tahun lepas saya hantar
;;;;;
;;;;;;;;;;;;;
;;
sampai hari ni saya belum boleh dapatkan semula barang saya
tiap kali pergi atau telefon...
macam2 alasan yang diberikan termasuklah stunami dijepun huhu
munkin pada mereka kamera tu murah sahaja
hanya RM600 lebih masa saya beli
bukannya macam kamera DSLR yang mahal
buat diaorang tak cakna????...
';;;;;;;;;;;;;;;;;
saya pulak sebagai pengguna hanya
sekadar meluahkan rasa tak puas hati di rumah sahaja
..
kurangnya ilmu kepenggunaa saya.

cerita malu hari jumaat

alhamdulilah...
hari ni masih lagi diberi kesempatan olehNya
untuk bercerita kat sinikan
..........
cerita hari ni ialah mengenai 'malu"
cerita malu dan termalu ni berlaku pada saya
;;;;;;
malu bukan apa,,sebab tak pakar dalam IT ni huhu
ceritanya ialah..berkaitan dengan cerita saya kat sini
pasal takleh nak upload gambar kat blog ni tu kan
rupanya perkara itu terjadi disebabkan kesilapan saya
;;;;;;;
;;;;
masa saya guna telefon untuk update blog
saya kena guna compose tu(masa nak masukkan entri)
jadi bila saya guna lappy...
saya tak letak balik kat edit HTML tu..
....semalam saya baru perasan...
hasilnya,,,,,,


tara,,,
adib fawwaz..sejam selepas melihat dunia...

lena..kelamaya

sebulan....
yus...betul kata yus tu huhu.....
masalah lain rupanya.

Thursday, January 12, 2012

kesian dia...part2

 cerita kesian lagi...

sejak anak dah sekolah ni
tak habis-habis nak cerita pasal anak..
kemaruk kan,hehe

ini sebenarnya berlaku semalam
semalam lagi...
rutin baru pergi hantar dan ambil anak2 kat sekolah 
berjalan seperti biasa...
,,
semalam masa ambil along...
saya tanya kat dia..."along hari ni makan apa kat kantin?
boleh dia jawab"makan apa?tak makan apa-apapun"
"kenapa tak makan?"tanya saya lagi
"mana mama ada bagi duit kat along hari ni"

eh ye ke...huhu

'''''''''''''''''
'''
boleh jadi camtu pulak mama ni...
hehe..boleh saya lupa nak bagi duit belanja kat along
kesian kat dia...sepagi tak makan
dahlah maknya tak buat sarapan sebelum ke sekolah
;;;;;;
maklumlah..
anak bersekolah adalah pengalaman baru kat mamakan..




mood: bosan sebab still tak boleh nak upload gambar huhu



Wednesday, January 11, 2012

petua banyakkan susu

alhamdulillah
hari ni nak kongsi kegembiraan
munkin kalau ada sahabat yang sedang BF
tetapi kurang susu..moga dapat dimanafaatkan
.......
....
saya seperti ibu-ibu yang lain
sangat berharap agar dapat buat penyusuan eksklusif
untuk baby baru...
anak-anak yang sebelum ni,alhamdulillah
berjaya buat sehingga 2 tahun..
tapi baby kecik ni..susu saya sangatlah kurang
hingga merisaukan saya
lagipula saya akan mula kerja
pada awal febuari ni
........
....
semasa ke klinik untuk cucuk baby kecik
isnin lepas...saya mintak pendapat nurse yang bertugas
nurse tu memberi cadangan supaya
saya makan makanan yang berempah..
...katanya memang akan banyak susu
....
.......
balik dr klinik hari tu,,saya masak nasi briyani
untuk makan tengah hari,bersama daging masak krutuk
..dua-duapun guna rempah
...semalam pun sama..saya masak yang berempah lagi...
alhamdulillah,,,dengan izinNya..memang banyak susu
saya dua hari ni...saya rasa syukur sangat..
rasanya memang betul pendapat nurse tersebut.....
,,,,,,
.......
jadinya pada kawan2.,,yang Bf bolehlah cuba
mana tahu...ada rezeki dengan cara ni...
dan...doakan saya agar dapat buat
penyusuan eksklusif jugak untuk baby kecik saya ni.....

update:mood-happy samgat-sangat,,,terima panggilan jauh..nun..selatan...terima kasih kakzakie...atas kemesraan itu..

Tuesday, January 10, 2012

kesian dia...

Along dah masuk minggu kedua bersekolah
satu perkara yang saya duk tengok
tiap2 hari balik dari sekolah,
mesti dia berkejar ke tandas...
...
saya hairan..tapi tak tergerak nak tanya
hari ni pun sama,,,
sampai rumah tadi
berlari masuk umah
blm buka seluar,,,
dia dah terkucil kt depan bilik air,, huhu
tak sempat katanya

.........
...
rupanya hari ni baru tahu
'Along tak mau tandas kat sekolah'.
pulak..dia memang pelik skit
kat umah pun..masa tak pandai cebok sendiri
dia mesti termuntah kalau lambat skit kita basuh...
macam-macam...

cerita semalam

semalam bawa baby kecik ke klinik
untuk cucuk yang dua bulan..
....
dalam pukul 10.30 saya daftar kat klinik
dalam hati,sempatlah ambil Adam pukul 12
saya menjangkakan boleh balik sblm pukul 12
untuk ambil Adam di sekolah..
......
....
rupanya...untuk cucuk baby tu
saya terpaksa masuk 3 bilik..huhu
sebelum ni tak pernah lagi cek baby kat sini
jadinya saya tak tahu..bilik pertama untuk timbang..
duduk lagi..tunggu lagi
bilik kedua nasihat-nasihat
keluar,,,tunggu lagi
ke jap nampak misi kesana kemari
dekat 12.30 baru masuk bilik 3 untuk cucuk..

....macam tu rupanya kat sini
dalam hati,,punyalah risau Adam kat sekolah...
bukan apa,anak saya ni penakut skit..
n saya pun risau takut dia keluar ke jalan besar,,,
.......
...
keluar dr klinik saya terus pecut ke sekolah
sampai,,tengok Adam duduk je tepi pondok sorang2
muka dah merah dah..nak menangis
alhamdulillah..dia tak kluar kawasan sekolah
........
....
sekarangkan cerita macam-macam
tu yang buat hati risau tu...

Sunday, January 8, 2012

pengalaman baru

alhamdulillah
hari ni masuk minggu kedua
Along n Adam ke sekolah
....
pada minggu pertama agak kelam kabut
maklumlah pengalaman baru anak sekolah
mana nak kemas rumah
mana nak siapkan sarapan
mana nak siap kan anak-anak
tak reti nak seting lagi


diaorang pulak tak pernah lagi bangun awal...
mandipun terpaksa guna air panas
sebelum ni,masa kat tadika
selalunya pengasuh diorang yang hantar
jadi mandipun lewat skit

sekarang ni dah sekolah jauh dari rumah
terpaksa saya yang hantarkan
walaupun saya masih bercuti
terpaksa drive pagi-pagi jugak

minggu kedua ni..dah boleh set masa
pagi2 saya hantar diaorang
balik baru masak sarapan pagi
baru kemas rumah...
mandikan baby kecik...
.....
taklah kelam kabut sangat
tiba-tiba rasa seronok jadi surirumah
--andailah hubby mampu.
...

Saturday, January 7, 2012

naik lagi...

assalamualaikum

apa yang naik tu?
'''''
'''
sebenarnya petang tadi ajak hubby
jalan2 ke pasar malam..cuci mata
sebab asyik terperap kat umah je selama pantangkan

selepas drop anak2 kat taman permainan
kami terus ke pasar malam kat pekan Kuah
setelah jalan2 baru saya perasan...
banyak harga barang dah naik..
wah...dah masuk tahun baru semua mesti baru
termasuklah harga barang ye...


dalam ramai yang duk jual air minuman tu..
hanya satu gerai je yang masih jual RM 1 mcm biasa
yang gerai lain semua pakat jual RM1.50
samalah dengan mee kuali besar yang kami panggil mee tonggek
kalau biasa RM 1.50 tapi tahun baru ni dah naik RM2.00
harga yong tau fuu kegemaran jugak naik...
kalau dulu rm0.50 sebiji sekarang dah RM0.70..huhu

nampak gayanya gaji tak sempat naik lagi...harga barang jugak yang naik dulu...


-minyak masak lagi teruk...dah tak wujud dah kt kedai kat sini..agaknya dalam proses nak naik jugaklah tu,,,,,

Thursday, January 5, 2012

semangat yang hilang...

teringat masa kat kampung hari tu
duk fikir bila balik dari bercuti
rasa nak rajin-rajinkan diri buat entri blog ni
tapikan...
tiba-tiba semangat berkobar-kobar tu jadi hilang
***************
*******
***
bukan apa...kita ni jenis yang tak reti bercerita
banyaknya letak gambar je..
tapi dari semalam...
tiap kali nak upload gambar
tak dapat..lastnya keluar ayat ni..
"We're sorry, but you have exceeded your photo upload quota"....

sedih....jadi lagi cam dulu..
katanya saya dah guna 99% dah stor gamba dlm akaun ni
nak buat camana ye..sedangkan gambar-gambar
saya dah resizekan..kecuali gambar awal2 dulu..
.....
ada tak sahabat yang tahu cara nak atasinya?
pening jugak duk pikirkannya.

Tuesday, January 3, 2012

lagi cerita hero malaya

alhamdulillah
dah dapat semula brodband ni.
dapatlah tengok blog dengan selesa
tak perlu nak luaskan mata masa guna HP cam hari tu

buat sahabat yang meninggalkan komen
dientri sebelum ni..terima kasih banyak2
rasa terharu dengan ucapan tahniah sahabat semua
walaupun kenal hanya dialam maya..tetap rasa kemesraan itu


jadi..di sini saya uploadkan gambar
hero baru yang dahpun berumur 60 hari hari ni...alhamdulillh
....
gambar masa umur 3 hari
....

ingat nk upload dua tiga lg gambar terbaru...
sekali klua camni...We're sorry, but you have exceeded your photo upload quota..
huhu..jd cam dulu lg..walau gambar dah saya resize kan
:-(...

apa2 hal pun selamat tahun baru buat sahabat semua....