Assalamualaikum..dan selamat datang

Monday, February 28, 2011

roti poket...

Assalamualaikum...
baru balik kerja..masak lebih kurang..
hari ni masak tomyam campur n ikan goreng tepong
masak tomyam tu sebagai isyarat...
malam ni tak mahu masak dah..
just celur mihun..buat mihun tomyam
mudahkan jadi isteri hehe..
kawan2 masak apa tuk tengah hari?


Sebenarnya,
yang nak cerita bergambarnya
yang masak petang semalam..
roti poket..tapi isi dalam versi sayalah
..versi anak tak mo makan sayur..
sebenarnya hari tu dah masak..letak salad bagai..
alih2 anak nak makan buang semua..
punya penat buat..
jadinya yang ini saya tak letak sayuran
senang..terus makan...

Inilah dia roti poket gaya amatur pro je lah..tanpa sebarang sayuran..untuk anak2ku
Roti ni saya amik resipi kat dapur kak nor secubit garam..pertama kali buat tak display pun sebab banyak yg tak jadi..terbuka tepi..munkin masa tu pengasuh anak saya tu gelek tak kuat kot..
tapi yang ni boleh tahan lah..ada jugak yang terbuka..tp kecik2 je..

Jadinya seperti biasalah..pada kawan2 nak jadikan menu ni sebagai menu petang ni..bolehlah merujuk pada dapur kak nor, secubit garam..versi kak nor kalau kawan2 tengok mesti ingin mencubanya..menarik sangat...

Selamat makan2... :-)

Saturday, February 26, 2011

masa dulu VS sekarang..

Rasa macam dah bermusim tak menjeguk blog ni..walau baru 2 hari..bukan apa sebenarnya..kebetulan hujung minggu ni ada program kat luar..terpaksalah menyepikan diri..
Entri ni pun sebenarnya dah beberapa hari terperap tak sempat nak publish...

Semejak dua mejak ni banyak pulak kenangan yang melintas kat fikiran..
Satu nya mengenai permainan ni..
ada dak kawan2 yang masa dulu2 pernah main benda ni

saya masa kecik2 dulu selalu main..
abang2 ramai,,so diaoranglah yang selalu duk tarik....
kami panggil tarik upih.....
Along n kawannya duk tarik Adam..manatah diaorang jumpa upih tu...sapa yang ajar diaorang pun tak tahu..sebabnya..kebanyakkan budak2 sekarang dah tak main dah permainan macam ni lagi...

Seronokkan....


Ni lah biasanya permainan budak sekarang PS..badan tak berpeluh..sampaikan along tu dah obes huhu,,,dah tu pulak..suka ajak kawan2nya ke rumah tak kira masa...


kenangan2 lama sentiasa dalam ingatankan....
yang pahit dan yang manis..bila dah jadi kenagan
...boleh membuat kita tersenyum sendiri.... :-)

Tuesday, February 22, 2011

Assalamualaikum buat sahabat yang sudi ke sini

Macamana keadaan cuaca kat tempat kawan2..
kat tempat saya ni..panas yang boleh dikatakan sangat...
dari pagi sampai ke malam..cuaca panas..
sampai ke tengah malam tu huhu,walau takdak matahari
padang rumput semua dah kekuningan..

Badan kita dengan cuaca panas ni asyik keletihan saja..
bayangkan balik dari tempat kerja
rasa macam tak mahu buat apa dah,,
tapi disebabkan ada  anak2 yang bertiga tu..
kena jugaklah masak..nak harap pembantu huhu

rasanya sudah 2 bulan hujan tak turun kat  ini..
Allah Maha Besar..semuanya buat diri ini rasa capek sangat
...sangat capek.....kelopak matapun dah berat..


Dari Abu Hurairah r.a.dari nabi s.a.w.sabdanya :
"Kepanasan api  yang digunakan oleh anak adam di dunia ini hanyalah sepertujuh puluh kepanasan api neraka jahanam".
Sahabat-sahabat baginda berkata: "Demi Allah ! Sesungguhnya sekadar itu pun cukuplah untuk menyeksa." 
bagina s.a.w.bersabda: "Meskipun demikian,kepanasan Neraka jahanam ditambah melebihi kepanasan api dunia sebanyak enam puluh sembilan bahagian yang tiap-tiap satunya seperti kepanasan api di dunia ini."






Saturday, February 19, 2011

mufin

baru balik dari kerja..tengok lappy dah on..terus ngadap blog dulu
nak cerita petang semalam buat mufin ni..tengok kat dapur izah
nampak cantik je izah buat...sebenarnya mufin dia semua cantik2..
sesuai sekali ngan title izah muffin lover..

Seperti biasa..sbb baru belajarkan mesti kena amik resipi kat tempat2 kawan2 yang sudi berkongsi
menurut izah resipi asalnya kek..tapi dah letak dalam mufin cup dia panggil muffin..
saya ni ikut je lah..walaupun cup cantik2 takdek..guna je mana yg ada..

Buah prune takde..jadi ganti dgn kismis..tapi nape tah..semua pakat p duduk tepi hehe

yg ni pun sama pakat duk tepi buahnya
Izah akak mintak izin ye nak paste kat sini..harap izah tak kisah...terima kasih izah..
bahannya:
100 gm mentega
200 gram susu pekat manis
2 biji telur
150 gm tepung gandum
1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
buah prune secukupnya

Caranya:
1. Pukul mentega bersama susu pekat manis sehingga kembang dan ringan.
2. Dalam mangkuk yang lain pukul telur sehingga kembang dan ringan dan kemudian tuang ke dalam adunan mentega dan susu tadi. Kacau sebati.
3. Masukkan tepung yang telah diayak bersama baking powder dan soda ke dalam adunan tadi.
4. Ceduk adunan ke dalam mangkuk kertas.
5. Tabur kepingan prune yang dipotong kecil.
6. Kukus di atas dapur dengan api sederhana sehingga masak.

pada kawan2 yang nak tengok versi cantik boleh ke dapur izah..
itu cerita petang semalam..
cerita hari ni..sebenarnya..tadi dah makan kat tempat kerja..
untuk makan tengah hari hari ni dibawa ke petang,,
sbb masih belum masak..
balik tadi mengadap benda ni terus huhu..
teruknya sayakan....
nak kena kedapurlah..bye..assalamualaikum


Friday, February 18, 2011

kenapa rigid sangat...

assalamulaikum..
sesekali terpikir..kenapa saya ni rigid sangat..
tiap masa pikir pasal makan..
mesti ada soalan..nak masak apa ye??..
ada sapa2 ada cadangan menu apa malam ni.??.

itulah soalan yang boleh dikatakan hampir setiap hari keluar dari mulut saya...
kadang tu terpikir..kenapa saya mcm tak fikir benda lain
lontarkan soalan yang boleh menimbulkan perbincangan ilmiah ke?
atau buat benda2 yanng boleh mendatangkan hasil positif pada ekonomi negara..gitu..

rupanya dapat saya rasakan hari ni...
masak dan makan tu merupakan cara melepaskan tekanan yg berkesan
apa taknya..biarpun tak pandai masak
tapi hari ni cuti hujung minggu
saya habiskan masa dengan memasak..
lepas segala bebanan rasanya...
terlupa yang esok kena kerja semula...
tambahan kalau yang dimasak tu agak menjadi
senyum lebar saya..hehe..

maaflah merapu pulak saya ni..,,
sahabat2 pulak..macam mana cara nak rilis tensen...
.....

murtabak megi..kenangan

Assalamualaikum...
petang semalam sebab dah rilek sikit
dapatlah belek2 tengok resipi kat myresipi
sekali tengok ramai buat murtabak megi..
tiba-tiba sayapun turut teruja nak membuatnya
bukan apa..teringat kenangan lama bila sebut murtabak megi ni


Kenangan ni masa belajar kat Bangi dulu
masa tahun akhir duduk menyewa kat luar kampus
ada sorang kakak tu namanya Kak Lin..rindu akak ni yg dah lost contac
kak lin suka sangat masak murtabak megi ni..
masa tu saya ingat betapa kreatifnya dia,,,
rupanya bila dah buka2 resipi kat maya ni
ramai orang yg buat murtabak megi..tertinggalnya sayakan..

Ni dia murtabak megi versi resipi kak lin yg saya ingat2 lupa
 Bila saya tengok2 resipi kawan2 kt my resipi ada sedikit lain sbb kak lin masukkan tepung jagung..atau ada resipi cara kak lin yg saya tak jumpa,,tak tahulah..

kat sini saya taipkan kembali resipi yg macam kak lin  pernah buat..

bahan2 murtabak megi..

3 keping megi  cintan tanpa goreng
3 biji telur
1 labu bawang besar-potong bulat
2 ulas bawang putih-hiris nipis
200g daging  lembu kisar.
sedikit sosej-potong nipis.
secubit garam
1 peket perencah megi kari.
1 camb tepung jagung..dibancuh dgn 1/2 caw air.
sedikit minyak untuk menumis

cara buat

1.celurkkan megi.jagan terlalu kembang.toskan.
2.Tumiskan bawang hingga layu kemudian masukkan daging kisardan sosej.kacau hingga daging kisar masak kemudian masukkan perencah megi dan garam.
3.di dalam mangkuk-pecahkan telur dan pukul sekejap kemudian masukkan tepung jagung yang dibancuh.
4.Kemudian masukkan  bahan yang ditumis dan megi ke dalam bancuhan telur n tepung tadi.kacau rata.
5. panaskan kuali non stick.bakar hingga masak..
p/s:saya gagal skit bab tulis resipi.bab menulispun sama


Bila masak..Adam paling suka makan..sebab dia ni kurang makan nasi..

Murtabak ni sedap dimakan panas2...dan sangat sesuai untuk minum petang..kawan2 yang ada masa n nak menu ringkas..bolehlah cuba pulak ye...

Thursday, February 17, 2011

pulut kuning..

Sahabat2 apa kabar?
entri saya kali ni ialah tentang pulut kuning.
biasanya org melayu suka sediakan pulut kuning bila ada occasion2 tertentu..
tapi saya tak dak sempena apapun..tiba2 balik dari kerja semalam
teringat nak makan pulut kuning
so balik umah terus rendam beras..n buat rendang..
pukul 3.00ptg ada kursus headcount kat PKG
dah pukul 5.30 petang baru habis..
balik terus kukus pulut..
dah penat..tak dapat nak makan
malam pulak kebetulan ada tuisyen..
balik pukul 10.00 malam
anak2 dah tidur..kita pun tidur sama

pagi ni pulak pergi kerja...
balik umah..tengok lappy dah on
layan blog pulak..

ceritanya..pulut kuning yang kononnya teringin sangat tu masih belum disentuh
kunun2nya tak sempat nak makan....

pulut kuning yg dimaksudkan lebih pada pulut oren..dah pernah buat dah..lupa pergi guna lagi caler tu..huhu..nampak ada lagi bawah tudung saji..jap lagi nak habiskan..sempena cuti besok..kita makan puas2..

wah..gayanya sibuk mengalah menterikan
sedangkan takdek apapun hehe
hehe..Pernah tak kawan2 jadi gini.. sibuk sampai terlupa makan???

Tuesday, February 15, 2011

anak sapalah..

Ni lah kerja anak teruna saya tiap kali saya belajar masak
Along mesti nak menyibuk tolong
sebenarnya tolong lambatkan mak dia buat kerja


Suka main n makan lebihan2 tu..geram je mak dia..


Tu dia,,yang lagi sorang,Adam dah habis comot baju tu..

Mak dia nak buat apapun tak senang dengan diaorang ni..


buat kek ni lah..bukan apa..tak tahan diaorang suka duk angkut kek ni rm1.50 kat kedai belakang rumah..kalau kita buat sendiri..tak cantik sangatpun takpe..janji jimat belanja huhu..bajet sungguh mak diaorang ni..
Sebenarnya tu cerita dekat magrib semalam.
untuk petang ni masih belum ada idea nak masak apa..jam dah dekat 4.30...
kawan2 masak apa untuk minum petang ni ye..???

Salam maulidurrasul-1432

assalamualaikum...
mengambil kesempatan masa yang ada..
Hari ni rasanya banyak masjid yang akan mengadakan sambutan maulidurrasulkan
macam kat tempat saya jugaklah
Masjid Al Hana Kuah turut mengadakan sambutan itu...


Saya teringat rumusan yg dibicaralkan oleh ustaz pada pengajian malam tadi
Kenapa kita menyambut maulidurrasul,
Kata ustaz tersebut;
kerana kita mengingati manusia yg banyak jasa kpd kita
yang membawa syiar Islam untuk kesejahteraan dunia dan akhirat...
kalau kita sayang seseorang,,pastinya kita sentiasa ingati dia kan...
apa lagi manusia agung yang dapat memberi syafaat dikhirat nanti...
ingatilah dengan banyakkan kita berselawat keatasnya..
dan kata ustaz tu juga..antara selawat terbaik ialah selawat Ibrahimiah
yakni selawat seperti dalam bacaan tahayat...
jadilah setiap hari kita hari mengingati rasul..

teringat juga kata ustaz tersebut..yang mengulas dari sabda nabi,,,bahawa sesiapa yang berselawat kepada nabi satu kali,Allah akan berselawat kepadanya sepuluh kali dan akan menghapuskan sepuluh kesalahan(dosa) dan akan meningkatkan sepuluh darjat....


wallahuaqlam...
sekadar peringatan untuk diri sendiri...
yang sering alpa..sering mengatakan menyayangi Allah dan rasulNya..
namun sering lupa untuk mengingatinya...
apalagi untuk mengamalkan sunnahnya...

Sunday, February 13, 2011

tak sempat..

Assalamulaikum sahabat yang sudi datang...


2 hari ni sibuk sangat..
sampai tak sempat nak jalan2 kat tmpt kawan2
di sebabkan baru bertukar tempat kerja pun ya,,
ditambah lagi semalam sepupu hubby ada datang

so..balik dari tempat kerja tadi
terus bawak diaorang pusing2
sampailah lepas magrib baru balik umah
fuuh..penat boleh tahan...
rasa mata nak pejam je..
tapi rindu kat sahabat2..jenguklah sekejap..
jap lagi nak tidur dah
selamat malam..
moga sahabat2pun dapat tidur yang lena malam ni..


zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz..

makan-makan

hari ni agaknya hari malas sedunia
tengah hari tadi just masak sup ayam je..
malam ni langsung rasa tak mau masak..

jadi hubby ajak makan kat luar

jadinya destinasi kami ialah restoran EE Burger
ee burger ni saya penah cerita dulu
yang steaknya yang murah tu kan,,
sampai kat sana tadi tengok EE buat pengumuman
mula 29.Jan..harga makanan akan dinaikkan..

sekali pikir berapa RM lah yang dia naikkan
jadinya saya n hubby order burger...
along n Adam mintak lamb chop
n pengasuh diaorang ambil nasi goreng paprik
masing2 pakat minum air oren sunquit..
saya sorang je yang minum tea o panas...

burger nya siap ngan kentang goreng bagai..

Bila time nak bayar baru tau lamb tu naik singgit je..jadi seploh ringgit...masih murah dalam kelasnya kan
begitu jugak ngan burger tu..just naik 3 posen je..jadi RM 2.80..mana nak dapatkan dengan kentang bagai 2.80 sen..kalau kat stall tepi jalan burger special dah RM 3.50..campur semua 35 ringgit aje
rasa macam nak syorkan kat KPDNHEP suh letak restoran ni sebagi kedai harga patutlah pulak..

sahabat2 diner apa malam ni???

Saturday, February 12, 2011

kerabu sotong...

Salam...hari ni rasa penat sangat
pagi2 ada perjumpaan ibu bapa murid tahun 6
pastu pulak Tadika jugak buat mesyuarat hari ni..
balik tadi rasa penat..sempat masak sup ayam je
dah tu terus terlena..jam 3 baru jaga..
wah meriah sungguh tidurku hari ni..


Alhamdulilah..sekarang dah segar badan
bolehlah jenguk sahabat2 maya..
Sambil2 cerita pasal menu semalam


Ni dia menunya..sotong kerabu...tak tahulah orang lain letak apa..tapi saya buat cam mak selalu buat..saya guna 5 ekor sotong sederhana besar tu..potong ikut suka n celur sekejap ngan air panas..pastu gaul ngan air limau nipis.Pas tukan masukkan 2 susu besar sambal belacan, kemudian masukkan selabu bawang besar yang dipotong bulat .masukkan juga 2 sudu kerisik.gaul sebati...
 ...
Tu lah menu ringkas saya semalam..kerabu sotong ni walau pun ringkas..tapi sedap..hehe sampaikan Solehah yang kecik tu pun suka ..

yang ni buah pelam..jumpa org jual rm 4 sekilo..sedapnya...
.



p/s:tiba2 dpt panggilan teleon drp sepupu hubby bgtau dorang ada kat jetipoint langkawi,nak kena p amik dorang dulu,jumpa lagi ye....

Friday, February 11, 2011

Apam balik

apam balik ni dah masuk percubaan ke 2..
resipinya jumpa kat dapur no(mutiara nolan)lama dah
masa jumpa tu terus buat
tapi percubaan pertama tu jadi cam lempeng tebal je
munkin lepas bancuh terus bakar kot..
macam tak naik sangat.

rasa mcm dah malas nak buat..

tapi biasalahkan..takkan nak menyerah kalah awal..
so try buat tuk kali kedua
hasilnya boleh tahanlah ...


tak berkilat cam kt kedai..lupa malas nak sapu margerin ..tapi nampak ok gak lah..cuma agak nipis skitkan..

 No kata dia amik resipi tu kat dapur raidah..so sy  mintak izin dari raidah paste resipi dia kat sini pulak..terima kasih tuk no n raidah..

Bahan-bahan:

2 cawan tepung naik sendiri } diayak
1/4 cawan gula
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 sudu kecil baking powder
sedikit pewarna kuning
1 biji telur
1 1/2 - 2 cawan susu segar (kalau nak guna air biasa pun boleh)
Sedikit garam.

Inti:

1 cawan kacang tanah yg telah digoreng tanpa minyak } dimesin - untuk ditabur
1 tin jagung krim - untuk ditabur
1 cawan gula - untuk ditabur
Sedikit mentega

Cara penyediaan:

1. Pukul gula bersama telur hingga kembang, masukkan soda bikarbonat, baking powder,susu segar,sedikit garam dan pewarna kuning. Pukul lagi hingga sebati.
2. Masukkan tepung dan kacau supaya ianya tidak bergentel.
3. Panaskan pan 'non stik' tanpa menggunakan sebarang minyak, ambil satu senduk atau dua (bergantung kpd ketebalan yg disukai) dan tuangkan ke dalam pan kemudian nipiskan. Tutup pan sebentar.
4. Apabila setengah masak, taburkan bahan taburan tadi dan secubit mentega.Bila masak bolehlah diangkat dan dilipat dua.Sapukan sedikit mentega di bahagian kulit luar.

** Untuk mendapatkan apam balik yg cantik,perapkan bancuhan tepung tadi selama 2-3 jam dan barulah dimasak.

Saya buat tadi pagi tu..saya bancuh tepung sebelum tidur malam tadi..nampaklah lubang2 skit..
cuma satu je..nak tanya munkin ada sahabat yang berpengalaman..nak bagi rasa jagung tu macam masak camana ye..sebab apam saya tu..bila makan jagung nya macam tak masak je..

ada dak pendapat  kawan2??

nama yg jarang jumpa..

Petang semalam bawa anak-anak jalan2 kat taman Lagenda
sebenarnya taman tu tempat orang joging
tapi saya jenis tak larat
jalan2 je lah..

kat Taman Lagenda ni juga dihimpunkan sejarah/geografi langkawi ni
Setiap nama tempat akan dibina satu replika yg menunjukkan macammana kg tersebut mendapat nama
dan sejarah nama kg tersebut akan ditulis kat situ
Misalnya kg air hangat..dibina replika tempayan air sedang direbus
n ditulisnya sejarah tempat tersebut mendapat nama..
dalam duk tengok2 tu
baru perasan ada nama tempat yang agak pelik
Along setiap kali datang kat situ mesti dia gelak
hehe

hehe..nilah nama tempat tu..langkawikan banyak pulau2 kecil..tak sangka ada jugak nama pulau cam ni..along mesti gelak baca..



Sahabat2 ada dak pernah jumpa tempat2 yang nama pelik2 hehe

Tuesday, February 8, 2011

pindah lagi..

salam..hari ni mood tak menentu
pindah tempat kerja lagi
memandangkan ada kekosongan belah Kuah ni
saya mengoferkan diri untuk dipindahkan
walaupun baru 6 bulan kat tempat kerja sebelum ni..

bukan apa..seronok dah kat tempat lama yang masih jugak baru
tapi memandangkan perjalanan dengan bot
tu yang  rebut je peluang yang ada

tapi bila hari ni pergi lapor diri..
rasa mandomlah pulak..
tak tahulah kenapa,,
munkin baru lagi kot...
atau....
moga Allah permudahkan...
dan menghilangkan keresahan ini..

nak mengadap lappy pun macam takde mood hari ni
tapi dek kerinduan pada sahabat2..
ambillah kesempatan sekejap ni
jap lagi nak masuk tidur
badan penat sangat..
selamat malam semua..

Monday, February 7, 2011

masih belum ayu jugak puterinya..

salam..terima kasih buat sahabat yang sudi datang dan yang sudi memberi motivasi utk saya pada entri semalam tu....

Semalamkan ada cerita nak try buat puteri ayu untuk kali ke2...
percubaan pertama ada kat sini
resipinya masih yang amik kat dapur kak yatie tu
puteri ayu warna warni...
dengan harapan agar lebih ayu lagilah percubaan kedua.rupanya...memang ada masalahlah,,dengan masak-memasak ni hehe
tengoklah kat foto tu..kelapanya dah bertukar menjadi warna oren..
sahabat2 tahu dak macam nak bagi caler adunan tu tak meresap pada kelapa?
masa masak tu.tengok hasilnya......nak gelak ada..gerampun ada..


Tengoklah tu,,apa dah jadi ngan kelapa tu....
 Lastnyakan..saya malas dah...saya tuang semua adunan dalam satu bekas..jadi macam apamlah pulak..tapi resipi ni memang gebu sangat..
Ni dia..kueh hasil dari tak tahan tengok warna kelapa puteri ayu tu hehe..

Tapi bila baca nasihat sahabat2 kat kotak komen tu..rasa nyesal pulak..asyik putus asa je bila tak jadi....terima kasih ye kawan2..

Sunday, February 6, 2011

takde tajuk

Setelah seminggu bercuti..
makanya esok akan bermulalah
rutin kerja seperti biasa
Tapi cuti ni kurang makna sikit
sebab tak dapat menjengah bonda di kampung
terasa rindu sangat nak balik
tapi seperti yang dah cerita sebelum ni
hubby cuma cuti 4 ari je
takut penat dalam perjalanan

Kek untuk di jual hehe

Jadi seperti biasa masa lapang perlu diisi..
hari ni try masak macam2
dari kek pisang marble,spageti bolognes n apam balik
yang bestnya..kek pisang masak pagi tadi
bila siap,,,jadi terlebih gelap hangitlah tu..
pastu pulak  buat spageti bolognes..cam pelik je rasa,,
kurang apa tah...kalau abang ku dia mesti jawab kurang sedap
selepas lunch tadi try apam balik
pun jadi tidak sepertinya..
seb baik cuba sikit je..

sekali pikir rasa malas je
nak mencuba kalau dah tak jadi

Tapi kalau tak buat benda tu semua
nak buat apa ye????
huhu jadi untuk mengisi kelapangan masa ni
nak kena pergi dapurlah pulak ni
cadang nak try buat puteri ayu warna warni
hehe..sahabat doakan agar jadi ye
biarlah puteri ayu kali ni betul2 ayu
bolehlah buat tuk minum petang ni
amin...

Saturday, February 5, 2011

Solok Lada

Sebenarnya solok lada ni buat masa makan nasi kerabu hari tu..tapi teringin pulak nak pamerkan hari ni  biarpun rupa parasnya tak seberapa..yang boleh buat solok ni bukan apa..sebelum ni tak penahpun jumpa lada hijau muda /solok ni kat luar dari kelantan...tiba-tiba muncul di langkawi ni..hehe..jadinya saya beli banyak betul..sampai saat ni ada lagi stok dalam peti ais tu..

Beli banyak tu bukan apa..biasanya nak buat solok ni hanya guna lada yang jenis ni je..sebab tulah kalau kat kg kami panggil lada ni lada solok..
Sememehnya nampak hehe..tapi sedap ni(sebab suka makan tu yg sedap :-)..)



 Walaupun tahu buat lada solok ni mudah je..tapi saja rajin nak tulis resipi nya..rajin terlebih sebab anak2 semua dah tido..tak dak sapa kacau...hehe


bahan2


  • 6 biji lada solok/hijau
  •  3 ekor ikan selayang**-dikukus n amik isinya
  • 3 ulas bawang merah*
  • 1 ulas bawang puteh*..
  • sehiris halia*
  • sebatang serai*
  • sedikit kelapa parut**(bahagi 2,1 bah,goreng sedikit kuning)
  •  sebiji telur
  • 2 caw santan.
  • garam n gula secukupnya 
  1. Lada solok di belah,untuk keluarkan empulurnya..kemudian rendam dgn air garam 

  2. Tumbuk semua bahan * hingga lumat kemudian masukkan bahan **..

  3. Masukkan dalam bekas gaul bersama garam serta gula secukup rasa.

  4. Akhir sekali pecahkan telur n gaul rata..bila rata sumbatkan kedalam perut lada yang dibelah tadi.S

  5. Susun di dalam periuk n rebus dengan menggunakan santan tadi,,..senang gitu..

Solok lada ni kalau kat kampung akan muncul apabila musim puasa..dah jadi tradisi..boleh dikatakan hampir tiap hari buat solok..

Sahabat kalau yang belum cuba bolehlah cuba..kalau tak paham resipi pakar masak ni (hehe)..bolehlah google ada kot. yang pastinya sedap.. :-)

 





Ramainya orang..

Munkin sebab faktor CYN..
rasanya ramai sangat orang kat LAngkawi ni..
Balik dari pengajian malam tadi
Kedai Hj Ismail Group masih penuh
sampaikan nampak Q panjang kat kaunter
sedangkan jam dah dekat 10.30 malam..
Biasanya kalau dah magrib HIG dah tutup

Hari nipun sama..tengah hari tadi jalan ke jeti jem
Mak aih..ramainya orang,,,
munkin dah habis cuti n nak bertolak balik
kat depan2 hotelpun penuh  orang
bersama beg plastik barang-barang yang dibeli


yang menjadi tanda tanyaku ialah,

Manalah diaorang ni dapat duit nak belanja itu semua..
huhu..sedangkan kita gaji hanya lalu je kat bank..

Betul tak hehe..tapi takpa yang penting
kita masih lagi punya pekerjaankan
dan perlu bersyukur dengan apa yang kita ada..

Friday, February 4, 2011

Tak biasa sarapan gini...

Pagi tadi hubby komplen
nape sarapan pagi ni pelik pulak..
kalau buat makan petang ok lagi katanya
hehe..tapi dalam duk pelik tu
dia makan bertambah lah juga..
ye lah sekali pikir saya pun rasa tak sesuai
bukan apa..biasa makanan berkuah ni
jarang buat sarapan kat umah kami..


tapi yelah mood cuti..n dah teringin

Nilah yang jadi tak biasa tu..mee sizling..biasa masak goreng2 ke..nasi lemak ke..tapi hari ni berkuah..hehe..sebenarnyapun percubaan pertama ni..

Sizling ni amik kat blog sifu masakanlah..sapa lagi kalau bukan kak nor secubit garam...
jadinya..untuk rujukan akan datang(cadang nak buat lagi ni..sedap) saya letak kat sini..mintak izin ye kak nor.


Bahan:
2-3 sanggul (gulung) yee mee ~ k.nor guna mee segera cintan**
5 ulas bawang putih
5 biji cendawan shitake ( cendawan kering)- rendam sehingga agak lembut dan potong 4
1 keping dada ayam- potong mengikut citarasa
1 sudu besar cili mesin ~ yg ni K.Nor sj tambah, biasa la anak tekak melayu :)
3 biji cili kering- potong 2
2 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap cair
1 sudu besar kicap pekat
1/2 in halia- hiris nipis
Serbuk lada hitam
garam- secukup rasa
Beberapa titik Minyak bijan**
1 sudu besar Tepung jagung- dibancuh dgn sedikit air
sedikit minyak utk menumis
Cara2:
Tumis bawang putih, cili kering dan halia sehingga naik baunya.
Masukkan ayam yg telah potong sehingga agak empuk.
Masukkan 2 cawan air.
Masukkan pula sos tiram, kicap cair dan kicap pekat. Masukkan pula serbuk lada hitam. Biarkan mendidih.
masukkan cendawan serta sayur2 lain- tunggu 2-3 min.
Masukkan campuran tepung jagung dan kacau.
Titikkan minyak bijan beberapa titik-jgn banyak2...
Akhir sekali, masukkan yee mee- biarkan sebentar & hidangkan panas2.


**saya tak dak mee sangul gak..saya guna mee kuning
    minyak bijan pun tak buh..takde..

Walaupun buat untuk sarapan...pada saya boleh jalan je..
masa mengandung yang ketiga..sizling yang paling menyelerakan
nasib baik masa tu giant dekat..boleh ulang food court Giant

apam...

Asalamualaikum..sahabat2..
terima kasih kerana sudi datang ke sini..
seronok rasanya sahabat maya sudi
berkunjung ke tempat saya yang tak sepertinya ni..
terima kasih sekali lagi
;;
;;
''
semalam jalan-jalan kat umah sahabat2 maya
terjumpa satu resipi apam..
 tengok2,, macam tak penah cuba lagi resipi tu..
jadinya saya merajinkan diri malam tadi
mencuba resipi ni
bukan apa ..orang baru nak belajar masak
kena cuba macam2kan..
huhu..semangat untuk diri sendiri
yang sering masak tak jadi sepertinya tu..




Inilah apam yang dimaksudkan tu..sedap jugak dimakan panas2..

Yang ni saya buat versi kecil..anak2 sukalah yang kecil ni
Jadinya resipi apam ni saya pastekan kat bawah ni..dan nak berterima kasih kat ct anie dari pandangan rohani..akak kopi n paste kat sini resipi tu ye..kata anie diamik dari blog kak ummie(homesweethome)terimakasih juga..
Bahan:- 
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan gula
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 1/2 cawan air
  • 1bj telur
  • 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 atau 2 sudu besar serbuk koko
Cara-Cara:-
  1. Panaskan pengukus yg berisi air hingga mendidih.
  2. Mix semua bahan2 menggunakan mixer atau nak lebih mudah lg boleh gunakan blender.(yang ni saya tak mix ngan mixer sbb malas nak basuh hehe..saya gaul gitu je)
  3. Masukkan dlm acuan lompang dan kukus hingga masak lebih kurang 10 - 15 minit.

saya yang tak pandai ni memang rasa resipi ni agak mudah jugakla..sebab tak payah nak bakar..kalau bakar tu risau je..

Jadi kepada sahabt2 yang munkin tengah bercuti bolehlah juga kalau nak cuba..tak risau sgt takut tak jadi sebab kukuskan..saya gandakan resipi tu..dapat banyak skit..

Thursday, February 3, 2011

mood masih teringat2 kampung

Musim cuti mood asyik ingat kampung je..
bila ingat kampung teringat lah masakan orang kampung
tapi kalau saya masak tu..yang selalu kesiannya
hubbylah..dia kurang masuk skit ngan menu kg saya
tapi dah teringinkan..
bukan apa pun..nasi kerabu je..
nasi kerabu ni  menu ringkaskan
;
;;;
buat sambal nasi kerabu
buat kerabu dari ulam2 yang ada
saya juga selalu makan ngan solok lada
n juga daging bakar..
tapi sebabkan baru semalam makan daging
saya ganti ngan ikan kembung bakar sumbat,,



Dah siap menu ringkas saya..makanlah anak2 n hubby dengan tak berapa seleranya..sementara saya...makan ngan seleranya..tambahan lagi gaul skit ngan budu yang diletak asam n sedikit sambal...

Alhamdulillah..syukur dengan nikmat yang Allah berikan..
sahabat-sahabat pulak makan apa lunch tadi???... :-)

huhu..sedih betul.

baru lepas menonton satu cerita kat TV3..
Tajuk taubat nasuha..sungguh touching...
aku boleh menangis berderai air mata huhu
Sebenarnya bukan senang nak ada peluang tgk tv ni
kebetulan anak2 duk main game..dapatlah tengok sampai habis

Ceritanya mengenai suami/ayah yang sangat baran
waduh,, time dia marah wife dia..kita yang panas hati
tapi wifenya sabar sangat..
begitu jugak ngan anak2 dia...
sampai yang kecik sekali pun dia pukul..aduh..
pandai betul budak2 tu berlakun..
sampai kita rasa kesian sangat,,
patutnya citer macam tu boleh diberi anugerah..
bagi pengajaran kat orang ramai...

dalam hati tertanya2 tanya..
betulkah ada lagi manusia yang bersikap seperti bapa dalam citer tu
munkin ada kan..kalau tak kankan ada orang garap jadi cerita..

sedangkan..ustaz2 kita selalu bagi peringatan dengan sepotong hadis nabi SAW,mafhumnya:
"Yang terbaik dikalangan kamu adalah yang paling baik pada keluarganya..dan aku adalah yang paling baik pada keluarga ku"...


diakhir cerita..bapa mertua laki tu ucapkan..kalau tak sudi pulangkan..
tapi dah terlewat sbb semua mati dibunuh saat lelaki tersebut berseronok dgn kawan2
tension..n panas hati...

diakhirnya penulis meletak satu petikan
"Kita hanya menghargainya bila kita kehilangannya"..


Betulkan...kadang2 perkara ini sering berlaku pada kita juga..
Ada dak sahabat2 sempat menonton tadi dr jam 11-12 tghari

Wednesday, February 2, 2011

kalau dah malas..koeteowpun bolehlah...

Petang-petang kadang mati idea nak masak apakan..
teringat ikan kembung yang hubby beli ada lagi..
Sebenarnya hubby nak makan laksa..pebret dia tu
tapi kita pulak yang teringat nak makan laksam..
gara-gara rindu tak leh balik kampunglah ni..hehe..

Laksam ni rasa macam renyah sikit nak buatnya pulak..
bukan apa saya malas nak tunggu kukus tu..
kukusan kecik je,,mesti bercinta nak siapnya..

Jadinya disebabkan malas saya makan je ngan koeteow
hehe..rasa dia nak lebih kurang je kan..
malas punya pasal..tapi teringin...



Hehe..tapi rasa ada gak org lain buat gini kot...
Untuk resipi laksa ni...biasa je kan..semua orang selalu dah buat,,tapi disebab line elok ari ni rasa nak tulis pulak kat sini...

Untuk kuah...

1 kg ikan -direbus dan dibuang tulang
2 ulas bwg putih *
4 ulas bwg merah*
Santan dari sebiji kelapa
Sehiris halia*
1 sudu lada hitam*
sebatang serai-dititik je..
5 keping Asam keping
Garam -ikut selera masin..
Gula skit


Cara.//Blend kan isi ikan..masukkan dalam periuk kemudian belender gak bahan2 yang bertanda * masukan juga dalam periuk tadi..pastu perahkan satan masukkan sekali pastu semua bahan yang tinggal lagi tulah..senua main masuk je..dah tu masak sampai menggelegak..mudahkan

dah masak hidangkan bersama ulam-ulaman serta belacan..


p/s:sebenarnya untuk laksam tu guna sepeket kecil tepung beras tu camput ngan 1/2caw tepung gandum..pastu bancuh sampai cair..kukus atas tudung periuk yang disapungan minyak..kukus tu sampai laksam tu mengelembung..tanda dah masaklah tu,,then angkat sejuk skit gulung..


Sedap ni..ridu kat kampung weh...
Sahabat-sahabat maya makan apa pulak petang ni..huhu..saya ni asyik ingat makan jekan..bila nak kurus hehe
Salam kepada kawan-kawan yang sudi berkunjung sini...mood seronok ,,sebab hubby dah cuti hari ni..sbnrnya sedih jugak sbbtak leh balik kg....Sekarang ni kan berita tentang kerisauan ibu bapa n seluruh rakyat malaysia mengenai pelajar kita kat mesirkan..moga2 Allah permudahkan urusan mereka..InsyaAllah..saya pun duk teringat jugak sbb ada ramai gaklah ex student kat sana,..semoga semua dalam keadaan baik..

Tak ada apa nak buat..jadi nak tunjuk pasal buah ni lah hari ni,,
rasanya semua orang kenal huhu..
buah cermai..tapi saya baru jumpa buah cermai manis..rasa cam pelik pulakkan ...
biasanya yang masam2 skitkan..
Mak saya dulu kalau ada buah ni banyak, dia rajin buat sira..
Sayapun dah ada jiran bagi kelmarin so tanyalah mak,,,dia buat camana..

Tengok tu..kalau preggy..fuh mesti selera ni..jadinya mak kata kena rendam dulu dalam air kapur..jadi saya rendamlah semalaman

dah toskan dalam 1jam masukkan dalam kuali n masukkan gula n garam..

Pastukan kacau sampai air kering n jadi lebih kurang gini..bila dah rasa,,nak buat sira ni..sedap lagi buah yang masam tu....bukan apa kalau buah yg masam tu kita sira rasa masam manis skit,,ni dah buah tu manis,,rasa manis je lah..tapi anak2 layan je..huhu


Hubby dah cuti ...tapi tak tahu nak kemana..napelah kerajaan tak bina jambatan dari langkawi ke tanah besarkan..senang nak ke mana2kan... huhu

Tuesday, February 1, 2011

ooo..ini kerja dia ye..

Masih dalam bercuti ni..dapatlah tengok anak-anak lama skit
hari ni lepas pengasuh anak2ku mandikan Solehah
Aku siapkan dia..
rupanya baru ku tahu anak dara nan seorang ni
dah pandai bersiap...
bukan main lagi dia suruh amikkan dia bedak
hehe seronok tengok perangainya..

haa,,inilah kerja dia ye..tengok tu kamain lagi..habis dibedakkan lantai tu..

Tak cukup lagi ..nak tambah lagi..

Kali ni kat leher pulak..anak dara sungguh


hehe,,tengok dah comot dah..

 Seronokkan tengok gaya anak2..kalaulah hubby mampu..ingin rasa nak jaga sendiri anak2..tapi tu lah..
Hari ni pergi pasar..beli ikan kembung..
hubby nak makan laksa...tak sampai dua kilo pun
tapi dah RM22..mak aih..sebab pe ni..CNY kot ke  minyak naik...
pening...semuanya menuntut RM yg banyakkan...