Assalamualaikum..dan selamat datang

Friday, March 25, 2011

pajeri rebung

Assalamualaikum..

Alhamdulilah..makan tengah hari tadi..seperti hari2 biasa..
sentiasa selera sampai bertambah2..
sekarang ni istilah diet dah takde dalam kamus hidup huhu..

hari ni teringat nak makan rebung..ubat sakit urat  
sebenarnya..rebung dari rumah MIL..baru kesempatan nak buat hari ni..
pekena pulak dengan ikan talang masin..tu yang bertambah siap tu..

pajeri rebung cara saya..sedap,, sbb guna rebung madu

Jadinya merajinkan diri di sini umtuk menaip resipi mudah ini....

-beberapa kerat rebung
-1 peket rempah kari
-2 caw santan pekat
-seulas bawang putih**
-3ulas bawang merah**
-sedikit kulit kayu manis n bunga lawang
-1 sudu besar kerisik
-sedikit udang kering
-garam n gula secukup rasa.
-minyak untuk menumis.
**mayang.

cara-cara;
tumis semua bahan seperti nak buat kari..bila dah pecah minyak,masukkan rebung yang dipotong 2inci n kelar jgn putus.bila rebung dah sebati ngan rempah tumis,masukkan santan..kemudian masukkan kerisik n udang kering.last sekali masukkan garam n gula..saya suka manis2 skit pajeri ni..

kawan2 makan apa lunch tadi....apa2yang kita makan pun..syukurkan sebab kita masih diberi peluang untuk menikmati hidangan tengah hari disaat ada yang hanya makan sekali sehari sahaja...

Thursday, March 24, 2011

terkunci..

Assalamualaikum..sahabat yang dirahmati Allah


Terkunci lagi saya..tapi hari ni terkunci kat luar pulak(betul tak istilah tu?)
Kisahnya..hari Selasa lepas masa nak pergi kerja....tiba2 pintu takleh buka..tombol pintu loose..tak leh nak pusing..
Kemain gelabah lagi saya dibuatnya..seb baik masa tu hubby tak pergi kerja lagi..
puas buat macam2..duk pikir kalau duk kat luar hempas badan rasa dah boleh buka..masalahnya dari dalam...
gohead,gostan..akhirnya selepas sejam..hubby berjaya mencukil tombol nya..terpaksalah merah punchkad saya hari tersebut...
...balik dari tempat kerja hari tu...hubby terus menukar tombol baru...
;;;
;;;;
;;;;;
,,,petang ni anak2 ajak pergi taman..
jadinya pulang dah dekat pukul 7 malam...
nak jadi kisahnya...sekali lagi...kisah selasa lepas berulang...
;;;
sekali lagi tombol takleh nak pusing..huhu
makanya terpaksalah sekali lagi..pintu tersebut dipecahkan
jadinya terlewatlah hubby ke masjid..
waduh..apa ye yang tak kena..dah dua kali jadi macam tu dalam masa yang terdekat...
saya sebenarnya tinggal dikuartes....

...huhu..macam dugaanlah jugakkan..
apa taknya ..terjadi pulak saat kritikal...time nak pg kerja...dekat waktu sembahyang
pernah dak kes macam ni terjadi kat kawan2???

Wednesday, March 23, 2011

apam coklat

Assalamualaikum...

Macammana keadaan cuaca kat tempat kawan?
kat Langkawi dua tiga hari ni asyik hujan je..
alhamdulilah...taklah panas sangatkan..

jalan2 hari ni tengok ramai yang masak steamed custard tea cake
teringin jugak rasa nak mencubanya...tapi disebabkan hati nak buat apam coklat dulu
makanya balik kerja tadi,,sambil masak utk makan tgh bancuhlah sekali adunan apam ni...
sebenarnya..petang sabtu hari tu dah buat..tapi apam tu jadi naik senget sebelah..
tu yg tak puas hati..try buat lagi sekali..

alhamdulillah..yang petang ni dah ok...anak2 suka sebab coklat..


saya saja letak sos coklat..tapi tak canti mcm org lain..

Sayapun dah lupa..pernah masukkan entri apam ni atau belum lagi..yg pastinya...
resepi ni amik kat dapur kak nor secubit garam..macam biasalah .kak norpun katanya dari MyR..terima kasih..keduanya..daun keladi.

jadinya resipi seperti yang dibuat kak nor seperti berikut;

APAM COKLAT by Alma MyR

1cawan tepung gandum
1/2 cawan gula
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan minyak masak
1/2 cawan air
1bj telur
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1 atau 2 sudu besar serbuk koko

Panaskan pengukus yg berisi air hingga mendidih.
Mix semua bahan2 menggunakan mixer atau nak lebih mudah lg boleh gunakan blender.
Masukkan dlm acuan lompang** dan kukus hingga masak lebih kurang 10 - 15 minit.
Sedap dimakan panas2.

# Apam ni rasa dia cam kek coklat kukus. Padat dan moist.

**saya masuk dalam acuan seriayu

saya kongsikan pulak kat sini sebab resipi ni senang n ringkas...
bolehlah kawan2 yang takde idea nak minum petang besok cuba pulak...
tak gitu.. :-)

Tuesday, March 22, 2011

Reen's Diary Giveaway Lahh !..

Assalamualaikum

Jam menunjukkan pukul 10.13 malam.mata dah hampir mengantuk..tapi tiba2 teringat yang reen buat GA yang sampai hari ni,masih tak sempat nak menjoinkan diri lagi..jadinya memandangkan tarikh dah makin dekat,saya mengambil kesempatan untuk join sekali...reen,kita dah join ni...



sowi..tak teredit gambo ni rupanya...




Kata reen..untuk GA ni kena tag 3 atau 7 orang...alamak..nak tak sapa ye..bukan apa sebab tengok kawan2 semua dah join..tinggal lagi saya je yang terlambat sikit...

tapi dah itu permintaan reen..jadinya saya dengan ini ingin mengetagkan pada kawan2 kita kat baawah ni....
masih ada masa lagi nak meriahkan majlis kawan2kan...


saya tag;
cik pah,cik pah tak buat lagi kan?
cik chun,lehkan cik chun?
cik sunah..sunah baikkan.
dan semua kawan2 yang datang..terima kasih-terima kasih..
jadinya nak tengok lebih lanjut boleh ke tempat reen tu...

Selamat berGA ye kawan2..

Monday, March 21, 2011

Nasi tomato ayam

Assalamualaiku...

nama entri ni.patutnya.bersiaran tengah malam
baru ada kesempatan
 dah rindu rasa nak cerita pasal makan2
....
nilah masak untuk makan tgh hari merangkap petang n malam sekali gus
masak dah lewat tadi  balik kerja,bawa anak kelinik dulu..
tapi okey gak kan..jimat tenaga..kalau tak dah kena 3 kali masuk dapur sementara malamkan..

sebenarnya masa duk belek2 resipi di MyR 
terjumpa nasi tomato ayam dari kak fida.
saya memang suka kalau resipi kak fida..
sbb kalau tengok,,semua resipinya mesti ramai orang cuba..
ayam ni resipi tak dak tajuk..sebab main letak je..ayam dari rebusan tadi....

Ni yang nak ceritanya..nasi tomato yang wangi...terima kasih kak fida MyR..

Bahan-bahan ( 8 0rang )

  • 1 kg beras basmathi - cuci dan toskan
  • 300 g ayam/isi ayam - potong kecil*
  • 1100 ml air
  • 8 biji tomato buah - dicincang halus
  • 4 sb tomato puri
  • 1 1/4 cawan susu sejat
  • 3/4 cawan minyak sapi/majerin
  • garam secukup rasa
  • BAHAN KISAR:-
  • 3 biji bawang besar
  • 15 ulas bawang putih
  • 1 ibujari halia
  • BAHAN PENUMIS:-
  • 8 kuntum bunga cenkih
  • 8 biji pelaga
  • 3 inc. kulit kayu manis
  • 4 batang serai - dititik
  • 3 helai daun pandan - disimpul
  • BAHAN HIASAN:-
  • daun sup/bawang,bawang goreng,gajus goreng

Cara-cara

  1. Air dan ayam direbus hingga ayam empuk,toskan ayamnya dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan tumis hingga wangi dan masukkan bahan2 kisar dan tumis hingga garing.Masukkan pula tomato buah dan tomato puri dan kacau hingga rata.
  3. Masukkan pula air rebusan ayam dan susu cair dan biarkan mendidih lalu masukka beras dan masak hingga hampir kering.Masukkan ayam tadi dan garam secukup rasa dan kacau hingga sebati.Tutup periuk dan kecilkan api dan masak hingga nasi tomato ayam masak.
  4. Matikan api.Taburhan dgn 1/2 bahagian bahan hiasan dan serihkan nasi perlahan2.
  5. Taburkan lebihan bahan hiasan di atas nasi ketika menghidang... 
Ayam yang diguna masa rebus tu saya keluarkan dan goreng n buat macam masak merah..
sedap resipi ni..bau pun semerbak..hasil daun pandan n semua bahan tumis tu..

-anak2 bila nasi kaler ni diaorang suka skit...
sebab tulah saya kerap buat nasi kaler2..
pada kawan2 yang suka..bolehlah cuba resipi kak fida ni..

Amirah Solehah..

Assalamualaikum..sahabat yang dirahmatiNya..

Hari ni dah pukul 5ptg baru sempat bersiaran..
bukan apa balik dari kerja tadi bawa Solehah ke klinik
Appoinment sebenarnya 21 Nov tahun lepas..
huhu..baru hari ni sempat nak bawa ke klinik..
patutnya dia cucuk untuk setahun masa temujanji tu

sudahnya umur setahun 5bln baru pergi..
nurse kata kadnya dah hilang..kena buat kad baru...
mak ait...sampai hilang kad anakku sebab jarang bawa ke klinik..

Inilah dia amirah solehahnya..anak daraku nan seorang...dah setahun lima bulan usianya...

tengok tu,,solehah sungguh anak dara ni..mesti kacau kalau orang nak solat...moga dia benar2 jadi anak yg soleh besok


Tapi..yang ni hilang solehnya..belajar dari mana tah..kalau apa yg dia nk tak dpt..mesti dia bluwek kan orang..huhu..risau.sempat dirakam oleh babahnya.
kawan2 yang ada anak kecik camana?
ikut tak rutin lawatan ke klinik?
kadang rasa malaskan...nk menunggu giliran..bercinta,,,,

Sunday, March 20, 2011

testing 1,2,3...

Assalamualaikum..
sahabat2 yang dirahmati Allah

Alhamdulilah...masalah upload sudah selesai..
hasil pandangan kawan2..terima kasih banyak yang memberi idea
....rupanya selama ni tak reti..
awak duk upload gamba dengan saiz yang besar..
huhu..tu lah..orang berblog..awakpun kalut berblog
...tapi betul jugakkan..hikmahnya..kita dah dapat satu ilmu baru...terima kasih kawan2..
penghargaan yang tak terhingga atas keprihatinan sahabat n kesudian kongsi ilmu....
samaada masalah biasa atau tentang IT ni...


jadi sebagai percubaan..saya upload gamba masa tiba di langkawi jumaat hari tu...

solehah nak duduk atas troli..tak mahu didukung...

dah dia tengok abang2nya sibuk panjat troli..
tengok tu..
happy blogging semua... :-)

Saturday, March 19, 2011

tak reti....

Assalamualaikum...

Niat hati asalnya nak mengabadikan kenangan selama seminggu bercuti..tapi tak tahu kenapa hari ni..tiba2 je tak leh nak upload gambo...dah beberapa kali cuba...dijawabnya..ruang store anda tak cukup..ait..apa masalah ye..

;;

;;;

;;;
jadinya..saya dah tak reti nak buat macamana lagi,,

nak tanya kawan2..kalau masalah camni kenapa ye..???
adakah lappy ini yang bermasalah,atau apa masalahnya

tak retinya....

huhu..tak meriah rasa majlis...kalau tampa gambokan
bukan apa..saya ni menulis tak berapa pandai skit..
kalau kawan2 yang pandai menulis..tanpa gambarpun majlis meriah...
harap ada kawan yang sudi menterjemahkan
penyelesaian pada cerita ni....

terima kasih semua...


Assalamualaikum..

Salam untuk semua sahabat yang sudi berkunjung

rasanya dah lama tak bukak blog ni
rindu pada kawan-kawan..
tapi disebabkan bercuti
maka semuanya terpaksa bercuti...
terima kasih pada yang berkunjung
dan juga pada yang sentiasa sudi berkunjung..
rinduuunya kawan2-kawan semua..

Alhamdullilah semalam selamat tiba jam 7.00 malan
dalam hujan sesekali lebat..
risau juga sebab laut agak beralun..
tapi semuanya selamat...

Tuesday, March 8, 2011

Apa rasa kalau...

Assalamualaikum...

biasalah belah petang baru sempat bersiaran..
n biasalah jugak..tak dak cerita lain kec pasal makan
mcmana badan tak naikkan..
tapi ari ni nak tanya kawan2
apa perasaan bila ayat ini yang didengari
dari mulut hubby..


huhu..ceritanya...baru je berlaku kejap tadi

saya hari ni nak buat puding gula hangus..
tapi sbb lambat boleh makan
saya masak cekodok dulu utk hubby
cekodok pisang..ada lebih pisang buat muffin pisang ari tu


hidang kat hubby..dia mengadap elok je
lepas sebiji..sebiji lagi dan lagi

pastu dia cakap...


"mama,kalau hari-hari masak cekodok pisang
pun tak apa..lagi babah suka"..sunnguh teratur bahasanya
"sebenarnya..nilah
antara makanan kegemaran babah"sambung dia lg

huhu..walaupun teratur..tetap mambuat saya tersentap
huhu..rupanya cukuplah cekodok tuk dia..
sampai hatikan..penat je kita masak macam2
lastnya yang paling dia suka cekodok je..
patut tak saya terasa???????

cekodok kegemaran hubby ku..takleh nak besarkan sangat gambo..tak licin elok hari ni..huhu..
tapi..bila dipikirkan balik
betul jugak kan..nikan makanan turun temurun
tetap evergreen..tak rasa cemuih makannya..
mak pun suka masak ni petang2..

betul jugak kata hubby ku itukan....

Monday, March 7, 2011

Biji nangka..

Assalamualaikum...


Baru sempat nak jenguk kawan2
n masukkan cerita sendiri..
bukan apa..Along dah dua hari tak mahu pergi sekolah
sebab Adam takde,,
jadi dendanya
saya cabut kad Astro n PS2 dia..
sekali,, balik dari kerja, tengok dia duk main game online
terlepas peluang saya nak berbelog 
petang ni dia dah pergi main kat taman
baru dapat lappy ni..kongsi...huhu

nak cerita pasal bubur yang saya masak tuk FIL ari tu
FIL ni org Neg9..dia suka makan bubur cam org kel..
so saya buat lah bubur ni hari tu, tuk minum petang..
namanya biji nangka...
kawan2 ada tak yang pernah makan bubur ni?

....
biasanya kalau kat kampung
bubur ni popular time bulan posa
mak biasa buat kaler hijau
tapi saya saje meriahkan skit...



ni dia hijau merah..letak sagu skit...gambo blur skit,,tapi dah tahukan kemera saya huhu.


ni pulak wan n cucu2 nya kat dataran helang..tak tahu nak bawa pg mana

Jadi untuk petang ni pulak...saya tak masak apa huhu..
hidangkan suami ngan kek yang buat hari tu tak habis lagi ...
tuk minum petang dia...

sahabat-sahabat makan apa petang ni?????

Sunday, March 6, 2011

sotong ....

Assalamualaikum
..
Petang ni rasa bertenaga skit
sempatlah jengok sahabat2
yang datang sini..saya kunjung balas
terima kasih atas ukhuwah ini

tadi dalam duk jenjalan tiba2 tengok kak nor masak sotong
resipi sos plum yg k.nor kongsi dari CMG
wah..teringat sotong kita ada lagi dalam peti es
tak tahu nak buat apa..
tiba2 datang sumber...apa lagi
masuk dapur sambil buat makan petang
terus masak tuk malam ni..
bukan apa malam ni ada tuisyen..
kalau tak masak awal..sian ngan hubby
nak harap pengasuh anak ku tu..huhu

saya banyakkan kuah..along mesti suka sbb tak pedas sangat..
jadinya seperti biasa saya nk mintak izin kak nor
letak resipi kat sini..bagi meriah majlis
terima kasih kak nor..

UDANG BERSOS PLUM*
resipi : CMG

BAHAN-BAHANNYA :-)
15 ekor udang saiz besar
1/2 camca teh lada sulah serbuk
1/2 camca teh serbuk kunyit
Sedikit garam
3 ulas bawang putih, cincang halus
1 biji bawang holland, dibelah 6
1/4 biji red capsicum, didadu
1/4 biji green capsicum, didadu
1/4 biji yellow capsicum, didadu
1/2 batang leek, hiris dan rendam ~ k.nor tak letak
1 camca besar sos cili thai (mat guna jenama "LIFE")
1/4 cawan sos plum (mat guna jenama "LIFE")
5bj cili padi ~ dihiris (yg ni k.nor tambah)
Sedikit garam jika perlu
Hirisan daun bawang, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
Udang dikerat hujung kepalanya, buang kaki dan janggut, cuci bersih, lumur dengan serbuk lada sulah, garam dan serbuk kunyit hingga rata. Goreng hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan.
Tinggalkan kurang lebih 2 camca besar minyak dalam kuali yang sama. Tumis bawang putih dan bawang holland hingga layu. Masuk sos cili thai dan sos plum tadi, kacau rata dan masukkan udang. Gaul hingga rata.
Tambah red/yellow/green dan leek tadi, gaul dan masak hingga pekat dan sos menyaluti udang. Rasa dan jika perlu tambah sedikit garam. Masak sekejap dan angkat. Tabur hirisan daun bawang sebelum dihidangkan.

*saya buat sotong..
n ada juga dua tiga benda yang saya tak dak..jd tak letak..sbb on the spot je kan..
jadinya macam biasa..kawan2 yang takde idea lagi leh cuba..

ps:langkawi hujan ngan lebat petang ni setelah gersang hampir dua bulan..syukur nikmat Mu ya Allah..rasa malasnya nak ke skul huhu

Saturday, March 5, 2011

cerita anak...

Assalamualaikum..sahabat yang dirahmati Allah

hari ni kelam kabut skit..bukan apa
belah pagi tadi ada teknik menjawab soalan
tengah hari FIL balik bawa Adam sekali
huhu..sedih gak..hilang meriah rumah ni
petang pulak mesy PIBG..jam 6.30 ptg baru habis

balik umah..terdegar2 suara Adam
mood nak masak pun macam hilang je
hehe..sebenarnya malas tu
.
Cerita pasal Adam ni..
walaupun dia rapat ngan babahnya
tapi dia antara cucu yang paling rapat ngan wan nya tu
sebab tu lah dia boleh je ikut wan nya balik kampung
kalau Along pula,anak babah,,ke mana saja tak pa
janji babahnya ada sama..
munkin dia trauma sebab sebelum ni babahnya tinggal berjauhan
sampaikan kalau dia nak pergi main pun..
mesti Along bawa kunci kereta babahnya
takut ditinggalkan lagi..

Jadinya hanya Solehah yang rapat ngan saya
bukan apa munkin sebab BF lagi kot
sungguhpun gitu,Solehah tu kalau menangis
mesti panggil babah jugak...

pendek kata mama takda tak kisah sangat
jangan babahnya tak dak huhu..
bertuah betul anak saya nikan..
ke saya yang gagal???
kawan2 ada dak camtu..
anak2 semua jadi anak bapa...
Adam seronok dapat balik kampung dengan wannya..mama dia yang sedih..

Friday, March 4, 2011

red velvet....jadi ke tak tah?

Assalamualaikum....

Fuh..panas..baru lepas membaking..
bukan apa,jap lagi FIL nak sampai
kena tunjuk rajin skit hehe
mana tau dia balik citer kat MIL nanti..
rajin menantu aku..huhu


sebenarnya baru dapat resipi red velvet ni
terus terang cakap tak penah cuba kek ni
n lagi jakun tak penah tengok kat luar
jadinya saya tak tahu jadi ke tak..



ni lah dia hasilnya,,kat dalam gambo gelap skit,maklumlah kamera cap ayam je..huhu..tapi kat luar agak kemerahan ..terposing atas tudung tapowe huhu

Sebenarnya resipi ni dibuat dalam cup,,
tapi disebabkan kt tempat saya ni tak jumpa cup yg cantik
asyik2 cup tu je..saya masak dalam loyang je..
n amik resipinya kat MyR..
saya nak paste kat sini..
terima kasih tuan punya asal resipi
atas perkongsian resipi yg sedap ni

Bahan-bahan ( 12 biji )

  • Bahan kering
  • 2 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 cawan gula icing
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1/2 cawan serbuk koko ( guna yang good quality, kalau tak tak berasa nanti)
  • Bahan basah
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan minyak ( minyak jagung/canola/sayuran)
  • 1 cawan buttermilk ( 1 cawan susu + 1 sudu besar cuka putih / lemon juice - macam buat tairu)
  • 1 sudu kecil vanilla essence
  • 1 sudu kecil cuka putih
  • 1 sudu besar pewarna merah
  • Cream cheese topping
  • 125 gm cream cheese
  • 1/2 cawan butter ( lebih sedap guna unsalted)
  • 1/2 cawan gula icing
  • 1 sudu besar perahan lemon

Cara-cara

  1. Panaskan oven 180 degree celcius
  2. Ayak bahan kering
  3. pukul semua bahan basah dengan mixer hingga kembang dan sebati
  4. Masukkan bahan kering ke dalam adunan bahan basah - gaul hingga sebati ( boleh guna mixer, low speed)
  5. Masukkan dalam acuan, bakar selama 18-20 minit
  6. Untuk topping , pukul semua bahan sehingga sebati. Letak topping bila cupcakes yang dah masak tu sejuk
toping tu saya tak buat sebab tak dak crem chees tu..
tapi kawan2..sedap rasa kek ni tau..
walaupun saya tak tahu rasa yg sebenarnya..


puding roti

Assalamualaikum...

Sebenarnya nak masukkan malam tadi puding roti ni,,,
tapi  tertidur awal...jam 9 malam dah terlena
penat punya pasal..huhu

ceritanya terliur tengok umie masam manis kehidupan
buat puding roti letak sos kastad

jadinya sayapun teringin buat gitu..
so dengan semangatnya petang semalam
mengodeknya..
tapi ...bila masak..rasa malas pulak
nak buat sos kastad tu hehe
seb baik puding ni dah manis...
makan cam gitu je lah,,,




Ni dia pudingnya..gambar di ambil selepas puding megempeskan dirinya..nampak masuk ke dalam skit

sebenarnya untuk puding roti tu..
saya ikut syarat asas je..
bukan apa  masa tgk umie buat last week lupa nk salin resipi
semalam pulak line teruk...
so..mari menghentam je lah resipi
ada susu cair..roti,telur,telur..masukan tepung jagung  n tepung ubi skit
sedikit butter,sukatannya tak pasti sebab mai buh je..
bukan apa kerak roti banyak..
anak2 makan roti..tepi semua buang
tu yang tak pasti sukatan tu...

yang pastinya..sedap puding ni huhu
ada lagi kat dapur tu...
boleh buat hidang kat FIL yang nak datang hari ni..

FIL nak datang?..
eh...kena kemas rumah ni ....
risau 1st time FIL nak datang sejak pindah sini

Thursday, March 3, 2011

terpikir....

Assalamualikumm..sahabat2 yang disayangi...


Sehari dua ni asyik kepenatan je..tak sempat nk tengok blog..
tapi hari ni..nak juga tulis skit..sekadar nak kongsi rasa...
balik dari tempat kerja tadi
saya ke kedai jahit amik baju yang dah lama hantar
..
sampai kat kedai tu tengok dua orang kanak2
tertidur kat atas hamparan tikar
dua2 lelaki..dalam lingkungan 3 dan 5 tahun
kesian tengok gaya tidurnya..

saya bertanya dengan tukang jahit tu..
rupanya akak tukang jahit tu beritahu cucunya
cucu yg kehilangan ibu...
ibu yang meninggalkan anak...kerana ikut lelaki lain
huhuhu..sedihkan...sanggup seorang ibu
yang mengandung 9 bulan
dengan segala susah payah...
tapi demi seorang lelaki..meninggalkan anak2 comel itu
pada suaminya(anak akak tukang jahit tu)
jadi disebab kan bapa budak2 tu kerja
terpaksa dititipkan anak tersebut pada ibunya..iaitu nenek kanak2 tu..
sudah setahun ibu mereka tidak menjenguk dan bertanya khabar..
....
hati saya menjadi sebak teringat kanak2 tu,,,
balik rumah termenung..tengok anak2 yang kebetulan sedang tidur jugak
rasanya meninggalkan mereka untuk pergi kerjapun hati sering ralat
.....
apakah perasaan ibu yang meningalkan anak2 terus kepada orang lain
hanya kerana mengejar keseronokan sendiri..
makin difikir....
tetap saya tak temui jawapan.....




Tuesday, March 1, 2011

Sedapnyaaa.....

Assalamualaikum..

Sedaaap sangat...pada sayalah..kek ni..
sayakan biasalah..org tua baru belajar masak..
orang lain dah lama buat dah,,
kita baru cuba,,,tapi tak rugi sebab sedap..
hehe,,agak2 tak dak yang macam saya ni..
muda-muda tak pk nak masuk dapur
sekarang baru terkial2 tgk resipi


Sebenarnya dah lama jugak teringin mencuba..
sejak tengok kat dapur DJ..hari tu lg
tapi hawflake tu susah nak jumpa
kebetulan hari sabtu tu ke pasar malam
baru nampak ada kat pasar malam tu
terus beli n petang semalam berkesempatan buat,,huhu




Ni lah kek yang dimaksudkan tu..kek lapis asam manis kukus..walaupun tak berapa cantik..tp sedap..tak manis sangat..sukaaa.


 macam biasalah..untuk resipinya saya pastekan kt sini.
.istimewa dr dapur DJ
 dengan ucapan terima kasih dj,, atas perkonsian resipi yg sedap ni..:-)

Kek Lapis Asam Manis Kukus 

bahan-bahan : (DJ menggunakan loyang 8 x 4.5 x 4.5)


  • 2 cawan biskut marie yang sudah dikisar dan diayak sebanyak 1 kali
  • 4 biji telur A (sejuk)
  • 180 g gula kastor (boleh juga tambah jika suka manis)
  • 4 sb susu pekat manis
  • 1 sb ovalette
  • 2 sb horlicks - optional
  • 125 ml susu segar (sejuk)
  • 1 sk esen vanilla
  • 80 ml minyak jagung
  • kepingan asam manis/hawflake secukupnya (DJ guna sebesar duit 50 sen)
  • sedikit pewarna hijau/pes pandan dan kuning (warna lain pun ok)
Cara-cara :
  1. Sediakan pengukus. Jerangkan airnya. Sediakan loyang kek. Sapukan dgn mentega dan taburkan sedikit tepung. Seelok-eloknya loyang dialas dengan kertas serap minyak.
  2. Satukan kesemua bahan (kecuali minyak jagung, hawflake dan pewarna) di dalam mangkuk adunan. Putar hingga kembang dan gebu.
  3. Kemudian masukkan minyak jagung dan kacau sebati dgn menggunakan spatula/senduk kayu. 
  4. Bahagikan kepada dua bahagian (lebihkan sedikit adunan untuk lapisan hijau). Bubuhkan pewarna hijau/pes pandan dan satu bahagian lagi diwarnakan kuning. Untuk lapisan hijau dan kuning, bahagikan lagi adunannya kpd beberapa bahagian mengikut saiz loyang agar lapisan menjadi sama rata.
  5. Tuangkan lapisan pertama (hijau) ke dalam loyang dan susunkan hawflake di atasnya (JANGAN DITEKAN). Kemudian, kukuslah hingga adunan dah tak cair (lebih kurang 5-7 minit). Tuangkan lapisan kuning dan susunkan hawflake diatasnya dan kukus. Ulangi proses hingga habis. Untuk lapisan terakhir, kukuslah selama lebih kurang 20-25 minit lagi atau sehingga kek masak sempurna. (untuk mengelakkan air menitik ke dalam adunan, tutuplah loyang dgn kertas foil, atau balutkan penutup kukus dgn menggunakan tuala). 
  6. Setelah masak, tutupkan api. Keluarkan loyang dan sejukkan kek sebelum dipotong.
 Jadinya nak cadangkan pada kawan2 yang berkelapangan n belum cuba lagi..bolehlah kalau nak cuba..sedap rasanya...