Assalamualaikum..dan selamat datang

Thursday, September 30, 2010

soto n mee udang 4 2 nite

sambal kicap.....

sup xtra

soto idaman...sedapp kata hubby ku

tu dia mee udang..nampak tak best tp perghhh..

kuah kacang tak sempat hidang dah kenyang..dlm periuk lg ni

juga air cincau yang lazat
Hari ni aku ajak hubby ku temankan aku puasa...belah petang kepala mula ligat fikir menu untuk berbuka...hubby bagi cadangan suh buat mee sup...tapi aku teringat pulak udang yang baru di beli di Tuba tadi..segar@fresh dari laut..so..puas pikir akhirnya terjelmalah....soto and mee udang yang sedapnya hingga mencicah menjilat pinggan huhu...(puji diri sendiri-sapa lagi nak puji) nak nampak lagi meriah aku buat sedikit kuah kacang....tak lupa juga buat kuah laksa johor..tapi tadi tak rebus spageti lagi...rasanya kuah je lah kot sebab perut dah kenyang ni...huhuhu kalau esok basi..rugi aku

Monday, September 27, 2010

boringgggg

rendang campak hehehe

kari n rendam yummy
hari ni rasa boring sangat...munkin aku dalam tenpoh "bercuti" lagi...nak pergi kerja rasa tak dak mood..balik kerja rasa tak semangat...tak tahu lah...nak buat apapun rasa malas...tapi yang bestnya..dah 3 hari ni balik kerja tengok2 hubby dah siapkan lauk pauk atas meja..sayang juga hubby ku kat aku ye..ahaks..

Sunday, September 26, 2010

open house

Alhamdullilah semalam aku berjaya juga menyiapkan beberapa menu konon2nya bagi mengadakan rumah terbuka...hajat dihati nak jemput membe-membe tempat kerja..akhirnya lia sorang je yang datang...lain2 kawan-kawan suami..alhamdulilah dapat kenal isteri kawan2 suami,,,makin panjang silaturahim...


nasi dagang special ni...sedap...lupa nak amik gamba awal
Hajat hati nak buat macam-macam,,tapi bila ke kedai nak cari kelapa..rupa-rupanya langkawi kekeurangan bekalan kelapa..ish2 macam mana boleh berlaku...jadi terpaksa memendekkan senarai menu ku..tapi laksa kuah lemak aku tetap buat kerana dah lama teringatkan kampung halaman..yummmm sedapnya...untuk suami yang mengemari laksa utaranya aku tetap yang special untuknya....



adapun nasi dagang ni hehe




ulaman..laksa lemak n laksa asam

hepi besday

adiah dari hubby ku..terima kasih yang.....
salam..hari ni aku ingin menulis tapi penat.tak tahu nak tulis apa...tiba2 suami ku masuk ke dalam bilik...di tangannya ada satu kotak dan sekeping kad...mama selamat hari lahir ucap suami ku..eh terima kasih...aku senyum girang..tak sangka suami ku telah siapkan hadiah untuk ku sempena hari lahirku..aku menyangkakan dia terlupa dan tak belikan apa2 untuk ku..kerana sebelum ini aku pernah larang supaya dia tak belikan apa2...sebenarnya dalam hati nak je suruh dia belikan hehe...

Thank sayang...seutas jam..walaupun tidak semahal mana..aku tetap menghargainya sementelahlah selama ini aku tidak pernah membeli jam sendiri..bukan apa aku ni jenis pelupa takut nanti mana2 saje aku letaknya..munkin dengan pemberian suami aku akan lebih hati-hati..seronok senyum sampai ke telinga...orang perempuan kan tak dapat hadiah mahalpun jadilah asalkan suami mengingati tarikh-tarikh penting..... :-)

Saturday, September 18, 2010

correl+corningware+luminarc untuk dimiliki

Corelle bunga buttercup 16 pcs
Penghias meja n almari anda.dapatkan secara bayaran ansuran.anda tak perlu berpenat ke Langkawi  > Hanya kamu perlu hubungi saya dan nyatakan apa yang kamu ingin kan sebagai penghias meja makan di rumah kamu..Pasti suami akan memuji kamu kerana menghidangankan makanan yang best di dalam pinggan secantik ini..  Terus terang saya cakapkan harga yang saya tawarkan ini lebih mahal berbanding di kedai.kerana saya menawarkan kepada kamu harga secara ansuran...menarikkan :-)










Yang ini coningware..cantik kan
Tefal 28" RM 100.
caserolporselin..yang ni agak berat.
set tiga biji luminac 
Sudu ala-ala vantaje RM 45
Luminac sebiji
bromili katanya dari italy...murah skit kalau nak banding ngan correl.







 koleksi coningwer






 pinggan dari China --gemya...cantik2 tp kualiti tak pasti..tak penah guna lagi





 set minum crystal darques..tengah ofer skrg ni


yang ni pengukus cap buaya RM 65 cash.






Thursday, September 16, 2010

kenangan

kenangan musim perayaan...cukup indah untuk dikenang. Ni kenangan pegi beraya ke umah cik maisun.makan mihun sup gear box.huh sedap sampai tak terkata.Habis makan mihun cik mai jamu pulak gan nasi beriani..kira memang langkah kaki kanan betul hari tu..kebetulan kami jenis tangki besar.apa lagi.
babah syok mangambil gambar sendiri sampai muka yang dah sedia tembam semakin tembam.niat nak diet bulan puasa entah ke mana..jadi tersimpan je lah rx-lite dalam almari




 Acara terima duit raya dari wan.hehe mana along and amirah solehah ni..pastikan kereka tidak ketinggalan tuk bersalam ngan wan hehe.

Kembali ke perkampungan boring....

Dalam feri..anak2 mula keboringan.
nape gamba ni terlentang lak.hehe

boring dalam feri...
Alhamdulillah..setelah hampir 2 minggu bercuti di tanah besar,kami kembali semula ke langkawi,bandaraya pelancongan ini.Hujan renyai2 menyambut kepulangan kami ke sini...walaupun jarak perjalanan dr langkawi ke tanah besar tidaklah jauh..tapi kepenatan menaiki feri tetap terasa...ditambah dengan telatah anak2 yang tak duduk diam dlm feri...kereta yg kami hantar di jngka sampai malam nanti.Anak-anak sesampai di rumah terus menerkam ps2 sbb dah lama tak dpt main kut.Sengaja aku tak bawak ps2 balik bercuti ni nak bagi depa main outdoor plak di kampung.Balik kelantan sempat makan durian last musim dan makan dokong yang masih merimbun lagi di pokok.Suami aku makan sepuas2nya.3 ulas durian cucoh puteri pun sudah mengenyangkan kerana isinya very tebal.Aku lupa plak nak amik gambar durian tu....

Wednesday, September 1, 2010

kantoi ngan kastam..

Antara yang tak lepas.(gamba aku amik kat kedai sblm beli)
Pagi-pagi lagi aku menelifon tempat kerja memberitahu terpaksa masuk lewat hari ini kerana kena pos kereta. Sesampai di limbungan sesudah mengambil pas pelawat dan mendapat surat dari agensi kapal aku menuju dengan yakin ke tempat kastam.

"Buka bonet."arah seorang pegawai yang bertugas...apabila bonet dibuka."alamak,babah ni tak sorok langsung barang2 kaca".bisik ku dalam hati.Malam tadi semasa hubby kemas barang dalam keta aku tak tengok lansung..buka-buka bonet depan kastam baru tgk..babah dah siap-siap disply kat kastam.hehe.kira mempermudah kerja kastam lah.


"Kak,barang macam ni tak boleh bawa ngan keta nih..kena bawak ikut feri"komen pegawai tersebut. Aduh.aku mati kata-kata..."Cik saya tak biasa lagi ni..kira 1st time ni.kalau ngan feri payah lak..anak2 saya kecil lagi.payah nak bawak" rayu ku kemudian."tak pa kak,kalau payah akak tolak ngan troli".Huh pegawai ni memang tak mau runding dah ni. Memandangkan banyak lagi kereta yang Q di belakang..jadi aku terpaksa memandu ke pelabuhan dengan berat hati..huhu

Tapi alhamdulilah barang-barang lain dia bagi lepas..selepas menghantar kereta kepada wakil syarikat, aku dengan muka tebalnya mengambil balik plastik barang-barang di tempat kastam..kat sana ada lagi 4 5 kotak barang lain..hehehe, rupanya bukan aku sorang yang terkantoi..kira oraitlah tu..hehe