Assalamualaikum..dan selamat datang

Saturday, February 5, 2011

Solok Lada

Sebenarnya solok lada ni buat masa makan nasi kerabu hari tu..tapi teringin pulak nak pamerkan hari ni  biarpun rupa parasnya tak seberapa..yang boleh buat solok ni bukan apa..sebelum ni tak penahpun jumpa lada hijau muda /solok ni kat luar dari kelantan...tiba-tiba muncul di langkawi ni..hehe..jadinya saya beli banyak betul..sampai saat ni ada lagi stok dalam peti ais tu..

Beli banyak tu bukan apa..biasanya nak buat solok ni hanya guna lada yang jenis ni je..sebab tulah kalau kat kg kami panggil lada ni lada solok..
Sememehnya nampak hehe..tapi sedap ni(sebab suka makan tu yg sedap :-)..)



 Walaupun tahu buat lada solok ni mudah je..tapi saja rajin nak tulis resipi nya..rajin terlebih sebab anak2 semua dah tido..tak dak sapa kacau...hehe


bahan2


  • 6 biji lada solok/hijau
  •  3 ekor ikan selayang**-dikukus n amik isinya
  • 3 ulas bawang merah*
  • 1 ulas bawang puteh*..
  • sehiris halia*
  • sebatang serai*
  • sedikit kelapa parut**(bahagi 2,1 bah,goreng sedikit kuning)
  •  sebiji telur
  • 2 caw santan.
  • garam n gula secukupnya 
  1. Lada solok di belah,untuk keluarkan empulurnya..kemudian rendam dgn air garam 

  2. Tumbuk semua bahan * hingga lumat kemudian masukkan bahan **..

  3. Masukkan dalam bekas gaul bersama garam serta gula secukup rasa.

  4. Akhir sekali pecahkan telur n gaul rata..bila rata sumbatkan kedalam perut lada yang dibelah tadi.S

  5. Susun di dalam periuk n rebus dengan menggunakan santan tadi,,..senang gitu..

Solok lada ni kalau kat kampung akan muncul apabila musim puasa..dah jadi tradisi..boleh dikatakan hampir tiap hari buat solok..

Sahabat kalau yang belum cuba bolehlah cuba..kalau tak paham resipi pakar masak ni (hehe)..bolehlah google ada kot. yang pastinya sedap.. :-)

 





13 comments:

iwan_dextrous said...

dh lame x makan..hihihi

Vivi Lim @ Mrs.Nurulazmi said...

sedap ni kak..
1st time saya bljr makan solok lada masa study degree dulu..
makan bsama nasi kerabu. kawan dari pantai timur yang promotekan.
sekali saya cuba, nak lagi =).

RaNiA said...

tadi petang p pasar malam..nak beli nasi kerabu..siap dh set nak add on solok lada..alih2 dia tak niaga daaa...huhuhu..

kak Erna said...

suri..terima kasih..tuliskan resepi solok lada..
suka sangat makan..tapi tak pernah buat sendiri..tak tau pun camana caranya..

suri solehah said...

iwan>>hehe..boleh cuba cari mulai sekarang


vivi>>sedapkan vi..cubalah masak sendiri lak


rania>>ala siannya..cuti CNY je tu..esok dia bukak balik..


kak erna>>trylah kak..kalau mak dulu..takdak lada,dia guna petola..tp dalam resipi tambah lada hitam skitla.

Vivi Lim @ Mrs.Nurulazmi said...

insha-ALLAH, nanti saya cuba masak solok lada ni kak..guna resepi ni..=0).

SHAFIDA said...

tq suri...nak buatlah ptgnie.mlmnie mertua datang rumah nk makan malm...huhuhuuuhu.....dah bepeluh pikir menu nih
'

sarah-najwan said...

saya suka ni..tapi yg best mesti dibuat dgn lada klate tu..lada hijau muda..hehe..

buat sdiri xpenah..tau makan je..hehe.sedak weh..

NICK IRFAN said...

solok lada ni bru pertama kali dgr... menarik jgk

Cik Ina minat Do do Cheng said...

sedap ni, dulu pernah buat sekali, tapi akak sorang je makan.kalau nak makan beli je kak kedai orang kelantan dorang memang ada jualkan. suri kecur air liur tengok solok lada ko tu.

Kak Rosaliza said...

assalam suri akk suka ngan solok lada..rindu nak makan

Norhafiza said...

sedapnye kakSuri...No tak penah buat solok lada walaupun masak nasi kerabu...nnt No nak cuba buat la..jenuh dah kakak ipo ajar time balik kg tp stil tak buat2 juga hehe..bukan apa, masalah lada tu la yg paling utama..labuan ni rasa tak jumpa lagi kot..takpun No terlepas pandang huhuhu...

cek chun said...

sukaaaaaaaaaaa!!!!!
nak try wat la..
pasni jenoh la nak cari lada nih..