Assalamualaikum..dan selamat datang

Wednesday, January 18, 2012

petua menghilangkan kahak bayi

assalamualaikum.

seminggu dua ni si kecik Adib sering saja batuk-batuk
kesian dengan dia,,diburukkan lagi dengan cuaca kat sini yang tak menentu
menyebabkan batuknya lambat hilang
'''''''''''
'''
disebabkan batuk-batuk yang lama
saya perasan..di dalam dada adib 
semacam ada kahak..tiap kali dia bernafas
bunyinya semacam je,,
ini menyebabkan saya risau sangat,,,
tapi dalam masa yang sama
adib tidak pulak berhingus
saya rasa faktor kahak ni menyebabkan 
adib sering muntah susu tiap kali dia lepas menyusu
'''''''
tak tahu nak buat macamana....
saya cuba google cari petua nak atasi masalah ini
tapi kebanyakan petua yang diberi kurang sesuai
dengan usia adib yang baru 2 bulan lebih,,,
'''''''''''''''''''''
''''''''''''''''
cuma terjumpa satu satu artikel mengenai
teknik tepuk yang dipanggil percussion
 untuk bantu menyelesaikan masalah bayi berkahak
pada ibu-ibu yang ingin tahu teknik tu boleh lihat di sini 
tertarik jugak dengan teknik tersebut ,,tapi belum cuba lagi

ada tak sahabat berpengalaman dengan masalah kahak baby ni??? munkin ada petua yang sesuai boleh dikongsi bersama?

34 comments:

cheqna said...

tak de pengalaman la kak

EmbunRosaliza said...

Assalam suri, masa amani batuk yang agak lama hari tu, sampai 3 x pergi klinik tapi batuk tak baik2 pun, kena gas la juga untuk cairkan kahak tu, doktor ajar akk suruh tepuk atas belakang dengan jari yg rapat dan sedikit rongga kat dlm, la ni kalo amani mcm batuk2 sikit akk tepuk2 mcm tu la, dah lama juga dia tak batuk teruk

Farid said...

Maaf ler...tak dapat nak kongsi sebab dah blurrr...lama dah tinggalkan zaman melayan kerenah bayi ni...

suri solehah said...

cheqna>>tak palah cheqna..


kak rosa>>oh ya ka..amni kena camtu gak ye..munkin teknik yang ada kat web tu kot..suri dah print dah..tak baca lagi


farid>>hehe..takpa..tu lah,,sayapun jadi blur gak ni

ainnoraini said...

dah lama tak ada anak kecik ni..dah lupa pulak saat2 tuu..9thn sudah berlalu...

Nida said...

Dulu pernah ada pengalaman kahak anak sulung terlalu banyak.. akhirnya kami bawa ke klinik untuk disedut.

Hanis Azla said...

teringat lagi waktu makcik dimasukkan ke hospital kerana batuk berterusan.. cara itu juga yg diguna pakai.. semoga adib cepat sembuh hendaknya..

Mama Ema said...

bila anak batuk masukkan jari kira ke dalam mulut...kasi anak muntah...akan keluar sama kahak...kadang2 kasi ubat juga..

Papa Mifz said...

jumpo doc then maybe doc bagi ubat pecah kahak...

qemaishak said...

Tak cukup pengalaman lagi ni, apapun moga adib cepat sihat.

Kamalia said...

Takde pengalaman la kak..mungkijn akak patut cuba dulu lepas tu kalau menjadi boleh sharekan kat sini..get well soon Adib.

lyza said...

Ni pengalaman saya, untuk baby lain saya tak pasti macam mana..cuma kalau nak,bleh la cuba.. :)

Anak saya no3 lepas je bersalin, agaknya pihak hsptl cuci tak bersih, tiap kali dia bernafas, mesti berbunyi. bila saya tanya nurse, dia cakap nanti lama2 hilang sendiri.ok.
then masa umur anak tu 60 hari, dia dapat batuk berkahak..tiap kali minum susu, sure muntah.. kesudahannya anak demam dan saya rujuk kat klinik specialist kanak2 dia rujuk anak saya ke hsptl.. kena tahan (byk yang tak puas hati kt hsptl nie) 7 hari d tahan kt wad, anak keluar wad tapi batuk n nafas masih lg berbunyi..nurse asik cakap nanti hilang sendiri..huh..
then dengan pengalaman anak pertama dulu, saya kasik anak no3 ni madu khaula..tp tk la byk..just celup jari saya kt madu tu then kasik baby saya hisap jari saya tu.. masa ni umur anak tak sampai pun 3bulan lg..saya buat sehari sekali dan tiap2 hari..alhamdulillah..hari ke7 dah tkde bunyi..

anak pertama pun penah mengalami kes yang serupa tapi masa tu dia dah setahun lebih..dan tak admit hsptl, cuma 2 3 kali tukar doc.. tetap batuk..then saya bagi madu khaula tu je..alhamdulillah.. sembuh..

saya penah gak baca, madu tak elok untuk anak berumur 2 thn kebawah, tapi masa tu saya takda pilihan sb dah g klinik,tukar doc, tukar klinik..tp masih tak sembuh..so saya tawakal je bg madu khaula bila tgk testimoni kt yahoo grup IBU

sekadar berkongsi pengalaman yang cetek..:)

munna said...

bagus juga petua tu...biasanya klu batuk atau berkahak je munna sapu vicks utk baby ok je

Cikpuan rara said...

bagus nya komen k.lyza.leh jd info utk rara jugak.hospital ni mmg.dorg akan buat tak tau je.dh jd kes baru nk malu.

miloais milo said...

iols memang guna teknik tepuk ni...
dari masa my son baby lagi
selalu jugak buat camtu - nak plak heols ada asma...
lepas tepuk2 tu - selalunya lega jugak lah....

miloais milo said...

tapi - kalau berterusan kan... elok lah bawak gi klinik ye....

▪imie fatima▪ said...

kesiannya,try gi refer doctor la kak, get well soon adib..

gerhana luka said...

salam, masa anak no 1 saya dulu masih bayi ada gak masalah kahak camni sampai kena tahan kat wad sbb suspek paru2 dijangkiti kuman. Masa tu tak de pengalaman lagi tapi bila dah dpt anak no 2 dah pandai gak guna teknik tepuk2 ni memang berkesan. Bayi mmg tak boleh makan ubat sembarangan tu yang risau bila berkahak ni.

~izan~ said...

mcm takde je petuanya kak... takde ke lupa? haa gitu la lebih kurang.mmg ke klinik la jawabnya kami ni huhu...

Mama Adam said...

Xde idea la... Tapi, kalo ada nk jugak share. Dulu adam pun kahak teruk

Zaitun said...

Kalau tak baik2 bawa aje jumpa doktor.

mama aini said...

assalam suri..memang susah nak jaga baby ni..masa ank mama kecil.bila ada kahak mama bawa gi klinik je..hu2x..tak tahu nak buat apa masa tu?..he2x..

Anonymous said...

boleh tolong tunjukkan cara tepuk belakang tu? sebab anak 10m dah dekat seminggu lebih batuk berkahak... tolong mummi buntu

Rabiahtul Adawiyah said...

salam..anak sis dh hilang ye?saya nak try kat anak saya la...kes sya mcm dgn kes ank sis la,mici kata lama2 hilang..tp ada juga bnyi kahak,,,sian dia..bg ubt cair pun..still ada..sys nak try la.bg madu.anak sya umur 7bln..

BERINA C PLUS said...

@lyza madu kan makanan sunnah... seawal bb dilahirjan dah boleh bg dia hisap jari kita yg dicelup madu... atau dsapu di lelangit sbg tahnik... wallahu'a'lam :D

lilieyz said...

Anak saya pun pernah kena batuk lama . Klinik biasa just bagi ubat batuk.asyik ckp normal la ni. Tak sedap hati terus jumpa doktor mahani kpj kajang. 1st follow up kena sedut kahak 3 kali sehari. khak tu dah tebal n paru paru anak saya kena infection.6 bulan follow up alhamdulillah anak dah okay. Kalau anak batuk lama jgn tggu lama. Trus jumpa pakar. Itu pengalaman n pengajaran utk saya.ada juga try teknik tepuk tu .

ruby muksan said...

sama lah dngn ank sya dari umur 2 bulan sampai 6 bulan dia batuk x henti2.dah masuk wad 3 hari tpi batuk x sambuh2x lg.huhu buntu

Sohif Mash said...

Anak sya skang ni baru 49 hari. Berkahak tapi x selsema & batuk pun sesekali sahaja. Nak try buat teknik tepukan tu tapi takut

norhayati endal said...

Anak saya usia belum sampai sebulan, bunyi mcm berkahak, mcm mana lah ni. Risau sangat

Anonymous said...

assalam,saya nak tahu teknik tepuk tu macam mana,tolong terangkan lebih teperinci.terima kasih...

Nur Fairus Binti Ruslan said...

Salam,sy dah cuba teknik tepuk tu.misi yg datang ke rumah ajar.dan sy pun ade bc dlm blog.tp lupa blog mn.alhamdulillah menjadi.untuk legakan bayi.ank br 12 hari.kl nak keluarkan kahak sy pun xpasti mcamna.

Nur Fairus Binti Ruslan said...

Salam,sy dah cuba teknik tepuk tu.misi yg datang ke rumah ajar.dan sy pun ade bc dlm blog.tp lupa blog mn.alhamdulillah menjadi.untuk legakan bayi.ank br 12 hari.kl nak keluarkan kahak sy pun xpasti mcamna.

zizy said...

Baguslah semua sudi share...ank sya pun berkahak. Risau ni.

Anonymous said...

tq semua bg cadangan.alhamdulillah ,teknik tepuk kt belakang jd jgk akhirnya untuk baby saya.sblm ni saya x thu pn.tq semua.