Assalamualaikum..dan selamat datang

Saturday, January 28, 2012

Pau Suri

pau tetap lembut sangat2 walaupun dah sejuk..
 Pau antara kuih yang saya tak pernah cuba buat dari anak dara sampailah dah kawin
tapi di sebabkan masa balik kampung hari tu,suami beli pau yang sedap kat satu stesen minyak
menyebabkan saya tiba2 teringin nak cuba membuatnya
lantas selepas mengoogle,saya guna resipi yang di kongsi oleh CMG di DST
berbaloi buatnya sebab gebu sangat...sesuai sangat dengan tajuk yang cik mat tulis kat DST gebu,montok tembam,lembut hehe

sebagai perkongsian saya pastekan resipi dari CMG kat sini
BAHAN-BAHAN INTI :-)
2 biji kentang saiz sederhana, kupas dan dadu kecil, rebus hingga empuk dan toskan
1 cawan isi ayam yang dipotong kecil
1 camca besar penuh rempah kari daging
1/2 camca besar rempah kurma
1 biji bawang besar, didadu
2 ulas bawang putih*
1/2 inci halia*(*ditumbuk lumat)
Garam dan gula secukup rasa
1 tangkai daun kari
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1/2 cawan air
Hirisan daun bawang untuk hiasan

BAHAN DOH PAU :-)
500 gram tepung pau *saya guna tepung gandum yang diayak4 kali
1/2 cawan gula halus
1/4 cawan minyak jagung
1 1/4 cawan air
6 gram instant yeast

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK INTI :- Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar, daun kari, kayu manis, bungalawang, bawang putih + halia hingga harum. Masukkan rempah kari + rempah kurma, kacau dan tuang air. Masukkan ayam dan kacau. Tambah kentang, gaul rata. Biar mendidih dengan api kecil.Bila inti pekat, tambah gara, secukup rasa dan secubit gula. Kacau hingga rata dan kering, masukkan hirisan daun bawang, gaul rata. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Sejukkan.
  2. UNTUK DOH :- Satukan gula dengan air, kacau hingga gula larut. Masukkan yeast dalam tepung, gaul rata. Tuang minyak dan gaul hingga sebati. Tuang bancuhan air + gula tadi sedikit demi sedikit sambil digaul hingga mendapat doh yang tidak melekat dimangkuk. Keluarkan doh, tabur sedikit tepung dan uli 10 - 15 minit hingga mendapat doh yang kenyal. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan2 untuk doh dalam breadmaker, pilih setting untuk doh dan tekan ON. Selepas 30 minit, boleh keluarkan doh dari breadmaker.
  3. UNTUK PAU GEBU MONTOK TEMBAM :- Keluarkan doh, bagi doh pada beberapa bahagian yang setiap satu beratnya kurang lebih 65 gram, bulat2kan. Ambil ia bahagian, leperkan dan isi dengan 1 camca besar inti, tutup kemas dan bulat2kan. Letak atas kertas pau atau paper cup saiz besar. Buat kaedah sama pada baki adunan. Biar naik selama 30 - 40 minit. Kukus selama 10 - 15 minit dengan api besar. Sejukkan sebentar sebelum dihidangkan.
sebenarnya saya buat inti kacang merah sebab teringat pau yang saya makan tu inti kacang merah.
Dalam duk cerita pau ni,sebenarnya belum pun masak untuk lunch walau jam dah hampir 3.30 petang...
hehe...kena pergi masak dulu ni..malu kat hubby asik duk ngadap lappy je...

13 comments:

cek chun said...

Rajinnya kawan ambo nii. Seronok masak ramai org makan.

suri solehah said...

mai>>dah aku ai terperuk je kt langkawi ni,,nk g bukit merah pun jauh huhu..masak jelah..

Anonymous said...

seronoknya kalau dpt wat sendirikan...bkn apa puashati utk mamam...hehe

MulutPayau said...

Rajinnya suri...bila agaknya akak nak serajin suri...Pau tu mmng kgmran akak....biasanya beli jer kat kedai...kdng2 beli yg segera, simpan dalam peti...kalau nak mkn, kukus jer...hehehe..

sal said...

sedapnya..cantik naiknya,wlupun tepung biasa..akak suka makan pau..

sekadar satu coretan said...

wahhh... lagi sedap dari kek gula hangus ain tu suri...

tak pernah buat pau sendiri.. sama mcm MP beli jer... pas tu balik kukus...

Acik Erna said...

assalam suri..pau suri tu memang meanrik minta..sebenar kalau ba pau ni..acik selalu buat dulu..tapi inti kelapa je..sekarang ni je dah tak rajin..nak makan beli je..

Nur-nba said...

Kak Suri, sedapnya kuih pau akak ni.. Nur suka inti kelapa.. :)

suri solehah said...

jemarisuri>>tulah..bila dah buat tu..suka nak buat lagi dan lagikan huhu


MP>>ala kak..bukan rajin sgtpun hehe..sementara tak sibuk suri buat,,kalau dah malas tu..satu apapun takmau buat hehe


kak sal>>haah,,kak..tapi kena ayak 4 kali dulu,,mmg jadi mcm tepung hiprotin..


ain>>ala ain..suri mmg suka segala jenis kek,terutama gula hangus..mmg terliur tgk tadi tu

suri solehah said...

kak erna>>hehe..suri baru cuba buat..sbb dulu selalu duk pk mesti susah nak buat pau..alhamdulillah jadi..seronok jugak kak


nur>.pas ni akak rasa mcm nak cuba inti elapa pulak lah hehe

Unknown said...

wow.....
kak suri..
mmg nampak lembut..tahniah..
tak sangka walau tak pernah buat, hasilnya sangat membanggakan

mama aini said...

ehem sedapnya pau tu..thanks share resepi ni..mama suka makan pau !!..

IntaNBerliaN said...

nmpk mmg sedap betoi nih!!.. nanti nk try la..hiihi