Assalamualaikum..dan selamat datang

Thursday, January 26, 2012

Eggless Fruit Cake / Kek Buah (Bakar)

Assalamualaikum
penat badan setelah balik dari bercuti kat kampung masih terasa,
biarpun hanya balik ke Alor Star sahaja
tapi  perjalanan dengan feri memang merimaskan

;;;;.
semalam kami kembali semula ke langkawi
sempena CNY, memang ramai betul orang yang datang ke sini,
sampai jem jalan nak ke jetti point tu...
seronok tengok masing2 berbondong2 memborong barang
terutama di Hj Ismail Group n Idaman Suri..
rumah saya dekat dengan idamam suri ni tau
kalau ada sahabat yang datang..singgahlah ye
ish..ish..memang banyak duit betulkan..
saya kalau keluar ke sana pun sekadar
cuci mata dengan pinggan mangkuk yang cantik2 tu
nak beli pun kena fikir-fikir dulu huhu


tapi kemarin tak da mood nak keluar
tambahan pengasuh anak-anakpun masih belum datang
jadinya saya melunaskan impian sendiri untuk buat kek kat bawah ni....
sedap sangat..walau rupanya tak berapa menarik



kek buah bakar..yang mudah dibuat.terima kasih kepada DJ yang sudi kongsi resipi..nak tengok versi cantik..boleh ke link dj kat bawah tu..

Eggless Fruit Cake / Kek Buah (Bakar)
Loyang 20-22 cm
Bahan A :
  • 360 g tepung gandum (ayak 3 kali)
  • 2 sudu kecil baking powder (diayak)
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat (diayak)
  • 1/4 sudu kecil serbuk kulit kayu manis - optional
  • 125 ml jus oren
Bahan B :
  • 250 g mentega 
  • 300 g mix fruits (dihiris halus atau dicincang)
  • 250 ml susu cair
  • 170 gula kastor (boleh juga guna brown sugar) 
  • 2 sudu besar susu pekat manis atau golden syrup
Bahan untuk taburan : 30 g badam cincang - optional
Cara-cara :
  1. Bahan B : Satukan semua bahan kecuali mix fruits ke dalam periuk dan masak hingga larut dan sebati. Tutupkan api dan terus masukkan mix fruit. Gaulkan. Selepas itu, sejuk/rendamkan selama 4 jam atau boleh juga disimpan semalaman.
  2. Bahan A : Ayakkan kesemua bahan kecuali jus oren ke dalam mangkuk pengadun. Kemudian dikacau rata. Barulah disatukan dengan Bahan B tadi. Sebatikan dengan senduk kayu atau spatula sahaja.
  3. Akhir sekali barulah dimasukkan jus oren. Kacau lagi hingga sebati.
  4. Tuangkan ke dalam loyang yang sudah disapukan dengan mentega dan ditaburkan dengan sedikit tepung (jika suka, guna loyang yang mempunyai lubang di tengahnya atau loyang chiffon supaya kek masak sempurna dan tidak mendap di bahagian tengahnya). 
  5. Kemudian taburkan badam cincang jika suka. 
  6. Bakarlah selama 50 minit atau 1 jam atau sehingga masak pada suhu 160-170C (kepanasan suhu bergantung pada jenis oven masing-masing).
  7. Setelah masak, keluarkan dari oven. Sejukkan terlebih dahulu sebelum dikeluarkan dari loyang dan dipotong.
-pada sahabat yang nak mencuba bolehlah,,senangkan..

24 comments:

.:nhalilah:. said...

saya kalo bab mem'baking' kek ni mmg fail.. yg ni cantik je.. buah nyer tak jatuh kat bawah..

emarieys said...

akak duk kat langkawi? teringin nak bawa suami dan anak-anak ke sana. sebab mereka tak pernah lagi ke sana.

Kakzakie Purvit said...

Kalau kakak ke Langkawi (entah bila lah tu suri) mesti kakak singgah rumah suri hihi...

Bab membaking kakak rasa anak kakak lagi rajin dari kakak suri...

Unknown said...

yus tak berapa gemar kek buah lah suri....tp cik abang mmg feveret dia ni..:)

Kakcik Seroja said...

Memang macam senang. Tapi bagi kakcik, makan lagi senang... hehehe...

cheqna said...

boleh try ni =)
n sangat2 like komen kakcik nur
hehehe

suri solehah said...

nhalila>>akak pun bukanya pandai sangat,,saje seronok berkongsikan..mana tahu boleh dimanafaatkan


mamaema>>ha ah,,tp bukan org sini cuma bekerja kat sini..datanglah shoping moping hehe


kakzake>>sila2 kakak,kecik tapak tangan stadium kat belakang umah ni suri tadahkan hehe
-seronoknya kalau betul2 dpt jumpa kakak.

suri solehah said...

yus>>ya ka..suri pulak suka kek buah tapi suami suka kek coklat hehe


kakcik>>hehe..senang buat,,lagi senang makan..


cheqna>>boleh bagi kat bakal MIL hehe


kak ham>>sedap kak ham..terliur tengok kek coklat akak

safurara said...

ramai jugak yg ke langkawi kan sis.opis mate rara pon ke lgkawi gak.

~izan~ said...

baru sekali smpai ke langkawi sobs sobs...

kek tu menarik kak.cantik aje terletak buah2 dia. kaler pun brown gitu membayangkan sedap tu.bestnya!~

munna said...

munna baru je plan nak ke langkawi cuti Maulidur Rasul nanti... sedapnya kek buah tu kak

sudipVSsenduk said...

pernah ke HIG tapi belum b'kesempatan ke Idaman Suri, mcm best je...

izahdaut said...

teringin nak rasa. nampak cantik je tu...

EmbunRosaliza said...

Assalam suri, ptt la lama tak n3 blk alor star rupanya. Akk blk kampung hari tu pun jem giloss huhuhu.

Cantik sangat kek buah suri tu, kalo akk buat belum tentu jadi ke tidak lagi heheh, kat umah ni anak2 tak suka kek buah, yg beli pun akk je lah yg mkn

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

ramai dah buat kek tu, kita gak yg ketinggalan.. wah!! bestnya rumah kat bumi mahsuriiii, len kali bolehlah kita dtg yer...

lyzaCR7 said...

saya klau buat kek buah ni..rasa nak hempuk2 je..buahnya sume landing ke bawah..salahkan buah plak kan..diri sendiri yang tak reti buat..hehehe..

Dah banyak kali plan nak ke langkawi, tapi tak pernah tercapai..slalu tukar plan last minit..insyallah klau ke sana, bleh la jumpa laga2 pp jap kan.. ^_^

Unknown said...

Wow, macam kedai punya la.. Agak-agaknya rasa camane ye?..Bestnyer!!

Zalieda Zaliedana said...

Akak,sy last g langkawi 3taun lepas kak,nama jer org kedah,duk blk a/setar pon xpernah singgah langkawi,suka tgk pinggan mangkuk n coklat kat sana,semua nak beli adeiii..Pstt kak,cantik kek akak,teringin nak wat juga,mmg dah amik resepi kak dj nih..

Hanis Azla said...

rajinnya.. nampak sedap sangat.. selalu buat kek coklat aje.. kek2 lain tak pernah cuba buat..

Maya Mayana said...

umah akak kat langkawi ke? bolehla yana singgah nanti dan serang umah akak

Kak Rose said...

Suri, duk kat perumahan guru tu ya... mmg dekat ngan idaman suri... boleh cuci mata tiap2 hari!

sal ya said...

nampak senang. tp kalau dlm gram mmg mls nak timbang2. hehehe...

mama aini said...

ehem sedapnya kek tu..terliur mama tgk..thanks juga share resepi ni..

Faiz said...

Kak suri..saya tak bape suka kek buah.tapi raya lepas saya ada mkn kek buah yg bg saya sangattt sedap..tgok gambar kak suri mcm kek buah yg sy mkn tu,resepi pun mudah..emm berminat sungguh saya nak cuba