Assalamualaikum..dan selamat datang

Thursday, January 19, 2012

cara menjawab soalan anak-anak

assalamualaikum..
terlebih dahulu nak ucapkan terima kasih banyak-banyak
pada sahabat yang memberi cadangan nak hadapi
anak yang berkahak tu...saya hargai sangat2
...................
''''''''''''''''''''''
hari ni sebenarnya  ada rasa M nak bercerita..
tapi,,kunjungan ke tempat ainnoraini
buat saya terfikir.....
ain bercerita pasal soalan anaknya...
yang juga soalan yang sama anak saya kemukakan...


Anak-anak,kalau tak faham sesuatu mesti bertanya kita terus
kalau yang biasa-biasa..boleh lagi kita nak jawab...
misalnya kalau diaorang tanya macamana diaorang keluar dari perut mama
boleh saya tunjukkan parut cesarean..
tapi kalau dah perkataan yang ... skit,
pening jugak nak beri jawapannya..
misalnya hari tu kat drama ada sebut rogol
terus dia tanya saya...terpikir nak bagi jawapan tu
susah jugakkan
....''''

haruskah kita berterus terang dengan memberi jawapan sebenar atau boleh kita tipu-tipu sket sebab diaorang ni masih kecil lagi???apa natijahnya kalau kita tipu skit-skit ni....

26 comments:

Kakcik Seroja said...

Mungkin elok juga kita berterus terang dengan anak2 dan beritahu dia tentang keburukan perbuatan itu. Tak mahu mereka asyik terfikir2 sehingga mengetahui dari sumber yang tak sepatutnya atau ada yang ingin 'menunjukkan contoh' pula. Persekitaran sekarang bukanlah begitu selamat untuk kita meletakan kepercayaan....

Wallahuaklam.

miloaiskurangmanis said...

nak bagi jawapan terus-terang ni - kena jugak tengok umur anak2... bukannya apa... risau akan buat depa lagi konfius... dan jugak - anak2 ni suka 'meniru' dan mencuba....

maksud meniru - apa yg dia tengok orang buat - dia pun nak buat

jadi memang kena hati2 jugak lah nak explain pada anak2 ni....
pemilihan ayat dan perkataan kena bersesuaian dengan umur jugaklah....

Munn Jaafar said...

berterus terang, dan menjawab setiap soalan yg anak tanya...sebab lain kali dia akan cari kita dulu bila ada kemusykilan.jadi kita tahu input yg masuk kat otak anak tu bnda yg positif je.

tp terus terang kena bg cth yg sesuai dgn umur dan pemikiran dia lah

safurara said...

maybe perlu kot berterus terang sbb budak2 skarg ni fikiran dorg lain mcm =)

Kamalia said...

saya rasa kena tengok umur diorang.Kalau macam dah bersesuian,memang kita boleh terus terang tapi kalau kecik lagi kena tunggu dulu. contoh:macam rogol,kalau yang bertanya adalah bawah dari 10-12 tahun*tak tahu umur berapa yang sepatutnya boleh diberi jwpn*,amat tak sesuai nak bagi jawapan apa itu rogol..
itu pendapat saya;p

Masya said...

saya lebih suka berterus terang dengan anak, memang tak moo ajar menipu² ni.. nanti takut dia tipu sy pulak... ;p

imie shukor said...

pernah terdengar ceramah ustaz,katanya,kalau kita tipu2 anak kita,nanti besar tak mustahil anak2 tipu kita pulak..hihi takut nih..terus terang je baik tapi versi kanak2 paham kot hehe

Kakzakie Purvit said...

Anak kakak dari kecik kakak biasa beritahu je. Walau kadang benda tu buat kita macam nak tersengih. Sebab itu anak kakak dah tahu bab haid walau mereka belum lagi kena. Mereka juga tahu bab rogol, bersetubuh, halal-haram, yg membatalkan puasa, sunat2 solat dsb....

Kakak mudah sikit suri sebab anak kakak semua perempuan...

sekadar satu coretan said...

hahaha suri pun sama jugak yee..ada solan macam tu..

berterus terang adalah lagi baik dan cerita la dengan dia benda yg sebenar dan bagi contoh..tapi tengok dengan umor dia dan cara nk terangkan kene betul2 sebab kalau dia tak faham selagi tu dia akan tanya...jangan tipu sebab diarang ni nnpk jer mcm tak matang tapi ingatnya mengalah kite yg dewasa nii...

munna said...

mmg susah juga kadang nak jawan persoalan anak2 ni... ada masa munna terus terang klu benda tu madah diaorg nak paham

~izan~ said...

mesti mcm serba salah kan kak.. kalau izan pun ada masa kena pk n susun ayat betul2 bila ada soklan yg mencabar sikit huhu

.:nhalilah:. said...

elok jgk berterus terang.. tambah pulak budak2 cepat matang sbb environment sekeliling.. dgn internet bagai sume.. dr diorg taw dr sumber yg tak tepat baik kite yg explain..

sal said...

tengok keadaan..ada benda yang kena terus terang..ada benda yang kena cakap berlapik sesuai dgn peringkat umur mereka....budak2 mindanya terlalu muda..klu open minded sgt bimbang disalah ertikan..

suri solehah said...

terima kasih buat semua kakak2 dan adik2 yg berkongsi pendapat..ada proo n con nya kan...selama ni byknya suri tipulah..mcm kata rogol tu..suri jawab kena pukul huhu..pengaruh media mmg kuat pd anak2 ni

Acik Erna said...

asalam suri..selama ni..kalau ada soalan2 yang begitu..disebabkan anak acik semua lelaki..acik serahkan pada ayahnya untuk menjawab..he he

IntaNBerliaN said...

macam nak jawab soalan exam pulak gayanya.. nak kene susun ayat baik2 utk anak2 ni.. bg dorg paham..hihii

sudipVSsenduk said...

salam,
saya selalu berterus terang pd budak2 dan disertakan dgn contoh yg boleh diterima akal mengikut peringkat umur anak.. kekadang tu soalan anak2 ni buat ibubapa garu kepala memikir camana nak jawab dgn 'beretika' kan kan...

Unknown said...

assalam kak, baru sempat singgah sini..bz sokmo. susah juga yer nk jawab soalan gitu..tapi kalau kena cara penerangannya harap diorang boleh faham la kan.

Daddylicious said...

selalu gak kena soal sekarang ni selalunya beritahu mereka sebaik mungkin dan benar...:)

kurus said...

hurmm kalau saya kak .. saya cakap betul tapi adalah hias2 sbb adakalanya budak2 nie dia tak paham dengan apa yg kita terangkan ...

kalau perlu berkias2 tuu saya cakap , kalau tidak saya cakap betul2 .. tgk situasi lah .. selalunya anak saya nie x tanya dah bila dah cakap ape benda tuu ekekke , adakalanya mereka buat2 paham ekke ;)

cheqna said...

anak2 biasanya akan ingat apa yang mak or ayah dia bagitahu masa kecik..itulah dia pegang sampai bila2..seeloknya jangan tipu la...bagi penerangan sesuai berdasarkan penerimaan dia...ikut tahap umur dia la =)

emarieys said...

seeloknya cakap benda yang betul..selalunya apa yg diajaar dari kecil akan mereka ingat sehingga dia meningkat dewasa

Nur said...

Elok terus-terang, supaya budak-budak tahu benda tu tak baik. tapi takde la explain detail sangat, sebab tengok umur dia orang juga. :)

mama aini said...

ehem..zmn skrg ni ank2 semakin bijak bertanya..susah juga nak menerangkan !!..hu2x..

Unknown said...

kalau yus terus terang suri. Pernah gak anak tanya soalan macam ni, tp terus terang pun jangat direct terus, kena kias2 sikit.

Macam soalan rogol tu apa? Yus pun pernah Aqil tanya soalan ni.

Yus jawab, rogol tu bila seorang lelaki yang tidak di kenali, memaksa seorang perempuan tidur dengannya. Dia tahu bila seorang lelaki tidur dengan perempuan, nanti boleh mengandung, dan dapat anak, dan yus cakap dengan dia, sebagai seorang muslim, kita perlu kahwin dulu sebelum boleh seorang perempuan dan lelaki bukan muhrim tidur bersama. Tapi bila dah kena cara paksaan tu, kira orang lelaki tu menceroboh perempuan tu, dosa besar.

Itu tak boleh,lebih kurang gitulah yus terang kat dia, dan dia macam faham, walau mungkin kurang faham..hehe

susah juga nak terangkan kan, tapi kalau kita tipu lagi tak boleh, sbb budak sekarang ni bijak. Takut bila dia tahu jawapan sebenar nanti, dia kata kita ajar dia menipu pula , lagi naya..huhu

MulutPayau said...

memang susah nak bagi jwpn pada anak2...tapi sebaiknya bagi jawapan yg betul.....