Assalamualaikum..dan selamat datang

Tuesday, March 1, 2011

Sedapnyaaa.....

Assalamualaikum..

Sedaaap sangat...pada sayalah..kek ni..
sayakan biasalah..org tua baru belajar masak..
orang lain dah lama buat dah,,
kita baru cuba,,,tapi tak rugi sebab sedap..
hehe,,agak2 tak dak yang macam saya ni..
muda-muda tak pk nak masuk dapur
sekarang baru terkial2 tgk resipi


Sebenarnya dah lama jugak teringin mencuba..
sejak tengok kat dapur DJ..hari tu lg
tapi hawflake tu susah nak jumpa
kebetulan hari sabtu tu ke pasar malam
baru nampak ada kat pasar malam tu
terus beli n petang semalam berkesempatan buat,,huhu




Ni lah kek yang dimaksudkan tu..kek lapis asam manis kukus..walaupun tak berapa cantik..tp sedap..tak manis sangat..sukaaa.


 macam biasalah..untuk resipinya saya pastekan kt sini.
.istimewa dr dapur DJ
 dengan ucapan terima kasih dj,, atas perkonsian resipi yg sedap ni..:-)

Kek Lapis Asam Manis Kukus 

bahan-bahan : (DJ menggunakan loyang 8 x 4.5 x 4.5)


  • 2 cawan biskut marie yang sudah dikisar dan diayak sebanyak 1 kali
  • 4 biji telur A (sejuk)
  • 180 g gula kastor (boleh juga tambah jika suka manis)
  • 4 sb susu pekat manis
  • 1 sb ovalette
  • 2 sb horlicks - optional
  • 125 ml susu segar (sejuk)
  • 1 sk esen vanilla
  • 80 ml minyak jagung
  • kepingan asam manis/hawflake secukupnya (DJ guna sebesar duit 50 sen)
  • sedikit pewarna hijau/pes pandan dan kuning (warna lain pun ok)
Cara-cara :
  1. Sediakan pengukus. Jerangkan airnya. Sediakan loyang kek. Sapukan dgn mentega dan taburkan sedikit tepung. Seelok-eloknya loyang dialas dengan kertas serap minyak.
  2. Satukan kesemua bahan (kecuali minyak jagung, hawflake dan pewarna) di dalam mangkuk adunan. Putar hingga kembang dan gebu.
  3. Kemudian masukkan minyak jagung dan kacau sebati dgn menggunakan spatula/senduk kayu. 
  4. Bahagikan kepada dua bahagian (lebihkan sedikit adunan untuk lapisan hijau). Bubuhkan pewarna hijau/pes pandan dan satu bahagian lagi diwarnakan kuning. Untuk lapisan hijau dan kuning, bahagikan lagi adunannya kpd beberapa bahagian mengikut saiz loyang agar lapisan menjadi sama rata.
  5. Tuangkan lapisan pertama (hijau) ke dalam loyang dan susunkan hawflake di atasnya (JANGAN DITEKAN). Kemudian, kukuslah hingga adunan dah tak cair (lebih kurang 5-7 minit). Tuangkan lapisan kuning dan susunkan hawflake diatasnya dan kukus. Ulangi proses hingga habis. Untuk lapisan terakhir, kukuslah selama lebih kurang 20-25 minit lagi atau sehingga kek masak sempurna. (untuk mengelakkan air menitik ke dalam adunan, tutuplah loyang dgn kertas foil, atau balutkan penutup kukus dgn menggunakan tuala). 
  6. Setelah masak, tutupkan api. Keluarkan loyang dan sejukkan kek sebelum dipotong.
 Jadinya nak cadangkan pada kawan2 yang berkelapangan n belum cuba lagi..bolehlah kalau nak cuba..sedap rasanya...

31 comments:

cemomoi said...

lapo dibuatnya petang-petang gini

sarah-najwan said...

suri..pos sekilo..saya bg address via fb..hehehe..

my name is Yana said...

baguslah dh pandai buat kuih mcm2 ni..tp kan kak if letak asam manis tu rapat2 lg cantik jadinya...ke memang versi cam tu yer?

Cik Pah said...

cantik kak..combination warna pun ngam.. tapi saya tak berapa gemar yg asam tuh..sebab macam pelik..bagi saya kek mesti rase manis..tak suker rase yg lain lain..

ainnoraini said...

tengok pun dah sedap...
pekene dgn teh o sedap minum ptg mcm ni...

~ yus ~ said...

suri, yus pun ada hati nak cuba yang ni. Hari tu, masa birthday Aqil dia minta dua kek, satu kek oreo kukus tu, satu kek yg ni. Tp yus suruh dia pilih satu je, sbb malas nak baut dua serentak...

Nnnti nak buat juga kek ni. Entah bilalah tu...huhu

Norhafiza said...

ya! mmg sedap kak..No dah penah buat dlu cubab tang melapis tu yg jadi wal-malas tu hehehe..bagus kakSuri..lepas ni leh cuba lagi kek2 dr sarawak..sedap kak..tp mmg lapis2 la..tak rugi cuba..

izahdaut said...

wahhh..cantiknya kak keknya..
saya pun tak buat2 lagi kek ni..nak try jugak la satu hari

iwan_dextrous said...

mcm leceh je...^_^

tun_telani said...

akak tipuuuuu~~~~~ (eh eh.. ter-over lak).. kate x pandai.. tu jd cun melecun je tuh..

suri solehah said...

cemomoi>>ada lagi ni..mai minum ngan akak hehe..


sarah>>hehehe..tuk mek sarah yg cute tu 2 kilo pun boleh..


yana>>hehe..versi asal mmg rapat..versi akak yg pro gitu hehe..


cik pah>>hehe..tp asam tu aceli manis2 gak gitu..

suri solehah said...

ain>>jomlah ain..join kita..tengah makan teh ni..


yus>>insya allah..ada masa yus buat..suripun tak penah cuba oreo lagi..rasa tgk dah dapur kak aidah ritu..tp tak dan lagi nk cuba..


no>>wah no duk belah sanakan..mesti best makan kek lapis srawak tu..


izah>>akak kalau dgr izah ckp..kembang semangkuk terus hehe..pandai amik ati kakak yg tak pro ni..


iwan>>senang je..bunyi je cam leceh..hehe


tun>>haha..akak asalnya sebab teruja tengok org tu buat versi bakar..semalam hehe..

ummiross said...

waa dah pandai buat kek lapis,alhamdulillah.

Sedap nampak kek tuu

nur easy said...

alala bila la nak pandai wat kek ni..;)

Arizakiah said...

Dah biasa buat kek ni tapi lain resepinya...
Rasa nak cuba yang ni pulaklah....

cek chun said...

da, adakah mu happy kat fb sebab kek ini menjadi cantik molek gebu dan mampan?

Cikgu Nurin said...

perghhh..bau sampai sini...ada orang sambut besday....boleh buat kek besday nihhh...

Sunah Mohammad said...

wah~ sedapnye akak~ huhuhu...da lama tak wat kek...:(

SHAFIDA said...

wah...nampak sedapkan.....nak buat jugalah...tapi xder pengukus....huhuuhuhhuhuh.....

Umie said...

terliur saya tgk kek akak nie...baru je janji dlm hati nak rehat dari buat kek kejap...hihi

Ummi Salsabila said...

sedapnya kak! rajin nya..:)

Nieza said...

kak, kek ni memang sedap sgt nieza buat hari tu stgh loyang jer nieza sorang yg mkn...haha mana tak gemuk...hehehe

Cik Ina minat Do do Cheng said...

sedapnya suri.akak memang suka sangat makan hawflake tu buat kudapan. cantik kek tu suri.

Ati Masrif said...

nmpk pun tau sedap na..

kita sejak mixer rosak ni
mmg potong habis semangat nk buat kek

misza said...

saya tak berapa suka makan makanan manis. tapi nampak kek ni macam sedap. kukus lak tu. rasa macam nak cuba buat. bagi anak² makan.

qemaishak said...

nampak sedap la kak..
sya ni bab2 bt kek ni kurang rajin sikit makan suka la hehe

miloais said...

kek ni memang sedap
bagi iols yg memang tak reti langsung bab2 buat kek - cookies segala nya...
iols selalu tempah jer kek ni

Rinna said...

Kek yang nampak sedap..dan menarik.. :)

Profesor Adab said...

Analisis Surah Al-Fatihah mengikut konteks bahasa arab dgn Al-Quran
http://rosemujahid.blogspot.com/2011/01/analisis-surah-al-fatihah-mengikut.html

MamaChia said...

kek lapis sedap..perna buat tapi lembab pla..

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Rajin betul awak ni..
Jenis ni kita tak pernah buat lagi.



Senang2 sok boleh cuba.(^_^)