Assalamualaikum..dan selamat datang

Tuesday, January 1, 2013

Blackpepper Lamb Chop....larut malam

Hari pertama persekolahan,,rumah menjadi sunyi sangat...
aisyah dan adib fawwaz masih lena diulit mimpi
Selalunya along,adam dan solehah sudah cukup untuk meng'havoc'rumah
Kesempatan yang ada kugunakan untuk 'menyapu sawang'rumah
Sesekali melihat lappy...memikirkan apa yang boleh ku coretkan disini....


teringat menu malam tadi...lamb chop yang dibuat lewat malam
Bukan apa,sebelum tu sudah ku masak mee hailam untuk rakyat jelata...
tiba-tiba jam 10 lebih,,,
along yang sememangnya kuat makan merungut masih lapar....

memandangkan sudah dua hari bahan2 untuk membuat lambchop kubeli
Berdasarkan resipi yang di ambil kat dapur k.nor
Maka terhasillah lamb chop larut malam



tara.....
lamb chop larut malam..

sebagai rujukan akan datang,kat sini nak pastekan
resipi yang saya amik kat dapur k.nor secubit garam...tqvm kak nor...

BLACKPEPPER LAMB CHOP
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan :
5 kpg daging kambing
5 ulas bawang putih ~ ditumbuk halus
1 sudu besar serbuk lada hitam ~ yg baru ditumbuk
3 sudu besar sos tiram
1/2 sudu kecil garam
1 sudu besar gula perang/madu
2 sudu besar minyak zaitun

Cara:
Gaul kesemua bahan kecuali daging kambing.
Lumurkan bahan perapan pada daging dgn rata.
Perap dlm peti ais lebih kurang 1 - 2 jam. (lama lama lagi baik)
Panaskan grill pan dgn api sederhana atau boleh juga guna non stick pan. (k.nor guna pemanggang ajaib)
Letakkan daging kambing dan panggang lebih kurang 8 - 10 min.
Kemudian balikkan dan panggang lagi sehingga masak. (jangan balik2kan banyak kali, cukup hanya sekali utk menghasilkan daging panggang yg lebih enak).
Angkat dan hidangkan dgn Sos Lada Hitam, Garlic Mashed Potato & Creamy Coleslaw.


SOS LADA HITAM
sumber : KasihSalina
sumber : K.Nor@SecubitGaram


Bahan2:
1 bawang besar [didadu]
2 bawang putih [dicincang]
4-5 sudu besar lada hitam [kisar]
2 sudu besar tomato sos
1 sudu besa sos cili
2 sudu sos tiram
1 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar susu fresh
2 setengah cawan air rebusan tulang ayam/daging @ kiub ayam Knor
1 sudu kecil tepung jagung bancuh ngan air sikit
garam dan sedikit gula
minyak untuk tumis (guna mentega pun boleh)

Cara:
1. Tumis bawang besar & bawang putih sampai layu.
2. Masukkan air rebusan ayam.
3. Masukkan tomato sos, cili sos, lada hitam, sos tiram @ kicap dan tepung jagung.
4. Kacau sebati dan masak mengikut kepekatan sos yg dikehendaki
5. Lastly, masukkan garam n gula secukup rasa.


kak nor buat mashed potato..segala tp dah larut malam 
cukuplah ngan lamb chop tu n sedikit kentang goreng

along yang kuat makan...

6 comments:

NzA said...

Selamat thn baru SS...wah xmenahan tgk lamb chop..feveret akak tu......nyum..nyum..nyum...

Puan Kutu said...

yummy! sedapnya..en suami mmg peminat lamb..klu beliau tgok nie msti terliur

Kakzakie said...

Aduhai suri pembuka selera di tahun baru ye. Kak Long makan auntie ye suka makan lamb-chop. Memang sedaplah apa lagi ummi yg buat kan.

Selamat menyambut tahun 2013 Suri..

Izzah said...

Sedapnyerrrr !

Myra Jay said...

Wowww!! Kalau mood rajin mai nak cuba buat lah :D

sal ya said...

boleh try ni nnt.