Assalamualaikum..dan selamat datang

Sunday, February 5, 2012

bingka kacang merah.

Assalamualaikum....mesti masing2 tengah kalut kat dapur,,,,
masak untuk lunchkan.....
saya seperti biasalah..malasssss sangat
nak masuk dapur awal-awal untuk masak tengah hari...
lagi pun pagi tadi dah makan meehun dan kuih
jadinya ada alasan untuk lewat sikit masak  hehe
...................
sebenarnya nak kongsi rasa,,,
malam tadi,buat kuih ni...
walaupun warnanya agak gelap,
berbanding yang tun buat,
tapi  rasanta tetap sedap ..lemak manis...
sesuai untuk minum petang...

bingka kacanng merah..sedap...cadang nak buat minum petang ni...tapi pagi dah selamat difidyahkan ..makan n bagi jiran2 skit
resipi ni saya dapat dari blog tun telani
tqvm tun..akak mintak izin paste kat sini
seperti biasa nak tengok yang cantik boleh tengok yang tun
dilink kat atas tu

 Bingka Kacang Merah
resepi: kak yatie

Bahan-bahan.

  • 11/2 cwn kacang merah* (yg telah di rebus)
  • 1 cawan air*(* di kisar bersama)
  • 1 1/2 cwn tepung gandum
  • 1/2 cwn tepung beras
  • 2 cwn santan
  • 1 cwn gula
  • 3 sudu besar butter
  • 2 biji telur
  • sedikit garam
  • pewarna merah
  • sedikit bijan
  • 2 sudu besar minyak utk sapu pd loyang- boleh juga sapu butter
Cara-Cara.
  1. Kisar kacang merah bersama 1 cawan air. Ketepikan dulu.
  2. Masukkan kesemua bahan ke dalam blender kecuali bijan dan minyak.Kisar sebati.
  3. Sementara itu panaskan oven 175c.Sapukan minyak di sekeliling loyang dan masukkan dlm oven sebentar.
  4. Keluarkan loyang dan tuang adunan tepung tadi dan taburkan bijan di atasnya.
  5. Bakar selama 50 minit api atas bawah dan tambah 5 minit lagi utk garingkan bahagian atas.
  6. Biarkan betul2 sejuk barulah di potong.Selamat Mencuba.
-tiba-tiba terfikir...masih tak ada cadangan nak masak apa tengah hari ni??????resipi apa ye, yang sedap dan mudah,huhu

15 comments:

cheqna said...

boleh try ni tapi tak tahu la bila
ekekekeke =)

atuk said...

Assalamualaikum Suri

tumpang singgah
makan bingka kacang merah

Salam Maulidur Rasul

Anonymous said...

js suka bingka kacang ni tp kalau nk buat tak berbaloi plak..huhu..

tp tengok gambar kuih ni terliur plak..hehe..camne ni....kihkih

NzA said...

boleh cuba nie...nmpk sedap.....

mama aini said...

salam suri..ehem rajinnya suri buat bingka kacang merah ni..mama selalu beli je..hu2x..

Unknown said...

Salam Maulidur Rasul buat akak sekeluarga. sedapnya tgk kuih bingka ni kak..rajinnya akak buat kuih..saya lately ni bz ngan aktiviti luar jer..lama tak update n3 mskx2:)

Acik Erna said...

assalam suri semua yang berkaitan dengan kacang merah acik suka..bubur ke talam ke bingka ke semua suka..

ida =) said...

Sedapnya..... Malas nk ke dapur. Order boleh? Hahaha

fatema said...

sedapnya..teringin nak masakkan suami..tapi saya pemalas..tehehe.. takpe2.. sedang berjuang untuk jadi isteri rajin ni..

Zaitun said...

Tentu rasanya sedap sebab itu sekejap aje dah habis.Kak Zai baru nak cium bau hehehe...

MulutPayau said...

suri...salam maulidur rasul...
Nak cuba buat jugaklah....tapi tnggu aura 'R' menjelma...hehhehe

Unknown said...

Salam suri,

Rajinnya buat bingka... sy bab buat kuih ni mmg xreti... jeles tgk org yg pandai buat kuih & kek:)

EmbunRosaliza said...

assalam suri, nampak sedap bingka tu, tak pernah mkn n buat lagi hehhe

Masya said...

mak selalu buat bingka ubi jer.. x pernah buat bingka kacang merah.. klu sedap.. blh soh mak cuba...

Unknown said...

rajin yer buat kuih...:)