Assalamualaikum..dan selamat datang

Friday, February 3, 2012

piza gebu

Hari Rabu lepas,saya dah mula masuk kerja......huhuhu
Alhamdulillah,keadaan secara amnya tidaklah terlalu menekan sangat.....
along n adam pun dah tak bermasalah untuk bangun pagi dan baby Adib Fawwaz,mengikut pengasuh anak,,belah pagi dia banyak tidur. jadi tak delah saya risau kut-kut dia menangis yang tak terkawal masa saya tak de kan? Cumanya Amirah solehah je yang awal sgt bangun..asyik nak mengikut abang-abangnya ke sekolah ....hehehe ...Alhamdulillah..kecik-kecik dah rajin....tataulah besar nanti mcm mana pulak...

Oklah.. sempena cuti ni 3 hari ni(salam maulidurrasul ye)...sempatlah saya kedapur
melayan permintaan anak yang nak makan pizza,,,
.

sempat ambil gambar sebelum di bakar..dah masak..lupa nk amik sbb anak2terus makan..terima kasih pada CMG yang kongsi resipi ni..

..kat bawah ni saya kongsi resipi yang saya amil dari DST...

BAHAN-BAHAN DOH PIZZA :-)
300 g tepung gandum
6 g instat yeast
20 g mentega
10 g gula halus
1 camca teh bread improver (optional)
1/4 camca teh garam
1 1/2 camca besar madu
170 ml air
Sedikit tepung untuk ditabur

BAHAN-BAHAN PIZZA GEBU :-)
4 batang sosej ayam "ayamas", hiris serong
4 hirisan gegelang red capsicum
4 hirisn gegelang yellow capsicum
4 hirisan gegelang green capsicum
1 biji bawang besar, hiris bulat (optional)
175 g keju mozzarella, hiris nipis2
Sos tomato dalam botol secukupnya
4 camca besar mayonnaise

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK DOH PIZZA :- Satukan semua bahan untuk doh dalam satu bekas, kecuali mentega dan tepung untuk ditabur, gaul rata hingga bersatu. Tambah mentega dan terus meggaul hingga menjadi doh yang kenyal, jika melekit, tambah sedikit tepung. Kemudian bulat2kan dan biar 45 minit hingga naik sekali ganda. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan untuk dok kecuali tepung untuk ditabur, ke dalam bread maker, pilih setting untuk doh dan tekan "ON", buat hingga siap.
  2. UNTUK PIZZA GEBU :- Panaskan oven pada suhu 190C, sediakan 2 dulang pizza berukuran 9 inci, sapu dengan sedikit mentega. Ketepikan. Keluarkan doh, bahagikan doh tadi kepada 2 bahagian sama besar. Ambil satu, tabur sedikit tepung dan canai bulat. Alihkan ke dalam dulang pizza, tekan2 dengan hujung jari hingga memenuhi dulang tadi dan biarkan kelilingnya sedikit tebal. Letak 2 camca besar mayonnaise, ratakan dan letak pula sos tomato, ratakan. Susun bahan untuk pizza atasnya (buat 2 bahagian) dan diakhiri dengan keju mozzarella. Bakar 20 - 25 minit hingga keju mencair dan roti kelihatan kuning keemasan. Keluarkan dari oven dan hidangkan segera bersama sos kegemaran. Buat kaedah sama juga untuk satu bahagian lagi
-malam ni baru sempat nak mengadap lappy..kalau tak,malam je,pukul 9..dah tak boleh nak buka mata huhu

11 comments:

Papa-NtiQ said...

hi suri solehah..tengah blog walk nih kat sini. menarik post2 lepas nnt singgah lagi...jumpa lagi

Acik Erna said...

suri alhamdulillah baby tak meragam itinggalkan..
rajin suri..sempat buatkan pizza untuk anak2..

ainnoraini said...

Wahhh...sedapnya...
Nak rasa jugak...nak jugak...mesti sedap suri masak ni kan...teringin ni..

kakcik said...

Puas hati dapat makan hasil air tangan sendiri. Tapi kakcik belum pernah cuba buat pizza lagi. :(

Kakzakie said...

Pizza gebu sebab CMG yg bagi resepi ye suri hihi...

Amirah nak ikut sekolah dia ingat boleh duduk dengan abang itu yg dia nak sangat ke sekolah:)

Zaitun said...

Sedapnya pizza buat sendiri nasib baik kak Zai jauh kalau tidak nak tumpang sekaki hehehe....

mama aini said...

ehem rajinnya suri !!..thanks kongsi resepi ni..lamanya dapur mama tak berasap..hu2x..

insan biasa...yang sering lebih masa said...

papantiq>>tq,tq,,jumpa lagi,,insya allah..



kak erna>>tu lah kak,,sehari sebelum suri kerja,,baby demam selsema,,risau gak,,mcm tahu2 je mak dia dah nak kerja hehe


ain>>hehe,,datang sini dulu ye,,jgn tak jadi pulak hehe

insan biasa...yang sering lebih masa said...

kak cik>>betul tu kak cik..kadang kat langkawi ni takut gak,,kedai pizza semacam je..bukan apa takut diaorg serve arak sekali...


kakzakie>>hehe,,betul tu,,sesuai dgn empunya resipi..amirah solehah tu ukan apa kakak,,dia dah selalu suri bawak masa ngantar suri tak kerja ari tu,,kita dah kerjapun menangis2 nak ikut hehe


k.zai>>k.zai datang lah cuti2 msia kat langkawi...mesti dekat ngan suri hehe..seronokkan kalau dpt jumpa

suri solehah said...

mama aini>>hehe..kebetulan bahan2 dah ada,,takdak apa nak buat berasaplah,,,kalau tak samalah kita



ishk napelah akhir akhir ni selalu tak perasan,,buka akaun lain huhu

sal said...

anak2 sangat gemarkan pizza yee..memang berbaloi pandai buat pizza..