Assalamualaikum..dan selamat datang

Friday, February 17, 2012

kek carot

Assalamualaiku...
masuk sini ada terbau apa-apa tak...
hehe,baru lepas bakar kek carot ni,

sebenarnya malam ni ada pengajian bulanan
dato muftti kedah kat masjid di pekan kuah ni
tapi stok susu dah habis,saya bimbang nak tinggalkan si kecil Adib
makanya duduk rumah,,,mulalah kerja godek resipi

tak nampak sangat kemeriahan carot tu sbb tak cukup sukatan..habis stok..tp gagah nak buat jugak huhu
saya jumpa kat myR... kek karot...
 teruja nak buat sebab baca tuan resipi(terima kasih) tulis dah banyak kali cuba
dan sangat best.........

memang sedap...tambahan
panas2 lagi ni baru keluar oven hehe..
terasa kacang krup krap,saya guna kacang santung 
jomlah makan dengan saya....

jadi saya kongsi resipi dari myR ni kat sini
mana tahukan nak buat lagi lepas ni..
sebab rasanya yang sedap itu...

 Kek Carrot

Bahan-bahan ( 1 biji kek )

  • 2 1/2 cawan parutan carrot (lebih kurang 3 batang carrot)
  • 4 biji telur
  • 1 cawan minyak sayuran
  • 1 1/2 cawan gula putih
  • 2 cawan tepung
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 1/2 sudu teh baking powder
  • 1 1/2 sudu teh serbuk kayu manis*tak letak tak dak
  • 1 sudu teh serbuk buah pala (nutmeg)*pun tak dek
  • 1 sudu teh vanilla
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 cawan kacang pecan atau walnut yang dicincang*saya guna kacang satung je..tumbuk bg pecah2

Cara-cara

  1. Panaskan oven 185 C. Sapukan sedikit minyak pada tin kek.
  2. Campurkan tepung,baking soda, baking powder, serbuk kayu manis, serbuk nutmeg, garam dan ayak.
  3. Pukul telur dan gula sehingga sebati (tak payah pakai mesinl, pakai senduk kayu jer sebab tak payah nak pukul lama lama). Setelah sebati, masukkan minyak dan pukul lagi hingga sebati.
  4. Masukkan campuran tepung tadi sedikit demi sedikit kedalam adunan telur dan kacau sebati
  5. Masukkan vanilla, parutan carrot, dan kacang cincang. Kacau sebati, lepas tu tuang dalam tin kek, bakar lebih kurang 40 minit ke satu jam...ikut saiz tin kek jugak...tebal atau nipis kek ni. Lepas 40 minit tu test la sekali sekala, cucuk ngan lidi.
-niat hati lepas bersalin nak bagi turun skit berat badan,bukan apa..tak larat nak duduk bangun.....tapi tiada upaya selera makan sentiasa mengebu-gebu huhu...
alhamdulillah sbb masih boleh makan lagi kan.

30 comments:

Acik Erna said...

assalam suri acik jadi teruja pulak bila suri kata sedap..

Faiz said...

Kak suri..mcm nk cuba la resepi ni..kacang satung tu kacang apa yer kak suri?..:">

suri solehah said...

k.erna>>ha ah,sedap kak,,dah nk habis ni..hehe

faiz>>cubalah faiz..kacang yg rangup tu..mcm kgg tanah tp besar2 tu..hehe..

NzA said...

nmpk mcm sedap n bila tuan rumah kata sedap tiba2 teruja nk cuba..stok karot pn byk dlm petiais.....TQSM 4 sharing....

Nuridah said...

Assalamualaikum Suri,

so far kak Nur tk pernah rasa dn buat kek carrot...hehehe...tumpang rasa sikit kat sini aja la.

Kak Rose said...

Salam suri.... mmg sah terbau kek karot tu sampai Shah Alam ni... bak la sepotong nak rasa...

imie fatiema © said...

ishk ni cam simple sket kan nak buat boleh try esok..insyallah

jemarisuri said...

msh ada selera bermakna kita sihat...hehe..


suri kek ni peberet js tau...hehe..
wat mai la kat sini sekeping...hihi

Ati Masrif said...

amboi suri...kita dah lama teringin
nak buat..dia dah buat dulu ..hihi

nak buat camnekan..anak susu badan kan :)

Ros said...

Salam Suri Solehah,

Kalau Suri tak gitau sedap pun memang kak Ros dah tau...Kek ni memang sedap...he.he.he...nak sikit....

MulutPayau said...

Ada kek rupanya......baunya sampai umah akak...hehehe...tentu sedap kek tu kan...

qemaishak said...

aloh sedapnya kek kak daa..bab makan tu sama la selera makin menjadi2 sekarang ni, risau kot berat terlebih.

sal said...

sedapnya ...
akak dah lama tak buat kek..

atuk said...

Assalamualaikum Suri

malam ni nak pergi ke masjid pekan kuah le...kerana nak makan kek carot...he he

Dari Saya "Zurina" said...

ermmmm...yummmy...nak kena g tunjuk ni..;)

Munnafendy said...

tengah berpantang ke ni? gigihnya sempat lagi buat kek!

LYAfrina said...

sedapnyer..blh try nnti

ummiaisyah said...

dh lamanya x mkan karot kek...sedapnya...kalo dh depan mata..mmg lupa psal badn dh mcm tong dram..balun jugak!

AZLINA said...

Assalamualaikum Suri, tu dia kek karot...lama tak merasa kek ni. kalau kat rumah akak, mmg sekali hadap je tu.. :))

EmbunRosaliza said...

Assalam, akk tak pernah cuba buat sendiri lagi kek carrot, bila suri kata sedap tersa nk buat pulak tapi carrot la xdak ni, pas ni nak kena buat juga ni, oh kacang satung kacang tanah yg besar2 tu ke, hari nak buat juga bila anak2 kata xnak la ada sayur, terbantut la pulak

Papa-NtiQ said...

nampak menyelerakan...thumbs up!

Kamalia said...

sedapnya kek carrot tu..

Deru Ombak said...

Assalamualaikum Suri..
Rajin sungguh.. Saya suka mkn kek tapi mls nak buat.
Cemane tuh.. ? :)

miloais milo said...

nampak sedap tu...

.:nhalilah:. said...

rajinnyer kak.. teringat pulak carrot cake SR.. yum..yum..

Mariambebakar said...

MasyaAllah, bestnyer nampak.. Bilalah agaknya saya nak cuba semua resipi sedap dlm blog ni.. Tengok karipap kat entry lepas pun boleh terliur bangat ;)...

Zaitun said...

Dah suri kata sedap kak Zai C/P ya.Bila senang nanti kak Zai cuba.

azieazah said...

Ni yang tak sabaq nak pi Langkawi nih... Tunggu tau. Tunggu kat pintu dapur, sebelah oven.
hehehe

Mumyshane Qeisha said...

nanti2 nak cuba la buat kek carrot ni.nampak senang nak cari bhn2 tu.
kek carrot tu mmg nampak sedap.thanks 4 sharing recipe

suri solehah said...

terimakasih yang sudi datang ke sini..minta maaf sebab tak boleh nak BW dlm seminggu ni sbb internet prob + agak sibuk ngan macam2 acara huhu