Selama ini aku selalu terpikir,kenapalah
bilik air dapur rumah ku selalu je basah...semalam baru ku tahu yang paip kat dapur ku pecah...oleh kerana aku tinggal di kuarter kerajaan jadi aku pergi untuk membuat lapoaran kerosakan di PPD.."En..saya nak buat laporan yang paip air ke singki kat umah saya bocor"bicara ku kepada pegawai yang incas bahagian perumahan."Kalau bocor,cik kena buat sendiri,cari tukang paip dan kena keluar duit sendiri"komen dari pegawai tersebut..Aku hairan,,ingatkan bila tinggal di rumah kerajaan,pasti ada bahagian penyelenggaraan.."Oh tak da penyelenggaran ya? tanyaku tidak puas hati.."Memang sepatutnya ada"ungkap pegawai tersebut,,"tapi disebabkan belanjawan berhemah kerajaan maka penyelenggaraan tersebut harus dibuat sendiri oleh penghuni rumah"
OOOo,baru ku paham kini,,,,kerajaan terpaksa berjimat...jadi kita sebagai penghuni kena keluar duit sendiri..Betul juga ye...sebagai menyahut seruan kerajaan dan aspirasi satu malaysia,,,kita kena sokong dasar kerajaan kita..
So balik dari kerja semalam aku mula pusing2 mencari tukang paip..tapi dekat satu jam pusing tak nampak pun iklan tukang paip
0 comments:
Post a Comment