Assalamualaikum..dan selamat datang

Tuesday, August 31, 2010

sklc

Semalam SKLC buat majlis berbuka puasa bersama-sama pelajar tahun 6..di hotel langkasuka,Langkawi..Aku dan suami membawa along n adam.Amirah Solehah terpaksa di tinggalkan kerana dah malam..
Baru nak mula
Along n Adam seperti biasalah..pada awalnya baik je..tapi bertahan untuk 10 minit,,seperti biasa selepas sepuluh minit along mula menjalankan agendanya..dia pergi tadah air macam2..akhir sekali muntah..hehe..kira best sangatlah..Along ni dah tabiat dia lepas makan selalu muntah. Munkin ikut perangai aku semasa mengandungkan nya muntah hampir saban waktu.Kalau orang lain alahan dalam 3 bulan pertama je..Tapi aku agak istimewa,,semua kandungan,aku alah sampai 9 bulan..even,,semasa kat dalam bilik bersalin aku masih termuntah-muntah...


Cerita pasal majlis berbuka puasa tadi..aku seronok melihat anak2 tahun 6 menjamu makan dengan seleranya..bukan setakat mereka,aku sekalipun kalau dah bufet,mesti nak rasa semua makanan..kiranya cita-cita nak diet tu terpaksa lupakan dulu lah..lagi pun dah nak raya..nak makan hidangan raya lagi ya tak?...

Adam pulak kalau bawak dia pegi makan kira tak balik modal..dia ni tak kuat makan macam along..masuk dia tiga benda dia dah tak mau le..
babah kekenyangan

Teringat berbuka ni..kita dah masuk fasa ketiga berpuasa..Sabda nabi yang bermaksud "bersungguh-sungguhlah kamu mengejar lailatulqadar pada 10 malam terakhir bulan ramadhan"
dan juga maksud surah alqadar " sesunggunya kami(Allah)telah menurunkan Al Quran pada malam qadar..tahukah engkau(wahai Muhamad) apakah itu malam qadar? malam qadar itu lebih baik dari seribu bulan,turun padanya para malaikat berserta Jibril, dengan izin tuhannya kerana membawa segala perkara,(yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut) Sejahterlah malam yang berkait itu sehingga terbit fajar..  emm tapi tak tahu lah mampukah kita merasai kehebatan malam itu..Ya Allah sesungguhnya hamba Mu ini sangat lemah...ampunkan dosa-dosaku...Amin.

2 comments:

Anonymous said...

Alhamdulillah..rezeki berbuka mcm2 juadah..

your hubby said...

mana lagi gambar yang banyak2 tu yang...?