Assalamualaikum..dan selamat datang

Thursday, August 26, 2010

Adam Fitri

Pagi ni aku pening lalat..apa taknya dah 2 -3 malam Adam Fitri menangis tak boleh tidur....sakit gigi..kesian lihat dia..dah lah kurus kering..tak leh nak makan plk sakit gigi..

Hari ni hubby cadang suh aku amik cuti rehat bagi membawa Adam Fitri jumpa dentist. Walaupu pada awalnya aku merasa agak bimbang kerana aku baru sahaja MC sebulan kerana keguguran baby kembar kami...namun memandangkan Adam yang selalu menangis kesakitan..aku korbankan perasaanku..
Budak baik...selamaba je masa nurse dr tampal giginya
jam 8.30 pagi aku mengejutkan Adam yang baru lena hampir subuh. Apabila aku mengajaknya jumpa doktor,dia cukup seronok...katanya along nya bila besar nak jadi doktor.

Kami sampai di klinik pergigian Langkawi masih belum ada pesakitpun,Alhamdulilah jururawatnya sungguh mesra..Apabila nurse memeriksa gigi Adam, mereka mengambil keputusan menampal sahaja kerana katanya gigi Adam Fitri masih elok.

Alhamdulilah, sehingga malam ni,dia masih mengatakan yang giginya tidak sakit lagi.

0 comments: