Assalamualaikum..dan selamat datang

Saturday, August 28, 2010

kuih cara

Kuih Cara special dr langkawi
Sebut kata kuih cara ni...dari awal posa lagi teringin nak makan...dah tu pergilah cari sarangnya...Hampir semua kedai peralatan dapur aku masuk di pekan Kuah ni...baru semalam aku jumpa di sebuah kedai yang seperti khemah je...Alhamdulilah..dan hari ini seperti yang direncanakan...maka terhasillah kuih cara yang lemak merdu tu...Kiranya masih menjadilah cara ni walau aku dah lama tak buatnya..Ingat ibuku di kampung,masa aku mengidamkan cara semasa mengandung anak yang kedua..Ibu bertungkus lumus menyediakan kuih ni masa aku pulang bercuti..Rindu kat mek..huhuhu

Sempat jugalah kuih ni aku berikan sedikit kepada jiran. Dan suamiku memuji kesedapannya(tu pun slps aku tanya dia)Anyway dia habiskan kuih tu maksudnya betul2 sedaplah kot...hehe

0 comments: