Assalamualaikum..dan selamat datang

Wednesday, August 18, 2010

along belajar berpuasa.

Masuk hari kelapan puasa,along yang kali pertama belajar berpuasa menangis meminta air menjelang jam 6 petang..Hari pertama baginya.Walaupun berulang kali dipujuk babahnya namun along tetap inginkan secawan air."Along dahaga sangat ni..nak minum"renget nya lagi yang baru balik dari bermain bersama kawan-kawannya.Memandangkan usianya baru mencecah 5 tahun,,aku merasa kasihan dan meminta pembantu rumah kami memberikan air dan nasi untuknya.

Sambil melayan anak2 fikiran ligat mencari2 menu yang ada dalam ingatan...apa yang akan menjadi juadah berbuka petang ini..akhirnya suami memberi cadangan agar menyediakan makanan ringkas sahaja..seronok mendegarnya..
Akhirnya hampir waktu berbuka aku hanya menyediakan udang masak sambal dan masak kurma daging sahaja...hehe


along yang posa sampai jam 6ptg..hehe

0 comments: