Assalamualaikum..dan selamat datang

Friday, August 19, 2011

Nasi Tomato Ayam

Assalamualaikum

Alhamdulillah,sedar tak sedar kita dah masuk hari yg ke 19 puasa,dan insyallah kalau dipanjangkan usia esok kita akan memasuki fasa yang terakhir bulan ramadhan iaitu fasa yang disebut oleh Nabi Muhammad sebagai fasa keselamatan dari api neraka.Detik inilah yang merupakan intipati keseluruhan Ramadhan kerana pada akhirnya matlamat setiap kita sebagai Umat islam adalah untuk menyelamatkan diri dari dahsyatnya azab api neraka dan seterusnya memasuki syurga Allah melalui pintu Rayyan yang hanya dikhususkan untuk orang yang berpuasa.Moga2 kita semua dpt mempertingkatkan lagi amal soleh kita dan semoga dapat kita bertemu juga dengan malam yang penuh berkat  yang bernama lailatulqadar insyallah..

Panjang pulak intro,sebenarnya nak cerita pasal resipi nasi tomato ayam yang menjadi kegemaran saya sekeluarga..saya cukup suka resipi yang saya ambil kat MyR ni..sebab rasanya lain dari resipi nasi tomato yang lain..
Nasi tomato ayam yang saya maksudkan ialah resipi k.fida di MyR..saya selalu buat nasi ni..n anak-anak pun suka...

nasi tomato ayam..yang sedap
pada kawan-kawan yang nak mencuba nasi tomato kak Fida ni..bolehlah jenguk kat MyR..sungguh wangi dan sedap nasinya....selamat berpuasa...


Pesan ustaz kita banyakkan berdoa "allahummarzuqna lailatulqadri"....Ya Allah kurniakan kami bertemu malam qadar..

26 comments:

Cik Ina Do Do Cheng said...

suri, kalau sedap nanti akak nak cuba kalau ada masa. akak suka ayam masak merah.

qemaishak said...

Sedapnyo nasi tomato tu kak da...ayam tu nampak cam rendang..

qema marin makan masakan tradisi tambah nasi...budu+pucuk ubi & jantung jelur + ikan goreng je..simple tapi banyak makan hihi

azzey said...

Saya pon nak doa mcm tu byk2..

p/s: sedap nasi ayam tu..:)

EmbunRosaliza said...

Assalam suri, akk lum pernah try resipi kak fida lagi, sedapnya, suka akk alo mkn nasi gini buka posa

suri solehah said...

kak ina>>sedap kak hehe..


qema>>akak teringin nak makan gitu..tapi sorg2 tok best,,nak tunggu balik kg nak belasah budu n ulam huhu


azzey>>harap moga kita semua dapat manfaat malam tu kan..


kak rosa>>resipi nasi tomato yg suri paling suka tu kak huhu

~izan~ said...

nampak sedap..ha ah la,selalu ayam masak merah ni nampak mcm rendang..mesti sedap tu =)

SuriHanna said...

tetelan air liuq tengok Nasik Tomato tu....

Amie said...

sedapnya nasi tomato, lama tak buat....

norh said...

nak cuba jugak resepi ni tapi entah bila.. he he

AZLINA said...

Assalamualaikum Suri...Memang berselera bila tengok nasi tomato tu & lauknya. Dah teringin pulak ni.. :)

Pia said...

"salam suri..sedapnya nasi tu,akk nak amik gak resepinya tp mungkin nak buat utk makan2 lps raya kot..rumah terbuka ker..hehe..skrg ni pun boleh buat kan...tp,akk dok sibuk jual kuih berbuka tu bila masa la nak masak nasik ni pulak..."

sal said...

sedapnya nasi tomato...
dpt idea nk masak ptg ni..

Acik Erna said...

suri..ingat kan suri sertakan resepi sekali ..nak kena cari ni..sebab suri dah kata sedap..

kasihibu said...

nasi tomato memang sedap, makan dgn ayam masak merah

terokai seni said...

emmm byuat time sahur ok kot bole tarik selera sikit kot

suri solehah said...

izan>>hehe..munkin akak guna cili boh kot tu yg nampak cam gitu huhu


surihanna>>hehe..sedapkan..akak suka nasi ni.

norh>>ada mas leh cuba norh.saya pun selalu gitu..ambil resipi peram dulu huhu


kak ina>>hehe..yang pasti masakan akan lagi buat suri meleleh liur

suri solehah said...

kakpia>>hehe..untuk rumah terbuka ok sesangat kan..suri terbayang seriayu akak..sedapnya nampak..


kak sal>>alhamdulillah..sedapkan kak.


kak erna>>hehe..malas pulak td nak paste resipi kat situ..try lah kak sedap padalah pada suri ..


sayang ibu>>itulah..tambaha resipi ni..rasa sedap sangat


cemomoi>>hehe..kalau saya time sahur nak nasi putih n lauk tak berkuah je

Hanis Azla said...

tgk gambar pun dah nmpk mcm sedap sgt.. nnt boleh ambil resepi tu untuk cuba masak nasi tomato yg sedap tu..

Anonymous said...

boleh ar cuba buat nanti... kita suka sgt ngan ayam masak merah tu ~

Unknown said...

makan banyak tu mmg muak lah rasanya..sikit-sikit leh lah makan kan..tp sedap!

Ati Masrif said...

salam aida,

intro panjang mcm bagi ucapan kat
murid2 jeh...hehehe~

tak pernah lagi cuba nasi tomato
nape tak letak link jeh...
cam nak cuba jelah :)

'selamat hari raya aidilfitri aida cayang'

kelik kelate ko..?

semoga selamat pergi dan pulang ye

aizamia3 said...

hari ni sana sini dok cite pasal masakan.. ;)
dahler pagi tadi takde selera nak sahur.. huhuhu..

terokai seni said...

bersua muka tidak, tapi tetap setia; beramah-tamah tidak, tapi tetap mesra; bersenda ikut suka jee, tak tau plak ada yang terasa; mengomen macam le hebat, tak prasan rakan rasa kena sebat; duhai sahabat duhai pelawat, kususun ruas jari yang karat, mohon ampun ke hadrat, agar kita semua beroleh rahmat, Allah limpahi dengan berkat

Kakzakie Purvit said...

Assalamualaikum suri,

Kakak dtg kala ramadhan kian menghilang, moga syawal yg muncul memberi keberkatan kita seluruh umat Islam...

Selamat Hari Raya, maaf dari kakak andai ada yg terguris di hati selama kita berblog ye suri...:)

BB Luvs Me said...

looks delicious!

BB Luvs Me

P.S: visit our children's clothes website and enjoy 10% off with code RAYA10 until 31 August 2011.

nadbaptist said...

sedapnyer nasi tomato..nk kena cuba nih..

selamat hari raya dri akak..moga berbahagia dihari mulia ini