Assalamualaikum..dan selamat datang

Monday, January 31, 2011

island hoping n asam pedas

Hari ni tak sempat nak berjalan2 ketempat kwan2.
Bukan apa,semalam adik dari Perlis datang bercuti
Jadi hari ni dia mintak nak pergi Island hoping..
Walaupun dah agak cemuh naik bot..terpaksa juga lah..kesian kat dia
Dari pukul 9.30 pagi kami keluar..sampai rumah semula dalam pukul 3.30petang
Penat badan..
Tapi semalam teringat K.Nor secubit garam masak asam pedas ayam..rasa teringin sangat
bukan apa..selama ni duk makan asam pedas ikan je..tak sangka ayampun boleh di masak asam pedas..
kata orang kelantan..darat sungguh,,itupun tak tahu huhu
jadi balik dari hoping terus masak..
perut lapar..rasa sedap sangat asam pedas tu,,,terima kasih kak nor kongsi resipi n saya nak mintak letak sini pulak..

Walaupun gambonya tak ceria..tapi rasanya sedap..

Bahan2nya:-
bahan kisar *
* 20 tangkai lada kering- digunting dn direbus terlebih dahulu
* 1 labu bawang besar
* 4 bawang putih
* 2 inci halia
6-8 ketul ayam - di bersihkan
segenggam asam jawa - diramas dgn 1 cawam air
1 sudu besar halba ~ k.nor letak 1 sudu kecil
1 sudu besar lada hitam- ditumbuk halus
1 batang serai - diketuk
daun kesum - ikut suka banyaknya
1 biji tomato - di belah empat
1 liter air atau lebih ikut suka sama ada nk pekat atau cair kuahnya
garam, gula dan bahan perasa secukup rasa
minyak untuk menumis

Cara-caranya:-
1. panaskan minyak, tumiskan halba dan 2 senduk bahan2 kisar sehingga naik bau dan garing
2. masukkan air asam jawa dan kacau sebentar lalu masukkan air , serai , lada hitam, kacau dan tunggu sehingga mendidih
3. masukkan ayam, daun kesum dan dan masak selama 15 - 20 minit dan akhir sekali masukkan tomato, gula, garam dan bahan perasa secukup rasa
* masam dan pekat atau cair kuahnyer ikut selera masing2*
siap untuk di hidang dan dimakan

Sebab tak penah buat..hubby ku tak makan pulak..seb bak Along suka,,taklah rasa terkilan sangat

Sunday, January 30, 2011

"Adik tak pandai..."

Hari ni cuti..maka aku punya masa untuk hantar dan amik anak dari sekolah(tadika)
Kemain seronok lagi diaorang aku dapat jemput mereka..
selalunya pengasuh diaorang je yang amik.

masa balik tadi..sempatlah borak-borak ngan cikgu anak-anakku
tanya pasal perkembangan mereka...
bukan apa Along n Adam sebenarnya sangat berbeza
Along seusia 4 tahun dah boleh membaca
masalah adam pulak,sampai sekarang masih belum kenal betul ngan A,B,C


Bila borak ngan cikgu hari ni baru aku tahu
Adam takut bila cikgu suruh buat kerja..kalau dipaksa dia akan menangis
Mak aih..cam gitu rupanya anak ku ini..
patutlah selama ini tiap pagi dia akan sakit perut..
kadang dari malam lagi lagi  dia cakap
"adik takleh pegi sekolah esok,adik sakit perut.."
rupanya dia takut yang dia tak pandai nak buat apa yg cikgu suruh

Aku jadi bimbang,,dengan perkembangannya
masalah dia..dari kecil dia dah disetkan pikiran dia oleh Along
Tiap kali nak buat apa-apa.along nya mesti cakap
jangan dik..adik tak pandai

Then,sampai saat ini dia pegang benda tu
Adik tak pandai..
Macamana nak atasi masalah cam ni

Boleh pening pikirkannya...

puteri ayu..yg tak berapa ayu

Dah namanya cuti..pepagi lagi berjalan kat umah kawan2...sekali ternampak puteri ayu yang sungguh ayu kat umah kak yatie..ya allah cantik sungguh saya tengok..teringin pinjam tangan orang yang pandai masak ni kan..tapi tak pe percubaan pertama..pasni nak kena try lagi n lagi..tp langkawi ni walau pekan kecik je tapi nak cari kelapa cukup susah..

yang ni saya buat guna kaler hijau je sbb takut lagi nak berkaler2 tu,,nanti pandai boleh buat cam kak yatie pulak..nampak padat je,,n kelapa tak ikut law sangat,,jd tak kemas huhu


jadinya untuk memudahkan mencuba akan datang minta kebenaran kak yatie pastekan resipi kat sini..


Bahan-bahan ( dpt 36 ketul )
  • 4 biji telor
  • 1 cawan gula halus
  • 1 sudu kecil ovalette
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 sudu kecil b. powder
  • 1/2 cawan santan pekat (guna santan kotak)
  • perisa pandan, atau perisa kegemaran
Inti Kelapa
  • 2 cawan kelapa parut putih
  • 1 sudu besar tepung ubi
  • 1/2 sudu kecil garam
Cara Cara
  1. Pukul telur dan gula sehingga kembang. Masukkan ovalette dan pukul lagi sehingga betul2 kembang.
  2. Sementara itu ayak tepung bersama baking powder. Masukan tepung berselang seli dengan santan dan pukul lagi sehingga sebati.
  3. Bahagikan beberapa bahagian sekiranya inginkan pelbagai perisa dan warna yg menarik.
INTI KELAPA -
  1. Satukan semua bahan inti dan gaul sebati.
  2. Sapukan sedikit minyak di sekeliling acuan.
  3. Isikan inti kelapa dan tekan sehingga sedikit padat dan tuang adunan ke dalam bekas acuan.
  4. Setelah siap, kukus selama 15 minit, guna api sederhana.

pasni nak try buat bagi cantik cam kak yatie buat tu,,,huhu..azam nih.

Saturday, January 29, 2011

nasi beringin @serai

Mulai semalam saya dah mula cuti sempena CNY....Nak balik kampung kebetulan hubby pulak hanya cuti mulai selasa depan je huhu..jadinya banyak masa yang ada..Kebetulan masjid kat pekan Kuah ni ada melancarkan majlis ilmu yang mana selepas ini akan diadakan setiap sabtu..jadi insya Allah..moga diri ini istiqomah dengan majlis ini...

Balik dari masjid..siap2 nak masak tapi kena jenguk kawan2 dulu :-)..dah tu cari resipi yang agak2 boleh try untuk makan tengah hari ni..so dapat resipi nasi serai @ nasi beringin dari My Resipi yang di kongsi oleh syidamustafa..terima kasih syida.

Jadi macam selalulah untuk perkongsian bersama nak pastekan kat sini..

Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 2 cawan beras biasa
  • 1 sudu kecil jintan kasar
  • ½ biji bawang besar (yang kuning)
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 5~6 Batang Serai
  • 1 sudu Besar marjerin
  • Air untuk menanak nasi
  • sedikit garam

Cara-cara

  1. Tumbuk bawang putih, bawang besar, halia*sy blend je..
  2. Titikkan serai
  3. Panaskan periuk dan cairkan marjerin
  4. Tumis dahulu jintan kasar
  5. Kemudian tumis bahan2 yang ditumbuk bersama-sama serai yang dititik
  6. Masukkan air dan garam dan masak nasi seperti biasa
  7. Tunggu lah nasi ni.. dan tahanlah perut bila hidu bau wangi nasi ni...ok...selamat mencuba! 
 **untuk resipi ni saya gandakan sebab kat umah ni jenis tangki besar...huhu

sbb anak2 suka caler2.saya letak warna skit cam nasi hujan panas..tp bau nasi ni mmg wangi spt empunya resipi katakan..

ramai yg kata sedap dimakan ngan opor ayam..tp sy sempat buat ayam tumis biasa je..
pada kawan2 yang belum masak n tak de idea nak masak lagi..bolehlah cuba..wangi je baunya..

macam-macam hal....

semalam saya ada masukkan entry yg saya ambik dr CMG semalam,rupa-rupanya pagi ni,baru saya dpt tahu semuanya tu adalah palsu..setelah membaca entry myvi putih yg hantu di blok Cek rasa la,berdasarkan komen diblog cmg dan saya sendiri,memang betul kata cun rakyat msia ramai yg prihatin,saya sendiri pun tak sangka benda tu palsu...mintak maaf ye kawan2..moral of the story: jgn buat apa2 tanpa usul periksa....huhuhu
bawah ni saya amik petikan dr blok cek cun.Thanks cek cun.


Kuala Lumpur, 28 Jan (Bernama) -- Polis Diraja Malaysia, (PDRM) berkata dakwaan berlakunya satu kes penculikan kanak-kanak di Puchong dekat sini yang disebarkan melalui internet dan khidmat pesanan ringkas (SMS) hari ini adalah palsu.

"PDRM menasihatkan anda semua untuk tidak terus menyebarkan spekulasi dan insiden yang diwar-warkan. Terima kasih," kata PDRM dalam laman sosialnya.
Media cetak dan elektronik dan orang awam di sekitar pusat bandar raya pagi ini gempar dengan dakwaan berlakunya penculikan itu.

SMS yang diedarkan berbunyi, "PERHATIAN: Sila sebarkan sekiranya nmpak (nampak) MYVi Putih No.Plat: WUS948 yang dipercayai dipandu oleh seorang lelaki berambut panjang atau wanita bertudung sila hubungi En. Rashid 0196267828.
"Suspek telah melarikan seorang bayi berusia setahun yang ada di dalam kereta pemilik kereta menghantar anak ke nursery (nurseri) baru sebentar tadi di area (kawasan) Puchong. Keprihatinan anda amat dihargai ni (ini) berita benar." Sila sebarkan.
-- BERNAMA

Friday, January 28, 2011

perhatian...

Entri ini saya amik dari Dapur tanpa sempadan..
kesian ngan apa yang berlaku dan minta disebarkan jaDI saya paste kat sini..harap bermanafaat

PERHATIAN: Sila sebarkan sekiranya ternmpk MYVi PUtih No. Plat: WUS948 yang dipercayai dipandu oleh seorang lelaki berambut pjg atau wanita bertudung sila hubungi En. Rashid 0196267828. Suspek telah melarikan seorang bayi berusia setahun yg ade didalam kereta ketika pemilik kereta menghantar ank ke nursery baru sebentar tadi diarea Puchong..keprihatinan anda amat dihargai ni berita benar..sila sebarkan..

mari merajin tersilap masa

Cerita ni berlaku malam kelmarin....bukan malam semalam sbb malam tadi tu hari malas sedunia.
Macam biasalah boring kat umah tak tahu nak buat apa...
aku suka merajinkan diri sendiri nak belajar masak..
jadi godek2 myResipi ternampak kek gula hangus...nampak sedap sangat..
dengan kerajinan yang biasa aku mula ambil resipi n mula bancuh adunan..lupa yang jam sudah dekat jam 9.30..
Dan lupa jugak nak pikir yang resipi tu mintak rehatkan adunan 3-4 jam..
oleh sebab rasa mata dah ngantuk tengok  jam baru 10 lbh ..terpaksalah juga aku membakar adunan kek tersebut..hasilnya..cam biasalah tuan puan..pro huhu



kalau tengok kat myR tu..ramai yg cakap munkin sbb tak perap lama maka lubang-lubang tu tak jadi sangat..munkin kot sebab dah tak larat tunggu dah masa tu..ngantuk..

 tapi kan untuk memudahkan nak try lagi sekali atau ada kwn2 nak try resipi ni pulak saya paste resipi dari widad ni ye kat sini

bahan-bahan..
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan air panas
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan susu pekat
  • 2 camt soda bikarbonat
  • 4 biji telur
  • 2 camb mentega

Cara-cara

  1. Masak gula dengan api sederhana hingga hangus.
  2. Masukkan air dan masak lagi hingga gula cair.
  3. Masukkan mentega. Sejukkan. Ketepikan dulu.
  4. Pukul telur hingga betul2 kembang dan pekat.*yg ni saya tak pukul kembang pun
  5. Masukkan susu pekat ke dalam telur tadi, kacau sebati.
  6. Masukkan pula tepung + soda. Sebatikan.
  7. Akhir sekali, masukkan air gula yang dah sejuk.
  8. Perap adunan selama lebih kurang 3-4 jam.
  9. Bakar dengan api sederhana 160-180 selama 1 jam"
 macam biasalah,,rasanya sedap walau lubangnya tak banyak..cuma kena buat awal2 skit..macam saya tu mengantuk je tunggunya..huhu..saya gandakan dua tuk resipi ni n susu kurang skit..

Thursday, January 27, 2011

terfikir

berjalan diwaktu petang-petang ni org kelantan kata boleh ralit..kebetulan masa singgah di blog kawan2 terbaca entri yang buat jadi terpikir banyak kali..misalnya apa yang telah dicatat oleh zai  dalam tulisannya aku.lim dan Islam..
Tertanya betul juga yang disuarakan oleh kawan nya..

apa sebenarnya peranan kita sebagai muslim..
pernahkah kita cuba untuk mendekati golongan bukan islam ini dengan tujuan untuk berdakwah kepada mereka
apakah kita yang muslim ini sudah menunjukkan keindahan islam melalui tingkah laku kita..
sedangkan ustaz2 sekolah kita dulu2 pernah menceritakan mengenai bagaimana Rasullulah berdakwah kepada seorang perempuan tua yahudi yang sering menyakiti baginda dengan hanya berakhlak baik terhadap yahudi tersebut..maka dengan kemuliaan peribadi Rasullulah tersebut perempuan yahudi itu memeluk Islam
Munkin kita ada kawan non muslim..
tapi hanya sekadar berkawan sahaja.




Jauhnya diri ini dari  semua itu...
jauhnya dari mengikuti keperibadian Rasullulah SAW.
emmm....

Wednesday, January 26, 2011

Malam ni anak2 tidur awal pulak...jarang nak jumpa saat cam gini..
..anak2 jenis tidur lewat..sebelum ni tak hantar diaorang sekolah..jadi diaorang dah biasa tidur jam 12.malam.kadang kul 1 masih tak tidur terutamanya along...kadang tu pening jugak..ingatkan dah sekolah ni maulah diaorang tidur awal..rupanya tetap lewat jugak..
tu yang aku heran tu..nape malam ni tiga-tiga sekali pakat tidur awal..

Apa lagi..alang2 ada peluang, aku ajak hubby keluarlah..dah lama tak keluar berdua ni..makan2 kebetulan lepas magrib tadi malas nk masak..



 malas nak makan nasi..hubby pilih ni...nak ceritanya steak ni paling murah yang pernah ditemui..hanya RM 9 je..murahkan...biasanya koman2 rm 15.. :-)

Aku pilih spageti bolongnes ,,,boleh tahan lah..

Sebelum balik rumah tadi sempat singgah kat tepi pantai...tapi sekarang ni musim angin kuat..tak boleh berlama2 ...cukuplah berdua sekejap..rasa macam seperti baru-baru nikah dulu kan...

Tuesday, January 25, 2011

tabiat..

.
Macam-macam benda yang boleh jadi habit manusia ni kan..
kadang-kadang kita nampak cam benda tu tak logik
ada juga nampak cam kelakar..
yang pastinya kadang-kadang jadi pelik
dan timbulkan tanda tanya,,
napelah boleh jadi camtu..


Macam juga dengan anak2 saya,,,,
saya perhatikan dua-dua anak lelaki saya ada habit pelik
@bad habit...
yang along..perangai dia tak boleh tengok kuku panjang
mula dia gigit kukunya tu....
walau saya dah berapa kali bagi amaran kat dia....
tapi yang pastinya saya tak pernah berpeluang memotong kukunya
bad habit......


yang no dua,si Adam pulak...
suka ketip kuku..tiap-tiap hari tiap malam,
dia mintak ketip kuku..kalau tak main ngan along
pasti dia bersama ketip kuku
kadang saya tanya dia
"adik nak potong apa,tiap2 hari potong kuku"
tak tahu lah..kalau kita nak tengok dia tak bagi..
kalau umah tak bising
sahlah dia duk buat kerja tu
kadang tu,dia duk senyap kat tepi-tepi dinding

heran jugak dengan masalah kuku diaorang ni
tapi rasanya yang Adam ni tak lah teruk sangat..
cuma saya risau kot2 terpotong isi,,,
Along tu..yang ketara habit yang tak eloknya

Pernah tak kawan2,ada masalah lebih kurang gitu???
Macam mana ye nak atasi masalah habit along tu..???

 fade,,,,,

tension.....

Pernah dak dalam satu hari tu..
rasa tension sangat..!!!!!!

rasa macam tak mahu buat apa dah..
nak pejam mata..baring je...
tak payah pikir makan ke..minum ke..
apa lagi kalau pasal kerja

kerja ni sebenarnya senang je..
tapi kadang-kadang boleh mencabar kesabaran jugak
kalau yang dah beratus kali cakap...
dibalas dengan soalan "macam mana???"
huhuhu...rasa nak cekik orang je saat tu

tapi itulah...dah nama kerja....
lain padang lain belalang..
lain bidang kerja,,, lain peningnya

nak buat camne...
....grrrrrrrrrrrr...

Monday, January 24, 2011

Hari jumaat hari tu ada kawan bagi siput lokan yang saya pernah cerita kat sinikan..Terima kasih kepada kawan2 yang memberi cadangan cara nak masak..rupanya boleh buat macam2 ye..tumis,,tomyam n buat rendang..memandangkan dah lama tak buat rendang..so saya cuba lah masak ala2 rendang gitu...

Ini lah hasilnya..tapi sebab siput tu skit je,,rempah rendang lagi banyak..so tak nampak sangat siputnya

Amik dengan tel buahberi..tu yang gambar blur jee
Tapi pada kawan-kawan,yang nak cuba rendang cara saya bolehlah..

1 labu bawang merah besar*
2 batang serai*
5 tangkai cili kering*
sedikit lengkuas*
1 cawan santan pekat
2sb kerisik
garam
serbuk kunyit...

Blender semua bahan * tu .Sementara,gaulkan isi siput dengan garam dan kunyit.Masukkan dalam kuali,masukkan bahan blender,bagi kering sikit air yang buat blender tu pastu masukkan santan tadi..kendian masukkan kerisik n garam..tak perlu  masak lama cam rendang daging sbb isi siput tak keras sangat..Sebab takde daun kunyit,,saya letak daun limau purut,,

Sedap makan dengan nasi panas,,isi nya kenyal2 gitu..pasni kalau ada orang jual bolehlah cuba masak lain pulak kan.

Saturday, January 22, 2011

Hujung minggu ni kan tak tahu nak buat apa..list aktiviti dipenuhkan dengan acara makan-makan dan makan..Lepas makan pagi makan pra tengah hari..pas tu lunch..pastu bahagian petang pulak..tapi itulah seharusnya rasa syukur kerana masih mampu memiliki rezeki dan nikmat tuk makan..

petang ni rasa teringin nak buat mufin pisang yang nampak kat dapur izah..sempena dengan masih ada pisang yang kawan bagi..tu yang teruja nak mencuba tu..
 Kat atas tu lah hasilnya..dont judge the book by it cover..huhu..rupa cam tu tapi rasa sedap..
satunya saya terlupa nak masukkan serbuk koko masa ayak tepung,,dah nak masak baru teringat..tu caler cam tak mesra tu...then yang selebihnya tu..diriku ini mmg 'pro' dalam masak-memasak ni tu yg rupa gitu..huhu..

p/s:tapi gagah jugak nak letak dalam blog..mana tahukan  esok2 dah pandai masak tengok balik boleh jadi terapi tuk gelak,kan..
Kat sini nak mintak kebenaran izah tuk pastekan resipinya,,yang asalnya mengikut izah diambil dari chef Hanieliza..Kalau nak tengok versi cantiknya bolehlah kedapur izahya

Bahan A (ayakkan)
1 cawan tepung gandum
 1 s/b serbuk koko
1/2 s/k soda bikarbonat
1/2 s/k baking powder
Sedikir garam

Bahan B
1/2 cawan pisang emas/berangan lecek
1/2 cawan minyak
3/4 cawan gula perang
1 biji telur [pukul sedikit ngan garfu]


Cara
1. Ayakkan bahan A dan masukkan dalam mangkuk.
2. Masukkan bahan B dan kacau rata.
3. Masukkan dalam acuan kecil atau loyang.
4. Kukuskan selama 30 minit atau sehingga masak.


yang ni side menu untuk teh petang..bukan apa pun..sebenarnya kuah laksa semalam ada lebih..sayang pulak sebab pekatkan..jadinya saya mayang bawang putih n bawang merah,,cam nak buat gulai tu..pastu tumis n masukkan rempah kari..dah tu masukkan santan n sedikit fish cake..kendian dah mengelegak campur ngan kuah laksa kedah semalam..sedap jugak.. huhu..makan ngan spageti..

Le tour de Langkawi

Hari ni rupanya ada cam pelacancaran ltdl rupanya..boleh aku tak tahu..Tengok kt tv satu rupanya ada siaran langsung..so apa lagi anak2 sibuk ajak babahnya nak bersama-sama meriahkan majlis...
Jadi dengan semangatnyalah kami pergi ke dataran lang


tinggal back drop je masa kami sampai..huhu..rupanya baru habis..krew-krew media dah duk pack barang...hehe mcm boleh tak tahu ada event hari ni kan..

Amik gambar gak le walau pun di tengah-tengah panas hari..kan apa alang2 dah sampai kan

Anak2 sibuk nak bergambar tepi elikopter..jadi maknya pun menyibuklah sekali..
Esok kot baru mula nak lepas le tour ni..aku pun tak pasti..tapi kalau esok,,dah kerja, tak boleh lagilah aku nak sama-sama meriahkan majliskan...

Kuih Seri Muka

Petang semalam duk belek-belek resipi kat koleksi resipi dari internet..terjumpa kuih seri muka.Mak masa saya kecil2 dulu suka buat kuih ni..Tapi saya macam biasalah..tak pernah nak menengok atau menolong mak.. Dah tu bila dah kawin,suami nak makan apa2 mula lah semua nak tengok resipi dulu..huhu.


Jadinya inilah percubaan pertama..buatnya malam tadi lepas isyak,,,bolehlah buat sarapan pagi ni..seb baik tak basikan.Tapikan tengok tekstur bahagian atas tu nampak cam pelik skitkan..tak nampak mulus..nape ye?

 biasanya yang saya tgk mak buat atas tu hijau pekat skit..sbb guna daun pandan kot.saya dah memalam hari malas nak amik daun pandan..just guna pewarna hijau n perisa pandan je.tu yang kalernya pucat skit..


Boleh agaknya kot sayacopi balik  resipi kuih ni dari blog koleksi resipi dari internet.terima kasih ye

Bahan-bahan:

Lapisan bawah:

1) 3 cawan beras pulut
2) 3 cawan santan cair
3) ½ sudu teh garam

Lapisan atas:

1) 3 cawan santan pekat
2) 4 helai daun pandan (jadikan jus pandan)*yang ni saya takde,
3) ½ sudu teh pewarna hijau
4) ½ cawan gula
5) ½ cawan tepung gandum
6) ½ cawan tepung jagung atau kastad
7) 1 biji telur
8) 1 sudu teh garam


Cara Penyediaan:

Lapisan bawah:

1) Gaul rata semua bahan .
2) Masukkan pulut ke dalam loyang dan kukus sehingga masak.
3) Tekan padat pulut yang telah masak tadi.

Lapisan atas:

1) Kisar semua bahan dan tapis.
2) Tuangkan perlahanlahan atas pulut tadi.
3) Kukuskan lebih kurang ½ jam.
4) Sejukkan dahulu baru potong.
Sedia untuk dihidangkan.


Tapi masa saya buat saya just guna separuh dari ressipi ni sbb takut banyak sangat untuk kami yang masih tak ramai sangat org nak makan nya..jadi ada kawan-kawan yang nak buat makan petang,,bolehlah cuba pulak ye..

Friday, January 21, 2011

laksa penang kot...

Tadi ni hubby balik dari semayang jumaat bawa ikan kembong..sah dia teringin nak makan laksa ni...kita tak berapa suka sangat laksa kuah asam tu..sbb org kelantan biasanya buat laksa kuah lemak..tapi nak buat camana kan,,dah dia teringin..

Jadinya sambil2 hidang makan tengah hari kat dia..rendamlah laksa sekali...petang ni dah boleh makan dah..(tak de musim nak turunkan berat badan)


Ni laksa n kawan2nya..kuahnya tak merah sangat sebab ada anak2 yang tak mo pedas...

Hubby kalau ngan laksa baru je lepas lunch..tapi boleh jalan je..memang orang utara..


Ni pada kawan2 yang dah lama tak buat bolehlah buat petang ni..sempat lagi ni..
Rasa rajin nak type resipi sebab mudah je kan,,ni masak cara kita lah...tapi hubby selalu puji sedap..ahaks..dah tak pandai masak..saje cakap.


resipinya lebih kurang cam gini je rasanya
  • sekilo ikan kembung
  • 7-10 keping asam keping
  • garam ikut keperluan
  • 1 sudu besar gula
  • satu labu bawang merah besar*
  • belacan ikut suka*
  • 10 tangkai cili kering* 
ikan direbus seperti biasa kemudian asingkan tulang n isinya.letak tepi dulu.
Pastu masukkan semua bahan * tu n blend ngan secawan air.dah halus,masukkan dalam periuk,masak.
Ikan tu blendkan tulang n tapis airnya..air tu boleh buat blend isi
Bila bahan cili kat periuk dah dekat kering barulah masukkan isi ikan blend tu..
Kalau pekat tambah air..pastu masukkan asam keping.
Jangan lupa masukkan daun kesum n bunga kantan..
Masak hingga mendidih jangan lupa masukkan garam n gula..dah masak baru boleh makan ngan laksa yang direbus terlebih dahulu ye,,


Nak hidang boleh hiris timun,daun gajus,dan daun sebagainya serta telur.
Saja buat2 rajin tulis...dah tahu semua orang dah tahu resipinya huhu..selamat menjamu selera..

Jom gegar blog


 Hari ni kan cuti..jadi ada banyak masa nak layan lappy ni..
gitu juga segmen en.ben..selalunya termiss..
hari ni sempat rasanya n nak cuba join
JOM Gegar Blog



pernah masak ini tak?

Semalam ada sorang kakak cleaner kat tempat kerja bagi siput,(siput?)sebenarnya akupun tak tahu siput ni..diaorang panggil siput lokan..ada tak kawan2 yang pernah jumpa?


inilah siputnya..ikut cerita pak cik van kami  siput ni ada yang sebesar tapak tangan orang lelaki.mak besar tu...
 tapi nak bersihkan susah sikit sebab siput ni hidup dalam paya bakau..jadi selut banyak sangat..nak kena tenyeh pakai berus besi huhu


tengok..satu bekas atas tu..isi nya sikit je..rupa2 nya kulitnya besar n berat..
Semalam tak masak lagi..tak tahu nak masak apa..ada dak kawan2 yang biasa masak ni..nak masak ape ye..

Thursday, January 20, 2011

turun keta naik bot,,turun bot naik van

macam tu lah perjalanan ku tiap hari sejak bertukar tempat kerja ni dalam bulan tujuh tahun sudah...kadang-kadang rasa macam penat sangat..tambahan musim panas terik macam sekarang ni...tapi kalau musim hujan..takut pula dengan laut beralun..tapi nak buat camanakan dah nama lagi cari rezeki..ada pahit manisnya..


Inilah bot yang aku naiki untuk ketempat kerja..lebih kurang 15minit juga...kenangan pahitnya,aku pernah keguguran baby kembar semasa musim laut beralun,hentamannya seperti kereta jatuh longkang tu huhu.


yang ni beratur untuk naik bot..sopan gitu..

Turun dari bot kami naik van ni..teringat masa sekolah dulu-dulukan..perjalanan dengan van dalam 8minit sahaja.

Dari jeti bot ke tempat van tadi..dalam 300m jugak tu..

Kadang tu rasa penat sangat berbanding berada kat tempat kerja lama di Penang..tapi bila memikirkan sekarang anak-anak ku seronok  dapat tinggal bersama babahnya..aku pun turut rasa gembira sama..

Wednesday, January 19, 2011

untuk kak cik seroja..


http://kakciknurseroja.blogspot.com



Petang tadi kami sekeluarga duduk menikmati tepung talam sambil tengok program bual bicara kat TV.Rupanya yang diaorg duk bincangkan tentang masalah ganguan seksual kat tempat kerja..biasanya yang jadi mangsanya perempuanlah.."eei..dapat kat aku,aku cungkil biji mata dia buat permata cincin"marah ku..gatal sangat. "Doaorang ni tak tahu makna kembiri ni"kata suamiku pula."Kena kembiri je diaorang ni baru diaorang tahu..sah tak gatal dah lepas ni..hehe..

Tiba-tiba terdengar pintu rumah diketuk orang..Rupanya jiran ku datang menghulurkan sepiring kuih."oh halwa maskat ni..aku teringat kak cik seroja pernah publishkan kuih ni masa dia terkenag-kenang kuih ni dulu.kalau tak, sah aku tak kenal lagi.Tapi yang herannya kenapa jiran aku ni pakai pakaian untuk mendaki pulak..Dia memberitahu aku bahawa dia baru balik dari pertandingan membaca sajak ulang tahun kelahiran. Eh pelik betul,,apa pulak kaitan pakaian camtu dengan pertandingan sajak pulak hehe,,confuse sungguh dengan jiran ku seorang ni..lawak,,sebiji cam cerita zombe kampung pisang yang anak aku duk tengok berulang kali tu..teringat zombi atau hantu ni,kata orang tua-tua hantu ni jadi lemah,,jika terdengar suara azan bergema sayup menjelang pagi.Betul ke?entahlah tak tahu aku tak penah jumpa lg..tah apa-apa tah.huhu


Tuesday, January 18, 2011

bawa bekal cam org dulo-dulo

Tabiat hubby ku tahun baru ni nak bawa bekal pergi keja..
so hari-harilah nak kena masak buat bekal ..cam orang dulu-dulukan..huhu..
Hubby ku jenis tak kisah..bawak bekal dr umh tak pe..sesetengah orang lelaki tak mau berbekal bagai..bukan sapa..abang2 sendiri yang aku cakapkan tu..

Cuma satu je lah..hari2 nak kena pikir nak masak apa ...


Ni le bekal hari ni..nasi n sedikit kuih apam.apam ni bukan apa dah lama teringin nak buat apam gula melaka..so bancuh ikut resipi yang diambil dari myResipi..nampak sikit pulak tambah ngan apam eno tu,,,



Bagi jelas skit..nasi n telur dadar hampir hangus..tinggal iron baju..tengok2 mcm tu jadinya..

daging n sayur..tu pun letak dalam satu bekas..
Jimatlah sikit belanja tengah hari ni..ait macam kedekutnya kan.hehe..tapi takpe puas hati

Sunday, January 16, 2011

muffin...

Lepas magrib tadi tiba-tiba teringat nak cuba mufin coklat yang  diambil dan disimpan resipinya dari dapur kak nor..Mula tengok resipi tu dalam gram..alamak satu hal lagi nak tukar dalam cup camana ni..belek-belek jumpalah nak tukar sukatan tu..tapi tak pastilah tepat ke idaknya..sebab bila tengok hasil cam kering sikit je..Tapi rasanya okeylah tak manis sangat..lemak2 gitu..kalau nak buat makan petang orait sangat...kat bawah nanti kita letak resipi yang kita amik dari dapur kak nor ye..  

Merekah dan kering jadi nya..nape ye..ada dak kwn2 yang biasa masak ni mintalah petua skit


Tak cukup tempat nak isi cup besar..gunakan cup yang kecil..

 
Bahan A
110ml air
1 1/2 sudubesar serbok koko
50gm gula merah 
25gm tepong jagung

Bahan B
35gm butter
35ml minyak jagung/sayuran
1 sudukecil esen vanila
65gm dark chocolate*

1 biji telor
50gm gula
75gm tepong gandum1 1/2 sudukecil baking powder**ayak sekali



Caranya...





Panaskan oven pada 180'c dan sediakan acuan muffin 6 lubang. Satukan bahan A dan panaskan diatas api perlahan hingga adunan licin, setelah itu tutupkan api (adunan akan menjadi seperti paste). Masukkan butter dan dark chocolate, kacau hingga adunan mencair dan bersatu kemudian masukkan minyak, gula, telor dan esen vanila. Gaul hingga sebati. Masukkan pula tepong dan sebatikan dengan spatula sekadar bersatu.Sudukan kedalam muffin cup dan bakar selama 20-25minit/hingga masak mengikut oven masing2. Angkat dan sejukkan diredai.


* yang ni kak nor suh potong kecil2 dulu,kita termiss yang ni jadinya ada ketulan dark coch yang tak hancur..tu yg nampak bonjol2 tu huhu

mari membuang masa

Hari ni masih bercuti sempena Keputraan Sultan Kedah..anak2 macam biasa kalau cuti mesti nak berjalan2..boring kot duk dalam umah je.semalam dah pergi mandi jeram..so hari ni pulak selepas sarapan..(kami sarapan jam 10 huhu)kami semua bersiap2 tanpa arah tujuan keluar dari umah

Hubby duk tanya nak kemana..tapi aku sendiri tak ada jawapannya maklumlah langkawi ni bukan luas sangat..
Lastnya dalam tak tahu nak kemana sampai di Cenang...

Bermulalah episod mari membuang masa....di pantai chenang...

tak tahu nak buat apa..nak mandi tak bawa baju spare..

Ada saja yang Solehah nak main..

Mari membuang masa bersama anak2 di pantai.

Along bising sebab tak boleh mandi...duk merayu babahnya nak mandi..

Lastnya terpaksa lah aku membeli dua pasang baju yang ada dijual kat situ,,,kalau kat pekan Kuah baju ni baru 4lai RM10..tapi kat sini RM6 selai..terpaksalah...

Time ni dah pukul 12.30 tengah hari..kalah mat saleh berjemur jadinya...mandi pantai ketika panas tegak..huhu


apam

Petang semalam dalam duk pikir nak makan apa..tiba-tiba teringat apam comel yang aku duk tengok kat myresipi..Terpikir kalau aku buat ada nak jadi cantik cam chef2 buat tu..tapi dek kerana mmg aku dilahirkan sebagai peminat nak cuba masak(huhu)..so kerahlah hubby cari bahan2nya...



Apam comel(tajuk dari empunya resipi)tengok sebiji dah kena air

En hubby tengah mengetes rasa..biasalah dia baik..tetap cakap"sedaplah ma"hehe .Sepatutnya resipi asal guna dalam paper cup..tapi dah takde saya masak dalam bekas biasa
Inilah bekas yang saya gunakan sebab takde paper cup..

Caler dia sepatutnya tak jadi camtu munkin lembik skit sebab tak berapa arif ngan sukatan gm yang diberikanlah..maklumlah 'pro'huhu....tapi kalau ada kawan2 yg belum cuba boleh tgk kat resipi bawah ni atau 
 ke sini   

Resipi ni pun saya kopi dari MyR tulah..terimakasih kepada empunya Lilydvalley

Bahan-bahan ( 15-20 biji )

  • 3 biji telur-dari peti sejuk
  • 275 gm tepung gandum/tpg kek
  • 220 gm gula halus
  • 150gm susu segar/UHT
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovallete
  • Inti Kelapa:*
  • ==kelapa parut
  • ==gula merah
  • ==1 sudu teh tpg jagung-dibancuh dgn 1 sudu besar air
  • ==2 helai daun pandan-pintal
*Untuk inti saya takde kelapa so saya tukar ngan serikaya..huhu

Cara-cara

  1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk.
  2. Pukul dgn menggunakan mixer pada kelajuan maxima selama 6-8 min.
  3. bahagikan kepada beberapa mangkuk & titiskan pewarna mengikut citarasa.
  4. masukkan setiap warna ke dalam piping bag ( atau beg plastik yg bersih).
  5. Pipe kan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yg telah disusun didalam acuan. 
  6. masukkan inti
  7. Pipekan lagi adunan yg berlainan warna sehingga 3/4 penuh.
  8. Kukus didalam kukusan yg telah dipanaskan selama 10-15 min.

Saturday, January 15, 2011

menu semalam....

Hari khamis tu balik dari tempat kerja..sampai kat jeti..kebetulan ada nelayan baru naik dari laut..dengan hasil tangkapan ketam..fuh apa lagi..dengan kadar segeralah mintak ngan pakcik tu..ketam segar ni manis..
tapi rasa malas nak masak...kata hubby kalau dah masuk peti ais tu dah tak de makna lagi la..amik kat jeti pun hehe..so malam tadi lah baru masak...


Sebenarnya resipi ni tak tahu tajuk apa sebab tak spesifik..main letak je..ingat2 lebih kurang resipi yang tengok kat mane dah lupa..tapi yang pastinya ketam tu goreng separuh masak...pastu semua jenis bawang blend.pastu tumis...pastu semua jenis sos masuk n last sekali pecahkan sebiji telur..garam n gula jangan lupa masuk...

Walaupun tak ikut resipi yang sebenar tapi rasa boleh tahan..pada kawan2 yang nak try bolehlah..anak2 mesti suka..oraitlah untuk 'pro'hehe

Friday, January 14, 2011

kek alunan kasih - tak masak

malam tadi tetiba je rasa nak makan kek.Teringat kak Nor buat kek alunan kasih.beberapa minggu lepas.So dengan kadar kerajinan biasa aku godek la ...nak try buat

Hasil dia cam nilah,,takkan ada eloknya,,,tapi tak pelah..sbb garu 1st time cuba(pujuk ati sendiri)

Tapi cerita yang sebenarnya..sbb malam tadi dah lewat..bila oven bunyi je..terus klua n letak bawah tutup..pagi ni bila nak belah rupanya kek tu tak masak lagi kat tengah..huhu..sedihkan..malam td nampak dah ok..huhu..rasanya nak marah je..tp kat sapa..jadinya cam kek bantat..


Anyway takpelah... kalau ada sapa nak cuba..boleh tengok yang kak nor buat cantik amat..ni saya kopes resipi  kak nor..
Terima ksih kak nor..


Bahan:
5 Biji Telur
1 ½ cwn Planta atau (250g) - akak ltk 250g butter
2 ½ cwn tepung gandum (ayak sekali dgn baking powder)
2 cwn gula halus (boleh kurangkan..sy guna 1 ½ cwn je)
1 sudu kecil baking powder
½ cwn susu cair**
1 sudu kecil esen vanilla (bole guna perasa lain juga)
*Sebuk koko (secukupnya)
*Pewarna ( ikut citarasa masing2..)
*sediakan tapis teh yg halus..utk ayak serbuk koko.

Cara2:
Pukul planta/butter dan gula smpai kembang...
Masukan telur satu persatu..pukul lg smpai kembang
Masukan *esen vanilla, susu cair…gaul hingga sebati dan masukan tepung sedikit demi sedikit..
Bahagikan dua bahagian..campurkan pewarna pink dan satu bhgn pwrna hijau…
Griskan loyang dan tabur sikit tepung..masukan adunan pink..ratakan dlm loyang dan
ayak *serbuk koko menutupi lapisan pertama…ayak nipis2 jer..
Then masukan lapisan kedua..warna hijau..ratakan perlahan2.. (jgn smpai serbuk koko di lapisan pertama td terangkat)…ayak serbuk koko di atas lapisan kedua..
Mcm tu lah seterusnya..smpai adunan abis…
Bakar lebih kurang 45min..160 Degree ikut oven masing2…
Pengalaman sendiri :
Utk membuat lapisan kaler2 tu biar tebal sbb bila kita melapis & meratkan adunan tersebut
serbuk koko tak akan terikut sama. Tapi bila adunan yg nak kita lapiskan itu agak nipis/sikit
bila nak meratakan lapisan tu, serbuk koko akak tertarik sama - nanti corak tak akan jadi cantik.

Thursday, January 13, 2011

rosak lagi

Patutlahkan...kalau orang ada duit lebih mesti guna keta impotkan..bukan apa..(bukan nak mengata)keta kita kejap ada masalah kat situ..kejap ada masalah kat sini..macam2 masalah..biarpun masalah kecik2 tapi bosanlah kalau nak selalu kena pegi bengkel..dah tu spare part asyik tak ada...nak kena order dulu..nak kena pergi lagi...gitulah yang terjadi pada ketaku

Bawa pergi sabtu lepas sbb side miror tak leh ejas..pastu pulak pintu tak leh tutup rapat..tak de spare part..semalam baru dapat..Ni yang rosaknya..dia kata kabel..apa-apa aje lah..


yang ni pulak brek..asyik berbunyi je..sampaikan tak tekan brek pun berbunyi..diaorang konon-konon baiki lah tu..tapi hari ni duk bawakpun msih bunyi lagi...tak tahulah...

Rezekilah kira tu..keta ni tak sampai setahun lagi beli..sebab keta lama eksiden..aku takut dah nak bawak..tapi macam kat ataslah jadinya..macam2 cerita rosaknya...

Tuesday, January 11, 2011

anak-anak

Cerita pasal anak memang tak habis..macam juga pasal anakanda ku yang bertiga tu..Along n Adam jenis yang tak boleh kongsi barang..sebut kata kalau Along beli dia tak mahu bagi Adam main..gitu juga kalau Adam beli..tak nak dia bagi Along main..kadang-kadang tension gak..bukan apa,dia orang ni kalau nak beli barang,suka beli benda yang sama..terutamanya set mainan..dah beli satu patutnta yang adik beli benda lain pula..ni tak  pegi beli yang sama juga..dah jadi dua set..dah lah tu..tiap kali pegi kedai mesti nak beli batrang-barang diaorang,,,kalau mak dia ni bisnes takpa la..ni cukup makan je...

Ni antara benda yang diaorang tak mahu kongsi..tiga orang tiga set..dah lah tu..boleh di katakan hari2 beli benda ni..aduh..tak kira lagi dengan kinder joy tu..Kalau maianan pulak,, macam tak boleh kalau tak beli..paling takpun mesti mintak nak beli kad kamen riderlah..bidamanlah..sampai kita sendiripun tak tahu apa saja yang iklan di tv mesti diaorang mahu


Kadangkan cakap ngan diaorang..mama dulu belanja 50sen je sehari..Macam mana ye nak kekang sifat nak macam2 anak-anak ni???

Sunday, January 9, 2011

roti jala vs lempeng

Ni cerita semalam..jenjalan kat dapur kak rose S.Alam dia tunjuk roti jala warna warni..cantiknya..kak rose kata di ambil resipi dari kak nor...kitapun dengan semangat waja..teringin sangat nak try buat..

jalaan yang pertama..dalam hati duk pikir..munkin yang mula2 memang jadi gitu kot(walau dah tahu duk cuba beberapa kali dari dulu cam gini gak..)

tengok lah tu..selepas beberapa percubaan..hasilnya tetap sama...

jalaan tak cantik langsung..please sifu..minta tips skit huhu

Last sekali..dah give-up...curah semua sekali jadi lempeng...
Ginilah kisahnya..tapi nasihat kak nor dari secubit garam..jangan giveup..oh kena kuat semangat semula ni..hehe..try lagi sampai  jadi roti jala warna-warni..kan insya allah