Assalamualaikum..dan selamat datang

Wednesday, October 26, 2011

macam2..

Terima kasih pada sahabat2 yang doakan Solehah semalam..
maknya pulak yang terharu..,,
harap dia akan jadi anak yang solehah
begitu jugak abang2nya..
amin...

Tajuk kat atas tu macam2...
macam2 tu sebenarnya cerita pasal selera saya
kalau jalan2 kat tempat sahabat2 maya
yang menayang menu..mulalah terliur
kalau dah teringin sangat tu
mesti kerahkan hubby pergi cari jugak...
macam semalam,
jenguk dapur K.Rose(mykuali) 
ternampak brokoli bawang putih..
apa lg terasa kat mulut je...
hari ni masak,makan tengah hari tadi
itu je yang lalu nak makannya
walaupun masak macam2..
teruk betulkan..perangai gitu...

makan tengah hari tadi gara2 terliur jenguk dapur kak rose

sahabat2 ada tak macam2 gitu?...
lauk lain dah tak mahu dah..bila nak sesuatu benda tu sangat2?
alahai....

mood-menunggu hari dengan penuh debar...biasanya
anak yang lain masuk 37 minggu je...

Tuesday, October 25, 2011

Amirah Solehah-2tahun

Hari ni dah 25/10...sedar tak sedar tu..
disebabkan kesihatan yang tak berapa baik
saya diserang asma lagi...
terlupa yang 25/10 bermakna Solehah dah berusia 2tahun
....dah besarpun anak dara yang seorang ini...
dah masuk belah petang ni baru teringat
...eh hari ni hari lahir Solehah...
kesiannya..kalau lah Solehah reti..
mesti dia merajuk sebab mak ayahnya terlupa
hari lahirnya...

Solehah masa babypun ada

bila dah makin besar skit...yang pasti gambar terbaru takde....
Duk tengok gambar2 lamanya
rasa macam semalam baru dilahirkan
semacam teringat ...
melahirkan Solehah dengan berat 3.5kg
agak sukar sedikit berbanding abangnya
yang hanya 2.6kg....

dan sekarang sudah berusia 2tahun dia
moga terus membesar menjadi anak yang solehah....
....insya Allah...tidak lama lagi
Solehah pulak bakal mendapat adik....

Thursday, October 20, 2011

alhamdulillah...

alhamdulillah....
semalam mak telefon dari tanah suci
dengan suara yang ceria..mengkhabarkan kesihatanya
alhamdulillah dalam keadaan yang baik..

saya rasa syukur sangat...
moga mak dan ayah dapat menjalani ibadat dengan sempurna...

bukan apa..sebelum mendapat berita
mendapat tempat ke tanah suci
..mak sudah tiga bulan tak dapat berjalan
mengikut doktor..ada sedikit masalah saraf
setelah mak terjatuh di dalam kebunya...
dan setiap kali balik kampung ..hati kecil sering menangis
melihat keadaan mak yang hanya mampu mengesot sahaja didalam rumah
sedangkan sebelum tu mak sangat cergas orangnya
biarpun usia dah mencecah 70-an

namun...kuasa Allah..tiada siapa boleh menduga...
ketika dipanggil untuk kursus haji perdana
mak sudah boleh berjalan sedikit

lebih kuat kalau dengan bantuan tongkat...
dan bila mak mendapat tawaran tempat untuk mengerjakan haji
semangat mak makin kuat...cuba untuk sembahyang berdiri...
dan berjalan setiap hari...
alhamdulillah seminggu sebelum bertolak
ke tanah suci..mak nampak semakin kuat
walaupun sesekali kakinya perlu diurut...

Subhanallah...semunya atas keizinan dan kekuasaanNya..
dan kelmarin mak telefon..kesihatannya cukup memuaskan
dan moga kekal dalam kesihatan begitu...
hilang kerisauan didalam hati
yang selama ini sering bimbangkan keadaan kaki mak
dan impiannya untuk mengerjakan haji itu....

moga mak dan ayah dapat menunaikan rukun islam ke5 itu dgn sempurna
dan mendapat haji mabrur
amin....

Thursday, October 6, 2011

nasi ayam n no(mutiara nolan)

Assalamualaikum....

sepanjang minggu ni rasa teruk sangat...
kesihatan on n of...mabuk tak habis2 lagi..
biasanya kalau duk dengar cerita kawan2
dalm tempoh tiga bulan pertama tu je yang duk m**tah2
tapi rezeki kita biasanya sampai nak masuk bilik bersalinlah...

Tapi alhamdulillah..dalam duk mabuk tu
Allah masih beri kekuatan untuk masuk dapur
sediakan apa yang patut untuk keluarga
lepas beberapa kali..berehat baru siap huhu

semalam ni pun sama...
balik kerja rasa letih sangat
apa lagi pikiran mula cari menu yang paling ringkas
...
apa lagi teringat nasi ayam....buat sup n ayam je kan...
ringkas huhu.

Nasi ayam ringkas...buat ayam bakar je sebab anak2 suka ayam bakar gini..huhu makan dgn sup habis ceritakan
Oleh sebab keadaan kesihatan tak stabil jugak
terlepas banyak cerita kawan2...
memang terasa rindu nak tahu cerita kawan2
tapi keupayaan nak mengadap komputer tu yang kurang huhu
namun..semalam juga saya rasa seronok sangat ..
 bukan apa...dapat cendera hati dari No.(mutiara Nolan)
keychain labuan..terima kasih No...
moga persahabatn di maya ni akan terus berkekalankan....