Assalamualaikum..dan selamat datang

Saturday, February 25, 2012

kerutuk daging dan nasi tanpa nama

tengah hari ni penat sangat badan
bukan apa pukul 12 tadi
 masih berjemur  tengah panas layan anak3 mandi kat cenang
kalah mat saleh..
balik rumah apa lagi rasa macam nak tidur je...
tetapi memandang baby tengah tidur,
saya ambil kesempatan tuk masak tengah hari terus
tapi menu kali ni,menu nasi tanpa nama,,
sebabnya masa masak tadi main campak je segala
rempah yang ada kat dapur tu,,hehe
dimakan bersama kerutuk daging.
jangan lupa buat acar sekali ye


sedap tu kerutup daging rempah darat kelantan
untuk kerutuk daging,saya masak cara saya
macam yang mak2 duk masak dulu2 jugak huhu

Bahan-bahan
1/2 kg daging

3 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
1 cm kulit kayu manis

6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 senduk rempah kerutup*saya beli rempah kat kelantan
1 cm halia
1 gelas santan pekat
2 sudu besar kerisik
Garam secukup rasa
Sedikit gula




Cara membuatnya
- Daging dipotong dan dibersihkan
- Panaskan minyak ,tumis bawang n kawan2 yang lain tu seperti biasa. Tumis sehingga kekuningan.

-kemudian,masukkan rempah kerutuk yang dibancuh dengan sedikit air.tumis lagi hingga garing
- Masukkan daging, Masak hingga air daging kering/daging empuk
- Masukkan santan dan masak sehingga mendidih
- Masukkan kerisik, garam dan gula.

-Masak sehingga jadi pekat.
-makan.


mudah je cara campak saya tu,cara orang malas,huhu

-ps-nak pegi makan nasi yang dah diletak lauk tadi tu..takut kembang semangkuk pulak nanti..
orang ramai dalam rumah ni masih seronok belayar di alam mimpi,kepenatan main pantai.. 
jom..makan

aktiviti ala-ala best di hujung minggu

mama tengah pantau aktiviti fizikal 3sekawan

solehah paling seronok  dapat bergayut camtu

nak join sama

along gelakkan babahnya yang kunun2 best

itulah aktiviti kami pagi semalam
konon2nya nak pegi xsesais sebab lemak makin galak,
jadi beramai2 kami joging dari rumah ke stadium langkawi kat belakang umah
yang bestnya bila dah rasa penat,suruh hubby balik amik kereta
tak larat nak jalan huhu...
masa balik...singgah pulak pekena roti canai kawen huhu

-mintaklah petua skit,,macamana nak hilangkan lemak2 yang galak ni huhu
teacher basariah-anak kedah,sila jgn senyum baca statement ini hehe

Friday, February 24, 2012

entri tertangguh

salam pagi jumaat..bersyukur kita sebab masih
diberi peluang hirup udara di pagi jumaat nikan..
moga Allah memanjangkan usia kita dalam
ketaataan dan keberkatan..amin


rasa dah lama tak dapat bersiaran
bukan apa..bosan dengan line yang slow
dah tu pulak..awal2 masuk kerja ni
banyak yang nak di selelsaikan.......huhu

jadinya niat nak berentri tu terpaksa dipendamkan
memandangkan cuti hujung minggu ni
saya curi sedikit masa sebelam buat B.fast(sempat lagi tu)
buat entri tertunggak ni......

ain dan keluarga..sian ain...hidanganpun atas lantai je....
 ni dia......kunjungan ain(sekadar satu coretan)
ke rumah saya....
suka dapat jumpa ain yang sesangatlah lemah lembutnya
malu pulak saya rasa hehe..sbb saya kasar skit
skit je,,, ain kan? :-)
.....................................
:::::::::::::::::::::::::::
1st time jumpa rakan maya...semua rasa ada
berdebar,risau dan macam2
maklumlah...saya ni hanya tinggal kat kuartes je
jadinya keselesaan tu kurang skitlah
mintak maaf ye ain..kalau tak selesa,,,
jangan serik datang lagi....


ain n anak daranya..comei2 macam maknya..
terima kasih ye ain..sudi terima undangan suri...  :-)
bilalah nak dapat jumpa sahabat2 yang lain
kalau ada yang ke langkawi sudilah singgah di teratak saya...

Friday, February 17, 2012

kek carot

Assalamualaiku...
masuk sini ada terbau apa-apa tak...
hehe,baru lepas bakar kek carot ni,

sebenarnya malam ni ada pengajian bulanan
dato muftti kedah kat masjid di pekan kuah ni
tapi stok susu dah habis,saya bimbang nak tinggalkan si kecil Adib
makanya duduk rumah,,,mulalah kerja godek resipi

tak nampak sangat kemeriahan carot tu sbb tak cukup sukatan..habis stok..tp gagah nak buat jugak huhu
saya jumpa kat myR... kek karot...
 teruja nak buat sebab baca tuan resipi(terima kasih) tulis dah banyak kali cuba
dan sangat best.........

memang sedap...tambahan
panas2 lagi ni baru keluar oven hehe..
terasa kacang krup krap,saya guna kacang santung 
jomlah makan dengan saya....

jadi saya kongsi resipi dari myR ni kat sini
mana tahukan nak buat lagi lepas ni..
sebab rasanya yang sedap itu...

 Kek Carrot

Bahan-bahan ( 1 biji kek )

  • 2 1/2 cawan parutan carrot (lebih kurang 3 batang carrot)
  • 4 biji telur
  • 1 cawan minyak sayuran
  • 1 1/2 cawan gula putih
  • 2 cawan tepung
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 1/2 sudu teh baking powder
  • 1 1/2 sudu teh serbuk kayu manis*tak letak tak dak
  • 1 sudu teh serbuk buah pala (nutmeg)*pun tak dek
  • 1 sudu teh vanilla
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 cawan kacang pecan atau walnut yang dicincang*saya guna kacang satung je..tumbuk bg pecah2

Cara-cara

  1. Panaskan oven 185 C. Sapukan sedikit minyak pada tin kek.
  2. Campurkan tepung,baking soda, baking powder, serbuk kayu manis, serbuk nutmeg, garam dan ayak.
  3. Pukul telur dan gula sehingga sebati (tak payah pakai mesinl, pakai senduk kayu jer sebab tak payah nak pukul lama lama). Setelah sebati, masukkan minyak dan pukul lagi hingga sebati.
  4. Masukkan campuran tepung tadi sedikit demi sedikit kedalam adunan telur dan kacau sebati
  5. Masukkan vanilla, parutan carrot, dan kacang cincang. Kacau sebati, lepas tu tuang dalam tin kek, bakar lebih kurang 40 minit ke satu jam...ikut saiz tin kek jugak...tebal atau nipis kek ni. Lepas 40 minit tu test la sekali sekala, cucuk ngan lidi.
-niat hati lepas bersalin nak bagi turun skit berat badan,bukan apa..tak larat nak duduk bangun.....tapi tiada upaya selera makan sentiasa mengebu-gebu huhu...
alhamdulillah sbb masih boleh makan lagi kan.

Karipap rangup.

Malam-malam hari baru sibuk nak bersiaran
bukan apa,masa nilah anak2 dah tidur,
jadinya dapatlah kita mengadap lappy dengan senang hati huhu

walau dah malam,tapi masih nak cerita bab makan2 lagi ni
malam ni,pasal karipap pulak....
karipap ni adalah makanan kegemaran huby,
jadi agak kerap jugaklah saya buat karipap
selalunya buat duk guna resipi biasa yang turun temurun tu
tak pernah pulak terpikir nak google cari resipi

tapi tengah hari tadi saje je google resipi karipap
huhu...baru saya tahu ada resipi karipap yang agak lain
dari yang selalu saya duk guna
resipi tu saya jumpa dari ros jintanmanis
rupanya saya tak tahupun nak bagi rangup tu
letak tepung beras dan tepung ubi,
selalunya saya duk guna gandum semata..huhu


sampai ke tua,,tak pandai nak kelim tepi karipap.terpaksa guna acuan huhu

karipap rangup...
jadi kalau2 ada sahabat-sahabat pulak yang tak pernah cuba lagi resipi ni
saya kongsi kat bawah ni..
dan terima kasih pada rosjintanmanis
 atas perkongsian resipi ini........
memang rangup...


Karipap Rangup

Bilangan 36 ketul
BAHAN2:
500g Tepung
50g Tepung Beras
50g Tepung Ubi
1 sb Gula
1 st Garam
2½ sb Majerin*
¼ cwn Minyak* (* panaskan)
Air ( ros guna air sejuk yang dalam peti ais)
CARA2:
1. Campurkan kesemua bhn2 kering.
Tuangkan minyak panas & gaul rata.
Tuangkan air sedikit2 sehingga membentuk doh lembut.

2. Bahagi dok kpd bebola kecil.
Leperkan & isi dgn inti kesukaan
Buat sehingga habis.
3.Goreng dgn minyak dalam sehingga garing.

Nota: Selepas doh di uli, ros perap doh ni dalam peti ais selama satu jam, baru keluarkan pada suhu bilik, langkah ini penting supaya semua bahan dalam adunan nye mesra dan membuatkan adunan lebih rapuh.
Untuk Inti Keledek ( resepi ros @ jintanmanis.com )

1 biji keledek saiz besar ( boleh dinganti dengan kentang)
1/2 gengam ikan bilis ( boleh ganti dengan daging atau isi ayam)
2 sudu besar udang kering
2 sudu besar serbuk kari
1 sudu besa cili kisar
garam
Cara-caranya
1. Potong dadu keledek dan rendam dalam air, blender udang kering dan ikan bilis hingga hancur, ketepikan. Panaskan minyak dan tumis cili kisar, dan pes serbuk kari hingga garing.
2. Kemudian masukkan bahan yang di blender tadi dan kacau sebati, akhir sekali masukkan keledek dan 1 cawan air, kacau selalu dan biarkan keledek empuk, sesuaikan rasa, masukkan garam, setelah masak dah inti agak kering, tutup api dan sejukkan.

jadi itulah menu minum petang kami petang tadi
ada lebih lagi, sikit..nak buat b.fast esok pagi

-matapun dah mula mengantuk ni......assalamualaikum

Tuesday, February 14, 2012

minyak oh minyak!!!!

Assalamualaikum....
dah agak bersawang kembali rasanya blog ni
sekarang ni macam tak cukup je masa 24jam tu...
rasa tiap hari tu cepat je masa berlalu...huhu
terima kasih kepada sahabat yang sudi ke sini
sayapun kadang tu ada juga BW,
sekadar jadi pembaca senyap je..bukan apa
kalau dengan hanset jd malas nak komen huhu..

panjang pulak intro....
sebenarnya nak cerita pasal minyak masak
saya dah pernah cerita kat sini,pasal minyak
masak langsung tak ada di langkawi ni
sampai saya terpaksa dapat bekalan dari kuala perlis
kirim pada kawan yang balik kampung
;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;
;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;
tapi semalam minyak masak tu telah muncul kembali
masih dengan wajah lama
cumanya....setelah tiga bulan minyak menyepi..
kini muncul dengan harga baru...huhu

kalau dahulu minyak masak yang lima kg tu,RM13.35
tapi harga baru semalam RM14.50.....................


-apa nak dikata......sekarang dah belambak kat langkawi ni.

Wednesday, February 8, 2012

entri tengah malam...

munkin ramai saat ni dah belayar jauh
tapi saya masih bersengkang mata lagi...
bukan buat kerja apa pun...
tapi terpaksa,,,,, sebab terajin tak kena masa
""""""""""""""""""""""""""
"""""""""""""""
sebenarnya,,,
malam ni,,saya tiba2 pulak rajin nak meroti
awal- awal tadi duk layan cerita kat tv,,
sudahnya 9.30 malam baru nak mula uli tepung...
apa lagi sampai saat ni tak boleh nak bakar lagi huhuhu...
"""""""""""""""""""
"""""""""
tapi elok jugakkan...
kurang2 bolehlah saya ziarah sahabatkan...
dah dua hari ni,,agak tak sempat nak mengadap lappy
kalut betul dah masuk kerja..dapat kerja baru...
saya kena jaga pusat sumber sekolah...
bayangkan dah bulan dua..satu bendapun tak buat lagi
 jadi banyak benda yang kena settelkan...



sementara nak tunggu roti tu naik skit,,,,,
bolehlah saya BW.... :-)

-mengantuknya mata ni....

Sunday, February 5, 2012

bingka kacang merah.

Assalamualaikum....mesti masing2 tengah kalut kat dapur,,,,
masak untuk lunchkan.....
saya seperti biasalah..malasssss sangat
nak masuk dapur awal-awal untuk masak tengah hari...
lagi pun pagi tadi dah makan meehun dan kuih
jadinya ada alasan untuk lewat sikit masak  hehe
...................
sebenarnya nak kongsi rasa,,,
malam tadi,buat kuih ni...
walaupun warnanya agak gelap,
berbanding yang tun buat,
tapi  rasanta tetap sedap ..lemak manis...
sesuai untuk minum petang...

bingka kacanng merah..sedap...cadang nak buat minum petang ni...tapi pagi dah selamat difidyahkan ..makan n bagi jiran2 skit
resipi ni saya dapat dari blog tun telani
tqvm tun..akak mintak izin paste kat sini
seperti biasa nak tengok yang cantik boleh tengok yang tun
dilink kat atas tu

 Bingka Kacang Merah
resepi: kak yatie

Bahan-bahan.

  • 11/2 cwn kacang merah* (yg telah di rebus)
  • 1 cawan air*(* di kisar bersama)
  • 1 1/2 cwn tepung gandum
  • 1/2 cwn tepung beras
  • 2 cwn santan
  • 1 cwn gula
  • 3 sudu besar butter
  • 2 biji telur
  • sedikit garam
  • pewarna merah
  • sedikit bijan
  • 2 sudu besar minyak utk sapu pd loyang- boleh juga sapu butter
Cara-Cara.
  1. Kisar kacang merah bersama 1 cawan air. Ketepikan dulu.
  2. Masukkan kesemua bahan ke dalam blender kecuali bijan dan minyak.Kisar sebati.
  3. Sementara itu panaskan oven 175c.Sapukan minyak di sekeliling loyang dan masukkan dlm oven sebentar.
  4. Keluarkan loyang dan tuang adunan tepung tadi dan taburkan bijan di atasnya.
  5. Bakar selama 50 minit api atas bawah dan tambah 5 minit lagi utk garingkan bahagian atas.
  6. Biarkan betul2 sejuk barulah di potong.Selamat Mencuba.
-tiba-tiba terfikir...masih tak ada cadangan nak masak apa tengah hari ni??????resipi apa ye, yang sedap dan mudah,huhu

Saturday, February 4, 2012

alahai....Solehah lagi

Sempena cuti ni..sempatlah saya ngan hubby keluar cari barang2 dapur.
Selalunya ..kalau nak cari barang..memang anak-anak tak boleh bawak.
Bukan apa,,diaorang ni..memang tak terkawal berlari sana-sini huhu
"""""""""""""""""""""""""""""
""""""""""
tapi harini..memandangkan solehah dah berapa hari tak klua rumah,
saya bawakan dia sekali..............
rupanya walau tak ada abang2nya dia tetap berlari ke sana sini....
"""""""""""""""""""""""
'''''''''
dalam kami duk ralit belek-belek kasut
tiba-tiba perasan dia dah tak de...

rupanya kat sini dia..agaknya tertarik dengan kereta yang dipamerkan kat situ..orang dah letak pagar tak bagi masuk..tapi solehah bukannya kisah pun hehe.....
tengok tu...tahu orang jerit nama dia..mula nak lari lagi tu...kalah abang2nya yang berdua tu..
Teringat mak selalu cakap,.,,,,,mak masa ada anak kecik dulu..tak pernah pun pegi ke mana-mana. Duk je kat umah...hehe,,

Friday, February 3, 2012

piza gebu

Hari Rabu lepas,saya dah mula masuk kerja......huhuhu
Alhamdulillah,keadaan secara amnya tidaklah terlalu menekan sangat.....
along n adam pun dah tak bermasalah untuk bangun pagi dan baby Adib Fawwaz,mengikut pengasuh anak,,belah pagi dia banyak tidur. jadi tak delah saya risau kut-kut dia menangis yang tak terkawal masa saya tak de kan? Cumanya Amirah solehah je yang awal sgt bangun..asyik nak mengikut abang-abangnya ke sekolah ....hehehe ...Alhamdulillah..kecik-kecik dah rajin....tataulah besar nanti mcm mana pulak...

Oklah.. sempena cuti ni 3 hari ni(salam maulidurrasul ye)...sempatlah saya kedapur
melayan permintaan anak yang nak makan pizza,,,
.

sempat ambil gambar sebelum di bakar..dah masak..lupa nk amik sbb anak2terus makan..terima kasih pada CMG yang kongsi resipi ni..

..kat bawah ni saya kongsi resipi yang saya amil dari DST...

BAHAN-BAHAN DOH PIZZA :-)
300 g tepung gandum
6 g instat yeast
20 g mentega
10 g gula halus
1 camca teh bread improver (optional)
1/4 camca teh garam
1 1/2 camca besar madu
170 ml air
Sedikit tepung untuk ditabur

BAHAN-BAHAN PIZZA GEBU :-)
4 batang sosej ayam "ayamas", hiris serong
4 hirisan gegelang red capsicum
4 hirisn gegelang yellow capsicum
4 hirisan gegelang green capsicum
1 biji bawang besar, hiris bulat (optional)
175 g keju mozzarella, hiris nipis2
Sos tomato dalam botol secukupnya
4 camca besar mayonnaise

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK DOH PIZZA :- Satukan semua bahan untuk doh dalam satu bekas, kecuali mentega dan tepung untuk ditabur, gaul rata hingga bersatu. Tambah mentega dan terus meggaul hingga menjadi doh yang kenyal, jika melekit, tambah sedikit tepung. Kemudian bulat2kan dan biar 45 minit hingga naik sekali ganda. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan untuk dok kecuali tepung untuk ditabur, ke dalam bread maker, pilih setting untuk doh dan tekan "ON", buat hingga siap.
  2. UNTUK PIZZA GEBU :- Panaskan oven pada suhu 190C, sediakan 2 dulang pizza berukuran 9 inci, sapu dengan sedikit mentega. Ketepikan. Keluarkan doh, bahagikan doh tadi kepada 2 bahagian sama besar. Ambil satu, tabur sedikit tepung dan canai bulat. Alihkan ke dalam dulang pizza, tekan2 dengan hujung jari hingga memenuhi dulang tadi dan biarkan kelilingnya sedikit tebal. Letak 2 camca besar mayonnaise, ratakan dan letak pula sos tomato, ratakan. Susun bahan untuk pizza atasnya (buat 2 bahagian) dan diakhiri dengan keju mozzarella. Bakar 20 - 25 minit hingga keju mencair dan roti kelihatan kuning keemasan. Keluarkan dari oven dan hidangkan segera bersama sos kegemaran. Buat kaedah sama juga untuk satu bahagian lagi
-malam ni baru sempat nak mengadap lappy..kalau tak,malam je,pukul 9..dah tak boleh nak buka mata huhu

Wednesday, February 1, 2012

WW-kreatifkan..

tengok iklan ni dah lama..masa balik kg raya tahun lepas,kat petronas di kuala krai(baru teringat masa duk belek2 gambar lama tadi)..kreatifkan...