Assalamualaikum..dan selamat datang

Friday, April 29, 2011

puding telur beroti@puding roti kremer

 Assalamualaikum...


Malam tadi badan rasa kuat sikit..
apa lagi saya mengambil kesempatan..masak puding karamel...
hari tu lagi nak try masak lagi sekali puding karamel..
sebelum ni yang saya cuba kat sini yg tak terbalikkan tu..tak guna roti..
resipi yang ni saya godek dapur kak rosaliza guna roti..
emmm.makan kejap tadi ni sungguh sedap..tq kak rosa


sejuk tekak selepas keluarkan dari peties pagi ni..huhu..



PUDING TELOR BEROTI @ PUDING ROTI KREMER

Bahan2nya

~ 3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus
~ 4 keping roti gardenia
~ 3 biji telur - di pukul manja dan di tapis
~ 2 cawan air suam
~ 1 Atau 3/4 cawan susu pekat manis
~esen vanilla

Cara- cara

Dengan menggunakan loyang, sediakan gula hangus........kemudian ketepikan. Panaskan pengukus..... Carik2kan roti kemudian blender  bersama air suam dan susu. Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis itu dan masukkan esen vanilla. Kemudian masukkan adunan tadi kedalam loyang  gula hangus dan kukus sehingga masak..


jadinya pada kawan2 yang nak makan petang ni leh buat sekarang..masuk petiais..petang nnti hidang..sedap..manis dimulut..





bila rasa badan kuat skit rasa nak buat macam2...
nak kemas rumah..nak basuh kain,,nak mop lantai.
last2 duk depan lappy je huhu

Wednesday, April 27, 2011

assalamualaikum

Assalamualaikum

Sahabat yang dirahmati Allah..
semoga semuanya berada dalam limpahan rahmat kesihatan

rasanya sudah lama tidak dapat membuka blog
betullah,,ingat lima perkara sebelum lima perkara
...antaranya sihat sebelum sakit....
bukan apa bila dah tak sihat semua bendapun tak boleh nak buat

itulah yang saya alami sekarang
sejak keadaan diri yang kurang sihat ni
banyak benda yang terpaksa dilupakan

hanyalah perkara2 yang memang tak boleh nak tinggal sahaja
gagahkan diri untuk menyelesaikannya
yang lain..terpaksalah tolak tepi...

tapi hari ni alhamdulillah..rasa ada sedikit kekuatan
dapatlah menjenguk kawan2.....rindunyaaa.
sambil bersihkan sawang..

terima kasih kepada kawan2 yang masih sudi
lagi datang,,walaupun saya off dah banyak hari..

moga lepas ni kita akan berjumpa lagi
walau hanya sekadar di maya...

moga jumpa lagi..




terima kasih

Friday, April 8, 2011

Kek Coklat Lembut Kukus Chef Zubaidah

 Assalamualikum....

Tadi pagi singgah kat umah nieza ternampak dia pamerkan kek coklat yang sungguh menyelerakan..
saya ni apa lagi..macam2 dah terasa kesedapan kek kat lidah saya..kuat betul penangan nak makan manis-manis...moga2 tak terkena perkara yg tak diingini berkaitan ngan manis ye..amin..

Memandangkan serbuk koko dah habis stok..saya meminta hubby ke kedai..kalau bukan kerana teringin..kalau barang takde dalam dapur..saya tangguhkan dulu..tapi ni rasa cam takleh tahan dah..dah terasa kat mulut...kesedapannya..huhu

Alhamdulillah..dapat jugak saya menikmati kek ini....
dan kepada nieza...terima kasih kerana sudi kongsi resipi..jadinya..akak mintak nak meriahkkan kat tempat akak pulak ye..

Resepi : Chef Zubaidah & along@myresepi


Bahan :
**100 gm serbuk koko
**1 tin susu cair
**200 gm minyak masak @ minyak sayuran @ pun butter cair
**250 gm susu pekat
250 gm gula kastor - aku kurangkan ke 180 gm saja
4 biji telur - pukul hingga berbuih
150 gm tepung gandum
1st soda bikarbonat
1 st baking powder

Cara membuatnya :
Campurkan kesemua bahan bertanda** dan masak dengan api perlahan sehingga licin. Tak payah sampai menggelegak
Satukan dengan telur yang di pukul tadi dengan mixer. Gaulkan bahan2 kering  dan campurkan sedikit2 sehingga sebati.
Masukkan ke dalam tin yang di lapik dan minyakkan. Kukus selama 1 jam dengan api sederhana. Pastikan air telah menggelegak sebelum di kukus.
Kalau tak nak kukus boleh juga bakar selama 40 - 45 minit dengan suhu 170c.
Sejukkan dahulu sebelum di hiaskan dengan icing @ ganache.
Bahan2 Simple Chocolate Ganache:
1 cawan susu pekat
1 cawan serbuk koko
1 sb butter/margerin/minyak masak
Caranya :
Kacau semua bahan atas api kecil hingga likat dan larut sepenuhnya.

Bila dah rasa..kek ni takde lah manis sangat,,,setakat bolehlah..tapi yang penting rasanya yg sedap...jomlah,,,kawan2 makan sama.sama...


ps:anak2 saya hari ni cipta sejarah pulak..semua pakat tidur jam 8.00 malam..susah nak jumpa tu...
bolehlah saya keluar makan2 berdua ngan hubby..ahaks..
jumpa lagi....

keropok lekor

Assalamualaikum..


Terima kasih kepada kawan2 yang sudi datang..dan terima kasih juga pada kawan-kawan yang sudi beri pandangan mengenai anak bujang saya semalam..saya amat hargai sangat..Rasanya kena pegi cari air penawar n bacakan surah yang diberikan adalah jalannya..harapan saya biarlah lepas ni..along mahu ke sekolah..InsyaAllah..


Pagi ni nak cerita pasal sekarang ni musim ikan kembung tengah banyak..tiap2 hari ada je hubby bawa balik ikan yang dibeli dari nelayan di Pulau Tuba. Hubby yg selalu duk beli tu bukan apa,,dia ni penggemar tegar laksa utara  ..tapi asyik duk buat laksa hari2 mau sakit badan huhu..

Teringat pulak masa kecik2 dulu  kat kampung,kalau ikan banyak mak selalu buat keropok lekor..jadinya tanpa berlengah saya menelefon bertanyakan resipi..masa dulu tak mau amik peduli time mak masak..Kata mak kena masukkan tepung sagu...huhu mana nak cari...tu..Kalau takde boleh ganti ngan kanji.seb baik kanji ada

Hasilnya...nampaklah isi ikan skitkan kalau buat sendiri..kalau tak..duk beli kopok kat sini..puteh n keras je.lebih tepung..

Yang ni sedia untuk dihabiskan..malas nak mengelenter..saya buat bulat2..
Dan seperti biasa..bagi meriahkan majlis..saya letaklah resipi cara saya kat bawah ni.

-2kilo  ikan*saya guna ikan kembung.
-2 caw tepung ubi
- sedikit garam

cara-cara

1. Siang iakn bersihkan..selinap amik isi
2. potong kecil isi ikan dan blend guna blender kering
3. bila dah lumat,mmasukkan ke dalam bekas n campur dgn tepung ubi n garam..uli sebati
4. Pastu bentuk seperti keropok kat kedai tu then rebus di dlm air mengelegak..bila keropok terapung.masuklah tu.
5.toskan,n goreng..
6.Hidang ngan sos
7.makan.

Tapikan rasanya,kalau buat guna ikan selayang lagi manis..
So sahabat yang tak tahu nak masak apa ngan ikan kecil bolehlah cuba buat keropok lekor ni..

Wednesday, April 6, 2011

mati akal

Assalamualaikum...sahabat yang dirahmati Allah


Hari ni seharian saya berfikir....
pasal anak saya yang sulung tu..
Si Along ni berusia 6 tahun..anak sulung baru 6 tahun huhu
along ni saya baru hantar sekolah(tadika) baru tahun ni



masalah yang saya hadapi sekarang..
baru masuk bulan 4 sekolah
Along buat hal macam2....
dalam seminggu ada 2-3 hari sahaja dia pergi sekolah
itupun selepas kena marah..

saya pun dah pening..tiap2 pagi along akan bangun dan menangis
sambil merayu-rayu tak mahu pergi sekolah

kadang tu sampai tahap meraung2...
masa saya dah penat,saya izinkan dia tak pergi sekolah
tapi kalau dah hari-hari???>>

Saya dah pernah jumpa gurunya
katanya dia tak pernah ada masalah kat sekolah
???????
ni je yang along suka...main game...

ada tak pernah kawan2 hadapi masalah macamni??
macamana lagi harus saya pujuknya untuk ke sekolah,,,

memang saya mati akal......

Tuesday, April 5, 2011

puding gula hangus

Assalamualaiku...


Sebelum apa2 tengok kat gambar kat bawah ni..apa yang tak kena erk...

hasil pertama...rupanya kena terbalikkan...huhu.kena buat lagi lepas ni bagi cantik.
Tak tahulah nape..akhir-akhir ini asyik rasa nak makan manis2 je
sampaikan air putih dah tak lalu nak makan asyik air sirap je 24 jam
apa yang tak kena tah..

semalam teringat kat puding gula hangus ni yang di lihat di pasar malam
rasa cam sedap je...

apa lagi..balik dari kerja,terus mengodeknyacari resipi kat myR
makanya terjumpa resipi dari Alia(terima kasih) dengan nama puding karamel.
yang bestnya semangat nak buat tak baca cara bagi jelas
rupanya puding ni kena terbalikkan baru nampak cantik
huhu itupun tak tahu...anyway nak kongsi gak kat sini
resipi n gambanya.gamba yang tak sepertinya tu

Bahan-bahan ( saiz:16 cm )

  • 400cc(400ml) susu segar/susu cair
  • 5 sudu besar gula halus
  • 3 biji telur- pada suhu bilik
  • 2 biji telur kuning-pada suhu bilik
  • 2-3 titik esen vanila
  • [ KARaMEL ]
  • 5 sudu besar gula
  • 2 sudu besar air

Cara-cara

  1. Sediakan karamel: Masukkan gula ke dalam periuk dengan 1 sudu besar air. Masak di atas api sederhana. Bila nampak sedikit perang, masukkan 1 sudu lagi air. Masaklah sehingga perang. Tuang ke dalam loyang. Ketepikan.
  2. Masukkan telur dan kuning telur ke dalam mangkuk. Sambil dikacau masukkan gula sedikit demi sedikit. Kacau dengan perlahan sehingga sebati. Jangan biarkan berbuih.
  3. Dalam periuk lain masukkan susu dan esen vanila. Panaskan sehingga 60 degree. Jangan sampai mendidih.
  4. Dengan susu yang masih panas lagi, masukkan sikit demi sedikit susu ke dalam telur tadi. Kacau sehingga sebati. Tuang ke dalam loyang yang ada karamel tadi.
  5. Tutupkan loyang dengan 2 lapis aluminium foil. Kukus dengan api sederhana selama 30 minit
  6. Atau boleh juga dibakar di dalam oven. Tapi perlulah diletakkkan air suam ke dalam dulang pembakar. Bakar selama 40-45 minit pada suhu 150 degree.
  7. Bila dah masak. Jangan buka aluminium foil. Biarkan 5 minit. Kemudian bolehlah dibuka.
  8. Bila sejuk bolehlah disimpan dalam peti ais 
Apa-apahalpun sedap jugak puding ni...
cuma nak tanya kawan kalau yang biasa masak puding ni..
macamana nak elakkan rasa karamel tu dari rasa cam nak pahit skit ye...


.

Sunday, April 3, 2011

marah..

Assalamualaikum...sahabat yang dirahmati..
terimakasih yang sentiasa sudi datang ke tempat saya ni..seminggu dua ni tak tahu kenapa,,,kesihatan kurang mengizinkan untuk duduk depan lappy lama2..walau rinduuuu pada kawan2 tapi terpaksa dipendamkan....




Daripada abu hurairah r.a,bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud; "bukanlah yang gagah perkasa itu seorang yang mampu merebahkan orang lain,tapi sebenarnya orang yang gagah perkasa itu ialah orang yang mampu mengawal dirinya ketika marah."


Hadis ni suami bacakan kepada saya ketika saya betul2 dalam keadaan marah hari tu...bukan tapenah marah huhu,,tp hari tu saya marah saat ada orang ramai..burukkan sifat marah ni..boleh mendatangkan malu sebenarnya..tu sebab nabi s.a.w mengibaratkan dgan org yang gagah itu org yang mampu mengawal marah..

ceritanya:khamis malam jumaat lepas saya telah membawa dua orang anak ke klinik kesihatan dipekan tempat tinggal saya ni(bukak sampai jam 9mlm)...sorang demam..on of dah seminggu dan yg sorang lagi si solehah tu tak tahulah kenapa asyik sem**lit je..kesian dia...tapinya bila sampai kat kelinik tersebut..dahlah menunggu untuk didaftarkan agak lama..apa lagi menunggu giliran..bila dah dapat turn..masuk jumpa doktor...alahai...doktor sekadar menghabiskan shif sahaja rasanya..dahlah bercakap ala tak fasih bahasa melayu..dah tu pulak..macam salahkan kita,,mcm saja-saja nak bawa anak ke klinik..dia bagi alasan biasalah budak2 demam on off tu n sama lah dengan solehah tu,,,katanya biasalah...kata nya u cuba bagi lebih fiber kat anak..u tahu tak apa tu fiber? huhu....maklumlah kita sekolah atap je...dengan tidak menyentuh sedikit pun dua2 anak saya..apa lagi saya mmg rasa bengang sangat....saya mintak maaf dengan dia sbb terbawa anak saya ke klinik...then saya keluar tanpa mengucapkan terima kasih..kat luar sementara menunggu nak ambil ubat..saya tak habis2 membebel..tu yang suami menegur tu,,,,huhu..rupanya mengikut cerita pkerja kat kaunter ubat yang terdengarbebelan saya menyatakan yg doktor tersebut mmg begitu gayanya....grrrrr...

pernah tak kawan2 terkena gitu?... ,,....rasanya doktor tu sorang je yang perangai camtu...