Alhamdulillah..sudah masuk hari ketiga berpuasa...
semalam adam fitri asyik duk sebut nk makan donat
Maknya bukan apa,pobia nak buat,dah berapa kali cuba buat donat..
Tapi mesti kejadiannya tak memuaskan hati...
Tak terbentuk dengan cantik..herot sana sini..huhu
Tapi memandangkan anak2 baru belajar puasa
Maknya layan jugaklah permintaan adam..
Kebetulan tgk kak yatie memories buat donat
Yang terserlah kegebuannya,,
Makanya daku memberanikan diri mencubanya,,sekali lagi,,,
Alhamdulillah..resipi yang kak yatie kongsi
Memang gebu..suka sangat bila tengok anak2 makan
Mengalahkan makan donkin donut..💝💝💝
|
buat dua saiz..adam nak yang besar,,solehah nak yang kecil...bila goreng..terhangit pulak |
|
yang ni paling elok skit kejadiannya... |
Memandangkan diri ini tersangatlah amaturnya
Dalam masak memasak ni..jadi harus
Simpan resipi ni..senang untuk rujukan akan datang..
Bukan apa resipi kompom jadikan..bulih buat lagi
Mohon izin kak yatie nk pastekan resipi kat sini ye
Bahan-bahan
500g Tepung Berprotein Tinggi/ tpng roti (guna tpg gandum pun ok)
1 Peket Yis Segera-11gram (jenama MAURIPAN atau apa2 jenama)
50g Marjerin/butter
1 Sudu makan(penuh) Shortening(lelemak sayuran)
2 Sudu mkn (penuh) gula pasir
2 Sudu mkn Susu Pekat / 2 Sudu mkn Susu Tepung [ikut citarasa]
1 Biji Telur
1/2 Sudu Teh Garam
Gula Halus atau topping kegemaran anda
190ml-200ml Air Suam (bergantung pd kualiti tepung)
Cara-cara
Di
dalam bekas yang agak besar,tuangkan air suam. Masukkan yis segera,gula
pasir,susu,marjerin dan shortening.Kacau sedikit dan biarkan selama
8-10 minit.
Setelah yis mula berbuih,ayakkan separuh dari tepung
gandum terus ke dalam adunan. Masukkan pula telur yg dpukul sedikit dan
juga garam.
Kacau adunan sehingga sebati dan melekat pada sudu(bila dah sebati tu dkacau satu arah je mggunakan sudu).
Ayak lagi tepung selebihnya,gaul menggunakan sudu seketika barulah uli menggunakan tangan.
Uli sehingga doh sebati dan tidak lekat di tangan..(sisa2 tepung kat dlm bekas tu semua bersih).Doh dah siap.
Doh
tidak perlu direhatkan,(kalau nak rehatkan pun boleh gak selama
5-10min)boleh terus sahaja dicanai setebal stngah inci(agak2 je) Boleh
tmbh sedikit2 tepung jika adunan agak lembik ketika ini..Terap doh
mengikut acuan donut atau bentuk kesukaan anda..Doh akan mula mengembang
dan ringan sementara minyak dpanaskan dengan api perlahan..Gunakan
minyak yang banyak untuk mengoreng.
Setelah minyak agak panas(jgn
terlalu panas,nanti donut gorengan pertama agak hangus)perlahankan
sedikit api,masukkan donut tetapi jgn terlampau penuh sebab donut ni
akan mngembang lagi ketika digoreng(sbb adunan mengandungi telur)
Goreng
sehingga kekuningan dan toskan. Sedia utk dhidangkan bersama gula halus
atau topping kegemaran anda.
p/s-macam mana sebenarnya ye,,cara nakbagi donat tu cantik terbentuk????