Assalamualaikum..dan selamat datang

Sunday, July 17, 2011

cuti...

assalamualaikum semua...
hari ni saya bercuti..
dapatlah bersantai2 sikit..
 ambil kesempatan sapu sawang kat sini...
sambil2 jenguk kawan2
copi2 resipi
walau tak tahu bila nak mencubanya....

time cuti ,,rasa nak pg jalan2 je
tapi sejak pindah ke langkawi ni
rasa macam kosong sangat
tak tahu nak ke mana..,,,
langkah dah jadi sempit..
asyik2 bercuti ke langkawi je...
boring kan..
penah tak sahabat2 rasa macam ni..
rasa sendiri,,rasa terasing,,rasa nak pergi jauh
tapi tak tahu ke mana arah .........

jiwa kosong ni,,sah malas baca quran tu...huhu.

Wednesday, July 6, 2011

pertemuan...memori

pertemuan semula selepas perpisahan yang lama memang mengujakan..
setuju tak?
itu yang saya rasai..bertemu semula dengan sahabat
setelah tak berjumpa hampir 12 tahun...
rasa sangat gembira...
sahabat saya,,sebenarnya senior semasa belajar dahulu
saya kenalinya semasa mendaftar dikolej kediaman Dato Onn
dia seorang senior yang baik..nama nya kak Jamilah
saya menyapanya dengan kak jaa sahaja..
ketika itu kak jaa di tahun 3...


sehinggalah saya di tahun akhir,dan kak jaa buat master
hubungan kami masih baik...
memori itu segar dalam ingatan..
saat saya tension menyiapkan Latihan Ilmiah
suka buat kerja last minute
kak jaa lah antara orang yang banyak memberi semangat
ketika itu kami tinggal menyewa di Sg Tangkas..berhampiran kampus..
..
..
dan setelah grad tahun 1999..kak jaa tidak lagi saya temui
sehinggalah bertemu semula di Facebook..
tahun 2009 lepas....namun dunia maya tak sama dengan realiti
kekangan masa..sekadar menyapa sesekali di FB..

minggu lepas kak jaa memaklumkan
dia akan berseminar di Langkawi..
itulah yang membuat saya teruja.....
.....Ahad lalu...setelah hampir 12 tahun..bertemu semula
...walaupun cuma di kedai makan,sempat juga bertukar cerita
cuma satu yg perkara yang pasti...
kakjaa tak pernah berubah tetap ceria spt dahulu...
semoga ukhuwwah ini berpanjangan..............


kakjaa berbaju merah n saya yg agak kepenatan kerana diserang penat....

Monday, July 4, 2011

nasi ketumbar

Sudah dua tiga hari simpan perasaan nak bercerita
tapi disebabkan kesihatan tidak mengzinkan
maka terpaksa ditangguhkan..
bukan apa..dek kerana makan rambutan
hingga lupa diri..saya diserang kepenatan...

memandangkan hari ni dah agak selesa sedikit
nak cerita pasal makan2 seperti biasa,, :-)
pasal nasi ketumbar...
nasi ketumbar ni saya buat hari khamislepas
kebetulan hari tu ada masalah nak upload gambar
campur tak sihat tu
jadinya tertunda sampai hari ni

sebenarnya pada saya, masa masak nasi ni
baunya  daun ketumbar kurang sesuai sedikit ngan deria bau saya sekarang ni...
tapi ayam masak rempah(1st time cuba) sungguh meggoda rasa..sedap
terima kasih k.nor utk kedua-dua respi yang dikongsi itu....



k.nor kata sesuai diganding ngan acar..


NASI KETUMBAR
resipi : Q'ein @ Myresipi
sumber : Ayu S'pore & K.Nor

Bahan:
500g beras
3 s/b mentega-(Ayu guankan minyak sapi)
sedikit minyak
1 biji bawang merah (dimayang halus)
3 batang daun ketumbar (blender halus)-(Ayu tapis)
sedikit garam
pewarna hijau
1 kiub ayam

Cara-cara
Basuh beras dan toskan
Cairkan mentega bersama sedikit minyak
Masukkan bawang goreng sehingga wangi dan masukkan kiub ayam
Kemudian masukkan beras, daun ketumbar yang telah blender tadi dan secubit garam
Masukkan air dan masak seperti nasi biasa
Bila nasi dah kering buat beberapa lubang dan titiskan pewarna hijau.
Tunggu sehingga nasi betul-betul masak dan gemburkan sebelum dihidang.