Assalamualaikum..dan selamat datang

Sunday, October 31, 2010

Roadblock>seablock....

Cerita rodblok @seablock ni semalam...semasa aku ikut kawan2 islandhoping...dalam perjalanan balik kitaorang,masa tu laut tengah beralun kerana sebelum tu hujan n angin kuat telah melanda langkawi setelah seminggu tak hujan..tiba2 kawan2 yang berada diburitan bot melompat masuk dan terus memakai life jacket..ait apa hal.  kami yang kat dalam terkejut dengan tindakan mereka.."marin"ujar kawan ku...oh ya ka..semua mula menyambar jeket yang terdapat kat tepi kerusi masing...berlakunlah..macam kalau nampak JPJ sambar pakai seatbelt..huhu..yg bestnya kawan kat sebelah gabra terpakai jeket kanak2 punya hahaha..korang ni nak belakun yang marin tu dah awal lagi duk teropong we all.hehe...bila bot kami berenti geng marin tu siap selongkar semua tempat..tak tahulah mungkin diaorang ingat ada barang seludup kot..pastu siap soal kami lagi..maklumlaha Langkawi ni ramai orang burma...munkin ada wajah kami ni nak semacam orang burma..selepas dekat 20 minit di soal siasat mereka pun membenarkan kami meneruskan perjalanan@pelautan...Dalam kita dok doa nak bagi cepat sampai tu lah diaorang ni sibuk menjalankan tanggungjawab huhu

marin tengah soal pendatang huhu

first drop...pulau beras basah

tiba di jeti beras basah

Solehah pun nak mandi

dalam bot

masa balik setelah di datangi mari..semua pakat pakai jeket

Friday, October 29, 2010

island hoping....

Ni cadangan dari sapa tah..ceritanya.kat tempat keja nak buat famili day...asalnya diaorang duk cadang nak pergi makan2 bakar2 ayam ke apa ke,,,so keluarlah cadangan nak bermalam kat rezot2 tepi pantai.dalam duk bincang menu,bincang aktiviti nak buat tu...ada pulak nak buat ailand hoping ni...emmm aku yang penakut ngan laut ni mulanya membantah keras cadangan tersebut...
Tapi setelah ditaklimatkan oleh kawan2 rasa macam seronok jugak...ye lah kalau sesaje nak pergi rasanya aku takkan sanggup..sungguh...pengalaman dilambung ombak tiap hari rasa macam dah cukup dah..Ni nak tambah dengan nak buat island hoping plak..bukan dia tu..huhu...so keputusan itulah yang diambil..jadi kami telah mencaterkan sebuah bot untuk aktiviti tersebut...Awalnya punya cadangan mintak orang bot yang sediakan makanan..namum setelah berbincang,,kami memutuskan untuk memasak sendiri makanan...
So..masalah aku sekarang diaorang ni telah menyerahkan tugas menyediakan makanan kepada aku dengan memberi menu kasarnya ialah ayam..huhu..nak masak ayam tajuk apa ye...nak kena ngintai sifu2 blog masakan ni...en mat ke..k.nor ke ke maifood..ke sapa2 lah yang ramai best kat luar tu...tengok lah...terjah....

pizza

Pagi ni selepas jenguk dapur orang  yang boleh bagi ide nak masak,aku amik keputusan buat pizza..sebenarnya lepas bau piza cek chun,,teringin nak buat la tu juga,,tapi duk tengok2 yg dia suh bubuh oregano supaya lebih bau pizza aku tunda dululah...tp rasa kalau duk tunggu nak jumpa oregano tu tak buat dah la..sbb nya kat sini bukan aku tahu sangat campur ngan tak banyak pasar raya lak tu..nak tanya chun takut dia suh aku pg cari kat kedai beskal naya....so aku amik keputusan nak buat jugak pagi ni walau tanpa oregano...apa2 hal yang berlaku mesti akan dapat dilihat hasilnya selepas pizza itu masak nanti..lupa nak tanya cek chun tajuk piza ni..diapun kata dia amik dari en. mat gebu tu..sifu masakan..orang yg pro mcm aku ni kena rujuk sana huhu
eh gambo pizza takleh nak buh lagi lah sebab tak masak lagi :-)

Thursday, October 28, 2010

sunyi...

Bukan sunyi apa...cuma malam ni hubby tak ada...sejak2 duduk ngan hubby ni tak pernah lagi lah dia tak ada waktu malam..keluar ke masjid sekejap tu biasalah...tapi ni dua malam dari malam ni..hubby ikut perkhemahan ko...so tinggallah aku dengan anak2 je kat umah...
Duk sorang-sorang ni mulalah fikiran menerawang rata..teringat masa tinggal berjauhan ngan hubby...rasa macam siksa je..yang paling kesian anak2...lagi2 si Along...along dulu ni..tiap kali babah dia balik dia takkan berenggang langsung ngan babahnya...dan bila sampai masa babahnya nak balik kerja..dia akan menangis sampai aku turut menangis sama..."jangan tinggal along..jangan tinggal along" ayat keramat along yang sering membuat aku menitis air mata walaupun saban minggu acara itu berlaku..

Tapi kini alhamdullilah,,along tak perlu menangis lagi kerana babahnya akan balik setiap hari...cuma malam ni n malam esok je...insyaallah.itu yang jadi sunyi sangat rasa tu...Ya Allah aku mohon padaMu agar rumahtangga ini sentiasa dalam keberkatan Mu...Amin

Wednesday, October 27, 2010

windo soping

balik kerja hari ni hubby ajak jalan-jalan..katanya nak cari baju batik....so aku terpaksalah merajinkan diriku yang agak malas nak berjalan hari ni...Seperti biasalah memandangkan kat Langkawi ni takdak semua neka gedung beli belah tu...kami pergi ke Kamdar lah ...
Tapi masalah ngan hubby aku ni tiap kali nak beli apa2 ialah size...kadang tu rasa malas dah nak cari yang redimade ni...try satu senteng tang tangan..try lagi sendat tang perut..huhuhu....susahnya bila orang tripelsaiz ni.

belek2 payah nak jumpa saiz 3X tu

yg ni tak cantik pulak...last keluar tak beli
.
Dah barang yg hubby nak beli tak dak aku mengajak suami ke store kegemaran ku HIG...hehe hajat nak beli barang2 sale yang bakal berakhir 30 hb ni..tapi bila sampai di sana...mak orang dah petang pun masih duk penuh lagi...akhir tahun ni...ramai lak yang mai melancong n segala jenis rombongan...maka kami balik umah tanpa membeli apa2 tema perjalananan kami hari ni ialah...windosopin

Tuesday, October 26, 2010

cuba lagi...

ni lah hasilnya...boleh gagahlah..tp rasa dah ok

siakap termasuk gak..sayng nak remove...upload lambat banget
cuba lagi...percubaan kali kedua untuk membuat kek gula halus tu telah berlangsung semalam...sebagai seorang yg pro dalam bidang masakan huhu(belajar masak pun lepas kawin)...aku heran nape kalau orang lain masak cukup sempurna...sedangkan resepi itu juga yang digunakan...tp hubby selalu ingatkan...manusia tak sama..anugerah Allah pada sesetengah orang..masak apapun mesti sedap punya...walaupun hanya dicampak2 sahaja..tapi kalau pro macam aku ni..huhu...percubaan kali ke 3pun belum tentu nak jadi :-(  ...tapi hubby tetap puji aku kerana rajin mencuba(bangga sendiri :-P ) anyway aku nak masukkan gak kek gula hangus aku tu kat sini....thanks untuk resipi.n petua.dr kak nor.

tukang paip

Selama ini aku selalu terpikir,kenapalah bilik air dapur rumah ku selalu je basah...semalam baru ku tahu yang paip kat dapur ku pecah...oleh kerana aku tinggal di kuarter kerajaan jadi aku pergi untuk membuat lapoaran kerosakan di PPD.."En..saya nak buat laporan yang paip air ke singki kat umah saya bocor"bicara ku kepada pegawai yang incas bahagian perumahan."Kalau bocor,cik kena buat sendiri,cari tukang paip dan kena keluar duit sendiri"komen dari pegawai tersebut..Aku hairan,,ingatkan bila tinggal di rumah kerajaan,pasti ada bahagian penyelenggaraan.."Oh tak da penyelenggaran ya? tanyaku tidak puas hati.."Memang sepatutnya ada"ungkap pegawai tersebut,,"tapi disebabkan belanjawan berhemah kerajaan maka penyelenggaraan tersebut harus dibuat sendiri oleh penghuni rumah"
OOOo,baru ku paham kini,,,,kerajaan terpaksa berjimat...jadi kita sebagai penghuni kena keluar duit sendiri..Betul juga ye...sebagai menyahut seruan kerajaan dan aspirasi satu malaysia,,,kita kena sokong dasar kerajaan kita..

So balik dari kerja semalam aku mula pusing2 mencari tukang paip..tapi dekat satu jam pusing tak nampak pun iklan tukang paip

Monday, October 25, 2010

Bisday lagi

Hari ni 25hb sebenarnya Hari jadi Amirah Solehah...cadangnya masa bisday along hari tu..17/10 aku nak buat sekali ngan Solehah..tup2 hari ni kena pergi kursus so terpaksa lah ditunda lagi sambutan bisday tersebut....bukan apa dah kursus satu hari rasanya dah penat nak masak dah...jadi selepas bincang ngan hubby kami pospon lagi tarikh sambutan bisday anak2...insyaallah 30hb ni...semoga terlaksana..

Dah setahun Solehah...kejap je masa berlalu

solehah duk baca paper huhu

Along seminggu lepas 5tahun.(17/10)

Adam lagi seminggu 4tahun(3/11)

Sebenarnya 30 hb ni kawan2 tempat kerja nak buat island hoping+famili day SKLC..jd aku pilih untuk menyambut bisday anak2 masa tu lah...gabung tiga sekali..bisday anak2 dekat je tarikh ...selang seminggu je diaorang ni...Along 17/10...Solehah 25/10 n Adam 03/11...senang kerja mama..and save budjet..hehe..mama yang kodokut n sengkek..

Ya allah jadikanlah anak-anak ini anak yang soleh dan solehah..amin

Mee segera...

Sodium attack: 6 Malaysians get stroke every hour..52,000 Malaysiians suffered strokes every year.A main cause of stroke is hypertension.High blood pressure or hypertension is scarily becoming prevalent among Malaysians..


Menakutkan bukan..data ni aku dapat dari Utusan Konsumer keluaran Sept-Oct 2010..dengan cover AVOID INSTANT NOODLES...kenyataannya memang dalam kehidupan kita tak tahu berapa tan pengambilan garam tak kira lah penggunaan langsung ke dalam makanan ke...

Dan dalam paper konsumer ni juga turut membuat kempen untuk tidak memakan mee segera"No Instant Noodles Now"menurut akhbar konsumer ni juga terdapat 8 bahan bukan berasaskan makanan terdapat dalam mee segera..

1)calcium sulphate(plaster of paris)
2)Tertiary butylhydroxyquinone (terdpt dlm gas pemetik api)
3)tartaric acid(digunakan dalam julap)
4)Calcium oxide(digunakan dalam racun serangga)
5)Polydimethysliloxane(bahan dalam contact lens)
6)Tartrazina(membuatkan kanak-kanak hyperaktif)
7)Propylene glycol(digunakan untuk membuat cecair coolant)
8)Pentasodium Triphosphate(digunakan dalam cecair pencuci)

- Risau sungguh baca artikel ni...lebih2 lagi anak aku yang sulung tu suka sgt makan mee segera ni....mujurlah semenjak dua menjak ni aku berkeras jgk tiap kali dia mintak dengan tidak membelinya.. ...

Saturday, October 23, 2010

Solehah..

Haa...malam ni nak cerita pasal little star ku..si Amirah Solehah...Solehah ni lagi dua hari nak cukup satu tahun..Alhamdulillah..perkembangannya memberangsangkan...kadang2 terlebih aktif pulak aku rasa...usaha Solehah sekarang ialah untuk berjalan...boleh dikatakan kalau bawak ke luar rumah dia tak mahu didokong lagi...mesti nak gelongsor ke bawah..cukup seronok kalau kita pimpin dia dan berjalan...
inilah kerja Solehah...jrg nak duduk

tengok lah tuuu...



marah sapa lah pulak tu...

Kecerian Solehah memadamkan gundah hati ku yang sebelum ini telah dikhabarkan macam2 oleh doktor yang membuat pemeriksaan ke atasnya...pernah masa kat Penang dahulu,,akibat demamnya on n off aku membawa ke klinik untuk dibuat pemeriksaan..setelah dibuat ujian darah...seorang doktor muda di sana menyatakan puteri ku ini munkin talasemia...sungguh mengejutkan dan aku menyanggah yang kami suami isteri bukan pengidap talasemia..Doktor tersebut menyarankan aku agar membuat pemeriksaan darah kali kedua...namum sampai sekarang aku tak buat kerana aku yakin anakku sihat dari semua itu..insyaallah..begitu juga semasa ke klinik di Kuah ini untuk pemeriksaan rutin,,,seorang doktor mencadangkan agar aku membuat ujian darah dan air kencing memandangkan mata Solehah sering sembab...mengikut kata doktor tersebut...untuk ujian buah pinggang..nauzubillah...aku selamanya mengharapkan simpang dari perkara itu semua...mintak jauh...Ya Allah berilak kesejahteraan kesihatan yang baik kepada anak2ku agar mereka membesar sempurna sebagai penjunjung Deen Mu.

Friday, October 22, 2010

untuk suamiku


hehe..

Untuk hubby tersayang..ni mama hadiahkan kepada babah DSLR yang menjadi igauan babah siang dan malam ni...maafkan mama kerana lambat mendapatkannya...harap babah gembira..hehehe..

Sebenarnya hubby ku ni semejak dua mejak ni dia duk asyik mengigaukan dslr pulak...selamanya ni dia ada cakap teringin beli DSLR...tapi aku tak sangka dia bersungguh-sungguh,,,tapi dua tiga mejak ni kerja dia suk ulang mudah.com ...tengok DSLR kat sana,,,ait kesian lak hubby ku ni,,,ingatkan saja  je duk cakap rupanya dia minat nak jadi kameramen hehe...nantilah ada2 duit nanti kita beli yang real...sementara ni tengok yang ni dulu...kalau2 en.hubby terbaca coretan ku ini jangan mare ye hehehe

Thursday, October 21, 2010

kampung

sebut kata kampung ni...bukan nak cakap pasal kg aku kat kel nun...walaupun aku rindu sangat kat kampung ku itu....huhu..(.rindu bonda sbnrnya.)tapi nak cerita pasal menu kami hari ni...balik dari kerja semalam suami membeli tiga ekor ayam kampung...fuh kegemaran ku tu....thanks hubby...aku apa lagi setelah menukar pakaian terus ke dapur...berkira-kira nak buat gulai ayam dengan betik fuh terangkat...tapi menu asal ku terpaksa ku ubah memandangkan aku terlupa untuk membeli santan...kelapa yang ku beli semalam telah selamat digunakan untuk membuat pulut kuning malam tadi huhu n ada sikit santan aku bercadang nak buat masak lemak... ...

eh tak dak lak gambo sup yam kampung...tinggal gamba kari n rendang + pulut kuning je

gambo ni je ada...kari ayam kampung

So sebagai pengganti menu...aku .bertukar kepada sup ayam kampung...apalagi anak2 memanang mengemari sup...nak bagi memori terimbau aku turut menyediakan.masak lemak pun kegemaran ku...masak lemak pucuk manis+ngan labu manis...alhamdulilah..sunggup membuka selera...masak lemak pucuk manis ni aku buat ala2 kelantan dengan meletakkan sedikit isi ikan yang dikukus...dan sebagai pelengkap hidangan...disediakan dengan sambal belacan...hum sedapnya
baru jumpa ...

sup sempoi

jap lagi kena sambung nak upload gambar lak

Wednesday, October 20, 2010

Kelantan

"hehehe..malam ni 2-0..betul dak yang?"soal ku saja perangatkan suami yang kebetulan orang Kedah..."mana boleh sejarah kedah taun lepas kedah menang"ujar suami ku pula..tak pa mama dah siapkan pulut kuning untuk meraikan kemenangan kelantan malam ni...jangan marah ye yang" hehe

kukus kali pertama

gaul ngan santan

pulut kuning tuk kita hehe

rendang masih dalam kuali lg

bawa along jalan

dalam duk pikir pasal bisdey along,,tiba2 suami keluar satu plan..apa kata kita bawa anak2 ke cenang."huh buat apa kat sana,dah memang kita duk sini dah"sanggah ku...bila dengar kat along apa lagi "mama along nak mandi kolam...jom lah mama pergi mandi kolam"..emm kesian anak-anak ni..sejak duk di Langkawi ni diaorang jarang dapat mandi manda(mandi air tak masin sebenarnya)..

Akhirnya  hubby membuat keputusan ,jom kita ke Aseania,chenang..kata orang kat sana ada kolam mandi..Aku menelifon kawan sekerja yang banyak contek dalam tour mentour ni..Wati Lgk...runding dengan dia boleh lah dapat harga kawan-kawan...







Horey anak2 cukup seronok..

resipi kek gula hangus

 saya amik resipi dari secubit garam...teruja tengok kek nya yang sungguh cantik..huhu

KEK GULA HANGUS


1 tin kecil butter (250gm) ~ boleh gunakan 1 ketul/bar butter
12 bj telur ayam
1/2 cawan susu pekat manis
4 cawan gula
2 cawan air
2 1/2 cawan tepung gandum ~ ayak
4 sudu kecil soda bikarbonat

Cairkan butter dan biarkan sejuk.
Goreng gula hingga hancur dan masukkan 2 cawan air. Kacau hingga sebati dan cair. Biarkan sejuk.
Telur dikacau hingga cair (jgn dipukul) dan masukkan susu.  Kacau hingga sebati.
Masukkan butter cair, tepung gandum (yg diayak bersama dgn soda bikarbonat) dan gula hangus kedalam adunan telur.
Kacau hingga sebati dan tapiskan.
Tuang ke dalam loyang yg dah digriskan dan dialas dgn baking paper.
Peram selama 3 - 4 jam (lagi lama lagi elok utk menghasilkan lubang2 yg lebih banyak)
Bakar dlm oven yg dah panaskan 170 - 180C lebih kurang 40 - 45 min atau sehingga masak.

* perlu hati2 masa menuang air kedalam gula yg tengah panas dan masa mengacaunya ya.. bubbling tu boleh mencederakan kalau tak berhati2..



125gm butter
4 bj telur A
1/4 cawan susu pekat manis
1 cawan tepung gandum
1 cawan air
1 1/4 cawan gula
2 sudu kecil soda bikarbonat

respi ni amik dari blog secubit garam ...belum mintak izin lagi tp sebab teruja tengok keknya yang cantik itu huhu...terasa nak cuba buat la la gak

Monday, October 18, 2010

kecewa

Kadang-kadang kita nak jadi yang terbaik sangat untuk keluarga kita...untuk anak-anak, untuk suami,,,nak jadi isteri n ibu yang boleh buat apa saja...terutamanya bab masak...tapi kadang2 bila apa yang kita cuba nak persembahkan tidak seperti yang diharapkan kita akan jadi kecewa...rasa tak mau buat dah pasni...huhu
Itu yang aku rasakan..dah lama aku teringin masak kek gula hangus ni...so balik dari kerja semalam aku cuba buatlah..itu pun selepas mendegar adikku berjaya menghasilkan kek gula hangus yang cantik..
So dengan tidak sabarnya aku menyiapkan barang seperti yang diarahkan oleh adikku berdasarkan resepinya...tak taulah dia ceduk dari blog sapa...huhu...


nak cerita panjangpun malas rasanya ni,,,,,.....biarlah gambar yang menceritakan bagi pihak aku...


nak mula ni

masak ikut yg diarahkan

nape duk sini lak

Sunday, October 17, 2010

alang2 laju

alang2 laju aku nak tulis bagi banyak skit ari ni huhu.kisah dia biasalaah masaklah..dah internet laju senang nak upload gambar...ari tu jumpa satu resepi lama yang bonda selalu buat...ambon...ala2 kek tapi kena kukus...tapi yang ni aku tambah sedikit pisang..resepi asal ambon ni takyah buh pisang kita pukul telur+gandum+minyak+serbuk penaik macam tu ja...tapi aku tambah pisang kot nak jadi ala2 kek pisang..tapi bila dah siap jadi tak gebu...nape ye? apa pendapat pakar? Tapi dah sebab amik gambar aku upload gak la dalam blog ni...saja seronok.

adun adunan semua sekali..tak tahu law sebenar

dah siap dipukul dah

masukkan dalam pengukus..n kukus

dah siap tapi nape tak gebu ek?

Saturday, October 16, 2010

macam itik

awal pagi dah bangun
mama nak bagi anak seronok mandi sekali

bakal perenang negara

macam itik dapat air
hari ni seperti biasa niat nak tidur sementara wekend kan..tp anak2 macam tau2 lak kita ada..diaorangpun pakat bangun..sedangkan waktu aku nak pergi kerja tiap2 hari diaorang elok je tido termasuklah baby Solehah..

Jadi aku menggunakan  masa yang ada entrikan ni...ceritanya anak-anak ni, bonda aku kata macam itik...cukup suka dengan air...so semalam sementara ada kolam diaorang cukup seronok berendam sampai kecut habis kulit...bukan setakat along n adam...solehah sekali turut join...memandangkan takdak orang lain kat kolam tu babahnya meminta aku menjaga mereka...huhu takpalah sesekali mama turut sama jadi itik...Sarah si nanny pun siap main selongsor lagi.
solehah seronok main gelongsor


adam berani

along jenis gayat...di temani sarah


solehah nak join abg2nya..tak lekat pegang

solehah skali seronok main air

Friday, October 15, 2010

bantuan khas kerajaan..
hari ini kerajaan telanh mengumumkan bantuan khas kepada penjawat awam gred 52 ke bawah.kupeks mintak dua bulan.kerajaan bagi RM 500.kira oraitlah tu..alhamdulilah....syukur..

bisday anak

lagi dua hari bisday along...aku mula terpikir nak masak apa nak bagi along best..along ni jenis tak payah kalau makanan berat semua dia sapu..nasi jenis apa2 saja.mee lagi dia suka..along agak kurang selera sikit ngan kuih muih n makanan ringan yang lain..tak macam Adam,si kurus ni suka makan ala2 westen gitu hehe,,,pagi dia suka makan roti n kaya ke..roti telur ka..kira egg benjo tu dia punya kegemaranlah..pastu pula asyik mintak nak makan fish n cip kalau pg kedai..nasi cukup payah,,,hasilnya tulang dada boleh buat gitar..kesian dia..

roti kegemaran Adam..
Sebut kata nak buat bisday ni sebenarnya anak-anak I ni lahir bulan hampir sama,,,,si Along lahir 17 Oktober,Adam 03 November and Solehah pulak 25 Oktober..nak bagi best n jimat boleh gak kalau aku satu kan saja majlis depa ni 25 Oktober ni kira seminggu di antara Along n Adam...cantik gak tu...jimat belanja mama yang kureeen mampu ni.huhu sian anak aku tak jadi anak orang banyak duit..

ini menu malas mama...tp along suka

Thursday, October 14, 2010

Pasar malam

malam ni sebenarnya aku tidak bercadang untuk kemana-mana..Namun selepas sembahyang magrib hubby mengajak ke pasar malam..memandangkan aku masih belum menyiapkan makan malam aku cepat-cepat bersetuju ngan hubby ku...bukan apa sesekali makan bungkuspun best jugak kan..



gerai nasi kerabu...sedap bleh tahan gak la

Langit cerah seperti biasa,,kami hanya menggunakan motosikal memandangkan kami hanya berdua...Sesampai di pasar malam aku mula mengintai-ngintai gerai makanan kelantan..Teringin pula nak makan nasi kerabu...sesudah membeli makanan suami membeli sedikit buah dokong..RM 3.00 sekilo agak murahlah di sini tu...walau sesekali bila ku pikir dikampung ku naru2 ni hanya 40 sen sekilo sahaja rasa mcm tak sanggup nak beli..tapi mengingatkan anak2 yang sukakan buah tersebut suami membeli tiga kilo..


tp yg nak cerita nya bukan pasal makanan2 tu semua..tp pasal alam...dalam keadaan langit cerah tu tiba2 je bertukar menjadi gelap dan datang dengan angin ribut serta hujan lebat..nasib baik berdekatan dengan tapak pasar malam tu ada food court  so bolehlah kami berteduh dibawah bumbung...kesian aku lihat peniaga2 tak sempat nak buat apa..tiba2 sangat hujan n ribut tu....peniaga makanan malam tu paling kesian habis bekas makanan di masuki air..ujian Allah...hujan dan angin kuat berlarutan hampir sejam..aku mula mengigil ketakutan dan meminta suami melaungkan azan.......dalam pukul 9.00 malam hujan makin reda..aku n suami dapat pulang tp dalam keadaan yang hampir basah kuyup.dan mengikut beritu ke esokan pagi nya tiga buah rumah telah rosak di badai ribut

Monday, October 11, 2010