Assalamualaikum..dan selamat datang

Tuesday, August 31, 2010

sklc

Semalam SKLC buat majlis berbuka puasa bersama-sama pelajar tahun 6..di hotel langkasuka,Langkawi..Aku dan suami membawa along n adam.Amirah Solehah terpaksa di tinggalkan kerana dah malam..
Baru nak mula
Along n Adam seperti biasalah..pada awalnya baik je..tapi bertahan untuk 10 minit,,seperti biasa selepas sepuluh minit along mula menjalankan agendanya..dia pergi tadah air macam2..akhir sekali muntah..hehe..kira best sangatlah..Along ni dah tabiat dia lepas makan selalu muntah. Munkin ikut perangai aku semasa mengandungkan nya muntah hampir saban waktu.Kalau orang lain alahan dalam 3 bulan pertama je..Tapi aku agak istimewa,,semua kandungan,aku alah sampai 9 bulan..even,,semasa kat dalam bilik bersalin aku masih termuntah-muntah...


Cerita pasal majlis berbuka puasa tadi..aku seronok melihat anak2 tahun 6 menjamu makan dengan seleranya..bukan setakat mereka,aku sekalipun kalau dah bufet,mesti nak rasa semua makanan..kiranya cita-cita nak diet tu terpaksa lupakan dulu lah..lagi pun dah nak raya..nak makan hidangan raya lagi ya tak?...

Adam pulak kalau bawak dia pegi makan kira tak balik modal..dia ni tak kuat makan macam along..masuk dia tiga benda dia dah tak mau le..
babah kekenyangan

Teringat berbuka ni..kita dah masuk fasa ketiga berpuasa..Sabda nabi yang bermaksud "bersungguh-sungguhlah kamu mengejar lailatulqadar pada 10 malam terakhir bulan ramadhan"
dan juga maksud surah alqadar " sesunggunya kami(Allah)telah menurunkan Al Quran pada malam qadar..tahukah engkau(wahai Muhamad) apakah itu malam qadar? malam qadar itu lebih baik dari seribu bulan,turun padanya para malaikat berserta Jibril, dengan izin tuhannya kerana membawa segala perkara,(yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut) Sejahterlah malam yang berkait itu sehingga terbit fajar..  emm tapi tak tahu lah mampukah kita merasai kehebatan malam itu..Ya Allah sesungguhnya hamba Mu ini sangat lemah...ampunkan dosa-dosaku...Amin.

Saturday, August 28, 2010

Jalan-jalan bulan posa

Pagi ni berasa boring duduk di rumah..aku mengajak suamiku keluar untuk pusing-pusing pulau..kami makan angin sampai ke Cenang....suamiku mengesyorkan untuk masuk ke underwaterworld. Anak-anak pun tak pernah pergi lagi katanya...so kami pun yong beramai-ramai masuk tengok ikan n penguin dlm waterworld..Anak-anak aku mula-mula je seronok tgk ikan..tapi lama-kelamaan mereka pun naik boring dan mula berkejar-kejaran dalam tempat tu...si Adam langsung tak dpt nak snap gambar dia..sbb buas sgt ke sana sini...


Balik rumah dia sibuk tanya "mama mana gambar adik tak ada pun,,nape mama tak amik gamba adik ngan ikan besar" pulak dah..Adam memang..Kadang-kadang hiper aktif nya buat aku pening..Sesekali teringat pengorbanan ibu membesarkan kami adik beradik yang seramai lapan orang...dengan ke kebun mencari rezeki..tiada pembantu rumah..sungguh gigih..jasa mu ibu tidak terbalas...

Teringat masa kami ke Switzeland dulu..huhu
Jangan gigit saya....

Along anak yang comel..Kadang-kadang aku kesian dengan along ni..dia selalu ajak kami main salji..hehe."mama jom lah kita naik kapal terbang" "Kemana long?"."along nak main salji,along suka main salji macam tom n jerry tu" Kesiankan..huhu."Tengoklah long mama n babah tak dapat cuti lagi,lagipun mama tak dapat gaji lagi.Nanti kita ada duit,mama bawak along main salji" hehe .Sebenarnya dia tak tahu yang mamanya ke Switzelandpun dalam fantasi ...

Actually aku nak upload gamba kat andewaterwol ni banyak lagi..tapi biasalah,internet 3G kan..nantilah..

kuih cara

Kuih Cara special dr langkawi
Sebut kata kuih cara ni...dari awal posa lagi teringin nak makan...dah tu pergilah cari sarangnya...Hampir semua kedai peralatan dapur aku masuk di pekan Kuah ni...baru semalam aku jumpa di sebuah kedai yang seperti khemah je...Alhamdulilah..dan hari ini seperti yang direncanakan...maka terhasillah kuih cara yang lemak merdu tu...Kiranya masih menjadilah cara ni walau aku dah lama tak buatnya..Ingat ibuku di kampung,masa aku mengidamkan cara semasa mengandung anak yang kedua..Ibu bertungkus lumus menyediakan kuih ni masa aku pulang bercuti..Rindu kat mek..huhuhu

Sempat jugalah kuih ni aku berikan sedikit kepada jiran. Dan suamiku memuji kesedapannya(tu pun slps aku tanya dia)Anyway dia habiskan kuih tu maksudnya betul2 sedaplah kot...hehe

Thursday, August 26, 2010

Adam Fitri

Pagi ni aku pening lalat..apa taknya dah 2 -3 malam Adam Fitri menangis tak boleh tidur....sakit gigi..kesian lihat dia..dah lah kurus kering..tak leh nak makan plk sakit gigi..

Hari ni hubby cadang suh aku amik cuti rehat bagi membawa Adam Fitri jumpa dentist. Walaupu pada awalnya aku merasa agak bimbang kerana aku baru sahaja MC sebulan kerana keguguran baby kembar kami...namun memandangkan Adam yang selalu menangis kesakitan..aku korbankan perasaanku..
Budak baik...selamaba je masa nurse dr tampal giginya
jam 8.30 pagi aku mengejutkan Adam yang baru lena hampir subuh. Apabila aku mengajaknya jumpa doktor,dia cukup seronok...katanya along nya bila besar nak jadi doktor.

Kami sampai di klinik pergigian Langkawi masih belum ada pesakitpun,Alhamdulilah jururawatnya sungguh mesra..Apabila nurse memeriksa gigi Adam, mereka mengambil keputusan menampal sahaja kerana katanya gigi Adam Fitri masih elok.

Alhamdulilah, sehingga malam ni,dia masih mengatakan yang giginya tidak sakit lagi.

Wednesday, August 25, 2010

hajiismailgroup

Pulang dari kerja hari ini,aku tidak terus pulang ke rumah.Destinasi pilihan ku ialah HiG..Niat awal hanya ingin windowshoping sahaja.Tapi memandankan sukarnya menangani keinginan kita ini,,ditambah lagi dengan harga promosi yang diletakkan buat aku mula teruja.

Apa taknya,sesetengah barangan TEFAL dengan harga promosi yang hampir tinggal separuh harga.Luminarc dengan koleksi bunga baru.Promosi set porselin.begitu juga dengan kain batik dan kain pelikat yang sentiasa menjadi ole-ole bagi sapa2 yang datang ke langkawi..Oh dunia.


Setelah hampir 2jam lebih aku menjamu mata..akhirnya aku berjaya membawa pulang beberapa barang2 yang sudahlama aku idamkan..dapat lah kuali nonstik TEFAL.mankuk.bekas biskut raya,serta set jag dari LUMINARC,serta set bufet porselin,yang mengikut pekerja HiG adalah bunga baru.Selain itu juga aku sempat juga membeli beberapa helai kain batik dan kain pelikat..Kiranya hari ini adalah hari mengorbankan gaji :-(

Sunday, August 22, 2010

menu berbuka

tiap-tiap hari antara benda yang nak kena fikir ialah menu apa yang nak masak...boleh naik rimas gak tu...tiap2 hari kalau ikut hubby asyik nak makan sup je..kita yang tak gamak nak masak sup tiap2 hari...akhirnya hari ni saya masak paling sempoi je...nasik goreng + ketam masak sos..and untuk pencuci mulut,,blender pisang,letak tepung sikit,biji sagu skit,santan skit,kismis skit...then bakar..nak buat camna dah habis idea

Thursday, August 19, 2010

Amirah Solehah.

Amirah Solehah.Puteri buah hati ku..sudah mencecah 10 bulan..solehah sangat aktif seperti abang2nya.Hari ini laporan apabila balik dari kerja.."mama,baby jatuh dia sonok dengar lagu kat TV"lapor si angah...macam mana anak dara ni minat dengar lagu lak..mintak simpang jadikan artis idola.hehe

Sejak dua tiga hari ni Solehah dah mula belajar merangkak.Makin tak larat nak kutipnya.Hobi utama Solehah ialah masuk bilik n tekan komputer.Setakat ni sebelah dari engsel lap top ni dah tercabut dikerjakan Solehah..Emm tak tahulah anak dara seorang ni.



 Solehah jugak jenis yang suka berdikari :-). Kalau makan dia lebih suka menyuap sendiri makanannya.Pening sungguh aku dibuatnya.Apa tak nya,habis bersepah satu rumah bila Solehah mula makan.

Wednesday, August 18, 2010

along belajar berpuasa.

Masuk hari kelapan puasa,along yang kali pertama belajar berpuasa menangis meminta air menjelang jam 6 petang..Hari pertama baginya.Walaupun berulang kali dipujuk babahnya namun along tetap inginkan secawan air."Along dahaga sangat ni..nak minum"renget nya lagi yang baru balik dari bermain bersama kawan-kawannya.Memandangkan usianya baru mencecah 5 tahun,,aku merasa kasihan dan meminta pembantu rumah kami memberikan air dan nasi untuknya.

Sambil melayan anak2 fikiran ligat mencari2 menu yang ada dalam ingatan...apa yang akan menjadi juadah berbuka petang ini..akhirnya suami memberi cadangan agar menyediakan makanan ringkas sahaja..seronok mendegarnya..
Akhirnya hampir waktu berbuka aku hanya menyediakan udang masak sambal dan masak kurma daging sahaja...hehe


along yang posa sampai jam 6ptg..hehe

Tuesday, August 17, 2010

kesempatan yang ada

Alhamdulilah...setelah tiga tahun lebih berjauhan dengan suami tercinta,tanggal 1 JUN 2010 kami dapat tinggal bersama..jadi sekarang aku punya masa untuk belajar menulis..tapi sebenarnya aku sendiri tidak tahu apa yang ingin ku nukilkan...cuma rasa bersyukur yang tidak terkira kerana dapat sebumbung dengan suami..dan yang paling gembira tentulah anak-anak ku..amirul fatih dan adam fitri..Amirah Solehah sungguhpun masih tidak mengerti apa2,,tapi dapat kulihat betapa dia teruja setiap kali melihat babahnya...sedangkan sebelum ini Solehah sangat takut melihat babahnya yang pulang sesekali menjenguk kami..


 Kenangan pertama di Langkawi ialah aku disaman trafik kerana parking kat tempat tak boleh parking..kiranya polis Langakawi ni dedikasi dalam bekerja..biasa kat tepat lama parking bukan masalah sangat..emm kira kenangan manis lah tu.

Hari yang meletihkan...

Hari ini penat dilambung ombak..mampukah aku bertahan untuk hari-hari yang seterusnya..???...Sebagai peserta yang baru sebulan bermain dengan ombak,,minggu ni cukup membuat aku rasa kecut perut..setiap kali pulang dari kerja sentiasa dalam hujan...sungguhpun hujan renyai2 tapi alunan ombak cukup mendebarkan.hari ini sekali lagi bot kami naiki dilambung ombak.aku hanya mampu berdoa agar kami dapat sampai dengan selamat...sesekali terfikir bagaimanakah kawan-kawan yang sudah berulang bertahun lamanya..moga Allah memberkati usaha dan pekerjaan kita ..Mahasuci Allah yang membentangkan lautan luas ini..sesungguhya betapa kerdilnya kita sebenarnya dibumi Allah ini
labuhan tuba.