![]() |
Baru nak mula |
Cerita pasal majlis berbuka puasa tadi..aku seronok melihat anak2 tahun 6 menjamu makan dengan seleranya..bukan setakat mereka,aku sekalipun kalau dah bufet,mesti nak rasa semua makanan..kiranya cita-cita nak diet tu terpaksa lupakan dulu lah..lagi pun dah nak raya..nak makan hidangan raya lagi ya tak?...
Adam pulak kalau bawak dia pegi makan kira tak balik modal..dia ni tak kuat makan macam along..masuk dia tiga benda dia dah tak mau le..
![]() |
babah kekenyangan |
Teringat berbuka ni..kita dah masuk fasa ketiga berpuasa..Sabda nabi yang bermaksud "bersungguh-sungguhlah kamu mengejar lailatulqadar pada 10 malam terakhir bulan ramadhan"
dan juga maksud surah alqadar " sesunggunya kami(Allah)telah menurunkan Al Quran pada malam qadar..tahukah engkau(wahai Muhamad) apakah itu malam qadar? malam qadar itu lebih baik dari seribu bulan,turun padanya para malaikat berserta Jibril, dengan izin tuhannya kerana membawa segala perkara,(yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut) Sejahterlah malam yang berkait itu sehingga terbit fajar.. emm tapi tak tahu lah mampukah kita merasai kehebatan malam itu..Ya Allah sesungguhnya hamba Mu ini sangat lemah...ampunkan dosa-dosaku...Amin.