Sempena cuti persekolahan yang panjang
sempatlah saya balik berpantang di kampung dua minggu...
seronok betul rasanya sesekali balik kg.
kebetulan kat kampung musim buah dan allhamdulillah kali ni durian menjadi ....
Seronok rasa dapat makan durian yg baru luruh dari kebun...
Bukan apa kat langkawi,,,durian yang di jual kat sini..dah terbuka dah kulitnya
Dah tu pulak..agak mahal skit..huhu
Boleh dikatakan tiap-tiap pagi kami 'bersarapan' dengan durian
Hehe..suami yang darah tinggi jugak
Buat-buat tak heran dengan tekanan darahnya...
Sesekali jumpakan....
Sekarang cuti dah hampir berakhir..
Sibuk pulakkan nak buat persediaan anak-anak ke sekolah...
Saya pulak masih bercuti untuk sebulan lagi..
Seronoknyaaaa.....
Assalamualaikum..dan selamat datang
Sunday, December 30, 2012
Saturday, December 29, 2012
Memilih cooler bag yang sesuai....
Assalamualaikum...
Apa khabar sahabat semua...
moga sihat dalam menjalani kehidupan sehari2...
saya pulak...macam biasa...mula nak menulis mesti tak ada idea....
Cuma...
Setelah lama berehat saya datang dengan pertanyaan....
Apakah jenama cooler bag yang berkualiti dan berpatutan harganya?
Saya berhRap sangat ada sahabat2 diluar sana boleh beri cadangan...
Sebenarnya saya tengah buntu untuk memilih cooler bag yang betul
Kerana banyak sangat yang terdapat dikedai maya...
Sya sangat tidak arif kerana tidak pernah menggunakan cooler bag untuk menyimpan susu
selama ni anak2 saya bersama maid...dan ditempat kerja ada freeze...
Tapi aisyah terpaksa saya hantar ke rumah pengasuh....
Jadi sudah pasti saya perlu cooler bag tu untuk membawa susu ke rumah pengasuhkan...
Harap sahabat ada cadangan yang sesuai untuk saya.....

Wednesday, November 21, 2012
rezeki...orang baru...
Betul kata suami....
Saya bukan ilahirkan untuk menjadi seorang "penulis"
Tiap kali saya mengadap lappy....
Mesti otak tidak dapat mnjana apa yang ada dalam fikiran
Untuk diterjmahkan dalam bentuk tulisan
Maka,,,jadinya..tiap kali cuba untuk menulis dalam blog ni...saya kekeringan idea....
Tapi..berkebtulan dengan kedatangan org baru
Dalam keluarga kami...
Saya teringin mengabadikannya dalam blog yg sudah bersawang ini
anak ke lima....
![]() |
| aisyah saidah ketika berusia 6 hari |
![]() |
| sejam selepas dilahirkan....baby kebiruan....lemas...kata doktor yg menyambutnya...kerana terbelit tali pusat...huhu |
Thursday, July 26, 2012
Ramadhan dah 6 hari....
Assalamualaikum semua....Sedar tak sedar dah masuk 6 hari dah kita berpuasa....
.mudah-mudahan puasa kita tahun ini diterima oleh Allah.
Teringatkan ustaz2 kita dulu pesan
bulan puasa ni bulan kita nak memohon doa,
Nabi selalu berdoa dengan doa yang ringkas
yang selalu kita dengar semasa terawih tu kan...
اللهم انك عفو كريم تحب العفو فاعف عني-
Ya Allah,sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf dan Maha Mulia,
Engkau suka memaafkan,maka maafkanlah daku..
-Semoga ramadhan ini akan menjadi bulan kita memanjatkan doa,doa kepada diri sendiri,kepada ibubapa,saudara mara,sahabat handai,dan doa kepada seluruh umat islam terutamanya ummat islam yang tertindas di merata dunia.....p/s-Ingatan kepada diri sendiri yang sering malas .....
memandangkan ini entri pertama saya dalam bulan ini,
saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan
salam ramadan kepada sahabat2 semua,,
semoga kita semua dapat merebut peluang2 menarik
yang dijanjikan di dalam bulan yang mulia ini.....
p/s-tengah fikir nak masak apa untuk berbuka petang ni,,,,,?????
sahabat semua masak apa ye?....

Saturday, July 14, 2012
D.I.Y- cara tukar sceren laptop Acer mini
minggu lepas laptop mini saya pecah skreen
sebab kena pijak ngan Along...
mulanya bawa kat kedai sebab baru dekat 5 bulan guna
tapi ikut kedai tu waranty takleh guna sebab pecah....
bila tanya untuk baiki katanya rm390..alahai...
kat langkawi ni semuanya mahal...
![]() |
| ni kesan pecah hasil kreativiti Along..grrrr. |
untuk tengok harga pasaran sebenar
suami cuba tengok kat Mudah.my..
rupanya paling murah harga skreen tu hanya RM190
ikut kata adik jual kat Mudah tu senang saja nak pasangnya
jadinya suami try google....
rupanya mmg sangat mudah cara pasang sendiri
jadi kalau ada sahabat yang menghadapi masalah yang sama
bolehlah try tengok kat link sini
siap tunjuk step by step lagi
mudah ajekan....
| suami tengah gigih membuka skreen asal |
| gigih,,,ala-ala pro gitu.huhu |
| tu dia skreen asal..yg nampak kesan pecah...dan lappy yang sudah pulih kembali....alhamdulillah...jimat dekat RM200 gitu berbanding kalau hantar kat kedaikan.... |
Thursday, July 12, 2012
assalamualaikum
assalamualaikum....
dah tak tahu nak mulakan macamana...
harap kalau masih ada sahabat yang mengingati suri
moga semuanya dalam keadaan sejahtera.....
.....................tengok kat bloglist,,,baru tahu
dah 4 bulan tak jengok sini....
ini bukan lagi setakat sawang
munkin kala jengking pun boleh hidup bebas ni
.....................
....................
nak buat macamana
dah ditakdirkan,tahun ni rasa macam sibuk
sangat...sibuk macam2 termasuklah
sibuk duduk sahaja...
jadi hari ni rasanya rindu sangat
nak bersihkan tempat ni....
rindu nak bertandang ke tempat kawan2
rindu nak bertanya kabar.....
harap dapatlah berterusanlah lepas ni :-)
kawan2...
jangan lupakan suri di sini yeee....
Saturday, February 25, 2012
kerutuk daging dan nasi tanpa nama
tengah hari ni penat sangat badan
bukan apa pukul 12 tadi
masih berjemur tengah panas layan anak3 mandi kat cenang
kalah mat saleh..
balik rumah apa lagi rasa macam nak tidur je...
tetapi memandang baby tengah tidur,
saya ambil kesempatan tuk masak tengah hari terus
tapi menu kali ni,menu nasi tanpa nama,,
sebabnya masa masak tadi main campak je segala
rempah yang ada kat dapur tu,,hehe
dimakan bersama kerutuk daging.
untuk kerutuk daging,saya masak cara saya
macam yang mak2 duk masak dulu2 jugak huhu
Bahan-bahan
1/2 kg daging
3 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
1 cm kulit kayu manis
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 senduk rempah kerutup*saya beli rempah kat kelantan
1 cm halia
1 gelas santan pekat
2 sudu besar kerisik
Garam secukup rasa
Sedikit gula
Cara membuatnya
- Daging dipotong dan dibersihkan
- Panaskan minyak ,tumis bawang n kawan2 yang lain tu seperti biasa. Tumis sehingga kekuningan.
-kemudian,masukkan rempah kerutuk yang dibancuh dengan sedikit air.tumis lagi hingga garing
- Masukkan daging, Masak hingga air daging kering/daging empuk
- Masukkan santan dan masak sehingga mendidih
- Masukkan kerisik, garam dan gula.
-Masak sehingga jadi pekat.
-makan.
mudah je cara campak saya tu,cara orang malas,huhu
-ps-nak pegi makan nasi yang dah diletak lauk tadi tu..takut kembang semangkuk pulak nanti..
orang ramai dalam rumah ni masih seronok belayar di alam mimpi,kepenatan main pantai..
jom..makan
bukan apa pukul 12 tadi
masih berjemur tengah panas layan anak3 mandi kat cenang
kalah mat saleh..
balik rumah apa lagi rasa macam nak tidur je...
tetapi memandang baby tengah tidur,
saya ambil kesempatan tuk masak tengah hari terus
tapi menu kali ni,menu nasi tanpa nama,,
sebabnya masa masak tadi main campak je segala
rempah yang ada kat dapur tu,,hehe
dimakan bersama kerutuk daging.
![]() |
| jangan lupa buat acar sekali ye |
![]() |
| sedap tu kerutup daging rempah darat kelantan |
macam yang mak2 duk masak dulu2 jugak huhu
Bahan-bahan
1/2 kg daging
3 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
1 cm kulit kayu manis
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 senduk rempah kerutup*saya beli rempah kat kelantan
1 cm halia
1 gelas santan pekat
2 sudu besar kerisik
Garam secukup rasa
Sedikit gula
Cara membuatnya
- Daging dipotong dan dibersihkan
- Panaskan minyak ,tumis bawang n kawan2 yang lain tu seperti biasa. Tumis sehingga kekuningan.
-kemudian,masukkan rempah kerutuk yang dibancuh dengan sedikit air.tumis lagi hingga garing
- Masukkan daging, Masak hingga air daging kering/daging empuk
- Masukkan santan dan masak sehingga mendidih
- Masukkan kerisik, garam dan gula.
-Masak sehingga jadi pekat.
-makan.
mudah je cara campak saya tu,cara orang malas,huhu
-ps-nak pegi makan nasi yang dah diletak lauk tadi tu..takut kembang semangkuk pulak nanti..
orang ramai dalam rumah ni masih seronok belayar di alam mimpi,kepenatan main pantai..
jom..makan
Subscribe to:
Posts (Atom)