Assalamualaikum..dan selamat datang

Friday, November 12, 2010

lama tak jumpa...

Semalam di tempat kerja ada member duk cerita yang maknya telah masak kerabu nangka,,,maaaak..aku bukan boleh dengar senarai makanan..tambah2 kalau dah lama tak jumpa...mula terliur..so petang semalam balik dari makan2 aku pg pasar cari nangka muda...tu dia,,,kata hubby..ubat sakit urat dah sampai..hehe..kata orang tua2 makan nangka ni angin...boleh sakit urat..memang risau tapi rasa teringin mengatasi segalanya maka,,balik dari kerja terus masuk dapur.tapi sayangnya,,sebelum pegi kerja aku dah letak atas dapur spesan ngan pembatu umah tutup api kalau mask tp lupa nak cakap jgn sampai lembik sangat..tengok2 dah lembik sangat nangka tu huhu,,,nyesal tak buat sendiri..tapi misi tetap berjalanlah..aku buat kerabu ni stail kelantan,,cuma tambah kerisik mcm mak mertua duk buat kerabu versi utara...

nangka muda,,,,kat kg free je nih...

kerabu nangka..tapi agak lembik skitlah..kalau celur sekejap mesti lagi sedap..org kg biasa letak ikan bakar yang ditumbuk sama bawang+serai+lada hitam..sedap ni sapa yg tak penah cuba masakan kg leh cari nangka muda skrg

teka teki

ada satu teka teki,,sapa nak jawab....
......
.......
.......
kat tangan ada dua kertas,,satu kertas biasa2 je,,satu lagi borang2 analisa PROTIM....
yang mana satukah telah ku masukkan ke dalam sampul dan hantar ke PPD?..
....
......
apakah jawapannya? huhu

Thursday, November 11, 2010

lembab betul service..

Semalam tiba2 teringin nak makan piza..mengenangkan kalau buat sendiri ..mengecewakan so aku ajak hubby mencarinya kat restoran..biasa je sbb kat sini takdak piza hut..Hubby ni jenis nak merasa makan kat tempat yg berbeza..jadi kami pergilah kat tempat tak penah cuba lagi..satu kedai makan kat Pekan Rabu..kami sampai orang takdak lah ramai sangat..nampak pelayan ramai..so bila diaorang hulurkan menu..aku pilihlah piza yang dikehendaki..dengan beberapa menu lain..memandangkan nak makan nasi kat umah..jadi hubby order sup tulang,,along mintak aiskrim n sosej..

Yang nak ceritanya..punyalah lambat siapkan hidangan restoran ni..dahlah tunggu lama,, dah tu satu-satu diaorang hantar...nak kata ramai pelanggan tak juga..emm tak tahulah.

duk atas plak..ni yang paling last sampai.kiranya along dah hampir habis makanlah...kiranya sepetanglah menanti makanan kat kedai ni..rasanya tak mo dtg  dah n kemuncak pada rasa rimas menanti tu..masa nak gigit piza yg ke3 keping.hampir2.tergigit sekor lalat.dalam piza tu.huhu

 eskrim n sup baru sampai..



dah dekat nak abis eskrim tu baru diaorang hantar sosej n bun along...
Ait nape gamba ni duk bawah lak..Anak-anak dah kebosanan..seb baik Adam tinggal kalau tak lagi sakan..Solehah dari dlm kerusi naik atas meja.








Wednesday, November 10, 2010

dah tak sabar dah..

Duk hitung2 hari rasanya lagi 6 hari insya Allah dapatlah jumpa bonda tercinta...tak sabar dah rasanya..Sebut kata nak balik kampung ni banyaklah benda nak kena selesaikan..kemas rumah,,packing kain baju,,maklumlah cuti panjang..Dalam pada tu barang2 dalam peti es nak kena selesaikan juga..jadi balik dari kerja tadi mulalah godek barang dalam peti ais,,tengok ada macam jenis sayur,,daun-daun..ikan ayam.daging..ishhh nak masak pe lah ni,,,bestnya kalau pakar memasak macam orang lainkan.huhu..dalam pada teringat nak cepat tu..aku goreng je ikan dan tumis sos n potong segala macam daun yang ada dalam peti ais tu,,bukan apa kt sini semua mahal sayang nak buang.. tak ada tajuk apa masakan ni, tapi gaya nampak  macam kerabu ..tapi takpa... hubby macam biasalah...mesti layannnnn punya..alhamdulilah..


huhu sungguh tak tahu apa nama masakan ini..


yang ni lagi tak ketahuan..tengok nak tergelak pulak..napelah diri ini tak kretif cam org lain..

Tuesday, November 9, 2010

baby buat hal

Apa nak jadi dengan baby,si Solehah dah dua  malam ni dia asyik bangun malam n ajak mamanya main..malam ni dekat pukul  4 pagi dia dah bangun..mula-mula mintak air..pastu duk suruh mamanya buka dan tutup botol air tu..huhuhu..dahlah mamanya tidur lewat malam tadi...Solehah..Solehah..sungguh solehah dirimu nak. .

Tapi ada hikmah juga Solehah bangun awal ni..bukan apa biasanya hubby n aku akan sarapan kat tempat kerja je..tapi pagi ni alhamdulillah dan la sarapan ngan nasi lemak n juga ayam masak sos hasil dari mengintai di dapur DJ..TQ..



psssst:...ingat nak jual nasi lemak kat sini tapi dah nak kena bersiap..nanti pilot bot marah kalau lambat...undur dulu erk.. :-)

Sunday, November 7, 2010

buat-buat rajin..

Sempena masih lagi bercuti hari ni..lepas bawa anak2 jalan-jalan pagi tadi..aku buat-buat rajin..ngintai sana sini ternampak nasi ayam madu koleksi DJ..wah dah ada idea nak masak hari ni..nasi ayam. n sup..hubby n along kalau sebut saja sup..tak kisahlah apa jenis sup pun memang peberet dia hehe.tapi bab ayamnya hubby mintak suh buat roaster gitu..dah tak sempat nak jengah dapur chef sbb line BBand ni biasalah..

Satu lagi sambil2 masak ayam tu teringat ada salin satu resipi puding...so ingat nak buat pudinglah sekali.tapi dah lupa ambik kat dapur sapa.. puding macam pelangi gitu....dok cari dua tiga orang chef terkemuka tak jumpa..puding nya ala2 kat dalam gambar kat bawah nilah..terima kasihlah kepada chef yang sudi berkongsi resepi tu..n mintak maaf sebab lupa nak tulis kat dapur sapa ditemui resepi itu sebab dah lama salin...


ayam bakar ni sebenarnya tak tahu nak buh apa jadi aku lumur jelah apa yang ada kat dapur tu then akhir sekali lumur ngan sos lada hitam life..tp hubby yang baik hati macam biasalah...sedaplah ma..hehe..


puding yang lebih..anak2 sukalah pulak..sedapnya mama masak..hehe..kembang semangkuk hidung mak dia..

ni lah yang dimaksudkan dengan puding yang lupa diambilkan resipinya dari dapur mana..apa-apahalpun terima kasih ye...

Terpacak sampai pagi...

Pagi ni sepperti biasa niat nak sambung tidur tak dapat diteruskan sebabnya puteri kecik ni,,kalau time kita tak kerja,,dia macam tau2 je..bangun diawal pagi...So mengambil kesempatan tak tido ni..aku berjln2lah kat umah orang..Tiba2 dengar along memanggil dengan penuh semangatnya.."Mama,mama,,tengok rambut along ni...terpacak sampai pagi"...hehe..along cukup suka tiru rambut terpacak ni..malam tadi siap mandi dan letak gel kat rambut dia,,,dia terlena awal..tu yang rambut duk maintain macam tu..tak tahulah kalau budak kat sekolah buat camtu sah kena marah..tapi ngan anak sendiri ni..macam mana nak buat erk????  Maknya risau bukan apa kalau tengok remaja sekarang ni..macam2 gaya rambut,,yang tak tahan tu siap caler lagi..konon2 macam mat saleh kot..huhu..Kalau kat tempat aku ni..pegi je kat Chenang..boleh tengok anak melayu yang dah tak berupa melayu lagi..ada gaya rambut macam bob marley..aku selalu terpikir macam dia nak mandi tu..bukan nak mengata..tapi realiti sekarang..dan doa ku agar agar anak2 kita membesar dengan akhlak yang baik..Amin ya Allah..


 Along masih ngantuk tapi nak tunjuk kat mak dia rambut dia masih pacak sampai pagi..hehe

Tu dia..gaya tanduk katanya..eii macam2 janganlah buat perangai gini sampai besar..tak suka tengok

Ni pulak anak dara yang suka bangun awal kalau mama dia tak keja..huhu

Tengok Solehah ni nak main macam-macam..