Assalamualaikum..dan selamat datang

Friday, November 12, 2010

lama tak jumpa...

Semalam di tempat kerja ada member duk cerita yang maknya telah masak kerabu nangka,,,maaaak..aku bukan boleh dengar senarai makanan..tambah2 kalau dah lama tak jumpa...mula terliur..so petang semalam balik dari makan2 aku pg pasar cari nangka muda...tu dia,,,kata hubby..ubat sakit urat dah sampai..hehe..kata orang tua2 makan nangka ni angin...boleh sakit urat..memang risau tapi rasa teringin mengatasi segalanya maka,,balik dari kerja terus masuk dapur.tapi sayangnya,,sebelum pegi kerja aku dah letak atas dapur spesan ngan pembatu umah tutup api kalau mask tp lupa nak cakap jgn sampai lembik sangat..tengok2 dah lembik sangat nangka tu huhu,,,nyesal tak buat sendiri..tapi misi tetap berjalanlah..aku buat kerabu ni stail kelantan,,cuma tambah kerisik mcm mak mertua duk buat kerabu versi utara...

nangka muda,,,,kat kg free je nih...

kerabu nangka..tapi agak lembik skitlah..kalau celur sekejap mesti lagi sedap..org kg biasa letak ikan bakar yang ditumbuk sama bawang+serai+lada hitam..sedap ni sapa yg tak penah cuba masakan kg leh cari nangka muda skrg

teka teki

ada satu teka teki,,sapa nak jawab....
......
.......
.......
kat tangan ada dua kertas,,satu kertas biasa2 je,,satu lagi borang2 analisa PROTIM....
yang mana satukah telah ku masukkan ke dalam sampul dan hantar ke PPD?..
....
......
apakah jawapannya? huhu

Thursday, November 11, 2010

lembab betul service..

Semalam tiba2 teringin nak makan piza..mengenangkan kalau buat sendiri ..mengecewakan so aku ajak hubby mencarinya kat restoran..biasa je sbb kat sini takdak piza hut..Hubby ni jenis nak merasa makan kat tempat yg berbeza..jadi kami pergilah kat tempat tak penah cuba lagi..satu kedai makan kat Pekan Rabu..kami sampai orang takdak lah ramai sangat..nampak pelayan ramai..so bila diaorang hulurkan menu..aku pilihlah piza yang dikehendaki..dengan beberapa menu lain..memandangkan nak makan nasi kat umah..jadi hubby order sup tulang,,along mintak aiskrim n sosej..

Yang nak ceritanya..punyalah lambat siapkan hidangan restoran ni..dahlah tunggu lama,, dah tu satu-satu diaorang hantar...nak kata ramai pelanggan tak juga..emm tak tahulah.

duk atas plak..ni yang paling last sampai.kiranya along dah hampir habis makanlah...kiranya sepetanglah menanti makanan kat kedai ni..rasanya tak mo dtg  dah n kemuncak pada rasa rimas menanti tu..masa nak gigit piza yg ke3 keping.hampir2.tergigit sekor lalat.dalam piza tu.huhu

 eskrim n sup baru sampai..



dah dekat nak abis eskrim tu baru diaorang hantar sosej n bun along...
Ait nape gamba ni duk bawah lak..Anak-anak dah kebosanan..seb baik Adam tinggal kalau tak lagi sakan..Solehah dari dlm kerusi naik atas meja.








Wednesday, November 10, 2010

dah tak sabar dah..

Duk hitung2 hari rasanya lagi 6 hari insya Allah dapatlah jumpa bonda tercinta...tak sabar dah rasanya..Sebut kata nak balik kampung ni banyaklah benda nak kena selesaikan..kemas rumah,,packing kain baju,,maklumlah cuti panjang..Dalam pada tu barang2 dalam peti es nak kena selesaikan juga..jadi balik dari kerja tadi mulalah godek barang dalam peti ais,,tengok ada macam jenis sayur,,daun-daun..ikan ayam.daging..ishhh nak masak pe lah ni,,,bestnya kalau pakar memasak macam orang lainkan.huhu..dalam pada teringat nak cepat tu..aku goreng je ikan dan tumis sos n potong segala macam daun yang ada dalam peti ais tu,,bukan apa kt sini semua mahal sayang nak buang.. tak ada tajuk apa masakan ni, tapi gaya nampak  macam kerabu ..tapi takpa... hubby macam biasalah...mesti layannnnn punya..alhamdulilah..


huhu sungguh tak tahu apa nama masakan ini..


yang ni lagi tak ketahuan..tengok nak tergelak pulak..napelah diri ini tak kretif cam org lain..

Tuesday, November 9, 2010

baby buat hal

Apa nak jadi dengan baby,si Solehah dah dua  malam ni dia asyik bangun malam n ajak mamanya main..malam ni dekat pukul  4 pagi dia dah bangun..mula-mula mintak air..pastu duk suruh mamanya buka dan tutup botol air tu..huhuhu..dahlah mamanya tidur lewat malam tadi...Solehah..Solehah..sungguh solehah dirimu nak. .

Tapi ada hikmah juga Solehah bangun awal ni..bukan apa biasanya hubby n aku akan sarapan kat tempat kerja je..tapi pagi ni alhamdulillah dan la sarapan ngan nasi lemak n juga ayam masak sos hasil dari mengintai di dapur DJ..TQ..



psssst:...ingat nak jual nasi lemak kat sini tapi dah nak kena bersiap..nanti pilot bot marah kalau lambat...undur dulu erk.. :-)

Sunday, November 7, 2010

buat-buat rajin..

Sempena masih lagi bercuti hari ni..lepas bawa anak2 jalan-jalan pagi tadi..aku buat-buat rajin..ngintai sana sini ternampak nasi ayam madu koleksi DJ..wah dah ada idea nak masak hari ni..nasi ayam. n sup..hubby n along kalau sebut saja sup..tak kisahlah apa jenis sup pun memang peberet dia hehe.tapi bab ayamnya hubby mintak suh buat roaster gitu..dah tak sempat nak jengah dapur chef sbb line BBand ni biasalah..

Satu lagi sambil2 masak ayam tu teringat ada salin satu resipi puding...so ingat nak buat pudinglah sekali.tapi dah lupa ambik kat dapur sapa.. puding macam pelangi gitu....dok cari dua tiga orang chef terkemuka tak jumpa..puding nya ala2 kat dalam gambar kat bawah nilah..terima kasihlah kepada chef yang sudi berkongsi resepi tu..n mintak maaf sebab lupa nak tulis kat dapur sapa ditemui resepi itu sebab dah lama salin...


ayam bakar ni sebenarnya tak tahu nak buh apa jadi aku lumur jelah apa yang ada kat dapur tu then akhir sekali lumur ngan sos lada hitam life..tp hubby yang baik hati macam biasalah...sedaplah ma..hehe..


puding yang lebih..anak2 sukalah pulak..sedapnya mama masak..hehe..kembang semangkuk hidung mak dia..

ni lah yang dimaksudkan dengan puding yang lupa diambilkan resipinya dari dapur mana..apa-apahalpun terima kasih ye...

Terpacak sampai pagi...

Pagi ni sepperti biasa niat nak sambung tidur tak dapat diteruskan sebabnya puteri kecik ni,,kalau time kita tak kerja,,dia macam tau2 je..bangun diawal pagi...So mengambil kesempatan tak tido ni..aku berjln2lah kat umah orang..Tiba2 dengar along memanggil dengan penuh semangatnya.."Mama,mama,,tengok rambut along ni...terpacak sampai pagi"...hehe..along cukup suka tiru rambut terpacak ni..malam tadi siap mandi dan letak gel kat rambut dia,,,dia terlena awal..tu yang rambut duk maintain macam tu..tak tahulah kalau budak kat sekolah buat camtu sah kena marah..tapi ngan anak sendiri ni..macam mana nak buat erk????  Maknya risau bukan apa kalau tengok remaja sekarang ni..macam2 gaya rambut,,yang tak tahan tu siap caler lagi..konon2 macam mat saleh kot..huhu..Kalau kat tempat aku ni..pegi je kat Chenang..boleh tengok anak melayu yang dah tak berupa melayu lagi..ada gaya rambut macam bob marley..aku selalu terpikir macam dia nak mandi tu..bukan nak mengata..tapi realiti sekarang..dan doa ku agar agar anak2 kita membesar dengan akhlak yang baik..Amin ya Allah..


 Along masih ngantuk tapi nak tunjuk kat mak dia rambut dia masih pacak sampai pagi..hehe

Tu dia..gaya tanduk katanya..eii macam2 janganlah buat perangai gini sampai besar..tak suka tengok

Ni pulak anak dara yang suka bangun awal kalau mama dia tak keja..huhu

Tengok Solehah ni nak main macam-macam..

Saturday, November 6, 2010

testing piza lagi

duk sini lak dah, ...ni dia hasilnya yang duk buat tadi..mcm biasalah tak penah nak jadi tangan ni masak apapun..,buruk betul rupanya..huhu..takpelah cuba lagi nanti..orangpun tahu dah 'pakar' yang masak..




Amik masa...chef kata bila dah siap adun kena bagi doh tu rehat dalam sejam...so amik masa ni mai tengok dapur sapa yang berasap pagi ni huhu..sambil-sambil tu geledah dapur CMG cari cara nak bakar pizza ni..bukan apa terjumpa piza ni kat dapur cek chun,,tapi dia tak bagi cara bakar...dah dia kata dia pun asalnya tengok kat dapur CMG so aku geledah lah cari tengok cara bakar..alhamdulilah..cukup sejam nanti kita bakar..biasalah 'pro' masak..nak bakar pun tak reti huhu...kesian kan...bini sapalah tu..apa-apa hal pun bak kata k.nor..kena cuba dan terus mencuba...pegang kata sifu tu...so kena save dulu sampai leh upload piza..huhu.Sambil-sambil nak p bancuh kek coklat moist yang tengok kat dapur dj....apa2 hal pun dua dua kena tunggu sampai oven berbunyi kringgggg....jom jalan2 dulu..

makan jelah tak elok pun

ni keknya..merekah..kalau ikut kata sifu panas terlebih ye???

adoii...

ya Allah..sakitnya badan...tak tahu lah nape dua tiga hari ni,,bila dah duduk cukup payah nak bangun balik...bila dah bangun nak melangkah cukup siksa,,,agak2 nyalah hasil dari pekena pucuk ubi kot...dah lah hari tu di buat masak tempoyak..semalam plk buat ulam...memang jadi ubat angin yang berkesan..rasanya nak kena makan ubat ni..makan ubat n tido..tak larat dah duk merapu depan lapt ni......

Friday, November 5, 2010

Kek tuk anak-anak

Setelah beberapa kali tertangguh,,semalam baru sempat belikan kek untuk anak-anakku yang menyambut hari jadi mereka..belated lah kiranya..sian ngan anak2 ni..Perancangan awal ingat nak buat je kek walaupun tak pandai..tapi kesibukan di hujun tahun ni..rasa macam terkejar2 pulak so aku beli je lah..Ikutkan perancangan jugak nak masak macam2,,alih2 sempat goreng2 n buat mee kuah yang tak tahu tajuknya ...main campak je..so tak tahu nak buh tajuk apa..nak tengok resepi dah tak bole.. anak duk guna ..tapi ikut hubby yang baik hati dia kata sedap je walau mee tu takdak nama..hubby ku ni biasalah..tak penahnya tak sedap..dia takut kena tidur luar kot kalau kata tak sedap..hehe..Apa-apa halpun yang penting anak-anak seronok..alhamdulilah..
mee tak dak nama huhu


kek tuk anak2ku

Solehahpun sibuk nak potong..

Along n Adam kelam kabut berebut nak potong kek

maraton hujan

Hujan masih turun untuk berapa hari ni..tapi hari ni nampaknya langit gelap betul..takdak dslr je nak zoom..Aku bukan apa tiap kali hujan ni hati dalam duk pikir macam mana nak ke tempat kerja..Cukup risau kalau hujan di pagi hari yang disertakan dengan angin..bukan apa laut akan bergelora..kalau macam tu dari awal maka lambat lah ke tempat kerja..tapi kalau tiba2 angin n hujan kat tengah laut,,itu yang aku cukup risau..takut sebenarnya..kenangan langit gelap dan hujan serta angin kuat masa kat tengah2 laut cukup menakutkan...

Tapi hari ni takpelah sebab hujung minggu..hujan2 ni sambung tidur patutnya..tapi sikecil ni biasalah awal2 lagi dah bangun...maka niat hati nak sambung tidur tu dibatalkan lah..baik kita intai dapur sapa2 tengok sarapan apa yang best,,,jom terjah...

Thursday, November 4, 2010

teruja...

Hari ni di tempat kerja lagi duk rancang menu nak masak...huhu cam pandai masak gayanya tu.Dalam list dah ada,,, daging goreng jintan yg kak nor duk tayang kemarin tu..pastu pulak tengok dalam best wan,,,chef wan duk masak masak tempoyak pucuk ubi..emmm...kena buat jugak tu...then satu lagi ikan kerapu yang beli dua hari lepas tak masak lagi...emm rancangnya nak gulailah..

Balik kerja sesampai je kat umah..tak salin unifom keja dah terus buka laptop tgk resipi daging tu..hafal je lah malas nak tulis..hehe then terus ke dapur masak..itulah cerita hari ni..

yang bestnya dah nama hafal je resepi daging goreng jintan tu,,dah siap masak cek lain tengok kt umah kak nor,,aku pg letak halia yang chef tak letak..n tertinggal nak taruk cuka...huhu bukan pepandai nak mereka..tak sengaja..tapi bila makan rasanya masih sedap :-)

daging goreng jintan..sedap jugaklah dari yang pakar memasak..tp aku pegang nasihat k.nor memasak bukan boleh terus pandai..proses lama ...insya allah mana tahu suatu hari nanti surisolehah ni betul2 pakar masakkan :-)

yang ni pulak..pucuk ubi masak tempoyak..tengok dalam best wan,,tp chef wan letak petai..kt kuah payah nak jumpa petai..jd tak boh lah

yang ni aku tak tahu nak masak apa ikan kerapu so aku gulai je lah..

Wednesday, November 3, 2010

teringin

Aku bukan buleh..tiap kali tengok apa2 je yang aku suka mesti goyah(niat nak diet huhu)..teringin nak, masa tu jugak..lebih dari orang mengidam perangai tu..kali ni pun sama..aku cukup teringin ngan mee sizling..bukan apa hari tu duk tengok sizlin kak nor tu...kecur liur...duk berwirid nak cuba buat..tapi tak sempat2 huhu,..mcm menteri pulak rasa sibuk tu..so balik dari kerja semalam lepas hantar kereta servis..aku ajak hubby cari sizzling..en hubby yang dah paham jenis teringin aku ni rela hati je..so taget ku kat food court di Teosenghuat...Alhamdulilah ada..dapatlah aku makannya(ringkas ceritanya)

sizling...idaman..tp tak sesedap yg dekat giant n tesco

Lepas pekena  sizling cari pulak rojak..pun sama teringat kat DTS huhu..selera makan sentiasa membuak2 walaupun kawan lama kt fb duk tegur dah tembam melampau diri ini huhu



Pas makan ajak hubby cari lauk tuk makan tengah hari pada waktu petang ku..nasiblah dah selalu balik keja sampai kul 3 lebeh kat umah...terpaksalah makan tengah hari waktu petang..sebenarnya nak cakap pasal haruan tasik tu..besar2kan..agak2lah dapat kat chef dia masak apa erk?

tu haruan tasik (betul ke)saja dah dua 3-4 tong..nak masak macam mana lah ni...

lagi bisday

Bisday yang last untuk tahun ini.selepas Along n Solehah,,..anak ke dua Ahmad Adam Fitri..Adam lahir di Kelantan 4 tahun lepas..so hari ni (03-11-2010) ulang tahun kelahirannya yang ke 4...emm.dah semakin membesar..hari demi hari..cabaran sebagai ibu juga semakin banyak..kadang terdetik dihati macam manalah nak ku uruskan anak-anak ini dengan dunia yang penuh pancaroba ini..cuma doa sebagai ibu biarlah anak-anak ini menjadi anak yang soleh dan solehah..amiiin ya Allah.

.
Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) do’a permohonan”.(ALI-IMRAN AYAT 38)

Ini dia pengarang jantung ku bersama babah mereka..(anak babah sbnrnya) bisday anak2 ni selang seminggu je tarikh nya.

Tuesday, November 2, 2010

nak balik raya....

Insya allah..nak balik raya kat kampung raya Haji ni...Rasanya dah lama sangat tak balik kampung. So sebagai persiapan awal hari ni balik dari kerja aku pergi servis kereta..biasalah sebab dalam waranti kena pergi kat eon gak la walaupun beza kosnya bandingkan dengan bengkel biasa...Rupanya hari ni baru dapat tahu...macam2 penyakit gak lah kat kereta aku tu..maklumlah bukan keta impot hehe..Lepas tukar minyak hitam,mekanik tu cakap brek keta ada masalah..mudah cakap kata dia keta tu macam dalam keadaan brek sepanjang masa..so dia mula baiki benda tu..dah siap dia cakap pulak...ada benda dalam enjin rosak mau nak kena tukar juga..benda tu(apabendatah)sebabkan makan minyak banyak..patutlah aku duk pulau je pun minyak tetap banyak..mau 200 lebih sebulan tu..dulu kat penang n skrg kuah ni,bukan besar sangat nak pusing keta..

EON Kuah

.tak tahu lah yang mana satu yg rosak..


Apa-apa hal pu aku bersyukur sebab mekanik kat EON Langkawi ni bagus2..patut bagi kredit kat mereka..terang satu2 kat kita walau aku tak berapa nak tahu semua itu hehe..

tu dia benda yang rosak tu

ayam panggang......

mcm biasa taklah jadi sangat..pastu plk persembahan pun Xmenarik..tp takpa lah kita  ni kan pro huhu
Ni saje nak nyohor(kata org kel)kat adik ku(el-amsyar) ayam panggang ni...ayam ni dapat lepas selongkar resipi ayam k.nor..masa nak masak buat bekal ke island hoping ari tu.jumpa ayam panggang ala bangkok..so aku dengan semangat pakarnya akan mencuba apa saja resipi yang aku berkenan..orang tengah kemaruk belajar masak...adik ku selalu perli tiap kali aku cuba resipi baru huhu...biasalah masa muda2 dulu tak pernah pedulik kalau orang tua masuk dapur hehe...la ni mula kelam kabut duk belajar...nasib baik zaman maju ni senang dapat macam2 resipi....di tambah pulak ramai yang sudi untuk berkongsi ilmu masak...terima kasih...dari ku...

Tapi yang pastinya aku beruntung kerana en hubby yang baik hati pasti akan makan dengan tag line yg keluar dari mulutnya "emm sedapnya".....hati org masak dia pandai jage...takut aku merajuk tak masak..makan kedai dia hehe..

Monday, November 1, 2010

kenapa jadi camtu

Huhu..kenapa jadi camtu..memang aku tak ada jari chef lah...tiap kali buat resipi apa pun tak penah konsisten...Hari tu ada kawan lama yang baru jumpa kat FB beri satu resipi kek coklat kukus..dia duk kata bakal jadi elok..so 1st time cuba tunjuk kat kawan tu..dia kata macam kaler dia tak jadi sangat...aku cuba 2nd time merekah lah pulak huaaaa...nape jadi gitu...sapalah kawan-kawan ke sifu2 yang ada idea kenapa jadi gitu...ke aku ni memang ditakdirkan buat ape pun tak menjadi walau dah ikut resipi tu 100%...apalagi nak derhaka resipi (pinjam kata2 kak nor) huhu ...



kenapa jadi macam ni huhu

tapi takpa hubby yg baik hati akan menghabiskannya huhu